Anda di halaman 1dari 31

Peribahasa

Menengah 1

Apa itu peribahasa?


Peribahasa ialah susunan kata-kata yang mempunyai makna yang luas dan tersirat. Peribahasa digunakan bagi menggambarkan sifat dan kelakuan manusia atau sesuatu keadaan. Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis: SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN, PEPATAH, BIDALAN dan PERBILANGAN

PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA

PERUMPAMAAN

PEPATAH

BIDALAN

PERBILANGAN

Simpulan Bahasa
Bentuk peribahasa yang paling ringkas Biasanya terdiri daripada dua perkataan Contoh; baik hati, anak angkat, ambil hati, dalam tangan

Perumpamaan
Sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Selalunya menggunakan kata-kata bandingan bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. Contoh: bagai kacang lupakan kulit, seperti bumi dengan langit

Pepatah
Merupakan peribahasa yang berangkap Biasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan. Contoh: berakat-rakit ke hulu, berenangrenang ke tepian, harapkan pagar, pagar makan padi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Bidalan
Peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar. Biasanya bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang telah melekat di mulut orang. Contoh: air yang tenang jangan disangka tiada buaya, indah khabar dari rupa, nasi sudah menjadi bubur

Perbilangan
Merupakan kata-kata hikmat atau ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna sebagai pedoman hidup. Contoh: bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, terlajak peradu boleh diundur, terlajak kata emas padahnya.

adalah
semut

ada
gula

(1) Ada gula adalah semut

Ada gula adalah semut


Di mana ada rezeki di situlah ramai orang

bisa
tegal

biasa
alah

(2) Alah bisa tegal biasa


MAKNA PERKATAAN Alah = biasa Tegal = kerana, oleh sebab

Alah bisa tegal biasa


Perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya.

hujan
jatuh

pasir
bagai

(3) Bagai hujan jatuh ke pasir

Bagai hujan jatuh ke pasir


Kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas.

berkayuh
perahu

hanyut
malu

Malu berkayuh perahu hanyut

(4) Malu berkayuh perahu hanyut


Kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan Kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan

kuih

bagaimana
acuan

begitulah

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

(5) Bagaimana acuan begitulah kuihnya


Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.

penuh
yang minyak

bagai
ditatang

penuh

(6) Ditatang bagai minyak yang penuh


Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

tajam
jikalau

asah
pun

belakang

nescaya

parang

(7) Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam


Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai

ubi
berisi

asah
diam-diam besi

diam-diam

berkarat

(8) Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat


Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Kerja kumpulan (15 minit)


ARAHAN: Pilih satu peribahasa Fahamkan maknanya Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan makna peribahasa Gunakan bak kata pepatah yang diikuti dengan peribahasa dalam cerita kamu

Pembentangan

Beri Nilai