Anda di halaman 1dari 37

Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan

antara satu dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut.

PERSAMAAN Antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Tamadun/ Aspek

Tamadun Islam

Tamadun Barat

Teologi/Ketuhanan dan Menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai kerohanian dokrin serta amalan-amalan tertentu sama ada berbentuk spiritual mahupun ritual. Dari sudut kepercayaan lain seperti kehidupan selepas mati, kepercayaan terhadap pembalasan perbuatan manusia di dunia dan lain-lain yang bersangkutan dengan perbuatan manusia. Politik dan Pemerintahan Menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik dan kerajaan.

Pendidikan

Bertujuan membentuk peribadi seseorang individu dan menghapus kejahilan yang boleh menghalang peningkatan minda dan intelektual masyarakat. Menyebar dan mencari ilmu pengetahuan merupakan tugas manusia yang dipandang mulia oleh setiap tamadun.

Tamadun/ Aspek

Tamadun Islam

Tamadun Barat

Ekonomi

Kelangsungan sistem ekonomi dalam tamadun awal manusia menjadikan moral sebagai paksi utama. Antaranya menolak amalan rasuah, penipuan dan penindasan. Sebagai gantinya amalan-amalan murni dalam kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedakah dan membela golongan miskin dan lemah amat dianjurkan.

Institusi Agama

Memiliki institusi tersendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka.

PERBEZAAN Antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat Tamadun/ Aspek Tamadun Islam Tamadun Barat

PUNCA TAKRIF
SUMBER

Allah swt Jamani+Rohani


Al-Quran dan AsSunnah

Akal Akal(fikir dunia)+Rohani Alam fizikal dan pengalaman manusia Kebendaan Logik dan Nafsu Duniawi sahaja Kepuasaan diri sematamata

FOKUS AKTIVITI TUMPUAN MATLAMAT

Ilmu+Akhlak Kawalan akhlak Duniawi+ukhrawi Keredhaan Allah,kebahagiaan dunia dan akhirat

Tamadun/ Aspek

Tamadun Islam

Tamadun Barat

Kedudukan Agama

Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia, samada keduniaan atau keagamaan. Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama, bukan agama mengikut pembaharuan walaupun ia tetap flexible dan tidak rigid.

Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga dicorak oleh perubahan.

Konsep Segala bentuk pembangunan Kesepaduan kebendaan berkait rapat dengan dan Pengawalan kerohanian. Segala urusan tidak terlepas daripada mengikut prinsipprinsip akidah, syariah dan akhlak.

Melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia sematamata. Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama. Terikat dengan undang-undang tetapi pengawalannya terlalu longgar. Bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada imam kukuh.

Tamadun/ Aspek Konsep Kemajuan

Tamadun Islam Islam juga mengambil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapi dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan apakah matlamatnya. Islam menolak konsep matlamat menghalalkan cara .

Tamadun Barat Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata Berpegang kepada konsep matlamat menghalalkan cara

Penekanan Sudut Menekankan aspek Kemajuan kerohanian dan kebendaan. Kemajuan dalam Islam bersifat lengkap. Pembangunan dan kemajuan adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman. Fokus utama pembangunan adalah manusia itu sendiri.

Menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengetepikan aspek kerohanian Menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspe kemajuan dari sudut kerohanian atau spiritual.

-PERSAMAAN ANTARA TAMADUN MELAYU, TAMADUN CINA, DAN TAMADUN HINDU -PERBEZAAN ANTARA TAMADUN MELAYU, TAMADUN CINA, DAN TAMADUN HINDU

Bermula seawal abad ke-3 SM.


Bahan bertulis dari India-ada menyebut tentang Malayadypa (Semenanjung Melayu) Tujuan utama kedatangan para edagang dari India ke Tanah Melayu-bagi dapatkan emas. Suvarnabhumi (tanah emas)-gelaran diberi kepada Tanah Melayu.

Contoh Interaksi

Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.

Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

Konsep Dewaraja (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King)- konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.
Upacara pertabalan-bagi mengekalkan status tinggi Raja. Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:amalan jampi dan mentera. Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi. Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu.

Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata. Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada E.Ramayana.

Epik Mahabharata diberi wajah tempatan- Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima dan H.Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos.

Pengaruh bahasa Sanskit. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M), Batu Bersurat Talang Tuwo(684M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692M) buktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno yang digunakan ketika itu.

Batu Bersurat Terengganu, selain daripad perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan daripada Bahasa Sanskrit.

Bhakti=bakti Bhumi=bumi Dosa=dosa Drohaka=derhaka Maharddhika=merdeka Prakara=perkara Rupa=rupa Samicra=mesra Tathapi=tetapi Vela=bila

Rekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan Kedah pernah menjalin hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China. Kedah-pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk India. Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh. Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah Melaka oleh Maharaja China

Maharaja China menghantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya ataupun Peranakan. Awal abad ke-19- setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina- segolongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai Cina Selat ataupun Straits Chinese.

Contoh Interaksi

Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran hubungan perdagangan.

Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Bahasa Melayu Baba banyak mengandungi perkataan Hokkien.


Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan. Pakaian kebaya dan kain sarong.

Pertukaran barangan sebagai hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai teksil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Adat memberi angpau yang bermaksud sampul merah.

Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menyeimbangkan yin dan yang.

Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
Teh Cina ataupun green tea Teknologi- perlombongan, pertanian dan pertukangan. Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan lilin.

Mengikut rekod sejarah China, interaksi India-China mula berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. Jalan Sutera menjadi laluan para pedagang saluran interaksi. Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China. Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun China dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Contoh Interaksi

Dibawa masuk ke China pada kurun pertama masihi. Maharaja hantar wakil ke India untuk memahami dan mendalami ajaran Buddha. Disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat CinaDoktrin Taoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India dan mempelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit dan Pali).

Berjaya menyusun Doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

Ilmu fonetik Cina menggunakan pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme.

Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
Alat muzik Cina yang berasal dari India; pipa dan konghou

Dari China berkembang ke India: - Pembuatan kertas - Pembuatan tembikar - Pembuatan bahan letupan - Percetakan - Kompas. Perubatan Cina diberi penghormatan yang tinggi di India. Dari India berkembang ke China: - Teknologi India menghasilkan gula daripada tebu - 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina oleh ahli astronomi India pernah berkhidmat di China hingga wujud sistem kalendar lunar Cina yang baru. Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

Pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di Negara China mendapat tentangan hebat daripada penganut Confucious. Para sami Buddha telah ditangkap, dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan.

Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuh identiti oleh Tamadun Jepun.

Agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun (Agama Shinto).


Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun (Hiragama Kalakana)

Upacara seperti budaya minum teh dan seni taman. Struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Sistem pemerintahan berpusat. Kesusasteraan, pertanian dan penggunaan logam.

Penanaman padi menjadi pekerjaan tradisi. Logam besi dibuat pisau, cangkul, tajak, pedang, tombak dan loceng. Kubur besar untuk golongan aristokrat. Cop mohor rasmi dijumpai pada 1789 di mana utusan dihantar oleh Permaisuri Himiko kepada Dinasti Wei pada 238-247.

Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17 telah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
Ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan yang pesat merupakan satu dorongan yang besar bagi orangorang Eropah untuk berinteraksi dengan orang-orang tamadun lain. Contohnya - Penggunaan kapal wap. Penggunaan kapal wap bukan sahaja membolehkan muatan yang lebih banyak tetapi juga memendekkan perjalanan antara Barat dengan Timur. - Penciptaan telegraf. Penciptaan telegraf telah membawa perubahan terhadap perhubungan antara Barat dengan Timur. Ahli-ahli perniagaan di Barat, mereka dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur.

Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan integrasi dengan tamadun-tamadun lain. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

Sejak Revolusi Perindustrian, pencapaian Barat dalam bidang sains dan teknologi telah mendahului negara lain.

Pada zaman pertengahan di Eropah, telah berlaku Perang Salib antara orang Islam dengan penganut agama Kristian kerana tindakan agresif pemimpin Kristian dan faktor lain termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China juga bermasalah, contohnya pada tahun 751M, di mana Panglima Ziyad bin Saleh telah menyerang Negara China sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara Empayar Abbasiyah dengan Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan kemakmuran orang Islam di Negara China pada zaman Dinasti Han dan masalah perbezaan agama juga menyebabkan berlaku pemberontakan dan penghijrahan orang Islam Cina ke Asia Tenggara.

Persamaan dan Perbezaan Tamadun http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Baha n%20Ngajar/ISLB%20112/Nota/Konsep%20Ta madun%20&%20Peradaban.pdf

Anda mungkin juga menyukai