Anda di halaman 1dari 2

TEMA -Novel ini bertemakan pengorbanan, kasih sayang dan sifat ketabahan dalam menghadapi dugaan.

Contohnya: kasih sayang yang ditunjukkan dalam keluarga Encik Razali walaupun Encik Razali dan anak-anaknya sangat sibuk dengan tugas masingmasing, namun mereka masih sempat makan bersama-sama dan bergurau senda.

PERSOALAN 1.Semangat setia kawan dan saling bekerjasama. Contohnya: Azam,Razi,Lina Lim,Randera dan Zanawati membuat kerja dalam bentuk kerjasama ketika berkhemah di Tanjung Pangku seperti mendirikan khemah dan memasak. 2.Ketabahan dalam menempuh halangan. Contohnya: Azam dan Razi telah ditawan oleh penjahat dan mereka tabah melepaskan diri daripada penjahat tersebut.

Razi 1.Seorang yang patuh --Razi mematuhi arahan ketua. Razi mematuhi arahan Azam ketika dalam perjalanan ke Tanjung Pangku. Dia membawa bot dengan berhati-hati seperti yang disuruh. 2.Seorang yang setia kawan. Razi setia terhadap rakan-rakan dalam sebarang situasi. Razi berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan diri ketka diculik oleh penjahat bersama Azam.

3.Rumah Encik Razali Peristiwa Azam memberitahu ayahnya mengenai rancangannya hendak berkhemah untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap di sekolahnya, 4.Pulau Ransang. Tempat Azam dan Razi ditemui selepas mereka dilarikan oleh penjahat-penjahat yang bersenjata. Mereka tinggal dan dijaga oleh keluarga Pak Widodo.

3. Seorang yang berhati-hati -Razi begitu teliti dalam menjalankan tugas yang dipikulnya. Dia mengendalikan bot dengan berhatihati ketika dalam perjalanan ke Tanjung Pangku untuk memastikan keselamatan diri dan rakanrakannya. 4. Seorang yang penyayang -Razi menyayangi rakan-rakannya. Dia berusaha melindungi rakan-rakan daripada sebarang bahaya ketika ke Tanjung Pangku.

3.Perpaduan kaum. Contohnya: Azam dan rakan-rakannya yang terdiri daripada kaum Cina dan India mempunyai semangat perpaduan dan dapat menjalankan aktiviti persatuan dengan sempurna. 4.Tanggungjawab terhadap masyarakat. Contohnya: Syarikat penerbangan Sistem Angkasa Malaysia menguruskan mangsa-mangsa kemalangan pesawat Boeing 737 HM 356. Pasukan polis mengendalikan kes tersebut dan juga mengenai kehilangan Azam dan Razi

3.Seorang yang mempunyai semangat setia kawan. Azam berusaha sedaya-upaya menjaga kawankawan. Semasa di Tanjung Pangku, dia sering menjaga keselamatan rakan-rakannya. Dia menyuruh Razi membawa bot dengan berhati-hati supaya tidak mendatangkan bahaya. 4.Seorang yang penyayang. Azam begitu menyayangi ayah dan ibunya. Selepas mendapat tahu ayahnya mungkin terbabit dalam nahas pesawat, dia ingin pulang cepat ke tanah air.

LATAR TEMPAT 1.Tanjung Pangku Kawasan berlakunya nahas pesawat HM 356 yang telah mengorbankan seratus nyawa termasuk tujuh kakitangan pesawat tersebut. Azam dan rakan-rakannya turut berkhemah di kawasan tersebut. 2.Tanah perkuburan Jalan Kebun Teh Tempat mangsa nahas pesawat HM 356 dikebumikan. Keluasan tanah perkuburan ini adalah 900 meter persegi.

WATAK DAN PERWATAKAN Kamarul Azam 1.Seorang yang minat dalam bidang penulisan -Kamarul Azam meminati bidang seni seperti ayahnya. Dia gemar menulis cerita-cerita terutama kisah-kisah pengembaraan yang dialaminya. 2.Seorang yang patuh kepada ajaran agama. Azam melakukan ibadat tidak kira di mana. Dia tidak lupa bersembahyang walaupun dalam pengembaraan. Dia menjadi imam kepada Razi dan Zanawati.

LATAR MASA 1.Waktu pagi. Kamarul Azam dan rakan-rakannya bertolak ke Tanjung Pangku pada waktu pagi, iaitu dari Pantai Lido. 2.Waktu tengah hari. Azam dan rakan-rakannya berehat ketika dalam perjalanan ke Tanjung Pangku. Tempat tersebut ialah Tanjung Pendas. Mereka berehat dan makan tengah hari di situ.

NILAI KEMANUSIAAN 1.Keberanian. Azam dan rakan-rakannya berani menghadapi cabaran ketika berkhemah di Tanjung Pangku. Azam dan Razi berani berani berdepan dengan penjahat-penjahat yang menculik mereka. 2.Taat setia. Rakan-rakan Azam setia kepadanya yang menjadi ketua. Razi mentaati perintah Azam yang menyuruhnya berhati-hati membawa bot.

3.Kerjasama Kerjasama yang dilakukan oleh Azam dan rakanrakannya ketika berkhemah di Tanjung Pangku seperti mendirikan khemah, memasak dan sebagainya. 4.Simpati atau belas kasihan. Kerajaan negeri bersimpati dengan keluarga mangsa dengan menyediakan tapak khas bagi upacara pengebumian.

NILAI KEISLAMAN 1.Mendirikan sembahyang. Azam dan rakan-rakannya yang beragama Islam menunaikan sembahyang ketika berkhemah di Tanjung Pangku. 2.Berdoa untuk keselamatan diri. Azamdan Razi berdoa supaya dilindungi Tuhan semasa mereka ditawan oleh penjahat-penjahat bertopeng di Tanjung Pangku.

PENGAJARAN 1.Kita janganlah bertindak zalim. Perampas-perampas pesawat HM 356 bertindak zalim kerana tindakan mereka telah mengorbankan seratus nyawa. 2.Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan. DSP Yazid menasihati Puan Katijah agar sabar menempuh ujian. Baginya, kematian Encik Razali dalam nahas pesawat HM 356 adalah satu takdir.

3.Kita mestilah berani menghadapi cabaran. Azam dan rakan-rakannya memperlihat keberanian ketika berkhemah di Tanjung Pangku. Azam dan Razi berani menghadapi penjahatpenjahat yang menculik mereka. 4.Kita perlu menberikan bantuan kepada yang memerlukan. Pak Widodo membantu Azam dan Razi yang mengalami kesusahan. Dengan pertolongan yang diberikan, mereka berdua sembuh dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai