Anda di halaman 1dari 5

1.

Keruntuhan Akhlak Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu. Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya hiburanhiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu. Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya) terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang berlainan. Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head, hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar mereka Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka. Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi teguran. 2.Kemusnahan Keluarga Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya. Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam rumahtangga. Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.

3.Kegelisahan Jiwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat. Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya. 4.Kecelaruan akal S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof. Alex Carel mengatakan bahawa: Yang menghairankan, penyakit mental lebih banyak daripada semua pesakit lain secara keseluruhan. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental? Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk melakukan jenayah tanpa rasa bersalah. 33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan jenayah rogol.[25] Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka. 5.Jenayah dan Ketakutan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka. 4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan, serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.

Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf AlQaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)? Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia. Sehinggakan, laporan ada menyebut: Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan-perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa, mereka pernah dirogol sekurangkurangnya sekali. (Kilpatrick et al,1992, p.i) Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa. Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes pada hakikatnya, pada setiap tahun. Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47% mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah. Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47% daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32] Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat), http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa sendiri. Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah, termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki. 503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan, teman temu janji atau teman lelaki.

Chandra Muzaffar, aktivis hak asasi manusia dan Presiden International Movement for a Just World (JUST) telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi. Lapan aspek positif itu adalah: 1. Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara; 2. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah; 3. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat; 4. Komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah; 5. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi,; 6. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia; 7. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia; 8. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita. Walaubagaimanapun, beliau telah mengenalpasti 13 keburukan fenomena globalisasi ini kepada manusia jagat iaitu: 1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan; 2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektorsektor ekonomi; 3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan; 4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan; 5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatann yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri; 6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia; 7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen

menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global; 8. Penyebaran budaya pop Amerika yang menyegarkan pancaindera dan mematikan roh. 9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat; 10. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna; 11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia; 12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung; 13. Pengantarabangsaan penyakit.