Anda di halaman 1dari 4

Topik 1:

Teori-teori pendidikan seni


Oleh: Hassan Mohd Ghazali
Fakulti Seni dan Muzik

Pengenalan Falsafah

Secara umumnya istilah falsafah adalah berasal dari negara barat iaitu
negara yang mengembangkan ilmu ini Yunani Kuno. Kata filsafat
berkaitan erat dengan segala sesuatu yang boleh difikirkan oleh manusia,
malah sentiasa diperbahasakan oleh manusia melalui ilmu pengetahuan.
Oleh sebab itu hakikat falsafah kebiasaannya menggunakan akal fikiran
tetapi tidak semua proses berfikir itu adalah falsafah.
Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mengandungi
falsafah, namun mereka mempunyai hikmah dan hukama yang bererti
bijaksana atau ahli bijak pandai. Sebenarnya ilmu ini adalah datangnya
dari pengaruh Yunani kuno.
Seorang tokoh Islam Al-Farabi telah mendefinisikan falsafah yang
diambil daripada perkataan Yunani ‘philosophia’ yang kemudiannya
dihuraikan sebagai ‘Philos’ yang bererti pencinta, dan ‘sophia’ yang
bererti bijaksana. Secara rangkumannya pengertian falsafah ialah
‘pencinta bijaksana’.
Plato (427-348 SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu
pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikat
kebenaran yang hakiki.
Sementara itu Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk Sistematika
Filsafat menterjemahkan perkataan. ‘philosophia’ sebagai ‘cinta kepada
pengetahuan bijaksana’. Pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak
kunci kepada pembuka rahsia kebenaran. Mencari kebenaran adalah suatu
perkara yang harus ada dalam diri seseorang ahli falsafah.
Oleh yang demikian falsafah bolehlah diertikan juga usaha mencari
hakikat sesuatu, berusaha mencari sebab dan akibat, dan berusaha
mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia. Dengan dasar itu ahli
falsafah dapat memberikan pendapat dan keputusan yang bijaksana.

Bidang-bidang Falsafah
Aristotle talah membahagikan bidang falsafah kepada ilmu metafizika,
logika, retorika, etika, ekonomi, politik dan estetika. Sementara itu Dr.
Oemar Amin Hoesin (1975) pula telah membuat pembahagian ilmu
falsafah kepada ilmu kosmologi yang bersifat umum dan khusus,
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 1
• Hassan Mohd Ghazali
antropologi, etika dan logika. Profesor Abdul Jalil Hassan (1973) pula
membahagikan cabang-cabang ilmu falsafah kepada falsafah Insaniyah
(kemanusian) dan falsafah Latar tabiat. Menurutnya lagi bagi falsafah
insaniyah dari segi maknawi mengandungi tiga cabang kecil kepada
manusia iaitu akhlak, ilmu mantik (logik) dan ilmu jiwa (psikologi).
Manakala falsafah Latar tabiat pula ialah falsafah yang membahaskan
segala kejadian iaitu ilmu tabiat (kejadian alam), ilmu jiwa dan ilmu
Ilahiyah (ketuhanan). Profesor Muhamud Muhammad al-Hudzari (1967)
pula menyatakan falsafah terbahagi kepada ilmu mantik, ilmu falsafah
sosiologi, ilmu falsafah tabiat, ilmu falsafah agama, ilmu falsafah sejarah
dan ilmu sejarah falsafah.
Dari kenyataan beberapa tokoh penulis yang menyenaraikan
pembahagian ilmu falsafah, maka jelas menunjukkan bahawa bidang ini
amat luas. Namun demikian bidang yang dikenal pasti ialah ilmu etika,
logik, teologi, estetika, metafizik dan kosmologi.
1. Ilmu Etika
Ilmu etika ialah satu cabang ilmu yang membicarakan mengenai
tingkah laku manusia dari pandangan buruk dan baik yang ditentukan
oleh akal fikiran. Perkataan Etika adalah dari bahasa Latin Ethos
disebut Mores yang berasal daripada kata moral (sekarang makna
moral berbeza dari sudut etika).
Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum diterima tentang
manusia, mana yang baik dan wajar. Etika pula lebih bersifat teori dan
lebih bersifat menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang
yang baik dan buruk. Etika dalam erti kata yang lain ialah melihat
tingkah laku manusia untuk menentukan nilai baik dan buruk
mengikut budaya sesuatu kelompok. Menurut New American
Encylopedia, Etika ialah ilmu tentang falsafah moral – ia tidak
berkaitan dengan sifat manusia tetapi tentang idea.
2. Ilmu Logik
Ilmu Logik adalah ilmu yang menentukan sesuatu kebenaran atau ilmu
berkata benar dan berfikiran benar. Istilah logik berasal daripada
bahasa Yunani iaitu Logos yang membawa maksud ‘kata atau
fikiran’. Menurut Al-Farabi ilmu ini ialah ilmu yang memberi tenaga
fikiran dan kemampuan membezakan sesuatu dan merupakan alat
kepada falsafah. Menurutnya lagi falsafah tidak akan dapat mengajak
manusia berfikir tanpa logik. Al-Farabi sangat terpengaruh dengan
pemikiran Aristotle yang meletakan asas ilmu logik sebagai ‘alat’
untuk berfikir melalui bukunya berjudul Organon yang membawa
maksud ‘Alat’.
Ilmu Logik lebih menjurus kepada pemikiran yang boleh diterima oleh
orang lain tentang sesuatu kebenaran. Secara umumnya ilmu ini
mempunyai dua cabang iaitu:
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 2
• Hassan Mohd Ghazali
• Membahaskan fikiran manusia dengan tujuan untuk
mengetahui kaedah dan syaratnya bagi mendapatkan fikiran
yang betul
• Mencantumkan kaedah-kaedah itu dengan pelbagai fikiran
untuk mengetahui dan membezakan fikiran yang betul dan
yang salah.
3. Ilmu Teologi
Istilah teologi adalah daripada perkataan ‘Theos’ dalam bahasa Yunani
bermaksud ‘Tuhan’ dan ‘Logos’ pula membawa maksud ‘ilmu’. Ilmu
teologi ialah ilmu tentang Ketuhanan. Teologi adalah membahaskan
soal ketuhanan dan kewajipan manusia melalui sumber wahyu dan
akal. Akal sebagi daya berfikir yang ada dalam diri manusia
dianugerahkan oleh Tuhan. Wahyu adalah sebagai sumber
perkhabaran daripada alam metafizik dari Tuhan yang diturunkan
kepada manusia sebagai pedoman hidup dan kewajipan manusia
terhadap Tuhan. Menurut Al-Ghazali bahawa akal tidak dapat
membawa sifat kewajipan bagi manusia, kewajipan ditentukan oleh
wahyu.
Sebenarnya falsafah teologi Islam dijiwai oleh tauhid. Tauhid ialah
keyakinan kepada Yang Maha Esa. Oleh yang demikian berbeza ahli
falsafah Islam dengan ahli falsafah Yunani bahawa tauhid menjadi
penentu kepada kewujudan tunduk dan patuh kepada Allah. Bagi ahli
falsafah Yunani ilmu teologi tidak jelas dari segi ketuhanan. Sebagi
contoh Aristotle sangat kabur kerana dia mempercayai sifat-sifat
ketuhanan itu berada antara keesaan monoteisme dan bilangan tuhan
yang banyak iaitu politeisme. Ia tidak dapat menentukan sama ada
tuhan itu satu atau banyak.
4. Ilmu Estetika
John Cohn (1869-1947) seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikan
estetik sebagi teori tentang keindahan dan seni. Namun demikian Maz
Dessoir pula mengatakan bahawa estetika jauh lebih luas persoalannya
berbanding daripada bidang keindahan itu sendiri kerana estetika
banyak mempersoalkan persoalan sedih dan lucu, bergaya dan mulia
bahkan yang buruk pun boleh dikaitkan dengan keindahan yang relatif.
Mereka berpendapat hakikat seni menentukan estetika. Estetika ialah
ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Falsafah
estetika meliputi nilai-nilai keindahan dan seni, nilai retorika, suasana
hati dan lain-lain yang ada hubungan dengan nilai kecantikan. Plato
melihat estetika dari sudut teori metafizik yang mana estetika ialah
suatu realiti semacam sejenis hakikat yang abadi dan tidak akan
berubah-rubah. Sebenarnya sejak Socrates lagi perbincangan mengenai
masalah hubungan keindahan dengan sesuatu objek menjadi
perbincangan.
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 3
• Hassan Mohd Ghazali
Menurut Herbert Read (1959) kesenian adalah penciptaan bentuk-
bentuk yang menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu
adalah penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran
melalui penjelmaan fitrah manusia. Aristotle pula menyatakan konsep
seni adalah sebagai hasrat manusia untuk meniru yang bertujuan untuk
membersihkan perasaan.
5. Ilmu Metafizik
Aristotle menamakan ilmu metafizik ini sebagi ilmu agama, sebab
Tuhan adalah wujud, ia sebagi petanda alam daripada segala wujud.
Al-Kindi melihat metafizik itu adalah sebagai falsafah yang
membahaskan tentang makhluk dan alam abstraknya. Ibn Sina pula
bertolak daripada konsep makhluk dan seterusnya
memperkembangkan dengan memperkenalkan konsep ‘Ontologi’.
Ontologi ialah pemikiran tentang ilmu kejadian dan hakikatnya. Dalam
falsafah Ibu Sina terdapat tiga subjek yang dibincangkan iaitu Tuhan,
manusia dan alam.
6. Ilmu Kosmologi.
Kosmologi ialah falsafah yang mengkaji hal-hal yang berhubung
dengan alam. Melalui ilmu kosmologi ini dipelajari apakah sebenarnya
alam ini dan apakah hubungannya dengan kejadiannya. Salah satu
bahagian yang diteliti oleh ahli kosmologi ialah menyelidik sebab
cause terjadinya kosmos, pasti ada sebab menyebabkan terjadinya
kosmos itu.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 4


• Hassan Mohd Ghazali

Anda mungkin juga menyukai