Anda di halaman 1dari 18

Teori Resilience 1.

Pengertian Resilience Menurut Shatte dan Reivich (2002) bahawa resilience adalah kemampuan untuk bertindak balas secara sihat dan produktif ketika menghadapi rintangan atau dugaan. Menurut Papalia, Olds dan Feldman (2003) resilience adalah sifat seseorang yang mampu menghadapi rintangan secara positif.

Menurut Grotberg (1999) resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi, mengatasi serta tabah berdepan cabaran dan halangan. Resilience bukan merupakan keajaiban yang dimiliki oleh sebahagian manusia saja. Setiap manusia memiliki kemampuan untuk menjadi resilience dan setiap orang mampu untuk belajar bagaimana menghadapi rintangan.

Berdasarkan beberapa pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi dan mengatasi rintangan, halangan dan kesulitan dalam hidup sehingga individu tersebut menjadi lebih kuat. Istilah resilience diperkenalkan pertama kali oleh Block(dalam Klohnen,1966) dengan nama ego-resilience yang bermaksud kemampuan umum yang melibatkan kemampuan penyesuaian diri yang tinggi pada tekanan internal maupun eksternal. Secara spesifik, ego-resilience adalah a personality resource tahat allows individual to modify their characteristic level and habitual mode of expression of ego-control as the most adaptively encounter, function in and shape their immediate and long term environment context. (Block,dalam Klohnen,1996, hal.45) Berdasarkan defininasi diatas dapat digambarkan bahawa ego-resilience merupakan satu sumber personaliti yang berfungsi membina konteks lingkungan jangka pendek maupun jangka panjang dimana sumber tersebut memungkinkan individu untuk memodifikasi tingkahlaku dan cara mengekspresikan pengendalian ego yang biasa mereka lakukan. 1

Teori resilience mengandungi pelbagai maksud. Dengan penilitian Rutter dan Garmezy (dalam Klohnen,1966), tentang anak-anak yang mampu berada dalam tekanan. Mereka menggambarkan istilah resilience sebagai descriptive labels yang mereka gunakan untuk menggambarkan anak-anak yang mampu berfungsi secara baik walaupun mereka hidup dalam pelbagai masalah. Wolff (dalam Banaag,2002), mendefinasikan resilience sebagai trait. Menurutnya, trait ini merupakan personaliti tersembunyi yang hadir untuk melawan masalah individu dan melindunginya dari segala rintangan kehidupan. Individu yang mempunyai kepintaran , social temperament dan keperibadian yang menarik akan memberikan penghargaan pada diri sendiri. Individu tersebut adalah individu yang resilience. Grotberg (1995), menyatakan bahawa resilience merupakan sesuatu yang bersifat umum dan dengan itu, individu ataupun masyarakat mampu mencegah atau melawan pengaruh yang boleh merosakkan mereka yang sedang mengalami masalah atau musibah. Menurut Wolin& Wolin (dalam Bautista, Roldan & Bascal,2001), ianya bermaksud ketrampilan (coping) saat menghadapi tekanan kehidupan atau sifat individu untuk sentiasa sihat (wellness) dan terus memperbaiki diri ( self repair). Lazarus (dalam Tugade & Fredrikson, 2004), mengandaikan maksud resilience seperti kelenturan pada logam. Misalnya besi cetak yang banyak mengandungi karbon sangat mampat dan keras tetapi mudah patah (tidak resilience) sedangkan besi tempa yang mengandungi sedikit sahaja karbon sehingga mudah untuk dilentur dan dibentuk . Perumpamaan tersebut boleh digunakan untuk membezakan individu yang memiliki ketahanan dan yang tidak ketika berhadapan dengan tekanan yang dikaitkan dengan pengalaman negatif. Banaag (2002), menyatakan bahawa resilience adalah suatu proses hubungan antara individu dengan faktor persekitaran. Faktor individu ini berfungsi menahan diri sendiri dengan melakukan perubahan diri secara positif manakala faktor persekitaran berfungsi untuk melindungi individu dan meyelesaikan masalah.

Liquanti (1992), menyatakan secara khusus bahawa resilience pada usia remaja merupakan kemampuan yang dimiliki remaja dimana mereka tidak menyerah kalah atau berputus asa ketika menghadapi tekanan dalam persekitaran. Mereka mampu menghindari dari melakukan perkara negatif seperti pengambilan dadah, masalah remaja, ponteng sekolah dan gangguan mental. Masten & Coatswerth (dalam Davis,1999), menyatakan bahawa resilience mempunyai dua syarat iatu yang pertama adanya ancaman yang dikenalpasti pada individu ( ancaman berupa status high risk atau ditimpa kemalangan dan trauma yang teruk) dan yang kedua adalah perkembangan individu yang baik ( individu berperilaku dalam compotent manner). 2. Faktor faktor yang menpengaruhi resilience Grotberg (2004) mengemukan beberapa faktor yang menpengaruhi resilience : Temperamen Temperamen mempengaruhi bagaimana seseorang individu bereaksi terhadap rangsangan. Apakah seseorang tesebut bereaksi dengan sangat cepat atau lambat terhadap rangsangan? Temperemen dasar seseorangan mempengaruhi bagaimana individu menjadi seorang pengambil risiko dan menjadi seorang individu yang lebih berhati-hati Kepintaran Kajian telah menunjukan bahawa kadar purata kepintaran amat penting dalam diri seseorang yang bersifat resilience. Namun penelitian yang dilakukan oleh Grotberg (1999) membuktikan bahawa kemampuan resilience tidak hanya dipergaruhi oleh satu faktor melainkan ditentukan oleh banyak faktor

Budaya Perbezaan budaya merupakan faktor yang membatasi dinamika yang berbeza dalam memperkenalkan resilience.

Usia Usia seseorang mempengaruhi dalam kemampuan resilience. Seseorang yang lebih muda (8 tahun ke bawah) lebih bergantung kepada sumber sumber dari luar. Seseorang yang lebih tua (8 tahun ke atas) lebih bergantung kepada kemampuan dalam dirinya.

Jantina Perbezaan jantina turut mempengaruhi dalam perkembangan resilience. Perempuan lebih kepada kemampuan mencari bantuan, berbagi perasaan dan lebih sensitif kepada orang lain manakala lelaki lebih pragmatik,tertumpu kepada masalah dan hasil dari tindakan mereka lakukan.

3. Kekuatan Teori Resilience Shatte dan Reivich (2002) mengemukakan beberapa kekuatan teori ini terhadap seseorang individu : Emotion Regulation Merupakan kemampuan untuk sentiasa tenang ketika berada di bawah tekanan. Individu yang bersifat resilience menggunakan kemampuan emosi yang positif supaya dapat mengawal emosi, perhatian dan perilaku mereka. Self Regulation sangat penting untuk membentuk hubungan yang akrab dan memiliki fizikal yang sihat. Sebaliknya individu yang tidak dapat memgawal emosi, 4

mereka sering berasa tertekan dan tidak mampu untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain. Impulse Control Impulse Control adalah kemampuan untuk mengendalikan dorongan-dorongan primitif yang ada dalam diri individu dan lebih mengutamakan pemikiran yang rasional. Ketidakmampuan untuk menahan dorongan-dorongan boleh memyebabkan seseorang mengambil tindakan yang salah. Optimisme Individu yang resilience adalah individu yang optimis. Mereka percaya bahawa segala sesuatu boleh berubah menjadi lebih baik. Mereka memiliki harapan untuk masa depan dan percaya bahawa mereka boleh menguruskan kehidupan mereka. Jika dibandingkan dengan individu yang pesimis, fizikal mereka lebih sihat, tidak mengalami tekanan perasaan dan lebih produktif di tempat kerja. Optimisme adalah suatu keyakinan bahawa setiap masalah boleh diatasi. Causal Analysis Casual Analysis adalah kemampuan seseorang untuk mengenalpasti masalah yang dialami. Jika individu tidak dapat mengenalpasti punca masalah yang mereka alami, mereka akan terus membuat kesalahan yang sama di masa depan. Empati Empati adalah kemampuan seseorang untuk menilai keadaan emosi dan psikologi seseorang. Terdapat sesetengah individu yang boleh memahami emosi dan 5

psikologi seseorang yang lain melalui ekspresi wajah, intonasi suara dan bahasa tubuh saja. Self- efficacy Self- efficacy adalah kemampuan untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dialami untuk mencapai kejayaan. Reaching Out Reaching out adalah kemampuan untuk berhadapan dengan individu lain, serta melakukan perkara-perkara yang baru yang memerlukan keberanian dan kekuatan dalam diri.

4. Peringkat-peringkat Resilience Reivich dan Shattle (2002) mengemukakan empat peringkat Resilience: Overcome Kemampuan resilience untuk mengatasi halangan seseorang. Contohnya penceraian, kemiskinan, pengabaian secara emosional atau penderaan. Kemampuan resilience diperlukan agar individu tersebut dapat mengatasi rintangan yang terjadi semasa mereka kecil agar mereka menjadi individu yang berjaya. Steer Through Kemampuan resilience juga diperlukan agar seseorang individu bole mengatasi kesulitan yang timbul dalam kehidupan seharian. Kajian turut menunjukan bahawa individu yang memiliki self-efficacy yang tinggi mampu untuk mengatasi masalah dalam hidup dan tidak mudah berputus asa dalam menyelesaikan maslah yang dihadapi. 6

Bouncing Back Kemampuan resilience diperlukan agar individu mampu bangkit kembali dari kegagalan yang dialami seperti perceraian, kemisikinan, bencana alam ataupun kehilangan anggota keluarga.

Reach Out Beberapa manfaat yang dapat diperolehi adalah individu dapat menilai risiko yang dihadapi, dapat meluahkan pendapat dan perasaan serta menentukan arah hidup mereka.

5. Kesimpulan Ada individu yang mampu bertahan dan berubah dari situasi negatif secara efektif sedangkan individu lain gagal kerana mereka tidak berjaya keluar dari masalah. Kemampuan untuk meneruskan kehidupan setelah mengalami tekanan bukanlah sesuatu yang menguntungkan tetapi perkara tersebut menggambarkan adanya kemampuan tertentu pada individu yang dikenali dengan istilah resilience.

6. Tajuk : Sebuah perjuangan, penderitaan , pengorbanan dan penantian yang tiada pernah ada noktahnya kerana di sini kasihnya tertumpah

Sinopsis Sebuah kisah kehidupan petani yang serba kekurangan dan mengharapkan hasil padi untuk menampung kehidupan seharian. Lahuma, seorang suami kepada Jeha dan ayah kepada Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Beliau seorang yang berjiwa kental dan sentiasa memelihara tanah pusaka yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Mereka mengusahakan sawah dengan penat lelah.Hidup dan mati mereka hanyalah bergantung kepada kepada hasil padi dan menghambakan diri siang dan malam tanpa mengira masa dan waktu.Padi adalah segala-galanya. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan keberanian dapat ditunjukkan ketika Lahuma menyelamatkan Jeha dari dipatuk oleh ular tedung senduk. Lahuma sanggup bertarung nyawa tanpa memikirkan dirinya yang juga mungkin dalam bahaya. Penderitaan keluarga ini berterusan apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Ianya amat terasa dalam diri Jeha kerana sebelum ini Lahuma yang sentiasa mengerjakan sawah mereka dan sering dibantu olehnya.Tetapi selepas pemergian Lahuma yang menyahut panggilan Ilahi, tanggung jawab itu terpaksa dipikul oleh Jeha dan tujuh orang anak perempuanya.Mereka terpaksa meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Lahuma.Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anaknya.Mereka melakukan pelbagai usaha untuk mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan burung-burung tiak dan ketam.Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. Ketam-ketam mematahkan 8

tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang dan memakan padi. Perjuangan itu diteruskan sehinggalah satu ketika Jeha tidak mampu untuk mengharunginya lagi. Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa kehadiran suami tersayang, Lahuma. Segala bencana yang menimpa telah menyebabkan dia tidak keruan dan akhirnya menjadi gila. Jeha sentiasa merasakan bahawa Lahuma masih hidup dan suaranya seolah-olah sayup kedengaran. Jeha dibawa ke bandar untuk berubat dan segala tanggungjawab diserahkan kepada anak perempuan sulong, Sanah. Beliau meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Jeha dan bertungkus- lumus siang dan malam untuk menyempurnakan hajat arwah ayah dan ibunya. Sanah bernasib baik kerana dibantu oleh adik-adiknya. Akhirnya padi yang diusahakan selama sepeninggalan Jeha, mengeluarkan hasil walaupun tidak banyak. Tetapi ia sudah cukup untuk menggembirakan hatinya dan adik-adik. Segala penat jerih yang dirasakan selama ini terbalas juga. Sanah setia menunggu kepulangan ibunya, Jeha walaupun kepulangannya nanti tidak seperti Jeha yang dulu lagi iatu semasa arwah ayahnya, Lahuma masih hidup. Namun dia pasrah dengan apa yang Allah SWT tentukan untuknya dan adik-adik yang lain.

7. Perkembangan individu dalam novel (Kaji Watak) a. Watak Lahuma Seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT. - Kesenangan dan kebahagiaan diterima dengan penuh kesyukuran. Diterima dengan ucapan Alhamdulillah seribu kali. Dan penderitaan serta malapetaka yang menimpa pun diterima juga dengan penuh kesyukuran. (m/s 1- perenggan 6) -Nasi pemberian Tuhan, fikir Lahuma. Datuknya dulu pun bergantung hidup pada nasi juga . Dia juga serupa. Padi ditanam. Padi dijemur. Padi ditumbuk. Padi dimasak. Dan padilah yang menyambung hidup mereka sejak zaman- berzaman ini (m/s 3- perenggan 2) Seorang yang sayangkan tanah pusaka. 9

-Bapanya dulu mempunyai dua puluh relung bendang. Enam relung terlepas ke tangan Cina kerana jual janji. Tinggal empat belas relung. Dan mujur juga dia anak tunggal. Empat belas relung bendang itu disapunya habis.Tapi kini bendang itu tetap juga empat belas relung. Tidak berkurang dan tidak berlebih. Seinci pun tidak lebih. (m/s 4 -perenggan 2) - Lahuma terdongak. Hatinya berasa pedih . Tanah itu tanah airnya sendiri. Dia tidak akan mengubah ke tempat lain kalau seribu ular tedung senduk menyerang sekalipun.Aku tak akan mengubah ke mana-mana, jawabnya. (m/s 39-perenggan 1) - Tanah itu tanahnya. Itulah satu-satunya tanahnya. Samalah seperti tanah airnya yang baru merdeka ini. Tak ada tanah lain baginya dan bagi keluarganya. Hidup matinya di tanah air sendiri. (m/s 40-perenggan 1) Seorang yang memikirkan tentang masa depan anak-anak. -Lahuma teringat kembali kepada angan-angannya tadi. Memang mereka akan mendapat cicit juga. Lambat laun akan terdapat juga cicit-cicit itu.Kalau tidak sempat masa hidup, masa mereka mati nanti cicit-cicit itu akan melihat dunia juga. Sanah akan berlaki dan beranak dan bercucu dan bercicit lagi.Mulut untuk menerima makanan semakin banyak jumlahnya sedangkan tanah pusaka nenek moyang seinci pun tak pernah bertambah.Tanah bermula dengan dua puluh relung.Enam relung lari ke tangan Cina. Empat belas relung menjadi nafkah anak cucu cicit. (m/s 6perenggan 2) Seorang yang berfikiran positif dan optimis. - Lahuma meneruskan kerjanya mengasah parang. Besok belukar itu akan ditebas. (m/s 9-perenggan 4)

-Dan besoklah akan bermulanya hari dia menanam padi. Selesai menebas, tanah itu akan digembur dan dirata. Padi benih akan ditabur . Dan sebelum menunggu semai itu cukup usianya, Lahuma anak beranak akan turun ke sawah. Rumput dan menerung tebal terpaksa ditajak hingga tercabut perdu-perdu dan akarakarnya. (m/s 10-perenggan 1) 10

- Lahuma cukup percaya. Tuhan tidak akan mencabut nyawanya semata-mata kerana duri nibung yang seinci panjangnya. Tuhan sedar tentang jumlah anaknya. Tujuh orang semuanya. Mereka perlu makanan. Dan padilah makanan Lahuma turun temurun. Dengan ingatan seumpama itu Lahuma menahan sakitnya. Biar bisanya melarat kemana yang dia suka. Tuhan tentu berada disampingnya. (m/s 88perenggan 2) Seorang yang sentiasa berserah diri dan berdoa kepada Allah SWT. - Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah tangannya tercantum menadah langit. (m/s 12- perenggan 1) -Lahuma tidak mahu melangkah turun tangga besok pagi-pagi tanpa keizinan Yang Maha Esa.Kedua-dua belah tangannya ditadah. Dan sudut hatinya melupakan segala kerumitan; hanya tertumpu kepada Tuhan. (m/s 12- perenggan 3) Seorang yang redha dengan apa yang Allah tentukan. - Kalau seratus dua ratus boleh juga suruh budak-budak kita pungut. Tapi kalau macam tahun sudah, tak tahulah aku apa nak jadi. Mahu tak mahu kaulah kena sulam padi-padi itu kembali. (m/s 15- perenggan 5) - Ketam dan tiak itu insan seperti kita juga. Tuhan menguasai segala-galanya. Kalau mereka datang kita hanya membiarkan saja. Hanya Tuhan yang boleh melarang mereka. Hanya Allah Azzawajalla yang sanggup menegah mereka. (m/s 16 perenggan 2) Seorang yang bersemangat waja. - Besok akan bermulanya perjuangan, fikir Lahuma.(m/s 17-perenggan 4) - Dan sesungguhnya demikian pendapat Lahuma. Perjuangan yang maha hebat setiap tahun. Dia harus berjuang menghadapi segala bencana alam untuk mengisi perutnya, perut bininya dan perut-perut anaknya yang tujuh orang itu. (m/s 17perenggan 5) -Dia sendiri boleh menghabiskan sawahnya tanpa bantuan sesiapa . Dia melihat bininya lagi. Besok akaan turun juga, fakir Lahuma lagi. Biar kakinya sakit . Biar

11

bengkaknya bernanah hingga bosan. Lebih sakit daripada itu dia boleh tahan. Biar bengkaknya melarat hingga tertampan jantung. Tuhan itu adil. (m/s 90- perenggan 1) Seorang yang sanggup berjuang habis- habisan. - Kau akan kubunuh kalau kau mengamuk batang-batang padi mudaku nanti. Akan kuhenyak dengan tumit kasarku ini. Akan kutumbuk dengan hulu parangku ini. Akan kutangkap dan akan kurebus sampai terkoyak-koyak perut dan kulitmu. (m/s 19 perenggan 5) Seorang yang sentiasa berfikir tentang sesuatu yang belum pasti. - Bagaimana kalau angin dingin itu diganti dengan rebut yang maha dahsyat? Soal Lahuma dalam hatinya. Bagaimana kalau angin dingin itu diganti dengan hujan yang akan membuahkan banjir yang besar? (m/s 20-perenggan 3) - Sanah sudah besar. Milah sudah besar. Sanah hamper enam tujuh belas tahun. Kalau orang masuk, Lahuma tentu kena lepas juga. Kalau nasib baik bakal menantu itu boleh menolongnya menanam padi di bendang berjumlah empat belas relung itu. Kalau tak bernasib baik, menantu akan pergi membawa anak sendiri.Sanah akan pergi. Milah akan pergi juga apabila sudah menikah. (m/s 29- perenggan 3) - Lahuma mendiamkan diri. Kalau Sanah menikah, elok juga kalau Jenab berhenti sekolah. Sekurang-kurangnya boleh menjaga adik atau tolong bawa nasi bekal ke tengah bendang. Biar Semek dan Liah mengaji sekejap. (m/s 27- perenggan 3) Seorang yang pasrah tentang apa yang berlaku. - Lahuma mengenang semula tanah bendangnya yang berjumlah empat belas relung itu.Sudah berzaman-zaman tak pernah bertambah relung dan hasilnya. Hendak menebus kembali bendang yang terlepas ke tangan Cina dulu sudah terlambat. Masanya sudah terlepas . Dan bendang itu pun sudah dijual kepada orang Cina lain.(m/s 30- perenggan 2) Seorang yang mempunyai keberanian. - Dan dengan tempikan itu Lahuma menyerbu macam angin hala kepada ular yang melenggok-lenggok kepalanya itu. Ular itu mematuk dengan deras tapi hanya udara

12

yang menjadi sasarannya. Lahuma dengan pantas mencekik leher ular itu sesungguh-sungguh hatinya. Ekor dan badan ular itu membelit-belit tangannya.Parangnya dicabut dengan tangan kiri. Dan dengan ayunan yang kuat ular itu dicencang hingga berkerat-kerat badannya itu. Kepala itu disepuk ke tanah dan dengan tangan kanannya pula kepala ular itu ditumbuk-tumbuk hingga ranap masuk kedalam bumi. (m/s 33- perenggan 4) - Lahuma teringat pada telatah gilanya tadi. Bagaimana dia hilang akal waktu itu.? Tidak memikirkan akibat-akibat lagi. Aku menyerbu. Aku cekik leher ular itu. Aku cencang daging-dagingnya habis hancur. Tapi ingatan itu tidak dicurahkan. (m/s 36perenggan 2) Seorang yang kasih kepada isterinya - Jeha sudah jadi bininya sejak mula-mula lagi; malah Jeha tidak boleh lagi dianggap sebagai bini. Jeha sudah jadi sebahagian daripada nyawanya. Lahuma akan lumpuh kalau Jeha tidak sama-sama turun ke sawah. Lahuma lemah semangat kalau Jeha tidak sama-sama mengharung baruh yang jenuh dengan lintah kerbau yang ganasganas .Sudah bertahun-tahun bendang empat belas relung itu mereka kerjakan. Baik menyemai, baik menajak, baik tenggala, baik menanam, baik mengetam dan baik mengangkut padi gemal dari bendang naik ke jelapang. (m/s 47-perenggan 1) Seorang yang tidak pernah putus asa - Lahuma sedar . Dia tidak pernah kalah lagi dalam perjuangan hidupnya. Sejak belum dapat anak lagipun dia sentiasa menang. Sakit pening dilupakan begitu saja. Demam kura yang hinggap dulu hilang begitu saje apabila dia turun berjemur di tengah sinar matahari. Bisul yang tumbuh dipaha dulu pecah begitu saje waktu dia sedang menolak jerami padi. Kesakitan hanya ujian hidup. Dia tidak boleh diberi hati walau sedikit pun. (m/s 95-perenggan 1) - Tidak boleh didemah dengan lembut. Tidak boleh dicelur dengan ramuan. Tidak boleh mengerang kesakitan. Biar dia sakit, fikir Lahuma. Biar dia sakit setakat mana yang disukainya. (m/s 96- perenggan 1)

13

b) Watak Jeha

1. Seorang yang suka menolong - Aku juga nak ke sana.Tiba-tiba ujar Jeha apabila selesai saja mereka menyeruk pagi.Boleh juga kutip kayu api atau ulam-ulam di tepi-tepi belukar.(m/s 24-perenggan 2) - Budak-budak ada di rumah, sambung Jeha lagi bagaikan dia tahu bahawa Lahuma lakinya itu akan menegahnya,Sanah dan Milah boleh masak. Boleh mengasuh Lebar dan Kiah. Semek, Jenab dan Liah kan nak ke sekolah. (m/s 24- perenggan 4) 2. Seorang yang sentiasa berfikir tentang masa depan - Milah pun dah cepat ikut susuk tubuh kakaknya,sambung Jeha. Lepas seorang seorang anak-anak kita pergi. Kalau ada anak jantan, boleh juga tolong-tolong kau. Dan kalau menikah pun tak kan nak tinggalkan kita. Ni semua betina. Sudah nikah semua diangkut oleh anak orang. Kita juga sampai ke tua tinggal macam ni.(m/s 25perenggan 6) - Kalau lakinya dipatuk ular, siapa yang akan menebas dan merantas semak-semak itu. Siapa yang akan menolak tenggala. Siapa yang akan menajak. Siapa akan menaikkan batas.(m/s 41- perenggan 11) - Apa akan jadi kalau lakinya dipatuk ular yang bisa itu? Jeha gaduh benar apabila teringat hal itu. Sakit Lahuma bererti sakit seluruh keluarga. Mati Lahuma bereti mati seluruh keluarga. Namun begitu tekad Jeha tidak juga luput.(m/s 42-perenggan 1) 3. Seorang yang lemah semangat - Bahana ular tedung senduk masih liar menjelajah kehidupan Jeha sejak peristiwa di pinggir paya dekat belukar bekas semai tempoh hari. Langkah-langkah dan gerakgerinya masih juga terketar-ketar dan terhinggut-hinggut ketakutan bagaikan ada saja kepala yang berbintik-bintik kekuningan itu dimana-mana; baik di dalam rumah maupun diluar rumah. Tiga kali Jeha dipimpin ke bekas semai tapi kemudiannya dia cuma merekok atas balai rumah sahaja. Setiap bentuk bulat dan panjang sering menodai

14

fikirannya. Disangkanya ular.Kain buruk yang berlingkar di balik-balik pintu sudah empat kali disangkanya ular tedung. (m/s 45-perenggan 1) 4. Seorang yang mempunyai semangat waja - Aku akan turun ke sawah apabila petak empat dimulakan. Aku tidak akan naik-naik selagi semua petak belum selesai. Aku akn mencabut semai di belukar apabila cukup umur. Aku akan junjung ikatan-ikatan semai itu kr baruh. Aku akan menanam semaisemai itu baris demi baris. Aku akan sulam mana-mana padi yang tumbang.(m/s 69perenggan 2) -Tapi Jeha cukup percaya tentang usia lakinya yang belum sampai ajal itu . Dia akan hidup, Sanah akan hidup, Milah juga, Jenab, Semek, Lebar, Kiah . Mereka akan bernafas. Degup jantung mereka akan terus berdenyut.. Darah mereka akan mengalir juga walaupun cabuk lakinya menjelejah seluruh tubuh badan. Dan bendang mesti ditanam dengan padi. Dan segalanya mesti ditentang. Dan padi mesti diketam dan diangkut masuk jelapang. (m/s 107-perenggan 1) -Lemah semangatnya apabila mengingatkan dia sebagai seorang perempuan, tapi sebentar itu juga ingatan itu diluputkan. Perempuan bukan halangan . Dia akan menajak bendang itu sampai tumpu tebing.Dia akan memberi makan kepada anak-anaknya kalau lakinya pendek usia. Dia sendiri akan berkeras lengan. Giginya dikancing erat-erat bagaikan merenung dan rumput bulu landak itu hendak dimamah hingga lumat dengan giginya atas bawah. (m/s 107-perenggan 3) -Jeha akan melawan ketam dengan tenaga Lahuma yang berada dalam dadanya. Jeha akan melawan sampai mati apabila burung tiak menyerang padi masaknya nanti. Perjuangan itu bukan perjuangan dia seorang sahaja. Itulah juga perjuangan lakinya Lahuma.(m/s 139- perenggan 2) -Banjir akan datang. Kau harus melawan,Aku akan melawan,tegas Jeha.Ketam akan datang,Aku akan melawan dengan tanganku ini,(m/s 142-perenggan 5) -Burung akan datang makan padimu,Aku akan melawan , tegas Jeha lagi dalam kepalanya.Ulat akan bersarang dalam daun padimu,Aku akan melawan. Jeha masih hidup. Anak-anakku masih hidup,(m/s 142-perenggan 1) 15

5. Seorang yang penuh kasih sayang -Jeha menghampiri kaki cabuk lakinya. Diangkatnya kaki itu ke atas ribanya yang masih berlumuran lengket itu. Diusap-usap kaki itu hingga terkikis darah dan nanahyang berselaput hingga ke tumit. Kaki itu dicelurnya dengan air yang suam. Digosokgosoknya hingga bersih dan kemudian diletaknyaperlahan-lahan di atas bantal lasam. (m/s 97-perenggan 4)

6. Seorang yang redha dan tabah dengan ujian Allah SWT - Tapi apabila fikirannya tertumpu kepada Allah Azzawajalla, maka Jeha hanya menerima sahaja . Dia tahu tentang hidupnya selama ini. Hidupnya di tangan Tuhan. Hidup anak-anaknya pun ditangan Tuhan. Hidup semainya, hidup padinya, kesuburan padinya di sawah, kemarau, banjir, ketam, ulat, burung tiak semuanya berada dalam tangan Tuhan.Dan dengan fikiran itulah Jeha melapangkan sedikit dadanya. (m/s 125perenggan 2)

c) Watak Sanah 1.Seorang yang lembut hati -Sanah memandang muka adik-adiknya yang berada di keliling. Dia tidak menjawab soalan itu. Dia tidak mampu menjawabnya. Dan dari kelopak kedua-dua belah matanya mengalir air jernih. Mengalir air itu jatuh ke tanah. (m/s 186-perenggan 5) -Perlahan-lahan Jeha disuruh duduk dan ditolak pinggang itu ke hadapannya. Jeha hanya melihat . Sanah menjemput nasi itu dengan tangannya dan menyuap nasi itu masuk ke mulut Jeha. (m/s 187- perenggan 5) - Bagaimana akan dibuatnya kalau emaknya turun pergi mengacau rumah-rumah orang dalam kampong itu. Kebimbangan Sanah mula terasa. Setiap gerak geri adik-adiknya diperhatikan kalau-kalau tersentuh perasaan emak yang letih dan agak tenteram itu.(m/s 189-perenggan 1) 2.Seorang yang tidak pernah putus asa 16

- Biar sinar matahari menjunam sinarnya hingga panas terik. Sanah tidak peduli sama sekali. Minggu depan dia akan turun ke sawah mula mengetam kalau tidak menjadi apaapa hal.(m/s 234 perenggan 1) - Dangau-dangau akan dibina juga untuk tinggal di situ beberapa hari. Sanah tidak mendirikan apa-apa. Dia boleh berulang dari rumahnya. Dia tidak tahu hendak mendirikan dangau yang betul-betul kukuh dan dapat memuatkan keenam-enam adiknya itu. Sanah sanggup sahaja berulang setiap hari . Adik-adiknya pun tentu sanggup sanggup berulang juga.(m/s 234-perenggan 1) - Sanah tidak mampu memberi tempikan lagi Tiang-tiang kayu yang ada baju-baju itu diikat satu sama lain dan digoncang-goncangnya seharian itu. Baju-baju itu bergoyang dan tiak-tiak itu terkejut besar. Terbang pula mereka itu ke rimba tetapi lama-kelamaan goyangan tiang yang berbaju itu tidak diendahkan lagi. Sanah menokok dengan jeritan pula. Dan jeritan itu tidak diendahkan juga. (m/s 247-perenggan 3) -Tiak dating juga bagaikan hendak berebut padi-padi itu daripada Sanah dan daripada adik-adiknya. Sanah mengerat juga perdu-perdu padi itu. Tiak terus juga turun satu kumpukan satu kumpulan pula. Sanah mengerat lagi. (m/s 251-perenggan 8)

BIBLIOGRAFI Grothberg, E. (1995). A Guide to Promoting Resilience in Children: Strengthening the Human Spirit. The Series Early Childhood Development : Practice and Reflections. Number8. The Hague : Benard van Leer Voundation. Grothberg, E. (1999). Tapping Your Inner Strength, Oakland, CA : New Harbinger Publication, Inc. Reivick, K & Shatte, A. (2002). The Resilience Factor: 7 Essential Skills for Overcoming Lifes Inevitable Obstacles. New york: Broadway Books 17

18