Anda di halaman 1dari 1

Sabtu, 29 May, 2010

Sayangi ibubapa

RENCANA UMUM

Bahrum Ali ASIH kah kita ingat bila kali terakhir kita mencium pipi kedua orang tua mereka, memeluk mereka, membawa mereka keluar makan atau serendahrendahnya mencium tangan mereka sebelum kita keluar ke tempat berkerja atau ke sekolah. Seringkali kita terlihat dalam paparan media elektronik dan juga media cetak perihal ibu atau bapa yang telah tua tidak lagi diperdulikan oleh anakanak mereka. ia bukanlah cerita baru tetapi cerita lama yang terus berlaku seolah-olah telah menjadi budaya. Zaman ini ada pusat-pusat penjagaan warga emas yang diujudkan oleh pemerintah ataupun oleh NGO atau pihak persendirian. Usaha ini tidak dapat dinakan memang baik. Orang tua yang tidak mempunyai anak atau warisan untuk memumpang berteduh tidaklah melarat hidupnya, tidaklah tidur di pinggir jalan atau di bawah kolong. Walaupun negara kita Brunei Darussalam tidak mempunyai rumah warga emas akan tetapi, sudah banyak anak-anak yang tidak mahu menjaga orang tua mereka lagi seperti mana orang tua mereka menjaga sewaktu mereka masih kecil lagi. Ibu bapa adalah wasilah kita

lagi dipandang. Pandang perasaan telah tiada lagi. Ibu bapa yang tidak lagi dapat menjaga kebersihan akibat tua pikun menjadi masalah dan kejijikan kepada anak-anak. Kesihan ibu dan bapa berkenaan. Mereka dihantar ke rumah kebajikan atau rumah orang tua-tua. Lebih menyedihkan mereka ditipu anak-anak, ditinggalkan di hadapan rumah orang tua-tua dengan alasan mahu pergi sebentar. Menunggulah ibu bapa hingga ke malam. Maka ingat-ingatlah anakanak akan betapa engkau pandang anak-anak dengan perasaan kasih sayang. Jauh sekali di hati engkau membenci anak-anak. Maka demikianlah kedua ibu bapa engkau memandang engkau dengan perasaan demikian dengan perasaan yang tidak akan putus hingga mereka kembali kea lam baqa. Maka jika engkau mengetahui pandang perasaan ibu bapa engkau itu yang tidak putus, betapa engkau memandang mereka dari hari kehari semakin susut pudar dan akhirnya putus lantaran engkau merasa jijik denngan tuanya mereka. Ketahuilah anak-anak bahawa tiada perasaan terlebih saya apabila engkau menghantar ibu bapa engkau ke rumah kebajikan. Engkau tega berbuat demikian tanpa merasakan perasaan mereka itu. Namun cubalah engkau melihat masa hadapan dengan lebih jauh,

engkau melihat ibumu yang engkau hantar ke rumah orang tua itu adalah dirimu sendiri yang telah pikun, yang dihantar anakmu apabila dewasa. Cuba engkau bayangkan wahai anak, cubalahcubalah sampaikan pandang perasaan engkau dan makrifatkan engkau itulah kedua orang tuamu yang engkau hantar ke rumah kebajikan itu. Jika engkau mempunyai makrifat, tiadalah sampai hati engkau akan berbuat sedemikian itu. Ketahuilah, yang bayi akan menjadi dewasa. Yang muda akan menjadi tua. Roda kehidupan tetap berputar. Itulah trah alam kejadian. Engkau tidak memandang dengan perasaan engkau akan perasaan kecewa ibu bapa, maka kelak anakanak engkau juga akan tidak memandang dengan perasaan akan engkau ketika tua pikun. Tentunya engkau akan resah dengan kelakuan tua ibu bapa engkau. Engkau resah ibu bapa engkau membuang najis berciciran. Namun ada petua untuk engkau membuang perasaan itu. apakah itu? Mudah sahaja jika engkau tahu sekelian buruk baik, iman taat, kar dan maksiat itu semuanya dalam pengetahuan Allah Taala. Allah Taala mengetahui keadaan sekelian yang berlaku dari sorot tilik ilmuNya yang Qadim. Maka lihatlah sekelian yang berlaku atas ibu bapamu itu atas dirimu itu hanya tajalli Af al Allah Taala semata-mata.

lahir ke dunia. Malalui alam ajsam bapa kita lahir ke dunia melalui kandungan ibu. Ibu mengandungkan kita selama Sembilan bulan sepuluh hari penuh dengan penderitaan. Setelah kita lahir ke dunia ibu bapa terpaksa mendidik kita. Ibu bapa terpaksa menahan hati dengan karenah kita. Kita ketika kanak-kanak tidak terhingga nakalnya. Namun ibu bapa tidak pernah merasakan nakal kita sesuatu perkara aneh, tetapi adalah perkara biasa bagi kanak-kanak meningkat dewasa. Namun anak-anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan. Kerana apa? Kerana dari segi dalaman diri anakanak ini tidak jauh pandang perasaannya. Pandang perasaan

anak-anak ini kepada ibu bapanya yang telah tua itu tidak sampai kepada pandang perasaan ibu bapanya kepadanya. Pandang perasaan ibu bapa kepada anak-anaknya adalah pandang perasaan kasih yang mendalam yang tidak akan putus. Ertinya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak tidak akan padam hinggalah mereka menutup mata. Namun pandang perasaan kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa ada kalanya akan putus. Ertinya ketika ibu bapa masih kuat kasih sayang itu seperti yang seadanya. Namun apabila ibu bapa telah tidak berdaya atau lebih-lebih lagi telah pikun, pandang perasaan mula berkurang. Akhirnya apabila taqdirnya ibu bapa menjadi pikun, mereka tidak

Anda mungkin juga menyukai