Anda di halaman 1dari 24

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Persamaan Peluang Di Dalam Pendidikan

Definasi :

Penagihan nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikan pendidikan yang boleh didapati dari sistem pendidikan kepada semua murid tanpa mengira latarbelakang.

Menurut Komisar dan Coombs (1994).

Sesuatu yang sama atau sesuai yang bermaksud walaupun seseorang itu datangnya daripada pelbagai latarbelakang,pencapaian akademik,keturunan,saiz fizikal dan kebolehan tertentu namun mereka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan mengikut kemampuan yang ada.

Konsep kesamaan peluang dalam pendidikan ini sebenarnya telah lama ditimbulkan lebih kurang satu setengah abad yang lalu. Ramai pendidik telah mentakrifkannya dan penakrifan tersebut terbahagi dua iaitu tradisional dan bukan tradisional. Menurut James Coleman The Concept of Education Opportunity dan School and Society Education, berdasarkan keadaan di Amerika Syarikat iaitu:

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Ia memberikan pendidikan percuma pada satu peringkat di dalam sistem pelajaran.

Mengadakan kokurikulum yang sama kepada semua murid tidak mengira apakah latarbelakang mereka.

Membenarkan murid-murid daripada apa latarbelakang sekalipun memasuki sekolah yang sama.

Mengadakan persekolahan yang sama di dalam sesuatu kawasan.

Walaubagaimanapun di Malaysia konsep ini dirujuk adalah bagi mengariskan bidang tugas untuk jawatankuasa mengkaji sistem pelajaran yang bertujuan untuk mendapat satu peranan yang sama di dalam pendidikan. Di malaysia persamaan ini dapat dilihat agar sistem pendidikan kebangsaan dapat memberikan suasana dan kandungan pelajaran yang sama kepada semua murid dan bukannya kepada segelintir murid sahaja. Dari aspek tradisional pula, ia mengandaikan bahawa sekolah memainkan peranan di mana sekolah menyediakan peluang dan murid memainkan peranan aktif iaitu bertanggungjawab bagi mendapatkan kejayaan. Persamaan peluang ini terdiri daripada dua perkara penting iaitu:

Setiap orang inginkan faedah-faedah persekolahan mempunyai peluang yang luas terbuka untuk memasuki sekolah.

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Semua sekolah mestilah mempunyai kemudahan yang lebih kurang sama dengan input di sekolah lain seperti dari segi kemudahan,bahan dan kemudahan-kemudahan lain.

Di peringkat persekolahan rendah konsep ini tidak banyak dipersoalkan kerana kemahiran asas yang sama seperti membaca dan mengira telah diberikan kepada semua murid. Di peringkat menengah konsep ini hangat diperdebatkan kerana murid ini akan terus mendapat pekerjaan selepas tamat persekolahan. Ini kerana bagi golongan bawahan pendidikan yang diberikan hanya untuk bidangnya dan tidak lebih dari itu, berbanding golongan atasan yang boleh mengetahui semua bidang. Walaubagaimanapun pandangan lama terhadap konsep ini berubah semenjak tahun 1954. Implikasi kepada pandangan baru terhadap konsep persamaan peluang ini ialah tanggungjawab bagi menyediakan kejayaan atau pencapaian adalah merupakan peranan institusi persekolahan itu sendiri.

3.1 Persamaan di dalam pendidikan.

Di negara Malaysia persamaan peluang di dalam sektor pendidikan telah diwujudkan pada masa ini. Sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi telah banyak dibuka oleh kerajaan dengan tujuan memberikan peluang pendidikan kepada rakyatnya tanpa mengira latarbelakang. Suatu ketika dahulu semasa pendudukan inggeris di negara ini konsep persamaan peluang di dalam pendidikan tidak wujud. Ini kerana mereka telah menetapkan stratifikasi masyarakat bahawa golongan bawahan terus dengan cara mereka mengetahui satu bidang sahaja,manakala golongan atasan pula boleh 3

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

mengetahui lebih dari itu. Oleh yang demikian sekolah-sekolah yang telah dibuka bukanlah untuk semua golongan masyarakat. Sebagai contoh MCKK ( Malay Colledge Kuala Kangsar) dibuka hanya untuk golongan-golongan atasan seperti anak-anak pembesar sahaja yang dibenarkan untuk belajar di situ. Walaubagaimanapun pada masa ini kesamaan di dalam pendidikan telah diberikan, pembukaan sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi boleh diduduki oleh semua lapisan masyarakat.

Semua golongan masyarakat hanya perlu meningkatkan kredibiliti masing-masing bagi mendapatkan tempat pengajian di institusi pengajian tinggi. Ini kerana sistem pada masa kini adalah berdasarkan sistem merit yang mana pelajar yang memiliki pencapaian yang telah ditetapkan boleh menduduki institusi yang dipilih. Dapat dikatakan pelajar hanya perlu belajar bersungguh untuk meningkatkan diri sendiri bagi mendapatkan tempat di dalam pendidikan yang lebih tinggi. Antara faktor lain di dalam kesamaan di dalam pendidikan, ia bertujuan adalah untuk menyatupadukan rakyat atau meningkatkan perpaduan rakyat, mengadakan satu kebudayaan malahan pendidikan cuba manyatupadukan manusia sejagat.

3.2 Pencapaian Penyamaan Sosial Melalui Pendidikan.

Di dalam sesuatu masyarakat, manusia berbeza kerana adanya sosial stratifikasi dalam masyarakat. Didalam sesuatu penduduk juga ada yang mempunyai status yang tinggi dan ada yang mepunyai status yang rendah. Masyarakat distratifikasikan mengikut stratifikasi ekonomi, politik dan pekerjaan. Stratifikasi ekonomi membahagikan atau 4

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

membezakan manusia pada tahap miskin kaya. Politik pula kepada yang diperintah dan memerintah dan dari segi pekerjaan mengikut apakah pekerjaan yang dipandang tingi oleh masyarakat dan siapakah menjadi tuan dan pekerja. Status yang diperolehi itu didapati dari dua cara iaitu:-

Status yang telah sedia ada iaitu ascribed.

Status yang diperolehi melalui pendidikan, melalui tahap pencapaian seseorang itu.

Di Negara kita perkara-perkara ini berlaku samaada di kampung atau Bandar. Di kampung status seseorang itu masih dipandang dari segi kebolehan istimewa ituseperti menjadi dukun,bomoh mahupun pendekar. Manakala di Bandar, status seseorang itu adalah diasaskan pada jenis pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang itu dan di dalam pekerjaan itu pula statusnya pada berdasarkan keduduakan dan peranan yang dimainkannya. Biasanya pekerjaan ini didasarkan pada jenis pengetahuan, kita boleh bergerak keatas. Dengan ini ahli masyarakat lebih berpeluang untuk menyamakan kedudukannya dengan orang-orang lain. Negara kita, semenjak tahun 1970, mempunyai satu dasar bagi menstrukturkan masyarakat. Tujua dasar ini adalah bagi merapatkan jurang perbezaan di antara rakyat berbilang kaum. Melalui dasar ini adalah diharapkan persamaan social dan ekonomi dapat dicapai. Pendidikan boleh memainkan peranan di dalam bidang ini walaupun ia mengambil masa.

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

3.3 Pendidikan dan Meritokrasi

Selaras dengan dasar funggsionalisme, pendidikan di Malaysia memberi ruang persaingan dalam kesamaan peluang yang diberikan. Ini bermakna sungguhpun semua murid mempunyai peluang masuk yang sama ke sekolah, sistem pendidikan Malaysia moden meneruskan dasar-dasar meritokrasi dalam pendidikan melalui pengaliran. Setelah memasuki sistem persekolahan, seseorang itu akan menerima pendidikan dan bersaing antara satu sama lain. Persaingan adalah disahkan oleh sistem peperiksaan. Murid-murid yang 'inteligen' telah diutamakan dalam sistem. Siapa yang lebih bijak atau berusaha akan mendapat kejayaan. Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan murid-murid mengikut tahap kecerdasan dalam bilik darjah berlainan. Jika dahulu bilik darjah dinamakan mengikut abjad 'A, B, C, D' dan seterusnya, kinipengasingan telah disamakan dengan memberi nama bilik darjah berasaskan nama-nama pokok, jenis-jenis bunga dan warna seperti tahun Tiga Merah, Tiga Biru, Tiga Jingga dan sebagainya. Meritokrasi juga boleh ditunjukkan oleh dasar pemilihan pelajar-pelajar pintar ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Pada peringkat awal, Peperiksaan Penilaian Darjah Lima telah dijadikan asas pemilihan ke asrama penuh.

Pelajar-pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan '5A' selalunya akan dipilih. Pelajar yang tidak cemerlang akan ke sekolah biasa. Kemudiannya sistem pemilihan telah diubah berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Di peringkat sekolah menengah pula, peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran telah diubah kepada Penilaian Menengah Rendah yang menjadi sebahagian kriteria pengagihan ke sekolah-sekolah berasrama, teknik ataupun vokasional dan harian. Mereka yang gagal 6

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Penilaian Menengah Rendah atau pada tahap seterusnya gagal Sijil Pelajaran Malaysia akan disingkirkan daripada sistem persekolahan. Sesungguhnya pewujudan sekolahsekolah berasrama penuh,mempunyai rasionalnya sendiri. Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dengan itu pihak yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial, khususnya orang-orang Melayu diberikan bantuan melalui pendidikan. Mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi guna tenaga penting dalam negara Malaysia moden. Oleh itu kriteria untuk memilih mereka yang benar-benar bijak dianggap sangat penting. Setakat ini, tidak ada kecaman daripada anggota-anggota masyarakat tentang pemilihan berdasarkan merit peperiksaan ke asrama penuh. Justeru itu, amalan meritokrasi sebegini secara umumnya telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

3.4 Pendidikan dan Hubungan Etnik

Etnik atau ethnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang akrab.

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. Di Malaysia, komposisi penduduk yang pelbagai etnik telah menjadi signifikan semenjak kolonialisasi Inggeris.

Kita telah melihat sebelum kemerdekaan pendidikan telah memisahkan etniketnik di Malaysia. Selaras dengan hasrat perpaduan negara, selepas kemerdekaan semua kaum telah cuba dengan sistem persekolahan yang sama. Mereka diberikan peluang bercampur gaul dalam sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu Malaysia sebagai pengantarnya.Begitu juga di peringkat universiti awam Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar. Di samping penggunaan bahasa Melayu, polisi pendidikan merdeka telah menetapkan kurikulum, penggunaan teks, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. SungguhPun di peringkat sekolah rendah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina masih diteruskan, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu di peringkat menengah.

Merujuk kepada peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, memang nyata bahawa majoriti yang rnemasukinya adalah orang-orang Melayu. Begitu juga kuota diberikan kepada bumiputera untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ini mungkin rnenimbulkan persoalan penafian peluang kepada etnik-etnik lain. Untuk membincangkan hal ini,kita perlu merujuk semula kepada dasardasar kerajaan yang memberikan keutamaan kepada etnik Melayu berdasarkan faktorfaktor tertentu. Pertama sekali adalah kerana etnik Melayu telah jauh ketinggalan dari segi pendidikan semasa zaman penjajahan.Keduanya kaum Melayu telah ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi. Ketiganya sekolah-sekolah asrama penuh didirikan untuk 8

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

golongan miskin di luar-Iuar bandar yang majoritinya adalah orang-orang Melayu. Keempat kewujudan sekolah-sekolah berkenaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Kelima adalah berdasarkan hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Namun demikian, adalah sangat menarik melihat di mana sungguhpun anak-anak etnik Cina tidak diberikan banyak kemudahan ke asrama penuh, mereka masih mampu meneruskan kejayaan pendidikan malah terus mengungguli dari segi pencapaian. Ramai daripada mereka memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awarn seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Di IPTA pula mereka memonopoli ijazah-ijazah kelas pertama. Malah sehingga tamatnya tempoh Dasar Ekonomi Baru, etnik Melayu dan golongan bumiputera lain asih belum dapat menandingi ataupun sekurang-kurangnya menyamai keunggulan etnik Cina dalam bidang perniagaan dan pekerjaan-pekerjaan yang dianggap profesional. Keadaan yang serupa juga berlaku dalam perbandingan etnik India dengan etnik Cina. Ini membuktikan bahawa orang-orang Cina telah jauh meninggalkan etnik Melayu dan India dalam pendidikan yang diwarisi semenjak zaman penjajahan. Keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa etnik Cina telah berjaya membekalkan anak-anak mereka dengan modal ekonomi dan modal budaya menandingi etnik-etnik lain.

Isu etnik dan kuota selalu mendapat perhatian kerana ianya mempunyai pertentangan dengan dasar meritokrasi. Ada pandangan mengatakan bahawa kuota yang diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu telah menjejaskan kecemerlangan akademik mereka. Kelayakan masuk ke IPTA bagi pelajar-pelajar bumiputera dikatakan lebih 9

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

rendah berbanding pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Kemasukan ke IPTA berdasarkan kuota dianggap menyebabkan pelajar-pelajar Bumiputera tidak perlu berusaha lebih untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bukan bumiputera. Ini mungkin menyebabkan mereka secara relatif kurang rajin berbanding bukan Bumiputera. Apabila berada di IPTA, pelajar-pe1ajar Melayu didakwa tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran tetapi lebih terlibat dengan aktiviti-aktiviti di luar bidang akademik. Lantas pelajarpelajar Melayu gagal mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diharapkan. Akhirnya timbul dilema sama ada untuk mengekalkan kuota ke IPTA bagi membantu etnik Melayu yang jauh ketinggalan ataupun dasar meritokrasi sepenuhnya berserta penghapusan kuota perlu dilaksanakan untuk rnemperbaiki kelemahan berkenaan.

3.5 Peluang-peluang kesamaan.

Idea kesamaan peluang menganggap kesemua individu tanpa mengira kelas, umur, ras dan gender harus mempunyai hak yang sama untuk bersaing bagi mencapai matlamat masing-masing dalam masyarakat. Konsep ini penting dalam perjuangan menuntut keadilan serta mendapatkan pengagihan kekayaan dan faedah-faedah lain masyarakat. Dalam pendidikan konsep kesamaan peluang merupakan hak untuk mendapatkan akses yang sama kepada sistem persekolahan yang membolehkan kanakkanak memperkembangkan bakat semulajadi tanpa mengirakan kelas sosial, etnik dan gender. Sekolah diberi peranan untuk membekalkan generasi muda dengan kemahiran yang membolehkan mereka menduduki kedudukan yang bernilai dalam masyarakat. Namun persoalannya dapatkah kasamaan dapat dicapai dalam bentuk hasil ? kajian10

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

kajian di barat kebanyakkannya mendapati walaupun terdapat pendemokrasian pendidikan keseimbangan kesamaan belum lagi tercapai. Apa yang mereka perolehi adalah pendidikan cenderung untuk meneruskan ketidaksamaan yang sedia wujud dalam masyarakat malahan terus memperluaskannya.

Persoalan yang sering ditanyakan tentang peluang-peluang sosial ialah sama ada peluang-peluang ini adalah sama bagi semua golongan masyarakat. Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam factor-faktor taraf sosio ekonomi, yang memepengaruhi percapaian persekolahan ialah kumpulan sebaya, nilai dan aspirasi sekolah.

Kita telah mendapati bahawa peluang-peluang sosial ini tidaklah sama. Khususnya kajian-kajian tersebut telah menunjukkan perbezaan peluang-peluang pendidikan yang terdapat bagi kanak-kanak daripada pelbagai taraf sosio ekonomi atau kelas sosial. Kebanyakkan kajian ini telah menggunakan konsep kelas social dan hampir setiap kajian itu menggunakan definisi serta ukuran kelas sosial yang berlainan. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang sama tentang ukuran kelas sosial tersebut, untuk membolehkan perbandingan secara kasar jika sekiranya kita mengakui bahawa ukuranm perbandingan itu tidak sama. Kebanyakan kajian telah menggunakan perkerjaan bapa sebagai pengasas klasifikasi kelas sosial dan menyatukan semua pekerja buruh sebagai kelas pertengahan. Klasifikasi inilah yang selalu digunakan dan jika batasan-batasan klasifikasi ini diingat selalu, maka klasifikasi ini boleh digunakan untuk membuat perbandingan tempatan dan antarabangsa.

11

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Berdasarkan klasifikasi kasar kelas pekerja dan pertengahan ini, maka beberapa corak am tentang peluang-peluang pendidikan akan dikesan. Sebagai contoh, dan sebagaimana yang telah diperhatikan di dalam bahagian yang sebelum ini, kanak-kanak dari golongan kelas pekerja tidak mempunyai peluang yang sama dari kanak-kanak kelas pertengahan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini terdapat di Eropah dan juga Amerika Syarikat, walaupun Amerika itu dikatakan mendukung ideologi bahawa yang terbaik akan naik dan telah menyediakan begitu banyak tempat di institusi pengajian tinggi untuk keperluan ini. Secara kasar kanakkanakyang mempunyai ibi bapa yang prifesional, dan separuh profesional akan berpeluang lima setengah kali ganda untuk mendapatkan ijazah atau diploma jika dibandingkan dengan anak-anak kelas pekerja. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa di dalam pekerjaan pemgurusan akan berpeluang mendapatkan ijazah atau diploma dua kali setengah ganda melebihi peluang anak-anak pekerja di dalam hal yang sama. Perbezaan peluang ini lebih besar di Britain apabila kanak-kanak yang ibu bapanya bekerja di dalam bidang profesional dan pengurusan mempunyai peluang tujuh belas kali ganda melebihi peluang anak pekerja separuh mahir dan tidak mahir di dalam perkara yang sama. Dengan kata lain, data ini bermakna jika jumlah anak pekerja separuh mahir dan mahir yang memasuki universiti itu adalah seorang sahaja, maka jumlah anak pekerja profesional dan separuh profesional adalah 30 orang.

Apabila pendidikan sekolah menengah itu dialirkan mengikut pelabagai jurusan, maka besar kemungkinan kanak-kanak dari kelas pekerja tidak akan memasuki jurusan akademik. Jika mereka memasuki jurusan ini sekalipun, besar kemungkinan mereka akan gagal. 12

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Hakikat ini dapat dikesan juga daripada pendidikan lanjutan separuh masa. Jurang perbezaan daripada pelbagai kelas sosiaI ini masih juga kekal di dalam pendidikan lanjutan separuh masa, spenuh masa ataupun pendidikan vokasional.

Peluang-peluang pendidikan di kalangan pelbagai golongan kelas sosial ini terdapat di merata tempat di dunia, baik negara maju ataupun sebaliknya. Di Amerika Syarikat, corak perbezaan kelas sosial adalah lebih kurang sama seperti Eropah juga. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa latar belakang sosio ekonomi murid berkait rapat dengan jenis sekolah, atau kemampuan sekolah, pencapaian akademik, umur murid akan keluar sekolah dan jumlah murid yang menamatkan persekolahan mereka. Pengaruh kelas sosial ini sanagat dirasai apabila murid-murid ini mula ingin menjejak ke pengajian tinggi. Jumlah murid kelas pertengahan dan kelas bawahan yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi sangatlah berbeza. Namun begitu apabila mereka telah memasuki maktab atau universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka, maka perbezaan kelas sosial ini tidak begitu penting lagi. Dapatan seperti ini juga berlaku di Britain.

Dapatan ini telah menunjukkan bahawa di merata-rata tempat di dalam dunia ini anak-anak pekerja masih ketinggalan juga jika dibandingkan dengan anak-anak kelas pertengahan. Maka dengan itu timbullah persoalan adakah perbezaan ini disebabkan oleh kebolehan anak-anak pekerja itu sememangnya rendah ataupun hakikat ini cuma merupakan pembaziran kebolehan dan tenaga manusia. Persoalan ini menunjukkan perihal efisyennya sistem pendidikan di dalam proses pendidikan di dalam proses pemilihan, khususnya kebolehan murid diukur dan dipilih mengikut kecerdasan akal yang 13

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

ditentukan daripada ujian. Ukuran seperti ini hanya digunakan setakat ukuran tersebut dapat mengukur dengan cara yang efisyen dan yang standart agar dapat dibuat

perbandingan. Kebolehan murid yang dapat diukur dan ditakrif demikian pula bukanlah sama dengan potensi ataupun bakat, walaupun pada masa kini, inilah sahaj pengukur yang paling berhampiran dengannya. Pencapaian murid di dalam ujian-ujian kecerdasan akal dan ujian standard yang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitarannya dan ini termasuklah pengalaman pendidikannya. Maka dengan hal yang demikian sudah terselitlah perbezaan utama, iaitu perbezaan persekitaran di dalam usaha mengukur kebolehan murid. Namun begitu ujian kecerdasan akal dan ujian-ujian standard yang lain adalah berguna juga untuk menentukan setakat manakah pembaziran kebolehan manusia telah berlaku.

Berbagai-bagai cara telah digunakan untuk mengukur pembaziran ini. Salah satu caranya ialah dengan membuat perbandingan pengalaman pendidikan murid daripada golongan kelas sosial di pelbagai tahap kebolehan. Perbandingan seperti ini telah menunjukkan perbezaan pembaziran di antara kelas sosial. Di tahap kebolehan kecerdasan akal yang tertinggi sekalipun, anak kelas pekerja akan terkeluar atau terbazir daripada sistem pendidikan dan tidak mencapai tahap potensi mereka sepenuhnya. Pembaziran seperti ini boleh berlaku dengan kadar yang lebih lagi di tahap kebolehan kecerdasan akal yang kurang tinggi. Kajian tersebut telah dibuat di Britain.

Pembaziran kebolehan ini bukan pula terhad kepada sistem pendidikan inggeris, tetapi dapat dikesan juga di negara-negara Eropah barat yang lain. Begitu juga

14

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

keadaannya di Amerika Syarikat yang dikatakan menyediakan pendidikan untuk semua agar potensi ini berlaku di tahap kelas sosio pekerja atau kelas sosio rendah.

Berhubung dengan perbezaan ras dan etnik pula seperti di Amerika, puak negro banyak menghadapi masalah dalam pelbagai bidang berbanding dengan orang kulit putih. Hal ini bukan semata-mata kulit mereka hitam tetapi mereka ini mempunyai ciri-ciri kepincangan sosial sama seperti kelas bawahan yang lain.

Di Amerika syarikat,jumlah murid perempuan yang tamat sekolah menengah adalah lebih daripada jumlah murid-murid lelaki,tetapi jumlah penuntut perempuan yang memasuki pengajian tinggi ialah 40%,berbanding dengan penuntut lelaki 60% (wolfle, 1954). Kadar ini sama seperti yang terdapat di Britain juga, apabila bilangan penuntut perempuan maktab-maktab perguruan dikira bersama. Kadar di Rusia adalah lebih tinggi sedikit,iaitu 45% penuntut perempuan yang dapat memasuki pusat pengajian tinggi.

Daripada kajian dan data yang telah dilaporkan, maka kini kita dapat membincangkan setakat manakah peluang-peluang itu dapat dikatakan sama. Khususnya setakat manakah persaingan dan pemilihan siapa yang baik dia naik telah dapat mencapai matlamat untuk menyediakan peluang-peluang yang sama. Di Negara yang maju dan bebas seperti di Amerika Syarikat sekalipun, tunas-tunas perbezaan kelas sosial dan perbezaan lain masih belum dapat diasingkan di dalam sistem pendidikan. Hal ini ditambah pula dengan pembaziran kebolehan di tahap kemasukan ke pusat pengajian tinggi. Begitu juga keadaan di Rusia, iaitu masih juga terdapat perbezaan peluang

15

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

mengikut jurang kelas sosial dan kedaerahan, walaupun perbezaan ini bertentangan dengan ideologi komunisme.

Sebaliknya pula Amerika Syarikat telah dapat memberikan peluang-peluang pendidikan di sekolah menengah dan di pengajian tinggi untuk lebih ramai lagi penuntut daripada golongan kelas pekerja, jika dibandingkan dengan negara-negara di eropah. Maka dipersoalkan,apakah cirri-ciri system pendidikan di Amerika Syarikat yang telah dapat membawa kepada perubahan ini. Pendidikan di Amerika Syarikat tidak memilih dan mengalirkan murid-muridnya sebegitu awal seperti yang terdapat di Britain

umpamanya. Ideologi pendidikan yang didukung di Amerika Syarikat adalah mengikut landas-landas persaingan,iaitu yang baik dari segi pencapain akan cepat maju,tidak pula memilih atau mengalirkan muridnya sejak awal-awal lagi. Malahan pemilihan dan pengaliran seperti ini sengaja ditangguhkan. Pemilihan dan pengaliran yang salah akan membazirkan kebolehan murid.

Namun begitu,perihal tidak membuat pemilihan dan pengaliran yang awal ini berlaku juga di Rusia, tetapi jurang-jurang perbezaan peluang di Rusia masih juga besar. Di sinilah letaknya perbezaan sistem pendidikan Negara-negara tersebut. Di samping menangguhkan pemilihan dan pengaliran muridnya, sistem pendidikan di Amerika Syarikat adalah lebih fleksibel di tahap sekolah menengah dan pengajian tinggi. Bidangbidang dan jurusan pengajiannya adalah lebih banyak, dan hal ini telah membawa pencapain taraf yang lebih fleksibel juga, dan seterusnya lebih ramai orang lagi akan dapat mengikuti pengajian tinggi tersebut. Inilah sebabnya lebih ramai lagi orang

16

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

daripada berbagai-bagai kelas sosial dan pencapaian yang berbeza telah dapat menikmati pengajian tinggi di Amerika Syarikat.

Di eropah pula, pendidikan di sekolah menengah adalah berlandaskan kurikulum yang condong kepada nilai dan kebudayaan kelas tengahan atas. Maka tidak hairanlah anak-anak kelas pekerja akan merasa bosan dengan kurikulum yang begitu akademik,lantas berhenti sekolah di peringkat menengah. Universiti-universiti di eropah pun tidak begitu fleksible seperti di Amerika Syarikat. Maka anak-anak kelas pekerja tidak begitu meminati bidang-bidang pengajian yang ditawarkan oleh universiti-universiti tersebut.

Sistem pendidikan di Amerika mendukung ideology pendidikan untuk orang ramai,dan bukan untuk golongan elit sahaja. Maka dengan itu para pendidik di Amerika Syarikat perlu menyediakan kemudahan untuk berbagai-bagai keperluan dan kebolehan muridnya di semua peringkat pendidikan. Institusi pengajian tingginya telah menerima hakikat Ini dan telah mengaturkan berbagai-bagai bidang jurusan, dan telah begitu fleksible juga tentang pencapaian penuntutnya bukan sahaja di dalam sebuah universiti, tetapi hal ini merangkumi semua universiti. Konsep pengajian tinggi di Amerika Syarikat adalah lebih luas , mudah pindah tempat dan bertukar bidang pengajian, dan system ini merangkumi seluruh sisitem pengajian tingginya. Penuntutnya boleh berpindah dari satu tahap atau kursus ke tahap lain di universiti lain, dan di tempat lain tanpa merugikan penuntu tersebut. Namun begitu semua universiti di Amerika Syarikat, maka terdapat juga perbezaan status di antara universiti, dan status ini telah menjadi pemilih secara tersembunyi apabila siswazah tersebut perlu mencari kerja nanti. Maka dengan itu system 17

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

pendidikan di Amerika Syarikat yang kelihatan terbuka dan bebas yang sebenarnya tidaklah begitu terbuka, malahan ia masih menutupi peluang-peluang untuk golongan tertentu.

3.6 Ke arah kesamaan dalam pendidikan.

Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melaui Penyata Rahman Talib, Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia Keenam telah mengadakan pelbagai rancangan bagi membolehkan setiap rakyat sama ada yang tinggal di luar atau di dalam bandar mendapat kemudahan pendidikan yang secukupnya. Peranan pendidikan adalah penting bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi sesuatu masyarakat lebih-lebih lagi kepada yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memberi keadilan dan kesamaan peluang kepada pelbagai kaum untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Tanpa pembahagian dan kemudahan yang sama rata, kemungkinan rakyat yang miskin akan terus ketinggalan.

Rakyat Malaysia harus berasa untung kerana melalui Rancangan Malaysia Kedua dan Dasar Ekonomi Baru, pelbagai kemudahan yang telah disediakan antaranya ialah:

Menambah bilangan sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. 18

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Membina lebih banyak politeknik. Menambah skim pinjaman dan biasiswa kepada pelajar bumiputera. Membina universiti-universiti untuk memastikan pelajar yang mencukupi syarat boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menghantar lebih ramai pelajar bumiputera ke luar negeri. Mengadakan sekolah berasrama penuh seperti Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Menengah Sains.

Mewujudkan program martikulasi yang dikendalikan oleh universiti. Pembesaran kampus ITM. Menyediakan pelbagai latihan di Institut Kemahiran MARA.

Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), terdapat juga kemudahan yang lebih banyak bagi memastikan semua rakyat mendapat kemudahan yang secukupnya, antara tuumpuannya ialah:

Menyesuai dan memperluaskan sistem pendidikan dan latihan ke arah memnuhi keperluan negara terhadap tenaga rakyat, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Memperbaiki

mutu

pendidikan

untuk

mengurangkan

keciciran

dan

menambahkan kesannya untuk pembangunan negara.

19

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Sesuai dengan dasar kerajaan untuk menuju kepada negara maju dan wawasan 2020, pelbagai kemudahan dalam bidang pendidikan telah disediakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000), antara penekanannya ialah:

Meningkatkan keupayaan institusi sedia ada dan menubuhkan institusi baru, terutama dalam bidang sains, kejuruteraan dan program pendidikan jarak jauh.

Memperkukuhkan sistem penyampaian dengan menyediakan guru dan pelajar yang berkelayakan dan berpengalaman serta meningkatkan penggunaan teknologi moden dan komputer bagi memperbaiki kualiti secara menyeluruh.

Mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan di institusi pendidikan tinggi sedia ada bekerjasama dengan institusi penyelidikan dan pembangunan tempatan dan luar negara.

Menambahkan bilangan tenaga manusia dalam bidang sains dan teknikal terutamanya untuk penyelidikan dan pembangunan.

Menyediakan insentif yang sesuai dalam meningkatkan enrolman dalam bidang sains.

Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar agar murid-murid tidak akan tercicir.

20

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Menyatukan sekolah-sekolah kecil yang mempunyai murid kurang daripada 150 orang di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil ke komplek-komplek sekolah yang baru untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan dengan menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama yang lebih sempurna kepada pelajar yang berkenaan.

Menanamkan nilai yang positif serta berinovasi dan mempunyai kemahiran bekomunikasi dan menganalisis di kalangan pelajar dan pelatih.

Meningkatkan moral serta prestasi guru dengan menilai semua skim persijilan, menyediakan insentif, mengenalpasti anugerah dan memberi pengiktirafan yang sesuai dengan guru yang berdedikasi di samping mempertingkatkan kebajikan guru.

Mengalakkan pengambilan semula guru bersara untuk mengatasi masalah kekurangan dalam mata pelajaran yang kritikal.

Memperkukuhkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi dan pada masa yang sama mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Menggalakkan pelaburan sektor swasta di dalam pendidikan dan latihan bagi melengkapkan usaha sektor awam. 21

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

3.7 Program pendidikan luar bandar.

Hingga kini boleh dikatakan kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai program pendidikan di kawasan uar bandar bagi memajukan masyarakat di situ. Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak di luar bandar adalah terdiri daripada latar belakang keluarga yang miskin dan sesetengahnya tidak berpendidikan. Antara projek-projek yang dijalankan bagi membasmi masalah tersebut adalah :

Mengadakan Asrama Desa di kawasan yang menjadi tumpuan murid-murid di luar bandar. Projek Asrama Desa banyak dibina di Negeri Terengganu. Asrama desa penting diadakan bagi memudahkan guru-guru mengawasi perkembangan pembelajaran di kalangan murid-murid tersebut. Tanpa pemerhatian daripada guru asrama mungkin murid-murid di luar bandar akan terbiar dan tiada bimbingan yang cukup semasa di luar waktu sekolah.

Memberi bantuan kewangan kepada murid-murid miskin agar mereka tidak ketinggalan dalam menimba ilmu.

Mengadakan tempat latihan bagi persediaan pekerjaan kepada pelajar yang sudah tamat sekolah menengah termasuklah Pusat Giat MARA.

Mengadakan skim pinjaman buku teks kepada murid-murid di luar bandar. 22

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

Menyediakan skim amalan makanan kepada murid-murid yang miskin.

Menyediakan perpustakaan bergerak ke kawasan luar bandar bagi menggalakkan murid-murid membaca buku.

Membekalkan kemudahan alatan pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan oleh Jabatan Sumber Pendidikan.

RUJUKAN

1.

Mohd Salleh Lebar (1998), Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan :Selangor Darul Ehsan : Thinkers Library Sdn. Bhd.

2.

Amir Hasan Dawi (2002), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi Kedua : Tanjung Malim : Quantum Books.

3.

Sufean Hussin (1996), Pendidikan Di Malaysia, Sejarah, Sistem Dan Falsafah : Kulala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4.

Ting Chew Peh (1997), Konsep Asas Sosiologi : Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

5.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1988), Sosiologi Pendidikan : Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

6.

S.S Husin & S.A Ashraf (1989), Krisis Dalam Pendidikan Islam : Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 23

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DAN PROSES STRATIFIKASI

7.

Wan Azmi Ramli (1993), Dasar Sosial Di Malaysia : Kuala Lumpur : Golden Books Centre Sdn. Bhd.

8.

A. Aziz Deraman (2000), Tamadun Melayu Dan Pembinaan bangsa Malaysia : Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

9.

Mohd Razali Agus & Fashbir Noor Sidin (2000), Pembangunan Dan Dinamika Masyrakat Malaysia : Shah Alam : Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd.

24

Anda mungkin juga menyukai