Anda di halaman 1dari 40

PENGURUSAN GRAFIK BMM 3101

Unsur-unsur Penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Komponen Utama Kemahiran Bahasa

Konsep 5P

Pengisian Kurikulum

Kemahiran Bernilai Tambah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Perkembangkan potensi individu

Suatu usaha berterusan

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Intelek, rohani, emosi dan jasmani

Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

MATLAMAT

Membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa

Boleh berkomunikasi dengan baik

Memenuhi keperluan diri, Memperoleh pengetahuan, ilmu, maklumat, kemahiran, nilai dan idea

Hubungan sosial dalam kehidupan

OBJEKTIF
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

viii membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;

xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

xvi. menulis imlak dengan tepat.

xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

xiii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan

xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Organisasi Kurikulum
Berasaskan kepada 6 tunjang

Komunikasi

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Kemanusiaan

Literasi Sains dan Teknologi

Fizikal dan Estetika

Keterampilan Diri

Saling menyokong antara satu sama lain

Disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif

Untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan objektif dan Sukatan Pelajaran

Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah,, murid dapat :

Memperkaya kosa kata, Mempertingkatkan pemahaman berbahasa Menguasai bahasa Berkomunikasi secara berkesan

Memberi penekanan kepada :

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Pernyataan spesifik tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni

Satu penetapan kriteria atau indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan

Berpaksikan KEMAHIRAN BAHASA DAN SISTEM BAHASA

Disokong oleh ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM iaitu : Ilmu Nilai murni Kewarganegaran Peraturan sosiobudaya Kemahiran Bernilai Tambah

OBJEKTIF : KEMAHIRAN MENDENGAR - BERTUTUR

i.

Mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat; Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul; Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;

ii.

iii.

iv.

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila

v.

Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritaan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul Berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi rangkaikata yang sesuai secara bertatasusila

vi.

vii.

Berbincang dan mengemukakan pendangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila

OBJEKTIF : KEMAHIRAN MEMBACA

i.

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;

ii.

Membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.

iii.

Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancer, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul;

iv.

Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul ; dan

v.

Membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenalpasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;

OBJEKTIF : KEMAHIRAN MENULIS

i. Menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi dua atau lebih sukukata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

ii. Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;

iii. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

iv. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas; v. Menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungiperkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;

vi. Mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubungkait maklumat daripada pelbagai sumber;

vii. Menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentk puisi menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa;

viii. menghasilkan penulisan berbentk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; dan

ix. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kemahiran Bahasa

Hasil Pembelajaran

Sistem Bahasa

Pengisian Kurikulum

Kemahiran Mendengar

Membantu memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan

Bahasa Melayu baku

Meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah

Kemahiran Bertutur
Tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa

Kemahiran Menulis
Membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
Kemahiran Bernila Tambah Kemahiran berfikir, belajar cara belajar, TMK, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai, konstruktivisme dan kontekstual

Kemahiran Membaca

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Mendengar

keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur

keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Menulis

keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Membaca

keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Hasil Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur

Membaca

Menulis

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

1.1 berbual, 1.2 bertanya, 1.3memberikan dan memahami arahan, 1.4 menyatakan permintaan, 1.5 memberikan penjelasan, 1.6 menyatakan sesuatu kemahuan

5.1 membaca kuat perkataan danayat 5.2 membaca kuat teks prosa dan puisi

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami

8.1 membina dan menulis perkataan 8.2 membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk 8.3 menulis dengan tulisan berangkai 8.4 membina dan menulis ayat topic dan ayat huraian 8.5 mengenalpasti penanda wacana 8.6 membina wacana yang sempurna

2.1 bercerita 2.2 melaporkan

6.1 merujuk pelbagai sumber 6.2 mengenalpasti genre 6.3 membaca isi utama 6.4 membaca pantas secara luncuran 6.5 membaca pantas secara imbasan 6.6 membuat ramalan

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan

9.1 mengambil imlak bahan 9.2 mengenalpasti maklumat dan mencatat nota 9.3 menyusun maklumat daripada nota

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

3.1 menyampaikan maklumat 3.2 menghuraikan maklumat 3.3 menyampaikan maklumat kepada pihak lain

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

7.1 membaca dan menerangkan maksud 7.2 membaca dan mengenalpasti perkataan 7.3 membaca dan menghayati bahan sastera

10.1 menghasilkan genre 10.2 mengedit hasil penulisan 10.3 membuat ringkasan

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca

4.1 mengemukakan idea 4.2 mengemukakan komen 4.3 mengemukakan hujah 4.4 menyatakan pilihan

11.1 menyatakan pandangan 11.2 mengulas karya bukan sastera 11.3 mengulas karya sastera 11.4 memberikan komen

Sistem Bahasa

1.0 Tatabahasa

1.1 Morfologi a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi b. Bentuk kata c. Golongan kata 1.2 Sintaksis a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan, c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif, d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang, e. binaan dan proses penerbitan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah: i. pola keselarasan huruf vokal ii. ejaan kata pinjaman iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi

i. Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. ii. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: a. Jenis ayat b. susunan ayat c.ragam ayat

4.0 Kosa Kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

. Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

5.0 Peribahasa

Pengisian Kurikulum

1.0 Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran

2.0 Nilai

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia

3.0 Kewarganegaraan

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosio budaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

. 5.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. 5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi 5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. 5.4 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. 5.5 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis 5.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 5.7 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Lisan:

Semasa menjalankan Kemahiran Lisan, aspek penting yang perlu diambil kira termasuklah aspek sosiobudayadan tatasusila.

CADANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN LISAN Hasil Pembelajaran 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 ii. Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan. Cadangan Aktiviti Cadangan aktivitinya adalah murid diminta untuk melakonkan dialog yang ada unsur - unsur penerimaan teguran. Contohnya, Maafkan saya. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Baiklah, saya akan cuba perbaiki. Terima kasih atas teguran itu tetapi pada pendapat saya ini adalah yang terbaik pada saya. Terima kasih kerana membantu saya. Langkah pelaksanaan: Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini adalah guru akan meminta murid melakonkan watak sebagai seorang pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah. Kemudian, seorang murid lagi telah menegur perbuatan murid yang telah melakukan kesalahan tadi

Hasil Pembelajaran 1.2 Bertanya dan menjawab tentang menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 i. Mengemukakan soalan tertumpu dan bercapah dengan menggunakan kata tanya. Cadangan Aktiviti Aktiviti yang dicadangkan adalah melakukan perbualan dangan rakan tentang sesuatu situasi yang mereka hadapi. Soalan Jawapan 1. Siapakah yang menyelamatkan anak kucing itu ? 2. Bagaimanakah anak kucing itu boleh jatuh ke dalam longkang? 1. Kami yang telah menyelamatkan anak kucing itu. 2. Anak kucing itu cuba mengejar rama-rama lalu terjatuh ke dalam. Langkah pelaksanaan aktiviti: Guru menceritakan situasi yang berlaku terhadap kucing yang jatuh ke dalam longkang. Setelah murid mendengar cerita tersebut, guru akan menyuruh murid melakonkan kembali berdasarkan petikan yang guru beri kepada murid.

Hasil Pembelajaran 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 ii. Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul. Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk. ii. Menulis ayat majmuk dengan tulisan yang cantik
Cadangan Aktiviti Guru menerangkan maksud, kegunaan dan contoh kata hubung. Kerana ,atau, manakala, tetapi, lalu, sambil, dan.

Guru menulis ayat majmuk di papan hitam dan menyuruh murid mengenal pasti kata hubung yang terkandung dalam petikan. Contoh ayat:1. Farzana dan Amira gemar bermain congkak pada waktu lapang. (dan) 2. Kakak suka menyanyi sambil manari. (sambil)

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid untuk membaca petikan, perkataan, frasa dan ayat dengan lancar serta menggunakan sebutan, intonasi dan jeda yang betul

(a) Kaedah Abjad (Tahap prabacaan) Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kanak-kanak dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad (b) Kaedah fonik (Tahap Bacaan Mekanis) Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. (c) Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman) Kaedah ini juga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Membaca : Dalam kemahiran membaca, penekanan lebih diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Antara hasil pembelajaran yang utama dalam kemahiran membaca ialah murid dapat membaca dengan kuat, memahami maklumat yang dibaca, dapat menaakul dan menghayati teks.

Kemahiran Menulis

Menulis boleh didefinisikan sebagai: Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga adalah satu proses untuk memberikan simbol -simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Menulis : Dalam Hasil Pembelajaran Kemahiran Menulis pula termasuklah keupayaan murid untuk menggunakan pelbagai jenis perkataan, ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan tulisan berangkai amat digalakkan.

Hasil Pembelajaran 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat. 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 i. Mengambil imlak perkataan dan ayat tunggal dengan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan kata dan ayat yang diperdengarkan.

Cadangan Aktiviti Guru membaca dialog ringkas dengan intonansi yang gramatis dan menyuruh murid menulis dialog tersebut dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. Contoh petikan:Ali : Inilah tempat tinggal saya. Mat : Wah, besar dan cantiknya rumak awak! Apakah pekerjaan bapa awak dan bagaimana pula dengan ibu awak? Ali : Bapa saya bekerja sebagai doktor manakala ibu saya suri rumah. Mat : Adakah awak mempunyai abang, kakak dan adik? Ali : Saya ada seorang abang dan seorang adik perempuan tetapi tidak ada kakak. Mat : Seronoknya awak hidup senang. Ali : Kami sekeluarga bersyukur denngan kurniaan Illahi. Mat : Syukur, alhamduliallah.

5P
Penggabung jalinan Penyerapan

Penilaian

Pemulihan

Pengayaan

Penggabung jalinan

DEFINISI : Kemahiran tidak disampaikan secara berasingan Aspek-aspek kemahiran saling melengkapi

BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain Penggabungjalinan merentas kurikulum

TUJUAN PENGGABUNGJALINAN Kemahiran berbahasa dapat dikuasai secara serentak Pengajaran lebih menarik dan berkesan Menggunakan kemahiran secara semula jadi Aktiviti pdp melibatkan pelbagai kemahiran

Penilaian

Aktiviti bersistematik dalam menentukan prestasi proses menguji,mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan murid Mengukur kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid Satu alat mengukur data untuk atasi masalah pembelajaran

TUJUAN PENILAIAN Mengenalpasti tahap pencapaian objektif pelajaran Menentukan tahap pencapaian murid Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dan merancang tindakan susulan Mengetahui keupayaan murid dalam menerima pelajaran Merekodkan penilaian untuk makluman dan rujukan

BENTUK-BENTUK PENILAIAN JENIS-JENIS AKTIVITI PENILAIAN Mengesan Penguasaan - Dilaksanakan semasa di dalam kelas Mengesan Kemajuan - Dilaksanakan selepas guru mengajar beberapa kemahiran Mengesan Pencapaian - Dilaksanakan selepas guru mengajar beberapa topik Penilaian Formatif Mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu kemahiran. Pengujian dilakukan berterusan Mengesan kemajuan murid Hasil diperolehi dapat memberi maklumat tentang penguasaan kemahiran

BENTUK-BENTUK PENILAIAN Penilaian Sumatif mengesan dan menentukan pencapaian pelajar Dibuat pada akhir penggal/tahun/kursus

Penyerapan

Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar Perbezaan dengan penggabungjalinan,penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan dan kemahiran Perkara-perkara yg dipelajari dalam satu-satu mata pelajaran adalah saling berkait,penting dan berguna dalam mata pelajaran lain Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara satu mata pelajaran dengan yang lain KELEBIHAN PENYERAPAN Aktiviti P&P menjadi menarik Murid dapat menguasai ilmu dengan lebih luas Pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria,aktif Murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajari dan hubungkaitnya dengan pengetahuan lain BENTK-BENTUK PENYERAPAN Penyerapan isi matapelajaran lain dalam matapelajaran bahasa. satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan daripada beberapa matapelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain Contoh:Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa. Penyerapan nilai Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ada 17 nilai yang perlu diserapkan dalam P&P Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat Menghormati Kasih Sayang Keadilan Kebebasan Keberanian

Kebersihan fizikal dan mental Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Semangat Kewarganegaraan Rasional Semangat Bermasyarakat

Pengayaan

Memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan KEPENTINGAN Memperkaya dan mengembangkan kreativiti murid PdP lebih mencabar Aktiviti secara aktif Murid berbeza minat, kebolehan dan latar belakang

AKTIVITI PENGAYAAN Bacaan Tambahan Kerja Projek Permainan dan Rekreasi ICT Akses Kendiri

OBJEKTIF PENGAYAAN Menggunakan kemahiran yang telah dikuasaiuntuk memperluaskan pengetahuan Melahirkan daya cipta Meminati dan menguasai bacaan luas Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari

PRINSIP PERANCANGAN AKTIVITI PENGAYAAN Menggunakan daya usaha sendiri Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri Memberikan penekanan kepad aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah Melibatkan pembacaan lua Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

Pemulihan

AKTIVITI PEMULIHAN DALAM P & P

OBJEKTIF AKTIVITI PEMULIHAN

JENIS MASALAH DAN PUNCA Lisan Bacaan Penulisan Sikap murid AKTIVITI PEMULIHAN Bacaan berpandu Bahan belajar kendiri Pendekatan pengalaman bahasa Pusat pembelajaran Aktiviti pukal pembelajaran Proses penulisan

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU

NILAI

KEWARGANEGARAAN

PERATURAN SOSIOBUDAYA

TAKRIFAN Merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin Juga berkaitan halhal semasa yang

boleh
dipertimbangkan oleh guru

ILMU
CONTOH PENGISIAN
KURIKULUM Penyerapan ilmu Matematik dalam Bahasa Melayu Topik bahasa melayu bertatasusila,

berterima kasih,
minta maaf menunjukkan berlakunya penerapan ilmu Pendidikan Moral

TAKRIFAN Pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air Melahirkan warganegara yang baik

KEWARGANEGARAAN

Masyarakat mahu murid pelajari kemahiran asas ( membaca, menulis, mengira, konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, social dan ekonomi serta teknik asas untuk menyertai kehidupan bermasyarakat)

Nilai murni diserapkan ketika pengajaran dan pembelajaran Untuk melahirkan insanyang baik dan berakhlak mulia, membentuk generasi berhemah tinggi dan berperibadi mulia

NILAI

Nilai-nilai murni bersifat global dan selaras dengan agama, budaya dan norma

masyarakat Malaysia
Berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Peraturan Sosiobudaya Sistem pendidikan di sekolah terikat dengan peraturan dan amalan

Peraturan sosiobudaya
di sekolah perlu dipatuhi oleh ahliahlinya.

PERATURAN
SOSIOBUDAYA

Peraturan Sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Melayu kesantunan Bahasa, laras bahasa, peribahasa

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KEMAHIRAN BERFIKIR)

Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir diajar melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar,bertutur,membaca dan menulis

Ciri-ciri berfikir secara kritis Reaktif Penilaian Analisis logik

Ciri-ciri berfikir secara kreatif keberanian imaginatif perkembangan idea reka cipta

CONTOH AKTIVITI UNTUK KEMAHIRAN BERFIKIR (kritis) Membuat kategori Membuat ramalan Menerangkan sebab Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan Mengusul periksa andaian

CONTOH AKTIVITI UNTUK KEMAHIRAN BERFIKIR (kreatif) Menjana idea Mencipta analogi Mencipta metafora

4 ELEMEN PENTING Alat berfikir Penyoalan Peta minda Pengurusan grafik

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR)

Definisi Proses memperolehi teknik pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh murid secara sendiri atau bersama guru di luar dan dalam kelas

Strategi belajar cara belajar Kaedah berasaskan strategi berpusatkan murid.

Teknik meliputi bidang kognitif.,psikomotor dan efektif

Objektif belajar cara belajar Menyediakan murid supaya berupaya belajar sendiri tanpa guru. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI)

Kemahiran maklumat terdiri daripada: Kemahiran perpustakaan Kemahiran belajar Kemahiran penyelidikan Kemahiran komunikasi dan penyampaian

Sumber maklumat Sumber berasaskan manusia Sumber berasaskan komputer Bahan bercetak Bahan audiovisual

MEDIA ELEKTRONIK Alat Perakam Radio Televisyen Komputer Disket Cakera padat

MEDIA ELEKTRONIK Alat Perakam video Alat Perakam Cakera Video Internet

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KECERDASAN PELBAGAI)

OBJEKTIF KECERDASAN PELBAGAI 1. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid 2. Menerima persamaan dan perbezaan antaraindividu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajardengan cara yangberlainan 3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. 4. Meningkatkan harga diri,kreativiti dan motivasi melaluiP&P yang menyeronokkan 5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam P&P 6. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. 7. Mempelbagaikan cara penilaian

SEMBILAN KECERDASAN PELBAGAI Kecerdasan verbal linguistik. Kecerdasan logikal matematik. Kecerdasan visual spatial. Kecerdasan muzik. Kecerdasan tubuh kinestetik. Kecerdasan interpersonal. Kecerdasan intrapersonal. Kecerdasan naturalis. Kecerdasan spiritual / kerohanian.

BAGAIMANA MELAKASANAKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN mengenal pasti kekuatan sendiri (guru) dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KONSTRUKTIVISME)

Konsep Pembelajaran Konstruktivisme Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif bersandarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada Murid menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme Berfikir Menyelesaikan masalah, menjana idea, membuat keputusan CONTOH Membuat penyelidikan dan penyiasatan Faham Memahami konsep dan idea, dapat aplikasikan pengetahuan dalam kehidupan Ingat Dapat mengingati lebih lama konsep tersebut Yakin lebih yakin dan berani menghadapi masalah Kemahiran sosial Boleh bekerjasama dengan orang lain Seronok Membina sendiri pengetahuan, konsep, idea secara aktif

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme

PENEROKAAN Pelajar menghadapi situasi atau masalah

SOALAN DARIPADA PELAJAR Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi

PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh

PENEROKAAN Pelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat

Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Menghubungkait

Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup

Mengalami

Belajar dalam konteks, penemuan, dan reka cipta

Mengaplikasi

Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain

Bekerjasama

Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan berkomunikasi

Memindahkan

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KONTEKSTUAL)

Definisi Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran yang berasaskan kurikulum dan objektif pembelajaran. Melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran berlaku bila pelajar dapat memproses maklumat dan pengetahuan dengan cara bermakna kepada mereka. Melibatkan pelbagai aspek persekitaran:kelas, makmal, tempat kerja, kehidupan seharian. Strategi pemudahcara digunakan.

Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual

Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh: i. ii. iii. iv. Membina keyakinan diri Memahami perhubungan antara teori dengan amalan Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka Membina asas kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan generasi masa depan.

v.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

(KAJIAN MASA DEPAN)

DEFINISI Strategi saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan terbaik dan bertanggunjawab.

KONSEP ASAS PEMBELAJARAN KAJIAN MASA DEPAN Berfikir tentang sesuatu isu Masalah yang bakal dihadapi Peluang yang bakal diperolehi.

STRATEGI MENGAJAR Pemahaman tentang konsep masa depan. Pengumpulan maklumat dan analisi trend. Ramalan dan analisis. Penggunaan imaginasi dan kreativiti. Strategi mengatasi kebimbangan. Proses inovasi sosial. Pembinaan senario. Penjelasan nilai dan masa depan Pemahaman dimenasi kemampuan