Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN

PERSIAPAN AWAL 1. Pengetahuan perlu dikemaskinikan. 2. Perlu peka pada isu-isu semasa dan isu-isu popular yang berlaku. 3. Lazimnya ,isu-isu yang sering dikemukakan adalah tengtang: (a) Pendidikan (b) Kemasyarakatan (c) Perkembangan teknologi maklumat (d) Akhlak atau disiplin remaja/pelajar (e) Kemiskinan (f) Alam sekitar (g) Kesihatan (h) Kebudayaan (i) Pelancongan (j) Ekonomi/perindustrian (k) Kempen-kempen kerajaan atau cogan kata (l) Perkhidmatan sosial (m) Institusi keluarga/kekeluargaan (n) Pengangguran (o) Sains/sukan 4. Perlu biasakan membuat latihan mengarang dengan masa yang ditetapkan dan jumlah perkataan yang disarankan. TEKNIK MENULIS KARANGAN 1. Setelah mengenal pasti bentuk atau jenis karangan, anda perlu melahirkan dapatan dari segi takrif,huraian isi berserta contoh dan pelbagai idea yang tercatat dalam bentuk ayat yang bakal membentuk perenggan dan seterusnya membentuk karangan. 2. Sebelum itu, kita perlu memahami setiap perenggan itu mempunyai isi/fikiran,huraian, dan contoh dan perlu diingati bahawa kita akan membentuk pendahuluan,isi-isi, dan penutup.

CONTOH-CONTOH MENULIS PENDAHULUAN

C1: Masalah disiplin di sekolah-sekolah kita semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda,mengapakah perkara ini terjadi? Sekolah merupakan sebuah institusi yang membentuk seorang insan. Sekolah bukan sahaja membekalkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar tetapi juga menjadikan mereka menusia yang berguna. Malangnya masalah disiplin di sekolah-sekolah kita semakin parah. Perkara ini amat menyedihkan masyarakat. Pada pendapat saya, terdapat pelbagai sebab perkara ini terjadi. C2: Mutu sukan Negara kita semakin merosot dari setahun ke setahun. Jelaskan cara kerajaan dapat membaiki keadaan tersebut. Sukan bukan sahaja merupakan satu kegiatan hiburan atau mengisi masa lapang bagi manusia. Sebaliknya sukan juga merupakan satu kegiatan penting bagi sesebuah Negara. Hal ini demikian kerana pencapaian sukan dapat meninggikan imej sesebuah Negara. Malangnya,mutu sukan Negara kita nampaknya semakin merosot dari setahun ke setahun. Oleh itu,kerjaan haruslah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membaiki keadaan ini. C3: Ada sesetengah pelajar yang enggan meneruskan pendidikan mereka selepas tingkatan tiga. Pada pendapat anda,apakah yang akan terjadi kepada pelajar-pelajar ini pada masa akan datang? Pendidikan merupakan bekalan masa depan bagi seseorang manusia. Hanya pendidikan yang sempurna dapat menjamin seorang manusia memperoleh kerjaya yang baik setelah dewasa. Namun begitu, ada segelintir pelajar kita yang enggan meneruskan pengajian selepas tingkatan tiga. Saya berpendapat pelajar-pelajar ini akan menghadapi pelbagai masalah pada masa akan datang.

TEKNIK MENULIS PERENGGAN ISI


1. Perenggan isi atau perenggan penghubung ialah perenggan yang mengemukakan maklumat atau gagasan yang berkaitan dengan tema atau iai utama karanagan. 2. Perenggan yang menepati ciri-ciri isi atau fikiran yang matang ialah perenggan yang menggunakan formula Isi(I)+Huraian(H)+Contoh(C). 3. Sebenarnya untuk memenuhi matlamat isi yang matang dan mantap, anda perlu juga menggunakan formula 5W+1H iaitu (What,Who,Where,When,Why dan How) . 4. Pada dasarnya ada 3 komponen utama yang membentuk sesuatu perenggan,iaitu (a) Ayat judul isi utama (b) Ayat huraian(isi sokongan) (c) Ayat penegas (isi penegas) 5. Ayat judul ialah ayat yang menyatakan isu utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat judul mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tengtang tengtang perkara pokok tersebut. 6. Ayat huraian(isi sokongan) berfungsi menyokong ayat topic. Isi sokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta,pendapat,peristiwa,sebab,akibat, statistik dan contoh. 7. Ayat penegas(isi penegas) pula terdiri daripada 3 jenis,iaitu: (a) Ayat yang menegaskan ayat judul semula (b) Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam sesuatu perenggan (c) Ayat yang menghubungkan perenggan Contoh Tajuk: Ada sesetengah pelajar yang enggan meneruskan pendidikan mereka selepas tingkatan tiga. Pada pendapat anda,apakah yang akan terjadi kepada pelajar-pelajar ini pada masa akan datang? ISI:SUKAR MENDAPAT PEKERJAAN Ayat judul:Pelajar-pelajar yang berhenti sekolah selepas tingkatan tiga akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan Ayat huraian: Mereka terlepas peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. Mereka juga tidak akan mempunyai sebarang kelulusan atau kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Ayat penegas: oleh itu, para majikan akan teragak-agak untuk mengupah mereka.

PERENGGAN PENUTUP
Perenggan penutup amat penting kerana bertujuan membuat rumusan atau menyimpulkan pendapat/cadangan/pandangan/buah fikiran atau persoalan-persoalan yang terkandung dalam tajuk yang anda bentangkan dan anda kemukakan.

Anda mungkin juga menyukai