com
No Faks : 06 3879550
___________________________________________________________________________ No. Ruj. Kami Tarikh Kepada : Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENGADAKAN MAJLIS AKHIR TAHUN 2012 & MAJLIS PERSARAAN GURU SMK RAHMAT Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, sekolah kami akan mengadakan jamuan akhir tahun bagi tahun 2012 dan majlis persaraan beberapa orang guru SMK Rahmat pada 31 Oktober 2012. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan agar kami dapat melaksanakan majlis ini dengan lebih baik lagi. Beserta ini dilampirkan satu kertas cadangan yang merangkumi jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk menjayakan majlis tersebut. 4. Sumbangan boleh di buat secara tunai, wang pos atau cek atas nama PIBG SMK Rahmat . No Akaun : 0405-0003111-05-7 (CIMB BANK) 5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan : i) Pn. Ramziah Bt Mangsor (019-3336256) ii) Pn. Marzita Bt Hamzah (019-6819832) Kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih : SMKR/GUKAT/2012/ (3) : 11 Oktober 2012
Yang benar,
KERTAS CADANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2012 & MAJLIS PERSARAAN SMK RAHMAT, KUALA SUNGAI BARU, MELAKA 1.0 PENDAHULUAN Majlis Jamuan Akhir Tahun SMK Rahmat akan diadakan pada 31 Oktober 2012 iaitu pada hari rabu. Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Rahmat dan tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan guru-guru dan dalam masa yang sama meraikan persaraan guru SMK Rahmat. Di samping itu, diadakan juga majlis penyampaian hadiah kepada guru-guru dan aktiviti cabutan bertuah juga akan dilakukan untuk memeriahkan majlis tersebut. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menghargai jasa semua guru SMK Rahmat di atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun . 2.2 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk semua guru supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik, bersemangat, berdedikasi dan bertanggungjawab. 2.3 Mengeratkan lagi hubungan antara sesama guru. 3.0 ATURCARA PROGRAM 2.00 ptg - Kehadiran tetamu jemputan dan semua guru & SMK Rahmat. 2.30 - Majlis bermula - Bacaan Doa - Jamuan 3.00 ptg - Ucapan Pengerusi GUKAT SMKR - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Guru & Staf yang bersara. - Ucapan Pengetua Cemerlang SMK Rahmat 3.30 ptg - Acara Penyampaian hadiah & cabutan bertuah. 5.30 ptg - Majlis bersurai
4.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA Penasihat Pengerusi Pen. Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari Jemputan Banner Bacaan Doa Hadiah / Sumbangan Pendaftaran Jamuan Jurugambar 5.0 PERBELANJAAN MAJLIS 1. Hadiah persaraan ( 3 org x RM 150.00) 2. Hadiah akhir tahun 2012 a) Hamper (120 x RM 5.00) b) Hadiah cabutan bertuah (120 x RM 10.00) c) Cenderamata (120 X RM 10.00) JUMLAH 6.0 SUMBER KEWANGAN Secara amnya sumber kewangan kami di dapati daripada kutipan yuran tahunan ahli dan sumber ini sangat terhad disebabkan sudah banyak program yang telah kami jalankan sepanjang tahun ini. Oleh sebab itu, Kelab Guru & Kakitangan SMKR (GUKAT) ingin memohon bantuan kewangan daripada badan-badan kerajaan, pihak swasta dan individu yang sudi memberi sumbangan secara ikhlas kepada kami bagi menjayakan majlis ini. 7.0 PENUTUP Majlis ini merupakan majlis tahunan sekolah kami yang diadakan untuk meraikan guru-guru yang akan bersara dan berpindah ke sekolah lain pada tahun ini. Di kesempatan ini juga pihak GUKAT ingin memberi anugerah dan cenderahati kepada guru-guru yang melaksanakan tugas dengan cemerlang. = RM 450.00 = RM 600.00 = RM 1200.00 = RM 1200.00 RM 3450.00 : Tn. Hj. Zulkapli B Othman (Pengetua Cemerlang SMK Rahmat) : Tn. Hj. Abu Zakiah B. : Tn. Hj. Abd Ghani B Harun : En. Suliman B Hapson : Pn. Ramziah Bt Mangsor : Pn. Norrulhuda Bt Abd Samat : En. Mohd Azman b Mahsudi : Cik Haidazura Bt Hashim : En. Idris B Saharuddin : En. Solah@Solahuddin B Abd Rahman : Pn. Marzita Bt. Hamzah : Pn. Noor Sarifah Bt Che Mad : Pn. Jule Norazwin Bt Jamian : En. Mohd Hazman B Harun
Disediakan oleh, . (Pn. Ramziah Bt Mangsor) Pen. S/U GUKAT SMKR 2011/2012 SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru,
11 Oktober 2012
Disahkan oleh,