Anda di halaman 1dari 2

Ikatan kimia merupakan daya tarikan yang menyatukan dua atau lebih atom.

Ikatan kimia antara atom akan membentuk sama ada molekul atau ion, dan seterusnya sebatian kimia. Jenis ikatan kimia yang dibentuk bergantung kepada perbezaan keelektronegatifan (E) antara atom-atom yang membentuk ikatan kimia itu. Secara amnya, seandainya perbezaan keelektronegatifan adalah sangat besar, ikatan kimia yang terbentuk dinamakan ikatan ion. Jika perbezaan keelektronegatifan adalah sangat kecil, dua kemungkinan ikatan kimia yang akan terbentuk; iaitu ikatan logam atau ikatan kovalen. Sekiranya perbezaan keelektronegatifan adalah sederhana, maka ciri-ciri ikatan ion, ikatan logam dan ikatan kovalen akan ditunjukkan. Ikatan-ikatan ini berbeza dari segi kekuatan. Interaksi lemah antara atom dan molekul boleh terhasil dari kekutuban teraruh (seperti daya London) antara awan-awan elektron. Biasanya ikatan kovalen dan ion dianggap kuat, manakala ikatan hidrogen dan van der Waals dianggap lebih lemah.

Pendidikan kimia merupakan gabungan antara idea pendidikan dengan kimia. Menurut Lagowski (2000), walaupun ahli kimia yang diajar dapat memahami dan menggunakan prinsip-prinsip kimia, pemahaman mereka tentang prinsip-prinsip pendidikan yang sedang berkembang tidak semestinya kukuh. Ini dapat dipertikaikan memandangkan prinsip pendidikan yang diutarakan adalah terlalu banyak sehingga menyusahkan penggunaannya secara tersurat dalam bidang tertentu. Akan tetapi, penggunaan prinsip-prinsip pendidikanlah yang menjadi aspek penting untuk pengajaran kimia dalam semua tahap pengajaran. Justeru itu, guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran bagi memastikan pelajar belajar sesuatu melalu i aktiviti yang dilakukan. Merekabentuk aktiviti pembelajaran memerlukan bukan sa haja pengenalpastian faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran, tetapi guru pe rlu memahami bagaimana pelajar belajar (Berberoglu dan Hei, 2003). Ini kerana cara pelajar mempelajari sesuatu mata pelajaran menggambarkan sebahagian daripa da kecenderungan dan orientasi mereka dalam proses pembelajaran. Ini dapat mencerminkan sedikit sebanyak ciri-ciri pelajar misalnya budaya, latar belakang serta cara hidup dan bahasa yang pelbagai. Maka,

pemahaman yang baik tentang pembelajaran pelajar perlulah mengambil kira pelbagai elemen (Berberoglu dan Hei, 2003). Malah, kajian terhadap cara pembelajaran pelajar dapat menerangkan kepelbagaian dalam pencapaian akademik (Byrne et al. , 2004). Hubungan antara cara pembelajaran dengan pencapaian

Anda mungkin juga menyukai