Anda di halaman 1dari 26

KERTAS CADANGAN TESIS PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI KELANTAN SELEPAS MERDEKA (1959-2009)

NAMA: ROSMINA BT AWANG N0. MATRIK: S-OM0003/09(R)

SEJARAH NEGERI KELANTAN Negeri Kelantan Darul Naim terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan dengan 4 wilayah iaitu Thailand (Pattani) di timur laut, Perak (Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di selatan dan Terengganu (Besut) di timur/tenggara. 1 Di timur Kelantan ialah Laut Cina Selatan. Keluasan negeri Kelantan ialah 14,931 kilometer persegi.2 Ia meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia. Nama negeri Kelantan berasal dari gelam hutan atau Melaleuca Leucadendron iaitu sejenis pokok gelam yang tumbuh di sekitar pantai negeri itu. Negeri Kelantan dianggap sebagai sebuah negeri tertua di Semenanjung Tanah Melayu. Kelantan dikatakan telah didiami oleh manusia 2,000 atau 3,000 tahun Sebelum Masihi, hasil kajian yang diketuai oleh Dr G. de G Sieveking di Gua Cha pada tahun 1953. 3 Negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri, terkenal sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam serta pusat tradisi intelektualisme yang kukuh. Negeri Kelantan merupakan negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung. Terdapat banyak gelaran untuk Kelantan seperti Tanah Rendah Sekebun Bunga, Negeri Serambi Mekah, Negeri Che Siti Wan Kembang. Negeri Kelantan mempunyai 10 jajahan yang dibahagikan kepada beberapa daerah. Daerah pula dibahagikan kepada mukim. Struktur pentadbiran yang demikian ini berbeza daripada struktur pentadbiran negeri-negeri lain di Malaysia yang terbahagi kepada daerah-daerah dan mukim-mukim. Jajahan-jajahan di Kelantan ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Bachok, Machang, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Ulu Kelantan dan Gua Musang.4 Ibu negeri Kelantan ialah Kota Bharu. Bandar ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Di Bandar ini beca roda tiga yang dikenali sebagai teksi sangat popular sebgai kenderaan jarak dekat. Terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati di bandar ini serta di kawasan sekelilingnya. Antaranya ialah Pasar besar Siti Khadijah, Istana Balai Besar,
1

Hassan Harun, 1999, KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, Kuala Lumpur, DD Mediaconsult Sdn. Bhd, hlm. 16 2 Mohd Roselan Abd. Malek,1993, Salasilah Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, Petaling Jaya, Penerbit Prisma Sdn. Bhd, hlm 1 3 Zetimimi Zakaria, 1990, Warisan Kelantan XI (Kelantan Sebelum Persekutuan Tanah Melayu), Kota Bharu, hlm. 27. 4 Salasilh Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, hlm. 2

Istana Jahar yang merupakan Muzium Negeri sekarang, Nilam Puri, Gelanggang Seni, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan lain-lain lagi.
Penduduk negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 1998 berjumlah 1,484,000 orang, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5%. Majoriti pendududuk adalah bangsa Melayu. Orang Melayu merupakan penduduk terbesar di negeri Kelantan, diikuti oleh Cina, India, Siam dan lain-lain bangsa. Bangsa Melayu mewakili 94.1% penduduk Kelantan, diikuti dengan Cina 4.%, India 0.5% dan lainlain bangsa 0.8%.5

SALASILAH NEGERI KELANTAN Kelantan merupakan negeri yang paling tua di Semenanjung Tanah Melayu. Bumi Kelantan telahpun berpenghuni sejak 10,000 tahun yang lalu. 6 Penemuan artifak-artifak atau bahan-bahan peninggalan sejarah di kawasan Hulu Kelantan menjadi bukti kepada hakikat tersebut. Ibu negeri Kelantan ialah Bandar Kota Bharu yang terletak berhampiranengan Sungai Kelantan. Kota Bharu mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri yang penuh dengan peristiwa pahit dan getir yang telah diharungi oleh tohoh-tokoh yang terlibat pada masa lampau. Pada mulanya ibu kota negeri Kelantan ialah Kota Kubang Labu yang terletak di antara kampung Pekan dan kampung Wakaf Bharu. 7 Sejarah Kota Kubang Labu bermula pada tahun 1721 apabila Sultan Umar daripada Kerajaan Jembal, mangkat. Raja Kecil Sulong iaitu putera sulong Sultan Umar yang bernama Tuan Besar Long Bahar telah dilantik menjadi pemerintah Jembal. Apabila Sultan Umar mangkat pada tahun 1721, Tuan Besar Long Bahar telah menaiki takhta dan Kota Kubang Labu diserahkan kepada Long Sulaiman. Akibat peperangan yang kerap berlaku, akhirnya Kota Kubang Labu telah musnah. Pemerintah Kelantan seterusnya ialah Sultan Muhamad 1 yang telah mendirikan kota di Pulau Saba yang terletak di pinggir Sungai Kelantan iaitu di tebing timur sungai. Di Pulau Saba inilah Sultan Muhamad 1 telah mendirikan istana dan menjalankan pemerintahannya. Sebuah masjid turut sama dibina. Pulau Saba menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran serta
5 6

KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, hlm.21 Nik Mohamedbin Nik Mohd Salleh, Sistem Politik dan Kesultanan Kelantan dalam Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia,Kota Bharu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1987, hlm. 15. 7 Nik Mohamed bin NikMohd Salleh Bandar Kota Bharu: Sejarah Pertubuhan dan Perkembangannya dalam Warisan Kelantan III, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1984, hlm. 87.

ibukota bagi negeri Kelantan selama 42 tahun bermula pada tahun 1842 Masihi. Bermula pada tahun 1839, Tuan Senik Mulut Merah telah menjadi raja pemerintah bagi negeri Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad II ataupun lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Mulut Merah. Pusat pemerintahan masih lagi di Pulau Saba. Kedudukan Pulau Saba di tebing sungai Kelantan terancam pada hakisan. Setiap kali banjir melanda, Pulau Saba semakin terhakis. Keadaan ini membimbangkan Sultan Muhammad II. Baginda telah mengarahkan supaya menggali anak sungai dari kampung Kutan hingga ke Bendang Mokrat.8 Ini bertujuan mengelakkan arus aliraan sungai yang deras semasa banjir. Kerja-kerja menggali sungai ini bermula pada tahun 1840 Masihi dan siap pada tahun 1841 Masihi. Sungai yang digali ini dikenali dengan Sungai Raja Gali. Walau bagaimanapun, sungaiini tidakmampu mengatasi masalah yang dihadapi kerana ia telah ditimbus dengan hanya sekali banjir melanda. Kesannya masih ada hingga ke hari ini dan tetap dikenali dengan nama Sungai Raja Gali. Pulau Saba terus terancam pada hakisan yang meruntuhkan tebing sedikit demi sedikit. Ini termasuklah Kebun Mengseta yang menempatkan kediaman kerabat diraja Kelantan di zaman itu. Melihatkan keadaan hakisan dan runtuhan tebing yang semakin meruncing,Sultan Muhamad II telah memilih satu kawasan lain untuk didirikan kota yang baru sebagai pusat pentadbiran. Sultan Muhammad II telah memilih sebuah kawasan di pedalaman. Kawasan itu terletak di sebelah timur Pulau Saba dan Kota Mengseta. Di sini bermula detik-detik awal kemunculan bandar Kota Bharu iaitu kota yang baru dibina. Bersempena dengan nama inilah bandar Kota Bharu mendapat namanya. Kerja-kerja pembinaan kota yang baru telah dimulakan. Kawasan kota yang baru ini seluas lebih kurang 4 ekar. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina kota ini terdiri daripada jenis yang terpilih. Kayu cengal merupakan kayu utama yang digunakan dalam pembinaan kota yang baru ini. Dari sinilah bermulanya bandar Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan.

SEJARAH PEMERINTAHAN AWAL KELANTAN Sultan Muhammad II atau biasanya digelar Sultan Muhammad Mulut Merah memerintah Kelantan dalam keadaan stabil dan utuh dalam waktu
8

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Rahman, op. cit, hlm. 37-40

lanjut, hingga tahun 1886. Baginda digantikan oleh puteranya Long Sulong dan ditabalkan dengan gelaran Sultan Ahmad pula memerintah Kelantan dari tahun 1886-1889 Masihi. Baginda juga dikenali sebagai Sultan Tengah dan mangkat pada tahun 1889 dan ditabalkan pula puteranya Long Kundur dengan gelaran Sultan Muhammad III dan terkenal juga dengan gelaran Raja Bendahara dan Sultan Bungsu. Baginda mangkat pada tahun 1890 dengan meninggalkan empat orang putera dan empat orang puteri.9 Setelah kemangkatan Sultan Muhammad III, puteranya Long Senik masih muda untuk ditabal sebagai sultan. Jadi dilantik saudaranya Long Mansur sebagai sultan dengan gelaran Sultan Mansur. Setelah kemangkatannya, Long Senik ambilalih kuasa dengan gelaran Raja Kelantan. Pada tahun 1909 Raja Kelantan telah menerima naungan Inggeris dan menamatkan pengaruh Siam atas negeri Kelantan. Pada 22 Jun 1911, barulah baginda ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muhammad IV Sultan Muhamad IV mangkat pada 23 Disember 1920 dan ditabalkan puteranyaa Tengku Ismail (Raja Kelantan) menjadi sultan dengan gelaran Sultan Ismail pada 28 April 1921. Baginda memerintah Kelantan selama 24 tahun dengan membawa kemajuan dan pemodenan dalam negeri. Baginda mangkat pada 20 Jun 1944.10 Sultan Ismail juga tidak mempunyai putera atau puteri. Oleh itu, selepas kemangkatannya adinda Tengku Ibrahim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Ibrahim pada 21 Jun 1944 dan dimahkotakan pada 31 Oktober 1944. Dalam pemerintahan baginda negeri Kelantan bersama dengan negeri-negeri Melayu yang lain telah mencapai kemerdekaan dari Inggeris pada 31 Ogos 1957. Semasa pemerintahan baginda juga Kelantan telah sampai kepada suatu tingkat kemajuan yang boleh dipuji. Baginda mangkat pada 9 Julai 1960. Pada 10 Julai 1960, putera Sultan Ibrahim iaitu Tengku Yahya Petra yang bergelar Tengku Mahkota telah ditabal menjadi sultan dengan gelaran Sultan Yahya menggantikan ayahandanya. Baginda telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 22 Julai 1970. Dalam persidangan Majlis Raja-raja pada 21 September 1975 baginda telah dipilih pulauntuk memegang teraju pemerintahan Negara Malaysia sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong yang ke-6.
9

Abdullah b.Mohamed (Nakula), Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah,1981, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, hlm.32-33. 10 Ibid, hlm 35.

Semasa pemerintahannya Malaysia telah menempuh zaman kemajuan dan pembangunan yang pesat.11 Baginda mangkat pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur dan dimakamkan d iMakam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan. Setelah kemangkatan Sultan Yahya, Tengku Ismail anakandanya pula dilantik dengan memakai gelaran Sultan Ismail. Upacara kemahkotaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra dank e bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid diadakan pada 30 Mac 1980 di Istana Balai Besar Kota Bharu.12

POLA PENDUDUK RAKYAT KELANTAN Penduduk negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 1998 berjumlah 1,484,000 orang, dengan kadar pertumbuhan thunan sebanyak 2.5%. Majoriti pendududuk adalah bangsa Melayu. lain bangsa. Orang Melayu merupakan penduduk terbesar di negeri Kelantan, diikuti oleh Cina, India, Siam dan lainBangsa Melayu mewakili 94.1% penduduk Kelantan, diikuti dengan Cina 4.%, India 0.5% dan lain-lain bangsa 0.8%.13

CORAK EKONOMI RAKYAT KELANTAN Kedudukan geografi negeri Kelantan yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, terpisah dengan Banjaran Titiwangsa, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand, banyak mempengaruhi keunikan sosio-budaya dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan yang berjumlah hampir dua juta tersebut. Kaya dengan pelbagai sumber asli, baik di daratan mahupun di lautan, Kelantan yang dianggap sebagai sebuah negeri agrarian (pertanian) menyaksikan aktiviti ekonomi rakyatnya berkait-rapat dengan aktiviti perniagaan, pertanian dan perikanan yang banyak bergantung pada tahap aliran Sungai Kelantan dan alunan ombak di pesisiran pantainya. Persepsi
11 12

Ibid,hlm. 37. Ibid, hlm 39. 13 KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, hlm.21

dari kaca mata pihak luar terhadap tahap ekonomi negeri Kelantan sering dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan, dan pengangguran, namun rakyat Kelantan turut disinonimkan dengan daya berdikari dan sifat bermuafakat, menjadikan mereka mempunyai dayatahan dan kekuatan tersendiri dalam mengharungi kehidupan. Negeri Kelantan dari dahulu hingga kini sumber ekonominya banyak bergantung pada hasil pertanian, perikanan dan juga perusahaan. Negeri Kelantan merupakan negeri pertanian. Orang-orang Kelantan banyak melibatkan diri dalam bidang pertanian dan tinggal di kampung-kampung atau pun pinggir bandar.Melihat kepada taburan pekerjaan mengikut sektor ekonomi pada tahun 2000, sebanyak 27.3% adalah merupakan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, 22.8% pula adalah sektor perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian, manakala 11.7% dari sektor pembuatan. Tiga sektor ini menyumbangkan sebanyak 61.8% daripada jumlah pekerjaan di Kelantan. 14Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Kelantan ini menunjukkan bahawa negeri Kelantan merupakan negeri yang sebahagian besar aktiviti ekonominya adalah mempunyai kaitan rapat dengan sektor pertanian.

SKOP KAJIAN Di dalam tesis ini kajian dibuat tentang pengenalan mengenai sejarah dan pemerintah awal negeri Kelantan dengan memberi tumpuan kepada kedudukan geografi, politik awalnya, dikaji iaitu 1959 sehingga tahun 2009. Seterusnya kajian dibuat mengenai peranan kerajaan-kerajaan yang memerintah negeri Kelantan.
14

serta kedudukan ekonomi

orang Melayu di Kelantan selepas merdeka khususnya sekitar tahun yang

Negeri Kelantan merupakan sebuah

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 2005, Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, Kota Bharu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), hlm. 5.

negeri yang unik kerana telah diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional, Pas, dan Kerajaan Campuran. 1959-2009. Kajian akan Kajian ini akan meninjau peranan-peranan Kelantan dalam tahun terperinci mengikut dibuat secara lebih kerajaan tersebut dalam meningkatkan ekonomi

pemerintahan kerajaan yang terlibat seperti tahun 1959-1974 kerajaan Pas yang diterajui oleh Ishak Lotfi Bin Omar sehingga tahun 1964 dan Dato Mohamad Asri Bin Muda dari tahun 1964 sehingga tahun 1973 sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1974-1976 Kerajaan Campuran ( Pas dan Barisan Nasional) tetapi menteri Besarnya daripada parti Pas iaitu Mohamad Bin Nasir yang memerintah sehingga tahun 1978 di bawah lambang parti Pas pula. Pada tahun 1978-1990 kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dan melantik Tan Sri Mohamad Bin Yaakub sebagai Menteri Besar. Tahun 1990-2009 pemerintahan kerajaan Pas kembali bertapak di Kelantan dengan Menteri Besarnya Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Pemilihan bermula dengan tahun 1959 adalah untuk meninjau pemerintahan kerajaan Kelantan selepas merdeka daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Kelantan melalui pilihanraya 1959. Kajian juga dibuat sehingga tahun 2009 untuk melihat arus perubahan kerajaan Kelantan daripada sistem pemerintahan yang berbeza dalam jangka masa 50 tahun.

Pengkaji juga mengkaji prestasi pembangunan ekonomi yang berbeza diantara kerajaan PAS dan Barisan Nasional (UMNO).Analisis terperinci dibuat diantara kedua pucuk pimpinan kerajaan yang silih berganti memerintah Kelantan dalam jangka masa lima dekad. Kajian meneliti perbandingan corak permerintahan serta perkembangan ekonomi bagi kedua parti tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa parti yang menerajui pemerintahan sesebuah negeri adalah penting dalam menentukan tahap pembangunan yang dicapai. Jika diteliti dari segi pemerintahan, Kelantan boleh dianggap sebagai negeri yang unik. Dalam jangka masa lima dekad, pucuk pimpinan bagi negeri ini silih berganti. Antara tahun 1959-1978,

Kelantan dikuasai oleh parti PAS (Parti Islam Se-Tanah Melayu). Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kelantan pada tahun 1978 dan memerintah sehingga tahun 1990. kajian) Hakikatnya, Dalam tempoh 1990 sehingga 2009 pula kerajaan PAS kembali berkuasa . ( setakat tahun ciri-ciri sistem politik mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar. Kedudukan kerajaan pemerintahan bergantung kuat kepada kebolehan pemimpin-pemimpin dalam menggubal dan melaksanakan dasar. Di Kelantan, memandangkan pucuk pimpinan kerajaan yang silih berganti, maka dasar dan strategi ekonomi berubah dalam tempoh tertentu. Namun demikian, pencapaian pembangunan ekonomi tidak bergantung kepada perancangan dasar semata-mata, elemen-elemen lain turut mempengaruhi. Dalam konteks negeri Kelantan, perbezaan tingkat pembangunan yang jelas dapat ditinjau berdasarkan pimpinan parti, iaitu PAS (1959-1978), Barisan Nasional (1978-1990) dan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dari tahun 1990 sehingga sekarang, iaitu hampir lebih dua puluh tahun. Kajian juga dibuat untuk meninjau peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri dan pusat untuk membantu perkembangaan ekonomi orang-orang Melayu Kelantan dalam bidang pertanian seperti penubuhan FELDA, FELCRA, RISDA DAN KESEDAR ( Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan). Penubuhan projek-projek yang melibatkan golongan petani ini Kajian banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan ini.

memberi tumpuan kepada pembukaan tanah-tanah ladang kelapa sawit di Gugusan Chiku di Gua Musang, Gugusan Kemahang di Tanah Merah, penerokaan tanah oleh para nelayan di Kampung Nelayan Kandis dalam daerah Bachok. Seterusnya kajian dibuat mengenai perkembangan ekonomi Kelantan di era pemerintahan kerajaan PAS.Laporan teliti dari tahun ke tahun pemerintahan dibuat bagi menyenaraikan pembangunan ekonomi serta permasalahan yang dihadapi rakyat Kelantan semasa dibawah pimpinan kerajaan PAS.

Era Pemerintahan Kerajaan PAS 1959-1978 Secara umumnya, kerajaan PAS di Kelantan lebih mementingkan perjuangan Islam daripada pembangunan ekonomi di negeri Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan juga lebih menekankan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi negeri. Sektor-sektor lain tidak diberi perhatian seperti sektor pembinaan, kewangan dan juga perindustrian.15 Kerajaan PAS negeri Kelantan banyak bergantung kepada sektor pertanian dalam membangunkan negeri. Ini dapat dilihat daripada strategi pembangunan ekonomi di Kelantan banyak menjurus ke arah pertanian. Di antara strategi yang diambil ialah meninggikan pendapatan penduduk dengan mengadakan rancangan pertanian secara intensif dan pelbagai, melaksanakan rancangan pembukaan tanah dan mewujudkan peluang pekerjaan dengan menjalankan kegiatan pertanian secara intensif. Dari segi perancangan pembangunan kerajaan PAS mengambilkira keseimbangan dua kawasan selatan mempunyai kepadatan penduduk yang berlainan iaitu kawasan yang rendah. 16 Strategi utara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, manakala kawasan pembangunan di kawasan Kelantan Utara adalah untuk meninggikan pendapatan penduduk melalui pembangunan setempat. Berbeza dengan kawasan selatan, kerajaan negeri menggunakan strategi pembangunan dengan mengemuka kawasan-kawasan pertanian baru. Strategi ini adalah bertujuan menempatkan petani-petani di kawasan tersebut supaya nisbah kependudukan sejajar dengan keluasan tanah dan pendapatan petani-petani juga dapat ditingkatkan.17

15 16

Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14. Kelantan Terus Bergerak Maju, 1985,hlm 4. 17 Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14.

Namun demikian, pada hakikatnya kegiatan pertanian lebih tertumpu di Kelantan Utara. Lebih kurang 21.2% atau 788,000 ekar tanah diperuntukkan bagi kegiatan pertanian.18 Keadaan ini disebabkan tanah di kawasan Kelantan Utara pamah dan rata. Kawasan Kelantan Selatan sukar diterokai kerana berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Jika dibandingkan dengan pembukaan kawasan pertanian di Kelantan Selatan, hanya melibatkan keluasan 47,304 hektar. tahun 1957-1971. Pembukaan kawasan pertanian yang

baru ini dijalankan di Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli dari Agensi yang terlibat dalam pembukaan tanah secara besar-besaran ialan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). 19 Kelemahan strategi kerajaan negeri pimpinan PAS ialah kerana terlalu mementingkan sektor pertanian. yang bercorak perindustrian. Secara perbandingannya tempoh dasar perindustrian negara tersebut memperlihatkan tidak terdapat perubahan struktur ke arah ekonomi Walaupun dilaksanakan sejak tahun 1958, namun tiada daya usaha daripada kerajaan negeri PAS untuk mengaplikasikan dasar ini di Kelantan. Berhubung isu pembangunan ekonomi ini, kerajaan PAS negeri Kelantan tidak mempunyai pakar-pakar ekonomi untuk merancang pembangunan. Tambahan pula, kerajaan negeri juga menghadapi masalah

kekurangan kakitangan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan. Pernah dikatakan Menteri Besar merupakan pakar perancang, pakar ekonomi dan pentadbir.20 Malahan semasa Dato Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar, beliau meluluskan projek-projek pembangunan tanpa berbincang dengan pegawai-pegawainya seperti Penolong Ketua Jajahan Bahagian Pembangunan. Beliau juga tidak mengetahui dengan lebih lanjut projek-projek berkenaan.

18 19

Kelantan Terus Membangun, 1981, hlm 4. Taklimat Status Pembangunan Tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Kota Bharu, hlm 4. 20 Alias Mohamad, 1985, Kelantan:Politik dan Dilema Pembangunan, Utusan Melayu, Kuala Lumpur.

Era Pemerintahan Kerajaan PAS (1990-2009) Setelah PAS berjaya merampas semula negeri Kelantan daripada Barisan Nasional pada tahun 1990 melalui pilihanraya, kerajaan PAS hanya meneruskan dasar dan strategi yang sedia ada pada awal peralihan pengambilalihan kuasa. bergantung kepada Namun demikian, dalam beberapa hal telah ada Pertumbuhan ekonomi negeri terus tetapi usaha dilakukan untuk Untuk mempelbagaikan pertanian, pendekatan yang berbeza digunakan. sektor

mengubah corak pertanian kepada komersial.

ekonomi, sektor pembuatan diberi penekanan. 21 Pembangunan infrustruktur juga dipertingkatkan dengan menggunakan strategi-strategi yang menjurus kepada usaha kerajaan negeri untuk mengembangkan kawasan Kelantan Utara dengan kawasan Kelantan Selatan. Dalam bidang pertanian, strategi kerajaan negeri ialah untuk mengalihkan penglibatan petani-petani kepada tanaman marginal. digalakkan mengusahakan tanaman yang lebih menguntungkan.22 Petani Dalam

hal ini, penanam padi mengendalikan sawah mereka secara estet dan kolektif dengan dikendalikan oleh koperasi atau pertubuhan peladang kawasan. Pemilik individu yang menguruskan sawah secara persendirian menjalankannya secara intensif berbentuk komersial.23 Agensi-agensi pertanian seperti KESEDAR telah mempergiatkan pelaksanaan program projek-projek pertanian. di KESEDAR telah melaksanakan dan wilayah pembangunan pertanian kampung-kampung

KESEDAR secara produktif dan juga memastikan pemulihan tanah di rancangan-rancangan tanah KESEDAR berjalan lancar. Kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan insentif-insentif yang sedia ada bagi meningkatkan pembangunan sektor perindustrian seperti pengurangan kadar bayaran air, hasil tanah premium dan dasar pindah milik
21 22

Hashim Bani Abdul Hamid, Taklimat Mengenai Pembangunan Negeri Kelantan Darulnaim, hlm 35. Dasar, Matlamat dan Strategi Pembangunan Negeri Kelantan 1991-1995,Jilid 2,UPEN, hlm 5 23 Ibid, hlm 12

tanah perindustrian, mengkaji balik diskaun dan tempoh bayaran harga tanah serta memberikan diskaun cukai pintu. Selain itu, kerajaan negeri juga turut merangka strategi baru dengan mewujudkan kawasan industri kecil dan sederhana yang meliputi setiap daerah di negeri Kelantan dengan menggunakan pendekatan penswastaan dalam pembangunan kawasan industri tersebut.24 Walau bagaimanapun kerajaan negeri tetap memberi keutamaan kepada sektor pertanian, ini jelas dalam Rancangan Malaysia Keenam dengan peruntukan sektor pertanian sebanyak RM784,000,000. Keadaan ini memberi kesan yang kurang memberangsangkan terhadap sektor pertanian di negeri Kelantan yang mendapat peruntukan hanya RM166,190,000. Walau bagaimanapun, pada tahun 2002 Projek Diraja Kelantan telah ditubuhkan dengan idea yang diilhamkan oleh Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan. Projek ini ditubuhkan bagi membantu rakyat tempatan seperti Tabung Tenaga Berdikari, Tabung Biasiswa Ijazah Lanjutan Sultan dan Penubuhan Tabung Dermasiswa Tengku Anis dan lain-lain lagi. Di antara projek yang dijalankan ialah tanamankulat, tanaman sayur berkelompok, tanaman kontang, ternakan kambing biri-biri, puyuh, tanaman bunga-bungaan, kelapa wangi dan lain-lain. ekonomi rakyat Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan berhasrat untuk menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara. Untuk mencapai hasrat tersebut telah banyak program yang dibuat antaranya ialah dalam sector pertanian untuksayursayuran dan buah-buahan, sector perikanan diberitumpuan pada perikanan laut, akuakultur dan air tawar, sector penternakan termasuk ayam, lembu,
24

Adalah menjadi harapan

Kebawah Duli berdua agar projek ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan

Langkah-langkah Bagi Meningkatkan Kemajuan Sektor Perindustrian di Kelantan, hlm 17-18

kambing ekar.25

bebiri

danlain-lain,

industry

desa

menitikberatkan

industri

pembuatan makanan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan seluas 13,408

Kerajaan negeri telah mensasarkan penanaman sayuran supaya dapat menampung permintaan dalam negeri. Tanah yang terlibat dalam Dengan punca-punca yang penanaman sayur ini 2,831 hektar. Tegasnya, tiada perubahan yang signifikan berlaku semasa pemerintahan PAS. terhad, kerajaan negeri tidak begitu berjaya meningkatkan ekonomi negeri. Masalah kewangan masih menjadi halangan besar kepada pembangunan.

Satu lagi kajian dibuat untuk menganalisis perkembangan ekonomi Kelantan d ibawah pimpinan kerajaan PERIKATAN (Barisan Nasional) bagi setiap tahun permerintahan. Kajian meneliti serta menyenaraikan peranan ,sumbangan serta perkembangan ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan tersebut.

Era Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (1978 1990) Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk

pemerintahan negeri Kelantan, pembangunan ekonomi di negeri Che Siti Wan Kembang ini telah diperhebatkan. Dasar dan strategi ekonomi kerajaan negeri yang baharu ini ialah untuk mempelbagaikan asas ekonomi. berikutan asas ekonomi pertanian adalah terhad. 26 Ini Walau bagaimanapun,

sektor pertanian masih dijadikan strategi penting dalam pembangunan ekonomi. Sektor perindustrian pula semakin diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional Kelantan. Namun demikian, matlamat pembangunan sektor perindustrian ialah untuk menjadikannya sektor kedua penting
25 26

Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, hlm. 24 Perspektif Perancngan dan Pembangunan Sektor Pembangunan Masyarakat Pembangunan Luar Bandar, hlm 8

sebagai pemberi pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk. 27 masalah ketidakseimbangan wilayah dan pembangunan

Dalam

usaha meningkatkan pembangunan, strategi kerajaan negeri terhadap infrustruktur dititikberatkan. Kerajaan Barisan Nasional Kelantan sektor pertanian juga. Strategi pembangunan nampaknya mengutamakan

Ini jelas tampak daripada langkah kerajaan di kawasan Kelantan Utara ialah untuk

mengimbangi pembangunan di Kelantan Utara dan Kelantan Selatan. menambahkan hasil pengeluaran pertanian melalui pencegahan banjir dan sistem pengairan yang lebih cekap. 28 Strategi pertanian di kawasan Kelantan Selatan adalah berasaskan pembukaan tanah dan penempatan kampung baru untuk menawarkan lebihan penduduk kawasan Kelantan Selatan. 29 Pada masa yang sama kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional ini juga turut meningkatkan pembangunan sektor perindustrian. Kerajaan negeri Seluas 631 hektar tanah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk kegiatan perindustrian. wilayah. menggunakan strategi pembangunan dengan mewujudkan keseimbangan Estet-estet industri telah dibuka di kawasan Kelantan Selatan Di Kelantan Utara pula, kawasan yang seperti di Gua Musang dan Jeli.

meliputi keluasan 405 hektar dimajukan, iaitu di Pengkalan Chepa Fasa II. Kerajaan Barisan Nasional Kelantan, menitikkberatkan penyediaan kemudahan infrustruktur bagi pembangunan ekonomi. penempatan penduduk dibina. Jalanraya yang menghubungkan bandar-bandar penting dalam negeri dengan pusat-pusat Menjelang akhir tahun 1980-an, negeri Kelantan mempunyai jalan sepanjang 1,828 kilometer dengan pertambahan sebanyak 544 kilometer berbanding 1,284 kilometer pada tahun awal 1980.

27 28

Taklimat Pembangunan Ekonomi Negeri, UPEN, hlm 17. Kelantan Terus Bergerak Maju,1985,hlm 21 29 Ibid

CORAK PERBEZAAN PENTADBIRAN PEMERINTAHAN KELANTAN Kekurangan hasil di Kelantan merupakan punca terbesar menyebabkan penangguhan pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini. Hasil yang disemak bagi tahun 1981 ialah RM41,600,000 dan perbelanjaan mengurus ialah RM68,200,000. Keadaan ini menyebabkan kerajaan negeri mengalami kekurangan hasil sebanyak RM26,600,000. Pada tahun 1982, kekurangan dianggarkan berjumlah RM30,700,000.30 Kekurangan kakitangan dan tenaga kepakaran juga merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Misalnya, pejabat Kemajuan Negeri hanya mempunyai kakitangan seramai lapan orang. Bilangan ini tidak mencukupi bagi kerja-kerja pengesanan dan penyelarasan yang memerlukan pemeriksaan dan pengesahan projek-projek.31 Kekurangan kakitangan juga berlaku dalam perkhidmatan ikhtisas dan teknikal. Contohnya di Jabatan Kerja Raya (JKR) terdapat empat kekosongan pembantu teknik dan dua juruteknik. 32 Kekurangan kontraktor yang berpengalaman dan tenaga mahir turut menimbulkan masalah kepada sektor industri. Situasi ini telah menghalang perindustrian dijalankan secara lebih berkesan. Selain daripada itu , kerajaan Barisan Nasional di Kelantan juga menghadapi masalah kos tapak industri. Kekurangan tanah yang sesuai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mengambil tanah milik awam untuk membangunkan estet-estet industri. Justeru itu, kerajaan negeri perlu membayar pampasan yang tinggi dan membebankan. Pembayaran pampasan yang tinggi sudah tentu menyebabkan harga tapak industri tinggi. Berhubung soal ini, Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengatakan bahawa kos tapak tanah perindustrian di negeri ini antara yang tertinggi. 33 Tegasnya, harga tapak industri yang tinggi ditambah kekurangan kemudahan infrustruktur tentunya menjadi halangan dalam usaha menarik pelabur. Kerajaan negeri terpaksa memberi kelonggaran kepada pelaburpelabur menyelesaikan pembayaran harga tanah perindustrian sehingga lapan tahun untuk menggalakkan pelaburan di kalangan pelabur di negeri Kelantan. Pembayaran 10% daripada harga tanah perindustrian hendaklah
30 31

Cara-caraMempercepatka Pembangunan Negeri Kelantan. Abdullah Sanusi Ahmad, 1978, Jentera Pentadbiran Dalam Membantu Pembangunan Negeri Kelantan Pada 26-28 Mac, hlm 9. 32 Ibid,hlm 9 33 Berita Harian, 1988,Turunkan Kos Tapak Industri, 15 Julai.

dijelaskan semasa menerima surat tawaran dan baki selebihnya lagi 90% boleh dijelaskan dalam tempoh lapan tahun secara ansuran. Sekiranya semua bayaran dapat dijelaskan dalam tempoh empat tahun, bayaran faedah dikecualikan sebanyak 8%.34 Selain daripada itu juga, kerajaan negeri menghadapi masalah untuk mengaplikasi dasar perindustrian negara dengan perindustrian di Kelantan. Dasar perindustrian negara tentang pelaburan luar negeri hanya sesuai untuk negeri-negeri di Pantai Barat. Dasar makro yang menitik beratkan aspek viability sesuatu projek tidak memberi pertimbangan kepada aspekaspek lain seperti keinginan pelabur tempatan memajukan projek-projek yang bermodal kecil untuk kemajuan tempatan. 35 Dalam hal ini, kerajaan negeri menggalakkan penubuhan industri-industri footloose dan industri yang berasaskan sumber.36 Dasar perindustrian negara, meletakkan Kelantan dalam kawasan Mini-Corridor, iaitu negeri Kelantan termasuk dalam kawasan kedua penting untuk pembangunan. Ini bermakna semakin sukar untuk kerajaan Kelantan membangunkan Kelantan selari dengan pembangunan di negerinegeri Pantai Barat kerana keadaan ini sudah tentu mempengaruhi tingkat pelaburan di negeri ini. Jadi, untuk menggalakkan pelaburan, kerajaan negeri telah menyediakan insentif-insentif lain. Kerajaan negeri juga menggunakan inisiatif, dengan memberi diskaun 30% - 40% ke atas harga tanah bagi perusahaan yang menggunakan pekerja melebihi 1000 orang, mengurangkan kadar bayaran bagi perusahaan yang menggunakan 1,000,000 gelen air sehari, penurunan kadar cukai tanah dan cukai bandar kepada kilang yang menggunakan tenaga pekerja melebihi 500 orang.37 Kerajaan Barisan Nasional Kelantan juga merumuskan semula dasar pindah milik tanah perindustrian yang lebih realistik. Misalnya pada tahun 1989, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memutuskan bahawa pindah milik tanah kepada syarikat-syarikat ekuiti oleh kerajaan atau agensi kerajaan boleh dipertimbangkan pengeluaran hak milik pajakan sehingga 99 tahun dengan dikenakan sekatan kepentingan di bawah Seksyen 120 Kanun Tanah Negara. Dasar kuota pindah milik kepada 50% untuk bukan bumiputera dinaikkan kepada 70% bagi tanah-tanah di kawasan perindustrian.

34 35

Langkah-langkah BagiMeningkatkan Kemajuan Sektor Perindustrian di Kelantan, UPEN, hlm 8 Pembangunan Perindustrian, 1978,dalam Seminar Strategi (sic),Pembangunan Negeri Kelantan, 26-28 Mei di Hotel Kesina, Kota Bharu,Kelantan, hlm 12. 36 Kajian Semula Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Negeri Kelantan, UPEN, hlm 99. 37 Kemajuan Sektor Industri Dalam Tempoh Dua Tahun (1991-1992),hlm 11.

Pada keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa pemerintahan Barisan Nasional di Kelantan dari tahun 1978-1990 telah mengubah senario ekonomi negeri Kelantan. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh pemerintah negeri Kelantan masa itu.

DASAR PERBEZAAN PEMERINTAHAN Dasar untuk mempelbagaikan ekonomi jelas dengan tindakan kerajaan negeri yang mengimbangi Kelantan Utara dan Kelantan Selatan dengan pembangunan pertanian dan perindustrian. Walau pun begitu, penekanan strategi kerajaan negeri yang memberikan lebih banyak peruntukan kepada sektor pertanian, iaitu lebih separuh daripada jumlah yang diperuntukkan untuk ekonomi difikirkan kurang wajar. Secara perbandingan, pembangunan infrustruktur yang amat perlu untuk kemajuan ekonomi hanya memperoleh 19.7%. Dengan erti lain, walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh sektor industri di Kelantan, faktor yang dianggap penting menghalang pembangunan perindustrian di Kelantan ialah kekurangan kemudahan infrustruktur. Ketidakseimbangan dasar perindustrian negara juga sedikit sebanyak telah diselesaikan oleh kerajaan negeri dengan menambahkan beberapa galakan lain. Namun demikian, hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah pembangunan yang berlaku agak pesat ini berbanding era sebelumnya ialah wujudnya persefahaman di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan yang memerintah Kelantan. Boleh dikatakan bahawa negeri Kelantan telah mendapat hak dan layanan yang sama dengan negeri-negeri lain. Pemberian peruntukan juga telah menempatkan hampir 70% daripada hasil negeri di antara tahun 1980-1982. Untuk tahun 1983, pemberian perlembagaan mengatasi hasil mahsul negeri. 38 Tegasnya, perubahan tampuk pemerintahan dengan strategi pentadbiran telah menggandakan pendapatan negeri, seterusnya meningkatkan ekonomi orang Melayu di negeri Kelantan.

OBJEKTIF KAJIAN
38

Laporan Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 Negeri Kelantan, 1984,Jilid 1, Ringkasan Eksekutif, UPEN,hlm

6.

Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji perkembangan ekonomi negeri Kelantan sekitar tahun 1959 sehingga tahun 2009. tentang taraf Kajian akan dibuat ekonomi penduduk di Kelantan sekitar tahun yang dikaji

dalam jangkamasa 50 tahun untuk melihat perkembangan ekonomi rakyat Kelantan melalui program-program yang telah dijalankan.Kajian utama dijalankan bagi menilai prestasi corak perbezaan pimpinan pemerintahan (kerajaan PAS dan Kerajaan Barisan Nasional) sumbangan serta perkembangan ekonomi bagi pemerintah untuk negeri kelantan. Kajian objektif, memberi tumpuan kepada peranan yang dimainkan oleh serta menyenaraikan kedua-dua kerajaan

KESEDAR bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu Kelantan termasuk matlamat dan program-program yang dijalankan bagi membantu rakyat miskin di Kelantan. Tujuan kajian ini dibuat juga untuk meninjau program-program yang dirancang program oleh yang pihak MTEN orang Kelantan, Melayu. dan adakah dapat yang membantu diperolehi meningkatkan konomi Sejauh manakah keberkesanan

dirancangkan

kejayaan-kejayaan

daripada 22 program yang telah disenaraikan. Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga dikaji untuk meninjau bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepda orang Melayu Kelantan dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi mereka. Pengkaji turut meninjau perkara yang dibuat sejak 1959 sehingga 1978 dalam pilihanraya 1959. dilakukan oleh kerajaan yang Kajian memerintah Kelantan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.

apabila PAS berjaya merebut Kelantan

Kajian juga turut meninjau sejauh mana

keberkesanan pemerintahan kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional pada tahun 1974-1976. Kemudian tinjauan dibuat pula dari tahun 1978 sehingga tahun 1990 memerintah Kelantan. semasa kerajaan Barisan Nasional pula yang

Kajian turut meninjau perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan pada tahun 1990 apabila PAS berjaya sekali lagi merebut semula tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada kerajaan Barisan Nasional. Kelantan dalam jangka masa 50 tahun. Kajian dibuat sehingga tahun 2009 untuk mengkaji perkembangan ekonomi rakyat

PERSOALAN KAJIAN Perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan dikatakan agak mundur berbanding dengan taraf ekonomi orang Melayu di negeri-negeri lain, khasnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Walaupun pada hakikatnya taraf hidup masyarakat Kelantan lebih kurang sama dengan rakyat di negeri lain, namun KDNK yang direkodkan hanyalah berdasarkan data-data yang ada dan direkodkan sahaja. Ketiadaan rekod pendapatan sebenar masyarakat Kelantan menyukarkan pengkaji mengetahui tahap ekonomi mereka.

TINJAUAN BACAAN Banyak buku, risalah, jurnal, keratan akhbar dan sebagainya yang menulis tentang negeri Kelantan. Bahan-bahan yang ditulis itu sama ada mengenai politik negeri Kelantan, kebudayaan, masyarakat dan sebagainya. Pengkaji memilih beberapa buah buku sebagai sorotan kajian yang berkaitan dengan kajian tesis yang ditulis. Buku-buku yang dipilih ialah siri Warisan Kelantan I 27 yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, diselenggarakan oleh Dato Nik Mohamad bin Nik Mohamad Salleh dan beberapa orang penulis lain. Buku ini mula ditulis pada tahun 1982, dan setiap tahun sebuah buku dikeluarkan pada tahun-tahun berikutnya.

Buku

Warisan Kelantan ini mempunyai banyak edisi iaitu edisi 1 Buku-buku ini banyak membincangkan tentang negeri

sehingga edisi 27.

Kelantan pada awal penubuhannya, kerajaan-kerajaan awal negeri Kelantan, asal keturunan pemerintah Kelantan, kemasukan Islam di Kelantan, sistem pentadbiran, Kelantan sebagai pusat pengajian Islam, perjuangan orang Melayu di Kelantan menentang penjajah, ulama-ulama di Kelantan. Kajian banyak dibuat pada tahun-tahun sebelum merdeka. Walau bagaimanapun penulisan selepas merdeka ada juga ditulis, walaupun tidak banyak. Penulisan buku-buku keluaran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan ini banyak membantu penulis dalam menyediakan bahan kajian tesis. Sebagai seorang pengkaji sejarah, bacaan buku yang berkaitan dengan sejarah Kelantan sebelum dan juga selepas merdeka amat penting dalam mempengaruhi corak penulisan. Walaupun sumber yang diperolehi tidak

membincangkan mengenai sejarah ekonomi Kelantan secara langsung. Buku lain yang dikaji oleh penulis ialah History of Kelantan 1840 1940 yang ditulis oleh Shahril Talib, 1994. Buku ini diterbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn.Bhd di Kuala Lumpur. Di dalam buku History of Kelantan 1890-1940, Shahril Talib membincangkan tentang sejarah ringkas negeri Kelantan, kerajaan-kerajaan tempatan, krisis dan persetujuan dalam kerajaan Kelantan, permulaan sistem penasihat di Kelantan bermula pada 1903-1909 melalui Perjanjian Bangkok. Shahril Taib juga sentuh tentang kesan pemerintahan dan penjajahan masyarakat Melayu di Kelantan. Melalui buku ini pengkaji dapat pengetahuan tentang sejarah dan pentadbiran negeri Kelantan dari tahun 1890 sehingga 1940. kajian tesis Walaupun namun bermula selepas merdeka iaitu 1959 sehingga 2009, British kepada

segala perbincangan dalam buku ini dapat memberi gambaran sebenar sebelum merdeka.

Buku ketiga yang dipilih oleh pengkaji ialah buku Kelantan, Religion, Society and Politics in a Malay State yang ditulis oleh William R.Roff cetakan tahun 1974 oleh Oxford Universiti Press. Buku ini memuatkan 12 rencana mengenai negeri Kelantan yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh 12 orang penulis. Walau bagaimanapun pengkaji hanya mengkaji beberapa rencana yang berkaitan sahaja. Di dalam buku ini memuatkan rencana, Nineteenth Century Kelantan: A Thai View yang ditulis oleh Davis K. Wyatt. Rencana ini mengenai Kelantan sekitar abadke-19 dari kacamata Thailand. Rencana Kelantan in Transition:1891-1910 pula ialah tentang Kelantan dalam peralihan tahun 1891-1910 oleh Muhamad b. Nik Mohd Salleh. menulis rencana The To Janggut Ibrahim Nik Mahmood pula of 1915 tentang Rebellion

pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915. William R.Roff pula menulis The Origin and Early Years of the Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Roff menulis tentang penubuhan awal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada tahun 1915 dengan 12 ahli jwatankuasanya, peranan majlis, lokasi dan bangunan awal, jawatan-jawatan dalam majlis, sumber pendapatan dan sebagainya. Rencana lain yang dimuatkan dalam buku ini ialah Theological Debates : Wan Musa Bin Haji Abdul Samad and His Family yang ditulis oleh Muhamad Salleh & Wan Musa (with Raybeck. Othman Kelantan). Rencana Social Stress and Social Structure in Kelantan Village Life ditulis oleh Dougls A

Rencana Ethnicity, Centrality and Education in Pasir Mas pula

ditulis oleh Manning Nash. Sementara rencana The Social Organization of Islam in Kelantan ditulis oleh Robert L. Winzeler. Penulisan rencana-rencana yang terdapat di dalam buku Kelantan, Religion, Society and Politics in a Malay State yang ditulis oleh Roff, Kessler, Nik Mohd Salleh dan beberapa orang penulis dalam dan luar Negara ini amat bermanfaat sebagai panduan para pelajar dan pengkaji sejarah.

Rencana-rencana di dalam buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan sebelum dan selepas merdeka. Kessler membincangkan mengenai parti-parti politik yang terdapat di Kelantan seperti Pas, Umno, Pan Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti Negara selepas merdeka iaitu tahun 1959. Jadi, rencana ini banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan tesis yang dikaji dari tahun 1959. Pengkaji juga meninjau tulisan Wan Harun Wan Yaacob yang ditulis pada tahun 1986 yang bertajuk Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan semasa pemerintahan Pas 1959-1973 Melalui buku ini, penulis memaparkan kegagalan PAS memajukan ekonomi negeri Kelantan, Kerajaan Persekutuan yang mengabai dan melambatkan kemajuan di negeri Kelantan, serta hubungan tegang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan telah membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi dinegeri Kelantan. Selain itu juga, pengkaji turut meninjau buku yang ditulis oleh Wan Harun Wan Yaakub iaitu buku Kelantan Semasa Pemerintahan Kelantan. Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri PAS 1959-1973 Dalam buku ini penulis Persekutuan yang

menyentuh tentang kegagalan kerajaan PAS dalam memajukan negeri Penulis juga menyentuh tentang Kerajaan mengabaikan negeri Kelantan, menyebabkan negeri Kelantan lambat memperolehi kemajuan. Seterusnya pengkaji mengupas buku yang ditulis oleh Maziyah Abdullah yang bertajuk SejarahPenubuhan dan Perkembangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 1969-1983 membincangkan matlamat penubuhan PKINK dan pencapaiannya. Akhir sekali pengkaji memilih buku Perindustrian di Kelantan yang ditulisoleh Nural Huda Ahmad pada tahun 1984. Buku ini membincangkan tentang negeri Kelantan yang mempunyai potensi dalam sektor industry, tenaga buruh yang murah dan banyak, peranan kerajaan dalammembantu sector industri, infrustruktur yang semakin baikdi negeri Kelantan. Selain itu Buku ini

penulis menyentuh tntang peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir, kedudukan negeri Kelantan yang jauh dari Pantai Barat serta kemudahan asas yang tidak mencukupi di negeri Kelantan.

METODOLOGI Penulis membuat kajian dengan menggunakan kajian sumber-sumber bertulis Kelantan, seperti buku-buku rujukan, risalah-risalah di Kelantan. mengenai negeri contoh-contoh tesis, keratan-keratan akhbar lama dan artikalSumber rujukan

artikal mengenai perkembangan ekonomi

daripada sumber pertama ini banyak dibuat di Perpustakaan Negeri Kelantan, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri, Negeri Sembilan.Manakala kajian daripada sumber pertama seperti fail-fail kerajaan, pengkaji banyak buat kajian Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia cawangan Kelantan. Kajian jugadibuat di perpustakaan Setiausaha Kerajaan Kelantan di Kota Darulnaim. Kaedah pemerhatian dan ikut serta juga turut diguna oleh pengkaji. Pemerhatian pengkaji sendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi menunjukkan perkembangan ekonomi yang berlaku di negeri Kelantan. SUMBER RUJUKAN Sumber-sumber rujukan yang digunakan menyiapkan kertas cadangan ini ialah oleh pengkaji dalam

buku-buku, laporan, tesis dan

keratan akhbar. Di antara buku yang digunakan ialah buku Warisan Kelantan 1-27 yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada tahun 1982-2003. Buku History of Kelantan 1890-1940 juga menjadi rujukan pengkaji hasil tulisan Shahril Talib yang yangditerbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd pad tahun 1994 di Kuala Lumpur. Selain itu pengkaji juga guna buku Kelantan Rakyat Dinamik, Negeri

Semakin Ketinggalan yang ditulis oleh Hassan Harun dan diterbitkan oleh DD Mediaconsult Sdn. Bhd pada tahun 1999 di Kula Lumpur. Buku Detikdetik Sejarah Kelantan ditulis oleh Saad Shukri Bin Haji Muda juga diguna oleh pengkaji yang dikeluarkan oleh Pustaka Aman Press di Kota Bharu pada tahun 1971. Selain buku-buku ilmiah, pengkaji juga turut menggunakan contohcontoh tesis sebagai bahan rujukan. Di antara tesis yang digunakan ialah Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-1975 oleh Wan Harun Wan Yaakub. Sejarah Perkembangan Ekonomi Negeri Kelantan 1945-1957 oleh Rosmi Bin Mat Nasir. Ekonami Kelantan Selepas Merdeka: Penilaian Terhadap Perkembangan & Masalah 1945/1995 olehWee Lip Ping, Sejarah Penglibatan Wanita Kelantan Dalam Aktiviti Perniagaan oleh Rose Anita Abdullah turut dikaji oleh pengkaji.

Anda mungkin juga menyukai