Anda di halaman 1dari 11

Contoh Karangan Ucapan

Ucapan
SOALAN: Andaiakan bahawa anda pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran.Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah disebuah sekolah.Ceramah tersebut bertajuk Gejala Vandalisme di Sekolah.Tulis teks ceramah anda selengkapnya. JAWAPAN: Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni,Puan Hajah Saleha Tumin,guru-guru,para pelajar dan hadirin sekalian.Lebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ceramah yang bertajuk,Gejala Vandalisme di Sekolah. Hadirin yang dihormati, Vandalisme dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu perlakuan,dendam dan conteng.Biasanya,mereka yang terlibat dalam gejala ini ialah remaja yang berusia sekitar 15 tahun hingga 21 tahun.Antara tempat yang sering menjadi tumpuan termasuklah telefon awam,papan tanda,dinding tandas,peralatan sekolah dan sebagainya. Pelbagai faktor yang mempengaruhi gejala vandalisme ini.Antara punca utama termasuklah pengaruh rakan sebaya.Golongan remaja amat mudah terpengaruh oleh persekitarannya.Desakan rakan sebaya

dan sikap tidak mahu ketinggalan dalam kumpulan mendorong situasi ini berlaku.Keadaan ini secara tidak langsung dapat mencorakkan sikap,nilai,serta tingkah laku mereka. Ibu bapa dapat menjadi penyebab kepada masalah ini juga.Remaja yang terjebak lazimnya lahir daripada keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan keperluan dan kasih sayang akan menyebabkan ank-anak berasa tersisih.Sikap ambil mudah dan kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dapat menyebabkan anak-anak akan melakukan perkara di luar kawalan. Selain itu,ibu bapa tidak harus memandang remeh aspek pembentukan akhlak menerusi nilai-nilai agama juga.Didikan agam dan amalan ajaran agama amat penting untuk membentuk jiwa anakanak yang masih mudah dilentur ini.Hanya nilai agama yang dapat membentengi jiwa mereka dalam menghadapi pelbagai gejala negatif. Hadirin yang budiman, Saya benar-benar berharap agar gejala vandalisme ini dapat dibanteras melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.Semua pihak memainkan peranan penting untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga dan menghargai harta benda awam.Sekian,terima kasih.

Contoh Karangan Syarahan

Syarahan
Soalan : Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkat sekolah.Tajuk syarahan yang dipilih ialah Pembentukan Disiplin Anak-anak bermula dari Rumah. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, delegasi kehakiman terhormat, penjaga masa yang patuh akan setiap detik waktunya,seterusnya hadirin-hadirat warga dewan berdedikasi sekalian, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Tegaknya angsana di dalm rimba keran pautan akar yang utuh, tegaknya saya pada hari ini adalah untuk mengupas,menghuraikan dan menyajikan kepada semua mengenai rajah pembentukan disiplin anak-anak bermula dari rumah. Hadirin-hadirat warga budiman sekalian, Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti sesuatu bangsa yang khususnya terdiri daripada anakanak yang juga merupakan belia negara yang bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara suatu masa kelak.Masing-masing antara kita sudah terdedah dengan senario ini dan saya pasti ramai antara kita yang acapkali mendengar bahawa ibu bapa merupakan faktor dominan dalam pembentukan keperibadian anak-anak.

Pertama,ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah menunjukkan teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya menyeru penerimaan anda semua akan kata-kata seorang pujangga kita pada marcapada ini 'anak yang baik lahirnya daripada baka yang berkualiti'. Jika ibu bapa itu sendiri berani menerapkan budaya-budaya kamil terhadap anak-anak,mungkin sekaligus mendorong jauh pelajar tersebut daripada menghampiri gejala yang melibatkan penerapan budaya kuning dan cara hidup yang terlalu bebas atau secara hedonisme tanpa mengira baik buruknya yang akhirnya dapat meruntuhkan dan mencacatkan disiplin pelajar tersebut.Tamsilnya, sekarang ini masalah melepak dalam kalangan remaja kian meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat di negara kita,maka apabila ibu bapa langsung tidak mengekang anak mereka daripada menghampiri gejala sakit tersebut, maka tidak menjadi sebarang masalah untuk turut serta menjerumuskan diri mereka ke dalam lembah kerugian sekaligus sedikit demi sedikit menghakis disiplin pelajar tersebut. Perspektif saya yang kedua pula,dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan modenisasi serta abad liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan iman seseorang pelajar tersebut itu mampu goyah dan tercabar, maka apbila kekangan ini disangkut pautkan dengan peranan mendalam oleh ibu bapa dan akibat tusukan kuat daripadan masalah ini, ibu bapa perlu memperkasakan lagi nilai keimanan dalam diri anak-anak dengan cara menghantar anak-anak ke kelas agama atau kelas bertunjangkan penerapan akhlak islamiah yang holistik. Sememangnya,apabila kita terjah dari satu sudut, peranan mendalam ibu bapa sudah memadai untuk mengiring pelajar tersebut bagi meningkatkan disiplin dalam diri mereka, tetapi jika diperhatikan daripada perspektif yang lain,penerapan daripada pengaruh lain juga amat diperlukan dan dimestikan bagi mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya mantap. Analoginya iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam diri masyarakat dan mengaburi mata banyak pihak serta sedikit sebanyak menghakis ketamadunan melayu,tidak lain tidak bukan kes pembuangan bayi yang semakin popular dan kian menular dalam diri pelajar yang bergelar belia sekarang ini. Bedasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini, kes salah laku ini banyak datangnya daripada kurangnya keimanan dan kurang penerapan aspek agama bagi mengenal dosa pahala melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga melahirkan kain-kain putih yang bersih yang tidak berdosa. Hadirin yang saya hormati sekalian,

Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka seharihari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul. Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan orang rumah tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk menjana dan membentuk anak-anak yang berdisiplin diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang utuh menggenggam tanah dirimbuni dedaunan hijau dan diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu maka dibalas dengan buah, sekian terima kasih.

Contoh Karangan Ceramah

Ceramah
Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era dotcom

ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan. Hadirin yang budiman, Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang

mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Hadirin yang dimuliakan, Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Tuan-tuan dan puan-puan, Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Hadirin sekalian, Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada

aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan,

namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Sekian, terima kasih.

Contoh Karangan Peribahasa

Peribahasa
SOALAN: Sediakan payung sebelum hujan.Tulis sebuah cerita yang menarik bagi menggambarkan peribahasa ini.

Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros berbelanja walaupun aku amat menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku pasti membeli perabot baru untuk menghiasi rumahku. Ada saja alasan yang diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Pernah ibuku membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu ringgit hanya untuk membeli sofa yang diidamidamkannya. Ayahku pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aksesori yang ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos yang satu dijadikan dua, cat kereta ditukar,cermin digelapkan dan bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang dilakukannya.Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Kadangkadang aku tertanya-tanya juga di dalam hati. Adakah ayah dan ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering kali berlegar-legar di kotak fikiranku. Oleh sebab kesedaran yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang sedikit demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah lebihan wang saku yang diberikan oleh ayahku pada setiap awal bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku berpegang pada prinsip sedikit-sedikit,lamalama jadi bukit. Setiap hari aku membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain itu, duit raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank. Setiap kali aku menatap buku akaunku, pasti senyuman akan terukir di bibirku kerana saban tahun jumlah wang simpananku pasti meningkat. Malang tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan jantungku kepadanya.Doktor yang merawat adikku memberitahu kami yang adikku memerlukan rawatan segera dan perlu menjalani pembedahan. Kos pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit. Nasib keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah pula tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum ini ayah telah membuat pinjaman untuk membeli kereta baru. Ibu hanya dapat menyumbangkan dua belas ribu ringgit setelah menggadaikan barang kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan ribu ringgit yang harus dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi menampung baki yang masih diperlukan itu.Aku kemudiannya

menyerahkan wang itu kepada ayahku. Ayahku memelukku dengan linangan air mata di pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat ber syukur kerana mengamalkan amalan keramat ini. Adikku kemudiannya telah selamat menjalani pembedahan. Ketika aku melawat adikku di hospital bersama-sama ibu bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat wang sebanyak itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit yang aku peroleh selama ini, aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa sediakan payung, sebelum hujan.Kulihat mereka terkesima. Barangkali malu ataupun menyesali kesilapan diri.