Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran proses dan kemahiran berfikir Penguasaan kemahiran proses, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir adalah ditekankan

dalam sukatan PSS (Primary School Science/ Sains Sekolah Rendah). Ketiga-tiga kemahiran tersebut adalah saling berkaitan dengan pemikiran secara kritikal,kreatif dan analitik . Kemahiran proses sains : 1) Memerhati 2) Mengkelasan 3) Mengukur dan menggunakan nombor 4) Membuat inferen 5) Membuat ramalan 6) Berkomunikasi 7) Mengenalpasti hubungan ruang dan masa 8) Mengintepretasi data 9) Mendefinasi secara operasi, 10) Mengawal dan memanipulasi pembolehubah 11) Membina hipotesis 12) Mengeksperimen. Kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor: 1) Mengendali,membersih dan menyimpan alat radas sains 2) Mengendali secara selamat spesimen hidup 3) Melukis secara betul spesinen dan alat. Sikap dan nilai 1) Sifat ingin tahu kepada dunia disekeliling 2) Kejujuran 3) Ketepatan dalam merekod dan mengesahkan data 4) Keluwesan dan keterbukaan minda 5) Kesabaran

6) Kerjasama 7) Bertanggungjawab terhadap diri sendiri,orang lain dan alam sekitar 8) Bersyukur kepada tuhan 9) Menghargai sumbangan sains dan teknologi