Anda di halaman 1dari 23

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan menyediakan

kemahiran

di

dalam dengan

penyata

kewangan

menggunakan teknik Qgrafik ( KEW GRAFIC)


PENGETAHUAN SEDIA ADA: 1. TAHU KOMPONEN-KOMPONEN ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA 2. TAHU PERSAMAAN PERAKAUNAN : A= EP + L 3. TAHU CATATAN KONTRA ( PENGURANGAN AKAUN INDUK) 4. SUDAH MENGHAFAL FORMAT PENYATA KEWANGAN

Disediakan Oleh: Encik Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana 27000 Jerantut Pahang

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan kemahiran didalam menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Qgrafic ( KEW GRAFIC)

Fokus kajian ; Meningkatkan kemahiran menyediakan penyata kewangan

Masalah

: Masalah kemahiran menyelesaikan maklumat tambahan di dalam soalan Penyata Kewangan.

Tindakan

: Menggunakan Teknik Qgafik

www.perakaunansaujana.blogspot.com

ii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi syukur saya rafakan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya, saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Di ruangan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kharudin bin Kamaruzzaman Pengetua Cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut yang telah banyak memberikan maklumat dan kerjasama di sepanjang proses kajian ini.

Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada responden-responden yang terlibat di dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar 5DO kerana telah menyumbangkan maklumat yang amat berguna dalam menjayakan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individuindividu yang tidak saya nyatakan namanya di ruangan ini iaitu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang, Muliati Bt Mahmood serta anak-anak tercinta, Ahmad Idham Afiq B. Mohd Firdaus, Nursyazwina Athirah Bt Mohd Firdaus dan Nur Alia Athirah Bt Mohd Firdaus yang menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai bagi diri saya selama proses kajian ini berlangsung.

Harapan saya, semoga kajian ini mampu memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan dan guru-guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan. Sesungguhnya segala

www.perakaunansaujana.blogspot.com

iii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

kesempurnaan adalah milik Allah semata-mata dan kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri sebagai hamba yang sentiasa menuntut rahmatNya. Sekian, terima kasih..Wassallam

Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana Jerantut Pahang.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

iv

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah pelajar dalam menyediakan penyata kewangan dalam subjek Prinsip Perakaunan di sekolah . Di dalam kajian ini, pengkaji melihat dalam konteks pemahaman pelajar tentang beberapa bab sebelumnya iaitu komponen-komponen aset, liabiliti , ekuiti pemilik, hasil dan belanja serta bab persamaan perakaunan dan akaun kontra. Dengan mengaplikasikan ketiga-tiga bab tersebut, maka dengan menggunakan teknik Qgrafik ini pelajar dapat menjawab soalan penyata kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Data yang diperolehi sebelum teknik Qgrafik diajar kepada pelajar menunjukkan pelajar masih belum dapat menguasai teknik menjawab dengan baik terutamanya apabila menyelesaikan maklumat tambahan yang diberikan. Setelah teknik Qgrafik diajar, data menunjukkan peningkatan yang ketara terutamanya dalam penyelesaian maklumat tambahan sudah dapat dikuasai dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan supaya teknik yang diketengahkan oleh pengkaji dapat membantu semua pelajar Prinsip Perakaunan di Pahang khasnya dan seterusnya di Malaysia amnya.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Refleksi / Amalan / Gelagat yang lalu Isu Keperihatinan / Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Perancangan Tindakan Pelaksanaan Tindakan 6.1 6.2 6.3 7.0 8.0 Ujian Pra Aktiviti Tunjuk Cara (Qgrafik) Ujian Pos

ii iii v vi

1 1 2 2 3 3 5 11 12 12 13 14

Dapatan Kajian / Kesan Kepada Pelajar Refleksi Kajian (Kesan Kepada Guru)

RUJUKAN LAMPIRAN

www.perakaunansaujana.blogspot.com

vi

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

1.0

REFLEKSI/AMALAN/GELAGAT YANG LALU

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu mata pelajaran elektif yang menggabungkan teori dan praktikum (teknik) untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Untuk menyediakan Penyata Kewangan yang tepat dan lengkap, para pelajar haruslah berhatihati dalam operasi penyediaannya. Malah, apabila di sertakan bersama maklumat tambahan, kebanyakan pelajar merasakan maklumat tambahan itu cukup menyusahkan mereka. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu teknik dalam penyediaan penyata kewangan. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar juga dapat menguasai beberapa topik iaitu pengenalan kepada aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja, topik persamaan perakaunan dan catatan kontra iaitu pengurangan kepada akaun induk.

2.0

ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti melalui refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu, kajian ini difokuskan kepada kemahiran menyediakan penyata kewangan beserta dengan maklumat tambahan yang diberikan . Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah tunjuk cara dengan menggunakan teknik Qgrafic dalam pengajaran guru.

Kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah yang cukup berkesan untuk subjeksubjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu teknik tunjuk cara yang telah diberi nama teknik Qgraphic.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

vii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja 2. Menyatakan persamaan perakaunan mengikut konsep-konsep asas perakaunan 3. Menyediakan penyata kewangan dengan kemas , cepat dan tepat.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian telah dilakukan ke atas 13 orang pelajar tingkatan lima yang masih lemah dalam penyediaan Penyata Kewangan. Pelajar telah diukur berdasarkan ujian Pra yang telah dilaksanakan sebelum teknik Qgrafic diperkenalkan.

5.0

PERANCANGAN TINDAKAN

Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, pengkaji telah merancang pelaksanaan P&P yang lebih berkesan iaitu:

i) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan) ii) Menyediakan alat bantu mengajar seperti bahan edaran iii) Menggabungkan beberapa kecerdasan iaitu logik matematik dan kecerdasan interpersonal.

a) Logik Matematik Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka bertanya, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan dan cekap dalam menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

viii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

b) Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal kebanyakannya boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan orang lain.

6.0

PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

i) ii) iii)

Ujian Pra Aktiviti tunjuk cara ( Qgrafic) Ujian pos

6.1

UJIAN PRA

Murid-murid kelas 5DO diberikan satu set soalan berkaitan dengan penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ( Penyata Kewangan). Mereka dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada. Berdasarkan ujian ini, didapati kesemua pelajar kelas 5DO iaitu seramai 13 orang tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan tepat. Keputusan Ujian Pra boleh dilihat pada jadual dibawah.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

ix

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Soalan Penyata Pendapatan :

Pelajar dikehendaki menyediakan Penyata pendapatan dan Kunci kira-kira.

No Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 A B C D E F G H I J K L M

Markah 35 30 25 30 25 26 20 29 36 23 30 35 42

Sumber : Ujian Pra ke atas 13 orang murid 5DO

Berdasarkan Jadual diatas, kebanyakan murid-murid tidak dapat mengingat format Penyata Pendapatan, tidak tahu fungsi akaun kontra dan tidak tahu persamaan perakaunan. Perkara ini dapat diketahui dengan melihat kepada corak jawapan yang masih keliru dan tidak teratur. Kesemua pelajar terpilih untuk mengikuti program Teknik Qgrafik.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

6.2

AKTIVITI TUNJUK CARA QGRAFIK (KEW GRAFIK)

Setelah ujian Pra dijalankan , 13 orang pelajar ini telah dikumpulkan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan). Aktiviti ini dilakukan pada 19 Februari 2011, hari Sabtu untuk memastikan proses P&P berjalan lancar dan berkesan.

Langkah 1

Soalan diedarkan kepada pelajar. Soalan tersebut dibaca oleh guru satu persatu kepada pelajar. Tujuannya ialah untuk memastikan pelajar peka dengan tugasan yang diberikan. Masa yang diambil adadlah selama 5 minit.

Langkah 2

Guru memberi penjelasan tentang : i) Fasa 1- Komponen-komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. ii) Fasa 2 - Persamaan perakaunan iii) Fasa 3 - Catatan Kontra.

Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam iaitu memberi penerangan dan nota diedarkan sebagai rujukan.

Langkah 3

Guru mengedarkan borang Qgrafic kepada setiap pelajar. Guru mula menunjukkan cara menggunakan kaedah Qgrafik iaitu :

i) Guru mengarahkan pelajar merekodkan segala maklumat dalam imbangan duga ke dalam Qgrafik mengikut kedudukan baki masing-masing dengan pengetahuan sedia ada tentang komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. ( Rujuk soalan dan Qgrafik di halaman lampiran)

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xi

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

ii) Menyesaikan maklumat tambahan dengan mengaplikasikan persamaan perakaunan. Mesti ada catatan bergu bagi setiap maklumat tambahan.( Gunakan dakwat pen merah) iii) Pindahkan maklumat tersebut ke dalam format penyata kewangan yang sebenar daripada Qgrafik.( Penerangan lebih jelas di lampiran )

Lihat contoh soalan di bawah:

Contoh Soalan Imbangan Duga Perniagaan Alia pada 30 Jun 2011 adalah seperti berikut:

Perniagaan Alia Imbangan Duga pada 30 Jun 2011 RM Tunai Penghutang Pemiutang Stok 1 Julai 2010 Kenderaan Pinjaman Bank Belian Jualan Pulangan Komisen Gaji Sewa Insurans Kadar Bayaran Peruntukan hutang ragu Modal 137600 9200 4800 1560 1540 400 25880 137600 420 450 63500 96540 12600 40000 10000 700 3280 4330 RM

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Maklumat tambahan: i) ii) iii) Stok pada 30 Jun 2011 dinilaikan sebanyak RM9700 Peruntukan hutang ragu dicadangkan pada kadar 5% atas penghutang Insurans RM1560 yang dibayar pada 1 September 2010 adalah untuk tempoh setahun iv) Ambilan barang niaga bernilai RM240 belum lagi dicatatkan dalam mana mana buku.

Anda dikehendaki menyediakan:

a) b)

Penyata pendapatan bagii tahun berakhir 30 Jun 2011 Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xiii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Penyelesaian Menggunakan Qgrafic :

AD

Stok Awal 12600 Belian 63500 - 240 ( MT iv) Pulangan 420

Jualan 96540

Stok akhir + 9700 (MT i)

AUR

Gaji 9200 Sewa 4800 Insurans 1560 + 312 ( MT iii) Kadar Bayaran 1540 PHR ( penambahan) +230 (MT ii)

Komisen 450

KKK

Tunai 700 Penghutang 3280 Kenderaan 40000 Stok Akhir +9700 ( MT i)

Pemiutang 4330 Pinjaman Bank 10000 Peruntukan hutang ragu 400 +230 ( MT ii) Modal 25880 Insurans Terakru + 312 (MT iii)

Ambilan + 240 ( MT iv)

NOTA: MT = MAKLUMAT TAMBAHAN HURUF YANG DIHITAM ADALAH CATATAN KONTA - Catatan ini haruslah dipindahkan ke sebelah yang berlawanan dengannya ( ditolakkan daripada pasangannya iaitu AKAUN INDUK.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xiv

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Menyalin dari Qgrafik terus kedalam Penyata Kewangan dengan mengaplikasikan Pengetahuan tentang Catatan Kontra.

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 RM Jualan (-) Pulangan Jualan Bersih RM RM 96540 420 96120

Tolak : Kos Jualan Stok Awal + Belian Kos barang untuk dijual (-) Stok Akhir 12600 63260 75860 9700 66160 Untung kasar 29960

Tambah : Hasil Komisen 450 30410 Tolak: Belanja Gaji Sewa Insurans Kadar Bayaran Peruntukan Hutang Ragu ( penambahan) 9200 4800 1872 1540 230 17642 Untung Bersih 12768

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xv

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011 Aset Bukan Semasa Kenderaan RM RM RM 40000

Aset semasa Tunai Stok Akhir Penghutang (-) P hutang Ragu 3280 (630) 2650 13050 (-) Liabiliti semasa Pemiutang Insurans terakru 4330 312 4642 8408 48408 700 9700

Ekiuti Pemilik Modal (+) Untung bersih 25880 12768 38648 (-) Ambilan 240 38408 Liabiliti bukan semasa Pinjaman bank 10000 48408

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xvi

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

6.3

UJIAN POS

Ujian pos telah diberikan kepada pelajar selepas aktiviti tunjukcara dilakukan. Mereka dikehendaki menjawab soalan yanhg diberikan dalanm tempoh masa 25 minit.

Markah yang diperolehi oleh pelajar

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Nama A B C D E F G H I J K L M

Markah 69 64 54 63 45 52 60 52 50 65 86 85 87

Merujuk kepada data yang diperolehi daripada responden menunjukkan peningkatan dari segi persembahan jawapan pelajar yang lebih kemas dan teratur. Contohnya pelajar A yang mendapat markah 35 pada Ujian Pra telah meningkat kepada 69 markah pada ujian Pos. Pelajar ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 49.27% iaitu peningkatan yang amat ketara. Pelajar M pula telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada ujian pos iaitu sebanyak 51.72%. Kesemua pelajar menunjukkan peningkatan kepada markah mereka.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xvii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

7.0

DAPATAN KAJIAN/KESAN KEPADA PELAJAR Hasil daripada teknik Qgrafik ini, didapati pelajar telah dapat menguasai teknik

dalam penyediaan penyata kewangan dengan lebih baik jika dibandingkan dengan cara yang biasa digunakan sebelum ini. Ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan ke atas 13 orang pelajar yang terlibat di dalam Program Tunjukcara Teknik Qgrafik. Kesemua pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam markah mereka. Contohnya, markah pelajar M telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada ujian pos iaitu kenaikan sebanyak 51.72%.

8.0

REFLEKSI KAJIAN ( KESAN KEPADA GURU) Hasil daripada teknik Qgrafik ini, pengkaji mendapati teknik ini memudahkan

pengkaji untuk mengajar bab ini . Pengkaji tidak perlu lagi mengajar bab ini berulang kali. Dengan mengajar pelajar teknik Qgrafik ini, pengkaji hanya perlu menunjukkan cara bagaimana pelaksanaannya dan sekaligus pelajar turut dapat menguasai beberapa bab yang digunakan sama untuk merealisasikan Qgrafik. Antara topik yang turut terlibat dalam teknik Qgrapik ialah topik klasifikasi aset, liabiliti, ekuiti pemilik , hasil dan belanja. Seterusnya, melalui teknik Qgrapik juga para pelajar dapat menguasai topik persamaan perakaunan, akaun Kontra dan beberapa konsep perakaunan seperti sistem catatan bergu, konsep pemadaman dan wang sebagai ukuran.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xviii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

RUJUKAN Chua, Yan Piaw (2006) . Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik Pendidikan . Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd . Mohd Majid Konting (2000) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Wiersma, W . (1995) . Research Methods In Education : An Introduction . Seventh Edition . Massachussetts : Ally and Bacon .

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xix

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

LAMPIRAN

Soalan Ujian Pra Imbangan Duga Syarikat Bahama pada 31 Ogos 2011 adalah seperti berikut :

Imbangan Duga pada 31 Ogos 2011 Debit RM Bangunan Kelengkapan Susut nilai terkumpul kelengkapan Modal Tunai Ambilan Overdraf Bank Penghutang dan Pemiutang Peruntukan Hutang Ragu Hutang Lapuk Stok, 1 September 2010 Belian dan Jualan Pulangan Angkutan Masuk Angkutan Keluar Komisen Kadar Bayaran Gaji Insurans Pelbagai Belanja Diskaun 540 7 500 520 2 650 250 127 269 320 127 269 860 8 500 29 916 867 412 398 530 61 888 621 11 260 1 293 3 303 3 500 8 085 465 45 000 14 000 2 660 49 200 Kredit RM

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xx

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Maklumat tambahan :

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Stok pada 31 Ogos 2011 adalah sebanyak RM 8 372 Kadar bayaran bagi tempoh perakaunan ini ialah RM 850 Peruntukan hutang ragu hendaklah dinaikkan kepada RM 563 Susut nilai kelengkapan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan Insurans ialah RM 583 bagi tahun kewangan ini Faedah atas overdraf bank sebanyak 10% yang dikenakan belum dibayar lagi Jualan kredit pada 31 Ogos 2011 sebanyak RM 1 060 yang dijual kepada pelanggan tidak direkodkan dan wang ini digunakan oleh pemilik untuk membayar cukai jalan kereta sendiri

Anda dikehendaki :

a) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2011 dengan menunjukkan kos jualan b) Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Ogos 2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xxi

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Soalan Ujian Pos Berikut ialah Imbangan Duga yang diambil daripada buku Syarikat Man Hing pada 30 Jun 2011.

Imbangan Duga pada 30 Jun 2011 Debit RM Kenderaan (kos) Susut Nilai Terkumpul Kenderaan Perabot (kos) Susut Nilai Terkumpul Perabot Modal Angkutan Keluar Belanja Pos Ambilan Simpanan Tetap Tunai Gaji Penghutang dan Pemiutang Komisen Diterima Bank Stok 1 Julai 2010 Alat Tulis Belian dan Jualan Pulangan Masuk dan Pulangan Keluar Angkutan masuk Insurans Sewa Insurans Atas Belian Upah Kadar Bayaran 2 860 1 750 125 36 380 980 425 1 285 6 960 225 622 285 43 107 460 360 210 1 760 18 000 2 000 3 680 3 460 4 820 580 6 000 1 140 45 000 12 000 4 320 Kredit RM

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xxii

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

Diskaun Belanja Runcit Peruntukan Hutang Ragu Duti Import

367 112

284

480 345 100 191 100 191

Maklumat tambahan :

i)

Stok pada 30 Jun bernilai RM 5 920 pada harga kos dan RM 5 580 pada harga pasaran

ii) iii)

Komisen diterima adalah untuk setahun yang berakhir pada 31 Disember 2011 Insurans terdahulu ialah RM 288 sementara belanja runcit terakru ialah RM 65

iv)

Susut nilai kenderaan hendaklah dibuat dengan kadar 20% setahun dan perabot 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan

v)

Sekeping cek bernilai RM 500 yang diterima daripada seorang penghutang tidak dilayan oleh bank. Perkara ini belum dicatat dalam buku.

vi)

Hutang sebanyak RM 260 dihapuskan dan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% diwujudkan

vii) viii)

Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar Peniaga telah mengambil barang berkos RM 238 untuk kegunaan sendiri. Dia juga mengeluarkan RM 50 setiap bulan daripada Akaun Bank Perniagaan untuk membayar yuran muzik anaknya. Perkara ini belum direkodkan.

Anda dikehendaki menyediakan :

a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 b) Kunci Kira-Kira pada tarikh tersebut.

www.perakaunansaujana.blogspot.com

xxiii