Anda di halaman 1dari 11

HADIS 40 UNTUK REMAJA

Syed Othman A Alkaff

Hadis
Hadis 7 : Islam Agama Nasihat

_________________________________________________________________________ 1

HADIS 7 ISLAM AGAMA NASIHAT 1. Hadis 7

)7( : ": ." " {" " - } :


2. Erti Hadis 7 Daripada Abi Ruqaiyah iaitu Taimim bin Aus Ad-Dari R.anhu, bahawa nabi telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Baginda menjawab: Untuk Allah1), kitabNya2), rasulNya3), dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya 4). Diriwayatkan oleh Muslim.

1) (Nasihat untuk Allah) maksudnya: Beriman dengan Allah iaitu mengakui dengan sebenar-benarnya bahawa Allah Maha sempurna dan tidak ada sekutu baginya, dan hendaklah mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. 2) (Untuk kitab Allah) maksudnya: Percaya dengan sepenuh hati bahawa AlQuran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, dan dibaca dan dikaji serta diamalkan segala kandungan dan hukum-hukum yang tersebut di dalamnya. 3) (Untuk rasulNya) maksudnya: Bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan hendaklah percaya dan mengikut segala perintahNya serta menyebarkan kepada orang lain. _________________________________________________________________________ 2

4) (Untuk pemimpin-pemimpin Kaum Muslimin) maksudnya: Ialah menolong mereka atas perkara yang besar dan taat setia kepada pemerintahannya yang adil, dan hendaklah menasihatkan mereka itu supaya tidak terlalai dalam menjalankan pemerintahannya mengikut hukum-hukum Allah. Sekiranya mereka itu berlaku zalim hendaklah nasihatkan mereka dengan cara yang baik. 3. Kepentingan Hadis 7

Hadis ini dikatogerikan sebagai jawamiul kalim (ungkapan yang ringkas tetapi mengandungi makna yang padat) yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Ia terdiri daripada kalimah-kalimah yang ringkas tetapi mempunyai berbagai makna clan faedah yang agung sehingga kita dapati keseluruhan hadis Rasulullah s.a.w clan hukum-hakam syariat sarna ada usul mahupun furu' termasuk di dalam hadis ini. Bahkan termasuk di bawah makna satu kalimah sahaja yang disebut di dalam hadis ini iaitu 'untuk kitab-Nya'. lni disebabkan kitab Allah mengandungi semua urusan agama sarna ada usul, furu', amalan clan juga iktiqad. Oleh itu, apabila seseorang itu beriman clan beramal dengan kandungannya sesuai dengan tuntutannya, maka sesungguhnya ilia telah menghimpunkan syariat secara total. Allah S.W.t telah berfirman:

"Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam Kitab al-Quran." (Al An'aam.. 38)
Kerana itu para ulama' telah berkata: "Pusingan Islam bergerak di atas paksi hadis ini."

Kandungan Hadis 1. An-nasihah untuk Allah:

syirik terhadap-Nya Berta tidak mengingkari sifat-sifat-Nya. Juga dengan menyifatkan-Nya dengan sifat-sifat kesempurnaan, ketinggian clan mensucikanNya daripada segala kekurangan. Begitu juga dengan ikhlas beribadat kepadaNya, melakukan ketaatan, menjauhkan ""aksiat, kasih clan marah hanya kerana Allah semata-mata, memberi wala' kelJ"da sesiapa yang mentaati Allah clan menentang sesiapa yang mengingkari-Nya. Iltizam seorang muslim terhadap semua perkara ini dalam percakapan clan perbuatannya, akan memberi manfaat kepada dirinya sendiri di dunia clan akhirat. _________________________________________________________________________ 3

An-nasihah untuk Allah ialah dengan beriman kepada Allah clan menolak

Kerana sesungguhnya Allah s.W.t tidak berhajat kepada sebarang an-nasihah daripada sesiapapun. . 2. An-Nasihah untuk kitab Allah Iaitu dengan beriman kepada kitab-kitab samawi kesemuanya yang diturunkan oleh Allah. Beriman bahawa al-Quran adalah penutup clan menjadi saksi bagi semua kitab-kitab samawi. Ia merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat, dijaga di dalam dada clan dalam bentuk tulisan daripada sebarang penyelewengan. Bahkan Allah s.W.t sendiri telah menjamin daripada berlaku sebarang bentuk penyelewengan dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami memelihara dan menjaganya." (Al-Hijr: 9) An-nasihah muslim untuk kitab Allah ialah;
(a) Membaca dan menghafalnya kerana membaca al-Quran boleh menghasilkan pengetahuan, menambahkan kebersihan jiwa, keharmonian perasaan clan juga takwa. Dengan membaca al-Quran juga, ganjaran dengan kebaikan yang besar akan ditulis pada catatan amalannya clan akan menjadi syafaat untuknya di hari penantian pada hari akhirat kelak. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat sebagai syafaat kepada pembacanya." Adapun menghafal kitab Allah di dada, ia dapat memakmurkan hati dengan cahaya daripada kitab Allah clan memperolehi kemuliaan yang selayaknya dimiliki oleh seorang muslim. Dengan itu dia akan mendapat kemuliaan di kalangan manusia di dunia dan memperolehi kedudukan yang tinggi di akhirat kelak berdasarkan kepada kadar hafalannya terhadap alQuran. Abu Daud clan Tirmizi meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w: "Dikatakan kepada pembaca al-Quran, bacalah clan majulah Berta bacalah dengan tartil (sempurna clan teratur) sebagaimana kamu pernah membacanya ketika di dunia. Sesungguhnya martabatmu ialah pada ayat terakhir yang kamu baca." (b) Membaca al-Quran dengan tartil9 dan memperelokkan suara ketika membacanya yang akan menjadikan bacaan tersebut menusuk ke dalam jiwa lalu menyentuh perasaan. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w: _________________________________________________________________________ 4

"Bukan daripada kalangan kami sesiapa yang tidak berlagu-lagu dengan al-Quran." (c) Meneliti dan memahami ayat dan pengertian yang ingin disampaikan. Allah telah berfirman:

"(Setelah diterangkan yang demikian), maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran alQuran)?" (Muhammad: 24)
(d) Mengajarnya kepada generasi muslim. Ini dilakukan supaya mereka dapat memikul tanggungjawab memelihara kitab Allah. Mempelajari dan mengajar alQuran adalahjalan menuju kepada kemuliaan Berta kebahagian. Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w:

"Sebaik-baik kamu ialah mereka mengajarkannya kepada manusia."

yang

mempelajari

al-Quran

clan

(e) Berusaha memahami dan mengamalkannya. Ini kerana tiada kebaikan pada bacaan tanpa kefahaman clan tidak ada kebaikan pada kefahaman yang tidak disertai dengan amalan. Kesan yang paling penting yang akan kita perolehi daripada al-Quran hanya dapat dini'mati melalui kefahaman clan amal. Amat buruk bagi kita jika kita mengetahui tetapi tidak beramal. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukannya? Amat besar kebencian di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Soft: 2-3)

Tartil ialah membaca al-Quran dengan bacaan yang terang, jelas dati betul mengikut ilmu Tajwid. 3. An-Nasihah untuk Rasulullah s.a.w: risalahnya, beriman dengan semua perkara yang didatangkan oleh al-Quran clan as-Sunnah. Begitu juga dengan mencintai clan mentaatinya. Mengasihi Rasulullah _________________________________________________________________________ 5

An-nasihah untuk Rasulullah s.a.w. ialah dengan membenarkan

s.a.w adalah sarna seperti mengasihi Allah s.w.t. Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah akll, nescaya Allah mengasihi kamu." (Aali 'Imraan; 31)
Ketaatan kepada Rasulullah s.a.w juga merupakan ketaatan kepada Allah. Firman Allah:

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesugguhnya dia telah taat kepada Allah." (An-Nisaa'; 80)
daripada kaum muslimin supaya mengkaji sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w, berakhlak Berta beradab dengan akhlak clan adab-adabnya, beriltizam dengan sunnahnya sarna ada dalam bentuk perkataan mahupun perbuatan, mengambil pengajaran clan peringatan daripada kehidupan baginda clan memberi Baham di dalam menyebarkan sunnah baginda di kalangan manusia. Begitu juga menolak segala tohmahan batil yang dilemparkan oleh para musuh dan mereka yang berkepentingan serta dakwaan mereka yang melampaui batas dalam masalah bidaah. 4. Nasihat untuk para imam muslimin Yang dimaksudkan dengan imam muslimin ialah para pemerintah umat Islam dan sesiapa sahaja yang dilantik oleh mereka. Termasuk juga dalam pengertian imam muslimin ialah para ulama' dan golongan islah (mereka yang memperbetulkan penyelewengan). Adapun para pemerintah umat Islam, mereka mestilah terdiri dari kalangan muslimin supaya ketaatan terhadap mereka menjadi wajib. Allah telah berfirman:

An-nasihah untuk Rasulullah s.a.w selepas kewafatan baginda menuntut

"Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An Nisaa'; 59) An-nasihah kita untuk mereka ialah dengan kita menyukai kebaikan, pertunjuk

clan keadilan mereka. Bukannya kita mencintai mereka kerana peribadi mereka ataupun kerana kepentingan peribadi yang akan diperolehi melalui mereka. Begitu juga dengan kita mahu supaya kesatuan ummah berada di bawah pemerintahan mereka yang adil clan membenci sebarang perpecahan clan kebinasaan masyarakat di bawah pemerintahan mereka yang zalim clan lemah. An-nasihah kita untuk mereka juga ialah dengan menolong serta mentaati mereka berlandaskan kebenaran clan memperingati mereka dengan kebenaran. _________________________________________________________________________ 6

Kita memberi peringatan kepada mereka dengan teliti, penuh hikmah clan lembut. Sesungguhnya tidak ada kebaikan pada umat yang tidak menasihati para pemerintah mereka clan tidak mengatakan kepada pemerintah yang zalim; Kamu zalim! Begitu juga tidak ada kebaikan pada pemerintah yang menghina rakyatnya clan mengunci mulut-mulut mereka yang memberi nasihat serta menulikan telinganya daripada mendengar kalimah yang bellar, bahkan membenci sekiranya terdapat mereka yang menyatakan kebenaran kepadanya. Ketika umat menjadi seperti tunggul kayu, tidak melaksanakan tanggungjawab an-nasihah clan menegur pemerintah, clan pemerintah pula menjadi toghut tidak lagi menerima nasihat clan teguran, ini bererti kehinaan, kehancuran, kekalahan clan kekerdilan. Ia akan berlaku apabila sesuatu umat itu telah menyeleweng daripada prinsip-prinsip Islam. Oleh itu konsep pemikirannya diubah clan dirosakkan oleh perkataan clan perbuatan manusia. Adapun para ulama' clan golongan islah, tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tanggungjawab an-Nasihah untuk kitab Allah clan sunnah Rasul-Nya begitu besar. Tanggungjawab ini menuntut supaya mereka menolak kehendak hawa nafsu yang sesat dengan kitab Allah clan sunnah Rasul-Nya serta menjelaskan dalil daripada kedua-duanya. Begitu juga menolak pendapat-pendapat yang dhaif dari ulama' yang menyeleweng. Menjelaskan hadis-hadis yang sahib clan dhaif yang terdapat di dalam kitab sunnah dan masanid berdasarkan kepada kaedah-kaedah ( ) lebih besar ialah melaksanakan tanggungjawab an-Nasihah untuk para pemerintah clan menyeru mereka supaya berhukum dengan kitab Allah clan sunnah rasul-Nya. Sesungguhnya Allah akan menghisab mereka sekiranya mereka cuai melaksanakan tanggungjawab ini clan tidak berusaha bersungguh-sungguh menyatakan kalimah yang benar di hadapan para pemerintah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

) dan ( ). Tanggungjawab mereka yang

"Sebesar-besar jihad ialah (menyatakan) kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim." Mereka akan dihisab di hadapan Allah sekiranya mereka mengampu pemerintah dengan pujian palsu sehingga dia meneruskan kezaliman daD kesesatan yang dilakukan dan menjadikan diri mereka sebagai seruling dan tunggangan para pemerintah. Di sana terdapat perbezaan yang sangat besar di antara dua keadaan. Pertama, mereka hanya bersama-sama dengan kumpulan pemerintah (sultan) dan keduanya, mereka menjadi 'pak turut' di dalam kumpulan khadam-khadam pemerintah. An-Nasihah kita untuk para ulama' dan golongan islah ialah dengan kita mengingatkan tentang tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas pundak mereka dan kita membenarkan apa yang mereka riwayatkan daripada _________________________________________________________________________ 7

Rasulullah s.a.w selagimana mereka adalah ahli siqah (dipereayai). Kita memelihara lidah daripada meneerea atau meneela mereka, kerana perlakuan ini akan menghilangkan kehebatan dan meletakkan mereka di kandang orang salah. 5. An-Nasihah untuk umum muslimin An-Nasihah untuk umum muslimin ialah dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka demi kepentingan akhirat dan dunia mereka. Apa yang menyedihkan, umat Islam telah memandang enteng di dalam melaksanakan hak an-Nasihah terhadap muslim yang lain khususnya di dalam masalah bekalan mereka menuju akhirat. Mereka membataskan segala perhatian kepada kepentingan dan perhiasan dunia sahaja. An-Nasihah yang dilaksanakan mestilah tidak terhenti sekadar katakata, bahkan mesti menjangkau ke peringkat amalan. Dengan itu, an-Nasihah akan berperanan dalam masyarakat Islam sebagai penutup keaiban dan penyekat keeaeatan, penahan mudarat, pelahir maslahat (kebaikan), penyeru makruf dan peneegah mungkar, pemberi ketenangan kepada yang dewasa, rahmat kepada yang keeil dan sebagai peneegah daripada berlakunya penipuan dan hasad-dengki, sekalipun dengan melaksanakan an-Nasihah itu akan memudaratkan dunia dan haria orang yang melaksanakannya. 6. Bentuk-bentuk An-Nasihah yang paling besar Di antara bentuk-bentuk an-Nasihah yang paling besar di kalangan umat Islam ialah memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta nasihat. Rasululah s.a.w telah bersabda:

dia."

"Apabila seseorang daripada kamu meminta nasihat, maka nasihatilah

Di antara bentuk an-Nasihah yang paling besar ialah an-Nasihah untuk saudaranya ketika ketiadaannya iaitu dengan menolong dan membelanya (mempertahankannya), kerana melakukan tanggungjawab an-Nasihah di waktu ketiadaan membuktikan kejujuran pelakunya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya di antara hak seorang muslim ke atas saudara muslimnya ialah dia melaksanakan tanggungjawab an-Nasihah untuknya di kala ketiadaannya. " 7. Beberapa pandangan ulama' mengenai an-Nasihah Hasan al-Basri pernah berkata: "Kamu tidak akan sampai kepada An-Nasihah yang sebenarnya terhadap saudaramu sehinggalah kamu menyuruhnya _________________________________________________________________________ 8

dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakannya." Beliau meriwayatkan bahawa sesetengah sahabat Nabi s.a.w berkata: "Demi Tuhan yang diriku di dalam genggaman-Nya, sekiranya kamu suka pasti aku akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu. Sesungguhnya sekasih-kasih hamba kepada Allah ialah mereka yang menjadikan Allah mengasihi hambaNya clan menjadikan hamba mengasihiNya Berta berusaha menyebarkan an-Nasihah di atas muka bumi ini." Abu Bakar al-Muzani berkata: "Sayiidina Abu Bakar r.a tidak melebihi ; para sahabat Rasulullah s.a.w yang lain dengan puasa clan sembahyang, t tetapi dengan sesuatu yang ada di dalam hatinya." Kata beliau: "Yang ada i di dalam hatinya itu ialah kecintaan kerana Allah clan an-Nasihah kepada makhluk-Nya." _ , Fudhail bin l'yadh berkata: "Orang yang paling berjaya di sisi kami, bukanlah mereka yang berjaya melaksanakan banyak sembahyang clan puasa. Tetapi yang paling berjaya di sisi kami diukur dengan jiwa yang pemurah, berlapang dada clan melaksanakan tanggungjawab an-Nasihah terhadap ummah. 8. Di antara adab an-Nasihah di dalam Islam: Seseorang itu hendaklah memberi nasihat clan menegur saudaranya secara rahsia kerana sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup keaibannya di dunia clan akhirat. Sebahagian ulama' berkata: "Sesiapa yang menegur saudaranya dengan sesuatu perkara clan hanya diketahui olehnya clan saudaranya sahaja, maka itu adalah nasihat. Sesiapa yang memperingatkan saudaranya di khalayak ramai, maka sesungguhnya dia telah menempelaknya." Fudhail bin l'yadh berkata: "Mukmin ialah mereka yang menutup keaiban dan memberi nasihat tetapi si jahat ialah mereka yang membuka keaiban dan memalukan saudaranya." 9. Melalui hadis ini kita dapat mengambil beberapa faedah Ia adalah sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Battal: (a) An-Nasihah ialah ad-deen dan Islam. Oleh itu ad-deen meliputi amalan dan juga perkataan. (b) Hukum an-Nasihah adalah fardhu kifayah; sesiapa yang melaksanakannya akan diberi balasan kebaikan dan akan menggugurkan kewajipan dari bahu orang yang lain. (c) Tanggungjawab an-Nasihah mestilah dilaksanakan sekadar kemampuan, _________________________________________________________________________ 9

iaitu si pemberi nasihat mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, ditaati dan dirinya terselamat daripada perkara-perkara yang dibenci. Sekiranya ilia takut terhadap keselamatan dirinya daripada sebarang penyeksaan maka dia mempunyai pilihan.

3. Kesimpulan Hadis 7 i. Islam mengajar manusia untuk kebaikan. ii.Ajaran-ajaran Islam adalah dari Allah dan rasulNya. iii. iv. Setiap orang hendaklah sentiasa memberi nasihat dan berdakwah. Nasihat-nasihat yang baik hendaklah diikuti.

v. Orang-orang yang tidak mengikut nasihat, akan binasa.

~WALLAHU ALAM~

_________________________________________________________________________ 10