Anda di halaman 1dari 5

Teknik Simulasi

Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan.

Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Sosiodrama

ialah

aktiviti

lakonan

yang

berdasarkan

sebuah

cerita

yang

menggambarkan sesuatu situasi yang berkonflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan.

Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut. Tujuan, prinsip, kebaikan dan kelemahan Teknik Simulasi adalah seperti berikut:

Tujuan-tujuan Simulasi

Teknik Simulasi mempunyai enam tujuan iaitu:

1. Untuk menguasai kemahiran 2. Untuk membina pemikiran yang analitis dan kritis 3. Untuk membina sikap positif 4. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif 5. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah 6. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

Prinsip-prinsip Simulasi

Untuk menggunakan Teknik Simulasi dalam bilik darjah dengan berkesan, guru seharusnya mengetahui, memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

1. Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.

2. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi Simulasi hendaklah diberikan.

3. Pilih murid-murid yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

4. Bagi Sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada muridmurid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu.

5. Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng, baju dan sebagainya.

6. Semasa sesi Simulasi, pastikan murid-murid yang lain yang menjadi penonton benarbenar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.

7. Selepas sesi Simulasi, guru hendaklah meminta murid-murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

8. Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.

Kelebihan & Kelemahan

Kelebihan Teknik Simulasi ialah: a) Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.

b) Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid. c) Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul. d) Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik. e) Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.

Kelemahan Teknik Simulasi ialah:

a) Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon. b) Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton. c) Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi. d) Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton. e) Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah.

Langkah-langkah Pelaksanaan

a) Teknik Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut: b) Guru menyediakan satu situasi bermasalah. c) Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak dan tempoh lakonan. d) Guru memilih murid-murid menjadi pelakon. e) Murid-murid memainkan peranan masing-masing berdasarkan watak yang diberikan

di samping menunjukkan cara penyelesaiannya. f) Guru berbincang dengan murid-murid tentang prestasi para pelakon dan mencari cara penyelesaian masalah. g) Guru membimbing murid-murid untuk membuat rumusan.