Anda di halaman 1dari 15

MENJALANKAN KAJIAN TERHADAP TEKNIK PEMBIAKAN ASAS REKA BENTUK KAJIAN (Hormon pengakaran) Hipothesis awal : Tiada perbezaan

terhadap pertumbuhan akar keratan bougainvillea dengan pengunaan hormon pengakaran. Tajuk : Kajian terhadap pengunaan hormon pengeluaran yang mempengaruhi pertumbuhan akar bougainvillea. Pemboleh ubah : dimalarkan = medium (3:2:1) dimanipulasi = hormon penggalak akar bergerak balas = pertumbuhan akar dan tunas

Prosedur : Alat bahan yang digunakan: Serampang tangan

Sudip Cangkul

Kereta sorong

Skatuar

Hormon pengalak pengakaran

40 Poli beg hitam

Medium 3:2:1

Penyiram

PROSEDUR Menyediakan medium 3:2:1 (nisbah diganda 2 mengikut bilangan tanaman) 1) Menyodok 6 cangkul tanah loam ke dalam kereta sorong 2) Menyodok 4 cangkul pasir ke dalam kereta sorong yang mengandungi tanah loam. 3) Menyodok 2 cangkul bahan organik ke dalam kedua-dua medium tadi.

4) Mencampurkan ketiga-tiga bahan tadi.

5) Mengisi poli beg hitam dengan medium yang telah disediakan sehingga daripada polibeg tersebut.

6) Isi medium tersebut sehingga 40 buah poli beg hitam

Proses penanaman Bougainveilla ke dalam poli beg 1) Pilih dahan dan ranting yang subur dan tidak berpenyakit

2) Panjang antara 15 - 20cm

3) Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 dan 3 helai daun. Tentukan sekurang-kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk.

4) 20 batang telah diberi hormon penggalak akar.

5) 20 batang tidak diberi hormon penggalak akar.

6) Tanam keratan itu sedalam kira2 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan.

7) Siram.

Penjagaan 1. Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. 2. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar baru sangat lembut dan senang patah. 3. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit. 4. Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. 5. Siram secukupnya. 6. Pengemburan pokok mestilah dilakukan.

Jadual pelaksanaan tindakan BIL 1 TARIKH Minggu pertama TINDAKAN Menyiapkan keratan Menyiraman pokok setelah selesai keratan dicucuk ke dalam poli beg 2 Minggu kedua Penyiraman pokok setiap hari dan juga mencabut hidupan yang tidak di ingini di seliling pokok 3 Minggu ketiga Penyiraman pokok setiap hari dan meletakkan racun perosak 4 Minggu keempat Penyiraman pokok dan pengemburan pokok CATATAN

Jadual dan graf yang digunakan di dalam kajian Minggu / tarikh Hasil pertumbuhan akar keratan (bil) Hormon Tanpa hormon

Jadual pemerhatian setiap minggu Jenis Treatmen Pertumbuhan berakar Hormon Tanpa Hormon Analisis minggu keempat (akhir) Penggunaan hormon pengakaran Hormon Tanpa hormon Mati Catatan

Jadual peratus kejayaan pertumbuhan keratan mengikut treatmen hormon Graf yang amat sesuai digunakan dalam kajian ini ialah graf bar kerana senang digunakan dan amat mudah untuk difahami.

Perancangan Tindakan

Pengumpulan Data Minggu / tarikh Hasil pertumbuhan akar keratan (bil) Hormon Minggu pertama Minggu kedua Minggu ketiga Minggu keempat Analisis Data Jenis Treatmen Pertumbuhan berakar Hormon 100% 0% Keratan yang menggunakan hormonlebih cepat membiak dan tiada pokok yang mati. Tanpa Hormon 70% 30% Keratan yang tidak menggunakan hormon pengakaran lambat membiak dan hampir 30% mati. Mati Catatan 0/20 16/20 18/20 20/20 Tanpa hormon 0/20 5/20 12/20 14/20

Dapatan kajian

GRAF PEMERHATIAN SETIAP MINGGU


25

20

15 berhormon 10 tak behormon

0 minggu 1 minggu 2 minggu 3 minggu 4

GRAF ANALISIS DATA MINGGU KE EMPAT

100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% berhormon tidak behormon mati tumbuh berakar

Jadual peratus kejayaan pertumbuhan keratan mengikut treatmen hormon Penggunaan hormon pengakaran Hormon 100% Tanpa hormon 70%

Graf Hubungan Peratus Kejayaan Pertumbuhan Keratan Mengikut Treatmen Hormon


120% 100% 80% 60% 40% 20% 0% berhormon tanpa hormon

PERBINCANGAN DAPATAN DAN KESIMPULAN DAPATAN PERBINCANGAN DAPATAN Dalam kajian ini keratan batang yang disapu hormon lebih mudah bercambah berbanding keratan batang yang tidak disapu hormon. Ini kerana hormon pengakaran mempercepatkan proses pertumbuhan pokok tersebut. Walaupun begitu beberapa faktor yang lain juga perlu diambil kira kerana ia turut mempengaruhi pertumbuhan pokok. Faktor lain adalah dalam kewujudan serangga perosak yang banyak di kawasan pokok ditempatkan. Kawasan persekitaran telah menerima kewujudan serangga perosak dari kawasan sawah berhampiran telah menyebabkan beberapa kerosakan pada batang dan akar keratan batang yang ditanam. Keratan batang yang telah rosak tidak dapat hidup dan terus mati. Jadual menunjukkan beberapa keratan batang yang walaupun disapu hormon tetapi masih juga tidak dapat bercambah. Antara faktor lain yang diambil kira adalah dari segi fizikal. Salah satu faktor adalah faktor cuaca setempat. Dalam kajian ini cuaca amat memainkan peranan penting kerana mungkin cuaca yang terlalu panas di tempat keratan batang ditanam. Cuaca sekitar perlis yang terlalu panas sekitar 38 darjah celcius pada waktu siang amat mempengaruhi pertumbuhan pokok. Hujan yang tidak menentu juga memberi beberapa kemungkinan terhadap pertumbuhan keratan batang yang ditanam. Keratan batang tidak mendapat sumber air yang mencukupi kerana keadaan cuaca di Perlis panas dan kurang menerima hujan. Disamping itu, keratan batang juga jarang disiram kerana ada sesetengah minggu pelajar Institut Perguruan Perlis berada dalam waktu cuti. Keadaan keratan batang tidak dijaga ini menyebabkan pokok yang baru ditanam ini mati. Kajian ini telah menunjukkan bahawa pembiakan jenis keratan bagi tumbuhan hiasan ini adalah mendatangkan hasil yang positif kerana lebih daripada 50% keratan batang ini dapat tumbuh dan hidup dengan sempuna.

KESIMPULAN DAPATAN Setelah menjalankan kajian selama lebih daripada sebulan, kajian ini dapat menunjuk bahawa tumbuhan hiasan jenis ini dapat membiak mengunakan kaedah keratan. Proses pembiakan boleh dicepatkan dengan mengunakan hormon penggalak akar yang telah disapu pada keratan batang. Hormon ini mempercepatkan pertumbuhan akar dan justeru itu menjadikan keratan batang ini hidup. Walaupun terdapat beberapa faktor lain yang menganggu pertumbuhan keratan batang ini, namun tumbuhan hiasan jenis ini juga mampu membiak dengan sendirinya. Ini menunjukkan tumbuhan ini mempunyai keupayaan tersendiri untuk terus hidup dan tumbuh.

Anda mungkin juga menyukai