Anda di halaman 1dari 17

1.

0 KANDUNGAN

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kandungan Penghargaan Pengenalan Ulasan Artikel Refleksi Tugasan Isu dalam PPKI Refleksi Penutup Bibliografi Lampiran

M/S

2.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan tugasan projek bagi kursus Isu dan Trenda (PKU3111) semester 6 yang telah diusahakan selama ini. Tugasan yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada syarat kursus yang wajib saya sempurnakan pada semester ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan projek saya ini. Ucapan terima kasih ini ingin saya tujukan kepada Encik Abdul Rahim Bin Talib di atas sokongan dan bimbingan beliau semasa saya melaksanakan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga untuk pihak warga Sekolah Kebangsaan Seri Indah kerana memberikan peluang dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyempurnakan tugasan projek ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru pembimbing saya kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk tugasan projek kerana membantu saya dalam meyempurnakan kursus ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan dan motivasi diri. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing - masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan projek ini amat saya hargai. Budi baik kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

3.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan kesukaran dalam pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya dalam kemahiran membaca, menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah sebagai satu cara untuk membantu murid-murid yang tidak bernasib baik ini untuk mendapat pendidikan yang sama rata seperti muridmurid di aliran perdana yang lain. Pendidikan khas tidak sama dengan pengajaran yang lain dan berbeza cara dalam penyampaian ilmu kepada murid-murid khas ini. Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang baru. Bidang Pendidikan Khas kurang di berikan perhatian di Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat masih belum di dedahkan dengan informasi tentang Pendidikan Khas di Malaysia. Bidang Pendidikan Khas juga tidak sunyi dengan isuisu yang berkaitan. Guru-guru Pendidikan Khas perlu bersedia dalam menghadapi cabaran dalam dunia yang semakin maju. Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas yang melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Isu-isu ini kadangkala mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajar yang bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan. Kesimpulanya, bidang Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang sangat mencabar dan perlu di laksanakan dengan penuh hikmah serta tanggunggjawab. Guru-guru perlu jujur dan amanah dalam mendidik insan-insan istimewa ini agar mereka berpeluang menjalani kehidupan yang lebih baik seiring dengan kanakkanak normal yang lain.

4.0 ARTIKEL 4.1 ULASAN ARTIKEL Tajuk : Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus

Perdana di Malaysia Penulis Sumber : Azad Athahiri Anuar dan Norsayyidatina Che Rozubi : www.elsevier.com/loacate/procedia

Penulis membuat kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak bekeperluan khas dalam pendidikan arus perdana. Penulis menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai sumber rujukan utama penulisan kajian beliau. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada tahu 1987 dibawah penyeliaan Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini bermaksud murid-murid bekeperluan khas yang mempunyai kefungsian yang tinggi boleh menghadiri kelas arus perdana dan belajar bersama murid-murid normal. Hasil daripada kajian lepas mendapati Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan kerana keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Pendidikan khas amat sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu satu bentuk program untuk pendidikan kanak-kanak yang bekeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman, (1997) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan luar biasa sesearang kanakkanak yang luar biasa. Penulis mendapati pendekatan pendidikan inklusf adalah salah satu langkah yang terbaik yang telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak bekeperluan khas. Pendekatan pendidikan inklusif ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia dan terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Penulis telah mengkatogerikan masalah kanak-kanak bekeperluan khas yang boleh didapati di merata sekolah iaitu masalah fizikal, emosi dan tingkah laku, pembelajaran khusus disleksia dan penguasaan kemahiran 3M. Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Asas penubuhan dan perancangan
4

pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia

diperkukuh melalui dasar pendidikan

wajib dan Pendidikan Untuk Semua. Dasar ini menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Penulis telah

menggariskan keperluan pendidikan inklusif yang dilaksanakan dalam arus perdana merangkumi tiga keperluan iaitu keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Malaysia bertanggungjawab mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan KPM

terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan untuk

setiap kanak-kanak termasuk individu bekeperluan khas. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanakkanak malahan mengasingkan kanak-kanak ke dalam kelas khas juga adalah satu diskriminasi. Oleh yang demikian, penulis percaya bahawa golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama-sama menikmati hak

kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan istimewa bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain. Keperluan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak bekeperluan khas seharusnya mampu untuk memperkembangkan potensi seseorang individu dengan sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah negara. Oleh itu, penulis membuat kesimpulan bahawa pendidikan inklusif merupakan satu strategi jangka masa panjang yang berkesan untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Malaysia. Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Kajian lepas yang telah dirujuk oleh penulis mendapati kanak-kanak pendidikan khas menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi

apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama dengan murid-murid normal. Pendidikan inklusif juga tidak terhad untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan mampu menjadi medium untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Realiti masyarakat di Malaysia, mereka kurang diberi pendedahan tentang golongan kurang
5

upaya sehingga menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana dapat mengajar kanak-kanak normal menerima golongan bekeperluan khas. Penulis juga berpendapat, dalam satu jangka masa yang panjang pendidikan inklusif dapat membantu murid bekeperluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan

kebergantungan kepada orang lain. Pada kesimpulanya, penulis menutup kajian dengan mencadangkan agar pembaharuan perlu dibuat secara berterusan bagi memastikan kejayaan program pendidikan inklusif untuk kanak-kanak bekeperluan khas. Guru-guru yang terlibat dalam pendidikan inklusif perlu bersedia untuk menghadapi segala cabaran. Pelaksanaan Progrm Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif mampu memberi peluang kearah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Malaysia sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di mata dunia.

4.2 ISU-ISU BERDASARKAN ARTIKEL

Melalui pembacaan dan penilitian yang telah saya lakukan terhadap artikel Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Arus Perdana di Malaysia terdapat beberapa isu-isu yang ketara yang dapat ditimbulkan serta dibincangkan. Penulis menjalankan kajian untuk mengenalpasti keperluan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak bekeperluan khas. Bidang Pendidikan Khas merupakan bidang yang mencabar dan perlu di ambil perhatian oleh semua pihak. Antara isu-isu yang dapat saya timbulkan melalui pembacaan saya terhadap artikel ini ialah isu guru-guru yang berada dalam bidang Pendidikan Khas terutamanya guru arus perdana yang telibat secara langsung di dalam Program Pendidikan Inklusif. Kebanyakkan guru-guru yang terlibat di dalam program

Pendidikan Inklusif tidak di dedahkan dan diberi kursus yang mencukupi. Kajiankajian lepas mendapati guru daripada arus perdana menujukkan keberatan dan sikap negatif untuk menerima program ini. Hujah saya ini dikuatkan lagi melalui kajian lepas yang dilakukan oleh Haniz Ibrahim (2000), beliau mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah bersikap negatif terhadap penerimaan pendidikan inklusif. Namun begitu mereka tidak sepatutnya dipersalahkan

sepenuhnya kerana mempunyai sikap negatif ini. Mereka perlu diyakinkan bahawa murid berkeperluan khas patut diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas normal. Oleh sebab itu, pembaharuan harus dilakukan agar guru-guru arus perdana dapat menerima program ini dengan tangan yang terbuka. Selain itu, jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas juga menjadi cabaran dalam melaksanakan program pendidikan inklusif di sekolah. Guru-guru Pendidikan Khas dilihat kurang menjalinkan kerjasama dan berbincang bersama guru-guru arus perdana. Perkara ini menyebabkan tiada penyelarasan antara isi kurikulum biasa dengan kelas pemulihan pendidikan khas. Keadaan ini akan menjejaskan perkembangan pembelajaran murid. Guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk suatu suasana pembelajaran yang positif di dalam kelas inklusif. Perbincangan dan pembaharuan

perlu diselaraskan agar murid-murid bekeperluan khas tidak tercicir daripada pembelajaran di sekolah. Isu pihak pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar sekolah juga dapat diketengahkan melalui pembacaan saya. Kebanyakkan pihak pentadbir hanya

mengambil sikap lepas tangan dan tidak ambil tahu kerana mereka beranggapan program Pendidikan Inklusif ini hanya perkara yang kecil. Guru Besar memainkan peranan yang penting dalam proses pelaksanaan program Pendidikan Inklusif. Guru Besar seharusnya memberi sokongan kepada guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Antara perkara penting ialah, guru-guru Pendidikan Khas dan arus perdana perlu diberi kuasa autonomi untuk bertindak mengikut budi bicara mereka dalam membuat keputusan yang difikirkan terbaik untuk membantu muridmurid istimewa ini. Guru-guru yang terlibat perlu diberi sokongan, galakkan dan juga ruang penghargaan terhadap usaha yang telah dijalakan agar mereka lebih bermotivasi. Isu pelabelan oleh guru-guru arus perdana dalam kelas pendidikan inklusif juga memberikan kesan yang buruk kepada pembelajaran murid-murid bekeperluan khas. Dapatan kajian tindakan oleh Nik Khairunnisa (2004) menunjukkan guru arus perdana tidak melibatkan murid bekeperluan khas di dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan murid-murid berkenaan tidak suka masuk ke kelas pendekatan inklusif. Isu melabel murid bukanlah suatu perkara yang baru di dalam program Pendidikan Khas. Guru-guru yang terlibat seharusnya menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa ada sikap prejudis. Guruguru pendidikan khas dan arus perdana perlu bergerak seiring agar proses pelaksanaan program Pendidikan Inklusif ini dapat memberi manfaat kepada insaninsan istimewa ini. Komitmen guru-guru yang terlibat dalam melaksanakan program ini perlu dititikberatkan. Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung perlu bertindak proaktif untuk mencari strategi pengajaran dan jalan penyelesaian bagi membantu murid-murid bekeperluan khas dengan berkesan. Guru-guru perlu prihatin dan peka terhadap persekitaran sekeliling murid-murid istimewa ini.

5.0 Isu Pelaksanaan Program Integrasi Masalah Pembelajaran Bagi memenuhi kehendak tugasan projek kursus PKU 3111 saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Seri Indah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan Program Integrasi Masalah Pembelajaran. Saya berpeluang untuk melihat sendiri secara terus bagaimana kelas dan program ini dijalankan serta diuruskan oleh guru-guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Maklumat yang telah saya perolehi ini banyak memberikan saya peluang untuk memahami bidang Pendidikan khas. Setelah saya Berjaya mengumpul kesemua maklumat dan data yang dikehendaki saya perlu merumuskan dan mengenal pasti isu isu yang timbul yang boleh diketengahkan. Saya telah menggunakan beberapa kaedah dan teknik untuk mengumpul maklumat yang saya perlukan. Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian ini memerlukan saya memerhati dan merekodkan segala perkara tanpa perlu melihat secara terperinci. Selain itu saya juga menggunakan kaedah temu bual semasa mengumpulkan maklumat. Saya telah menemu bual beberapa orang guru untuk mendapatkan maklumat yang tepat berdasarkan pengalaman mereka mengajar dan menguruskan program Pendidikan Khas. Guru-guru dan pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang baik semasa saya mendapatkan maklumat daripada mereka.

5.1 Isu Kemudahan Fizikal dan Prasarana

Isu kemudahan fizikal dan prasarana di sekolah bukan satu masalah yang baru dalam dunia Pendidikan khas. Kemudahan dan prasarana yang tidak lengkap sangat memberi masalah kepada guru-guru untuk melaksanakan pengajaran mereka. Kemudahan dan prasarana yang lengkap amat penting bagi mengurus dan mengendalikan murid-murid berkeperluan khas. Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Antara isu yang ketara ialah kemudahan dan lokasi bilik darjah untuk muridmurid Pendidikan Khas. Lokasi bilik darjah perlu di ambil perhatian oleh guru dan pihak pendtadbiran sekolah. Lokasi bilik darjah Pendidikan Khas yang terpencil akan menyukarkan pergerakan guru dan murid-murid. Berdasarkan pemerhatian saya murid pendidikan khas sukar untuk ke tandas kerana jarak yang jauh. Hal ini menyebabkan guru-guru sukar untuk memantau pergerakan murid. Kemudahan tandas yang tidak sesuai dan menepati ciri- ciri garis panduan untuk murid pendidikan khas akan menyebabkan berlakunya kecederaan. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, kelas pendidikan mempunya ruang yang sangat sempit dan terhad serta tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (2008); pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan fizikal program Pemulihan Khas seperti Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay. Susun atur kelas tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK9. Sekolah yang tidak dapat memenuhi kriteria 3 bay perlu menyediakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay. Ruang bilik darjah yang terhad menyukarkan murid pergerakan murid untuk melakukan aktiviti. Selain itu juga, guru sukar menjalankan aktiviti pengajaran yang melibatkan aktiviti berkumpulan dan permainan. Suasana dan keadaan bilik darjah yang tidak kondusif mengganggu fokus murid untuk belajar.
10

Selain itu juga, keadaan kelas yang sempit menyebabkan ruang pengudaraan tidak begitu baik. Kelas menjadi panas dan tidak selesa untuk belajar. Murid-murid terpaksa berkongsi satu bilik darjah yang sempit dan memuatkan sehingga11 orang murid. Suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi sukar di urus dan muri-murid mudah tergangggu. Perkara ini berlaku semasa saya melakukan pemerhatian di sekolah tersebut. Selain itu sekolah tidak mampu untuk menyediakan stesen terapi dan urus diri. Stesen ini amat diperlukan oleh guru untuk mengajar subjek yang tertentu. Subjek Pengurusan Diri memerlukan satu bilik khas yang mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang bersesuaian. Perkara ini menyebabkan guru tidak dapat menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan kepada murid. Kemudahan seperti peralatan dan bahan bantu mengajar yang tidak mencukupi juga menjadi isu di sekolah tersebut. Kebanyakkan peralatan dan alatan bahan bantu mengajar telah usang dan tidak sesuai untuk di gunakan lagi. guru-guru terpaksa mengeluarkan dana sendiri jika meraka mahu memperbaharui atau membaiki peralatan tersebut. Kekurangan kemudahan ICT seperti projektor LCD dan pembesar suara memberi kesan kepada pengajaran guru. Bilik-bilik darjah Pendidikan Khas tidak mempunyai LCD seperti bilik darjah bagi murid aliran perdana. Hal ini menyukarkan guru untuk mengajar dan mempelbagaikan srategi pengajaran. Proses pengajaran untuk murid khas perlulah bersifat konkrit kerana mereka susah untuk memahami konsep yang bersifat abstrak.

11

5.2 Isu Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kehidupan kanak-kanak. Peranan ibu bapa dalam bekerjasama dengan guru amat di perlukan bagi membantu murid-murid berkeperluan khas meneruskan kehidupan mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Perkara ini mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif. Terdapat segelintir ibu bapa malu mempunyai anak istimewa dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa tidak mahu ambli peduli dan hanya mengambil sikap lepas tangan kerana mereka beranggapan kanak-kanak ini hanya beban. Saya dapat melihat situasi ini berlaku di sekolah tersebut. Terdapat segelintir sahaja ibu bapa yang begitu mengambil berat perkembangan anak-anak mereka. Kebanyakkan ibu bapa murid-murid bekeperluan khas tersebut tidak memberikan sokongan dan idea kepada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Programprogram yang dianjurkan oleh phak sekolah sebagai medan perbincangan dan bertukar pendapat. Ibu bapa hanya dianggap satu pembaziran masa yang dianggap tidak bermakna oleh mereka. Hal ini telah menyebabkan sebahagian ibu bapa tidak mendapat maklumat yang secukupnya dari pihak sekolah. Guru menghadapi

kesukaran untuk mendedahkan keupayaan anak mereka dalam pelbagai aspek. Ini kerana mereka hanya melihat ketidakupayaan anak mereka dari satu sudut sahaja. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang di abaikan sepenuhnya oleh ibu bapa di sekolah tersebut. Mereka menghantar anak-anak di pusat jagaan tanpa mengambil peduli tentang murid-murid ini. Terdapat ibu bapa yang tidak mengakui insan istimewa ini sebagai anak mereka. Perkara ini berlaku di sekolah tersebut. Ibu bapa seharusnya menerima hakikat bahawa setiap anak-anak merupakan kurniaan tuhan yang sangat berharga. Ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Khas dalam aspek pengurusan diri anak-anak mereka. Mereka hanya mengharapkan guru-guru di sekolah. Hal ini telah menyebabkan proses pengajaran
12

dan pembelajaran terganggu. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga tidak di ajar untuk menguruskan diri dan berdikari. Perkara ini akan membantutkan perkembangan kanak-kanak bekeprluan khas. Seharusnya ibu bapa perlu turun padang bersama-sama membantu guruguru Pendidikan Khas dalam mengajar anak-anak mereka. Proses perkembangan murid akan menjadi lebih cepat. Murid-murid akan berasa lebih di sayangi dan berkeyakinan untuk belajar dan meneruskan kehidupan mereka. bu bapa adalah individu yang sangat penting dalam kehidupan murid ini. Jangan sesekali berasa kecewa kerana mempunyai anak yang bermasalah dalam pembelajaran tetapi ibu bapa perlu bangkit dan berusaha menyakinkan mereka bahawa mereka juga mampu berjaya seperti anak-anak yang lain. Adalah amat mengecewakan apabila ada sebilangan ibu bapa yang berasa malu dan cuba menafikan kehadiran insan istimewa ini. 5.3 Isu Kewangan

6.0 Refleksi Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana saya berjaya menyempurnakan tugasan bagi kursus (PKU 3111) Isu dan Trenda pada semester ini. Kerja kursus projek ini merupakan salah satu bahagian yang perlu saya dan rakan-rakan jalani bagi menyempurnakan kursus ini. Kerja kursus projek banyak memberikan saya pengalaman yang berguna sebagai seorang guru pelatih. Salah satu objektif kerja kursus projek ini adalah untuk mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akautabiliti, integriti, dan bertanggunggjawab untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan. Saya telah berusaha dengan sebaik yang mungkin bagi menyempurnakan tugasan projek ini mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh pensyarah kursus Encik Abdul Rahim Bin Talib. Sepanjang saya melaksanakan tugasan projek ini, banyak ilmu berguna yang telah diperolehi. Segala maklumat dan data yang di kumpul amat bermakna. Terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dan nilai tambah yang dapat saya perolehi dalam menjadikan sebagai seorang guru yang berkualiti kelak. Kursus Isu dan Trenda ini membincangkan tentang isu-isu dan cabaran semasa yang di hadapi
13

oleh guru-guru serta murid-murid Pendidikan Khas. Menjadi guru Pendidikan Khas memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Khas perlu menyiapkan diri dari segi mental dan emosi. Tugasan projek ini memerlukan saya untuk mengupas segala isu-isu dan cabaran yang di hadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas di sekolah dalam mendidik insan-insan istimewa ini. Isu yang berjaya saya ketengahkan semasa melakukan pemerhatian ini merupakan realiti yang terdapat dalam dunia Pendidikan Khas. Isuisu seperti penglibatan ibu bapa, kekurangan kemudahan prasrana dan dana kewangan ini bukan perkara yang asing dalam dunia Pendidikan Khas. Bagi menjayakan dan membantu menjadikan insan istimewa ini semua pihak haruslah berusaha dan berganding bahu kerana mereka bukan sahaja dalam

tanggunggjawab ibu bapa dan sekolah malahan masyarakat di sekeliling mereka. Menjadi seorang guru Pendidikan Khas bukanlah satu perkara yang mudah seperti anggapan orang ramai. Guru-guru telah diberikan satu amanah dan tanggunggjawab yang amat berat untuk dipikul. Insan istimewa perlu di didik dan di bentuk menjadi seorang yang mampu berdikari. Mengajar mereka bukanlah semudah yang di sangka. Terdapat juga beberapa kekangan semasa saya menyempurnakan tugasan projek utama. Antara kekangan utama yang saya hadapi adalah dari segi masa. Semasa tugasan projek ini diserahkan saya telah mula menjalani praktikum fasa dua selama dua bulan. Hal ini menyebabkan tugasan saya bertambah dan perlu membahagikan masa yang secukupnya. Kekangan yang kedua adalah saya sukar untuk mendapatkan maklumat dan rujukan semasa melaksanakan tugasan ini. Rakan-rakan yang juga sedang sibuk berpraktikum menyukarkan saya untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi. Hal ini menjadikan sumber maklumat dan informasi menjadi terhad. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dan belajar semsa melaksanakan tugasan ini adalah saya dapat belajar menguruskan masa dengan lebih baik. Sepanjang saya menjalani praktikun banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Hal ini menjadikan saya lebih matang dalam membahagikan masa saya. Nilai tambah seperti ini mampu menjadikan saya guru yang lebih berkualiti.
14

Semasa menyempurnakan tugasan ini, saya juga dapat memperbaiki kelemahan dan menambahkan ilmu saya. Saya dapat belajar cara untuk mengumpulkan maklumat yang berkesan. Kaedah kajian yang telah saya gunakan seperti kaedah pemerhatian dan temu bual ini dapat saya aplikasikan kelak dalam penulisan ilmiah. Kesimpulannya, proses menyempurnakan tugasan projek ini banyak

membuka mata dan memberikan pengalaman yang berguna kepada saya sebagai guru pelatih. Saya berharap dengan pengalaman yang berguna ini saya dapat menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang kompetitif, berkualiti dan dapat berkhidmat dengan cemerlang di masa hadapan kelak.

15

7.0 PENUTUP Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif. Perkara ini di akui tidak mudah untuk mengubah sikap guru-guru dan masyarakat bagi menerima pendidikan inklusif untuk memenuhi keperluan kanak-kanak

berpendidikan khas. Untuk membentuksatu kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini dan perlu bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

16

8.0 BIBLIOGRAFI 1. Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan keberkesanan
program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua. m.s 83-86.

17