Anda di halaman 1dari 22

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi,

Oleh: Zailani Taslim

Usaha bersama membawa bahagia.

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.

Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Analisis Pantun Empat Kerat (Muafakat) Maksud Rangkap 1: Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai. Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada semua orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah. Rangkap 2: Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin. Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat. Rangkap 3: Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan sejahtera. Rangkap 4: Muafakat hanya tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana (milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup. Rangkap 5: Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa.

Rangkap 6: Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan menerima perbezaan seadanya.

Analisis Bentuk Dan Gaya Bahasa Pantun Empat Kerat (Muafakat)

Bentuk: Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pantun merupakan sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara. Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu,pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa. Kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan, dan sebagainya. Pantun yang dipilih dalam tugasan ini ialah pantun empat kerat yang bertajuk muafakat. Bentuk pantun ini terdiri daripada enam bentuk iaitu yang pertama ialah bentuk terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Pantun ini terdiri daripada enam rangkap dan setiap rangkap mempunyai empat baris. Setiap rangkap pantun ini ada pembayang iaitu dua baris yang pertama manakala dua baris yang seterusnya merupakan maksud pantun.

Contohnya: Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.

pembayang maksud

Bilangan kata dalam setiap baris pantun ini terdiri daripada tiga hingga lima kata. Manakala rima akhir dalam pantun muafakat ini berbentuk abab. Contohnya: Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Gaya Bahasa: Dalam pantun muafakat ini terdapat lima gaya bahasa yang digunakan. Antaranya ialah anafora, repetisi, imej alam, peribahasa dan responsi. Anafora ialah pengulangan kata pada awal baris. Contohnya pada rangkap pantun yang kedua dapat dilihat pengulangan kata pada awal baris ketiga dan keempat iaitu kata bulat: Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Repetisi pula merupakan pengulangan kata dalam baris yang sama. Dalam pantun ini repetisi dapat dilihat dalam rangkap pantun yang keempat iaitu pengulangan kata hidup dalam baris yang keempat:

Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Seterusnya ialah imej alam iaitu penggunaan unsur alam semula jadi. Dalam pantun muafakat ini contoh imej alam yang digunakan ialah pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi dan bunga melati. Peribahasa yang digunakan dalam pantun ini dapat dilihat dalam rangkap pantun yang kedua iaitu: Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; . Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Gaya bahasa responsi juga digunakan dalam pantun ini. Responsi ialah pengulangan kata pada tengah-tengah baris. Responsi yang terdapat dalam pantun ini dapat dilihat pada rangkap yang kedua, iaitu pengulang kata kerana pada tengah-tengah baris ketiga dan keempat:

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Tema Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan. Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan. Persoalan 1) 2) 3) 4) 5) 6) Kerjasama membawa bahagia Muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat Tolak ansur menjayakan muafakat Saling percaya menentukan muafakat Saling hormat teras muafakat Perpaduan masyarakat menerusi muafakat

Nilai murni: Nilai murni yang terdapat dalam pantun empat kerat muafakat ini ialah terdiri daripada tujuh nilai iaitu: 1) Muafakat kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan yang sejahtera.

2) -

Bekerjasama Sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama.

3) -

Bertolak ansur Rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara.

4) -

Saling mempercayai Persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.

5) -

Hormat-menghormati Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.

6) -

Perpaduan Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Pengajaran: i. Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan atau membuat keputusan. ii. iii. iv. v. vi. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat. Kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan). Kita hendaklah saling percaya membina muafakat. Kita hendaklah saling hormat menuju muafakat. Kita jangan hanya mementingkan diri sendiri atau memencilkan diri dalam masyarakat.

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia.

Oleh: Harun Mat Piah

Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.

Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantu sementang, Bergantung pada orang hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Meminta jangan meminjam pun jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut'ah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap seketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak.

Padalah itu aku khabari, Ingatlah semua, muda jauhari, Kiranya kabul allah memberi, Dirimu jadi pemulih negeri.

Analisis Syair Panduan Untuk Para Remaja Maksud Rangkap 1: Penyair menasihati remaja supaya jangan terbabit dengan perbuatan dusta, iaitu menipu dan memperdaya. Selain itu, remaja jangan asyik hendak berlagak menunjuknunjuk hingga berlaku boros. Dalam bahasa yang positif, remaja hendaklah bercakap benar dan mengamalkan jimat cermat. Rangkap 2: Remaja hendaklah menjauhi perbuatan yang buruk seperti mengumpat, mencerca (menghina), mengenakan orang, garang tidak tentu pasal dan benci. Remaja juga tidak wajar berasa bangga diri (kagum pada diri sendiri) apabila menerima sanjungan, serta mesti menepati janji. Pendek kata, remaja perlu menghiasi peribadi dengan sifat terpuji (mahmudah) dan menghindari sifat tercela (mazmummah). Rangkap 3: Remaja jangan mendekati amalan judi (pertaruhan) dan meneguk minuman keras (alkohol). Mulut juga dijaga daripada menuturkan perkataan yang tidak senonoh dan hodoh bunyinya. Elakkan diri daripada dipengaruhi amalan buruk kerana akhirnya akan terjebak ke kancah kehancuran. Rangkap 4: Remaja jangan mendekati amalan judi (pertaruhan) dan meneguk minuman keras (alkohol). Mulut juga dijaga daripada menuturkan perkataan yang tidak senonoh dan hodoh bunyinya. Elakkan diri daripada dipengaruhi amalan buruk kerana akhirnya akan terjebak ke kancah kehancuran.

Rangkap 5: Remaja jangan membiasakan diri dengan tabiat suka meminjam dan berhutang, atau asyik meminta pertolongan orang. Sikap berdikari hendaklah dipupuk supaya hidup sebagai insan yang merdeka. Maka, pergantungan keterlaluan kepada pihak lain hendaklah dihindari. Rangkap 6: Remaja usah melazimkan diri dengan suka meminta-minta dan meminjam kerana barang yang dipinjam selalu hilang (rosak, musnah, habis). Akibatnya, persahabatan boleh putus. Orang yang berhutang selalu dipandang rendah. Rangkap 7: Kebiasaan meminta tolong membawa akibat hilang harga diri apabila terpaksa merayu ke sana sini hingga menjejaskan maruah diri. Akhirnya, sikap demikian akan menghalang amalan berdikari (usaha kendiri) dan potensi diri (bakat / kebolehan / keupayaan) daripada berkembang. Rangkap 8: Remaja hendaklah melatih diri dengan sikap berdikari, iaitu dengan melakukan sesuatu atas usaha (inisiatif) sendiri. Remaja tidak boleh berasa angkuh terhadap status dan keturunan, atau menumpang kehebatan anggota keluarga dengan tujuan bermegahmegah. Remaja mesti mampu mencipta kejayaan dan pencapaian diri sendiri. Rangkap 9: Penyair menegaskan kepada semua remaja akan segala nasihat dan pesanan yang telah disampaikan. Harapannya hanya satu, iaitu supaya remaja menjadi pembela negara, tentunya dengan izin allah jua. Remaja mesti bijak membezakan amalan baik dengan amalan buruk dalam kehidupan.

Analisis Bentuk Dan Gaya Bahasa Syair Panduan Untuk Para Remaja

Bentuk Syair Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair

mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama. Setiap syair mempunyai bentuk dan gaya bahasa yang tersendiri. Syair panduan untuk para remaja ini berbentuk terikat dan mempunyai lapan rangkap. Setiap rangkap dalam pantun ini mempunyai empat baris, contohnya: Ingat pesanku wahai belia, - 1 Jangan berdusta jangan perdaya,-2 Jangan fikir kasihkan kaya, - 3 Jangan boros yang sia-sia. 4

Dalam syair ini semua baris ialah maksud serta jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata: Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata-rangkap 2) Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4)

Manakala jumlah perkataan dalam setiap baris ialah di antara 4 hingga 5 patah perkataan: Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan rangkap 2)

Gaya Bahasa Syair Terdapat lima gaya bahasa dalam syair ini iaitu asonansi, aliterasi, anafora, inversi, dan repitisi. Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama pada kata atau perkataan yang berurutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Pengulangan vokal dalam syair ini ialah pengulangan vokal a. Pengulangan vokal a dapat dilihat dalam rangkap syair yang kelima dan pada baris yang kedua. Contoh: Meminta jangan meminjam pun jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut'ah pandangan.

Seterusnya ialah aliterasi. Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi dan biasanya pada awal kata atau perkataan yang berurutan. Pengulangan seperti itu menimbulkan kesan keindahan bunyi. Aliterasi dalam syair ini dapat dilihat dalam rangkap syair yang keenam iaitu pengulangan konsonan n pada baris yang pertama. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Seperti yang telah diterangakan dalam analisis pantun muafakat, anafora ialah pengulangan kata pada awal bari. Contoh unsur anafora yang terdapat dalam syair ini dapat dilihat dalam rangkap pantun yang pertama, kedua dan keempat iaitu pengulangan kata jangan pada awal baris. Contoh: Rangkap 1 Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia. Rangkap 2: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. Rangkap 3: Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantu sementang, Bergantung pada orang hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Inversi pula merupakan pembalikan kata. Berdasarkan syair ini terdapat unsur inversi yang dimasukkan iaitu dalam rangkap yang ketiga. Judi dan arak jangan biasa yang ditulis menunjukkan pembalikan kata di mana kata yang sepatutnya ialah jangan biasa judi dan arak. Manakala unsur repitisi atau pengulangan kata yang sama dalam baris yang sama ialah pengulangan kata jangan. Salah satu contoh yang terdapat dalam syair ini ialah seperti yang berikut:

Meminta jangan meminjam pun jangan,

http://mandala991.wordpress.com/2012/06/12/aliterasi-dan-asonansi-pada-puisi/

Tema Tema syair panduan untuk para remaja ini ialah: Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran. Persoalan 1) Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

2)

Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Contoh:

Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa.

3)

Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.

Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.

4)

Mengelakkan diri

daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan

renggang disebabkan masalah ini. Contoh: Meminjam jangan dipinjamkan jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mutah pandangan.

Nilai Murni

Nilai Berdikari.

Contoh Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong,

Amat penting dalam diri setiap belia agar Ikhtiar sendiri bantut bergulung, tidak terlalu bergantung harap kepada Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. orang lain. Merendah diri. Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Penting diamalkan supaya tidak menjadi Jangan sombongkan asal dan baka, riak apabila menerima pujian. Bertanggungjawab. Atau kelebihan adik dan kakak. Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Harus ada dalam diri setiap insan agar kita Jangan takbur diri dipuji, bertanggungjawab atas segala yang kita Jangan sekali mungkir janji. lakukan contohnya seperti menepati janji.

Pengajaran a) Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

b) Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak.

c) Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/tamanseribupuisi.blogspot.com

CERITA BINATANG Definisi cerita binatang: Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat/sastera lisan yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Disebut juga cerita Mergastua. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua, sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi, binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia. Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam ceritacerita binatang melayu seperti bercakap, menipu, berbincang, berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Seperti, sebagai pemburu atau orang yang bodoh yang diperdayakan oleh binatang. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk, buaya, gajah, harimau, anjing, ular, arnab, kura-kura, musang, helang, ayam, burung bangau, kambing, lembu dan kerbau. Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu. CIRI-CIRI CERITA BINATANG : i. Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang. Contoh di dalam cerita Hikayat Sang Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain. Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan manusia. Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan peranan tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang. Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia. Contohnya Sang Kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.

ii.

iii.

iv.

Watak manusia tidak dipentingkan, hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang dapat diperdayakan oleh binatang.

JENIS CERITA BINATANG : Epos Binatang Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya.

Cerita Asal Usul Binatang Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi. Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, mengapa terjadi sesuatu kepada binatang tertentu. Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas, mengapa puyuh tiada berekor, kenapa ular sawa hilang bisanya.

Cerita Sambut-bersambut Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.

Cerita Binatang Fables / teladan Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiran terhadap tingkah laku manusia.Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia, contoh seperti kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang

Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar(gajah,harimau,buaya,kerbau)manusiakecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.

FUNGSI CERITA BINATANG 1. Sebagai Hiburan :

cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman

2.

Sebagai Pengajaran (unsur didaktik):

Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya sang kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana diminta oleh Nabi Sulaiman untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.

CONTOH-CONTOH CERITA BINATANG : a. Hikayat Pelanduk Jenaka b. Hiakayat Sang Kancil

Sumber:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terikat&d=2

Cerita Semut Dengan Burung Merpati

Pada suatu hari, seekor semut berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai. eperti biasa dia berjalan dengan riang. Tiba -tiba ia terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati. Semut itu timbul tenggelam dihanyutkan oleh arus sungai. Dia berusaha untuk berenang ketepi tetapi tidak berhasil sehingga kepenatan. Kejadian itu disedari oleh seekor burung merpati. Burung merpati merasa kasihan terhadap nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya. Lalu burung merpati memetik daun dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut. Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya. Daun itu akhirnya tiba ke tepi sungai dan semut pun terselamat. Tidak lama kemudian, sang semut melihat seorang pemburu burung sedang mengendap-endap berusaha mendekati burung merpati yang telah menolongnya tadi. Semut menyedari bahaya yang bakal menimpa burung merpati yang baik tersebut. Semut segera berlari mendekati pemburu dan menggigit kaki sang pemburu. Pemburu itu kesakitan dan terkejut, lalu mengibaskan ranting yang digunakan untuk menangkap burung. Burung merpati menyadari kehadiran pemburu yang sibuk mengibas-ngibaskan ranting dan kesakitan. Akhirnya burung merpati itu pun terbang menyelamatkan dirinya.

Anjing Dengan Bayang-Bayang

Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu. Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang. Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai. Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.