Anda di halaman 1dari 2

RINGKASAN

--Ringkasan ialah satu proses menukarkan sebuah petikan yang panjang menjadi petikan yang pendek, TANPA MENGUBAH MAKSUD ASAL ATAU KEDUDUKAN ISI-ISI.

Perkara Penting
1.Semua isi penting yang berkaitan dengan kata kunci harus dikutip. 2.Jangan ubah kedudukan isi. 3.Bina ayat sendiri. 4.Tepati ketetapan bilangan perkataan.

Kaedah Meringkas Petikan


C1: Masyarakat kota biasanya amat sibuk. Ada antara mereka yang keluar bekerja pada sebelah pagi dan hanya pulang pada sebelah malam. J:Masyarakat biasanya amat sibuk dengan pekerjaan.(hanya kutip isu atau idea utama dan bukannya huraian). C2: Masyarakat Malaysia dikatakan kurang membaca bahan-bahan ilmiah. Mereka tidak suka membaca bahan-bahan berbentuk laporan,berita atau penyata. Mereka lebih berminat membaca bahan bacaan berbentuk hiburan. Antara bahan yang diminati ialah komik,majalah filem,cerita-cerita seram,dan sebarang majalah sensasi yang memenuhi pasaran. J:Masyarakat Malaysia dikatakan kurang membaca bahan-bahan ilmiah dan lebih meminati bahan bacaan hiburan.(gugurkan semua contoh). C3: Taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat. Kite Cuma perlu melihat bilangan kereta,motosikal,van,dan jip persendirian yang menderu-deru di jalan-jalan raya kita sepanjang hari untuk memahami perkara ini. J: Taraf hidup rakyat Malaysia yang semakin meningkat dapat diperhatikan daripada bilangan kenderaan di jalan-jalan raya.(gantikan gugusan kata dengan satu kata wakil(hiponim).

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM


1. Soalan maksud rangkai kata. a) Kesan ayat yang mengandungi rangkai kata itu dalam petikan. b) Fahami maksud rangkai kata itu berdasarkan penggunaanya dalam ayat petikan, c) Selepas itu,gunakan perkataan yang sama maksud dan makna untuk menggantikan rangkai kata itu. d) Jangan huraikan maksud rangkai kata itu, hanya berikan maksud rangkai kata itu. 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan a) Biasanya terdapat secara tersurat dan tersirat dalam petikan. b) Kenal pasti dan tandai jawapannya. c) Mesti ringkas,tepat, dan padat dengan penggunaan bahasa yang lancar dan gramatis. 3. Soalan aplikasi daripada pemahaman terhadap petikan a) Perlu memberi pendapat atau penjelasan. b) Fahami kehendak soalan, sama ada memerlukan pendapat tengtang kesan,sebab,cara, langkah,dan sebagainya. c) Perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk mencari 4 isi. d) Gunakan ayat yang ringkas.

Anda mungkin juga menyukai