Anda di halaman 1dari 4

Mata Pelajaran Tajuk

: :

Kemahiran Hidup Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah.

Tarikh Masa Bilangan Murid Kemahiran

: : : :

15 April 2013 11.00 pagi 12.00 tengahari 30 orang Aras 1 Menyenggara dan baik pulih pam basikal dan bahagian basikal seperti pedal, menampal tiub tayar dan brek basikal serta mengetahui alatan tangan yang diperlukan dalam proses penyenggaraan.

Pengetahuan Sedia Ada

1. Murid mempunyai pengetahuan mengenai alatan tangan di rumah. 2. Murid mempunyai pengetahuan mengenai bahagianbahagian yang terdapat pada basikal.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. mengenal pasti empat bahagian yang perlu dibaik pulih tanpa sebarang rujukan. 2. memilih lima bahan dan enam alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih tanpa bantuan guru.

Kemahiran Berfikir (KB)

1. Murid boleh berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah. 2. Murid boleh membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah.

Penerapan Nilai

Prihatin, ambil berat, bekerjasama, tekun dan jujur.

Bahan Bantu Mengajar

1. Model basikal (Set induksi dan langkah 1) 2. Paparan slaid (gambar) (Set induksi dan langkah 1) 3. Alatan tangan dan bahan membaikpulih ( Langkah 1 ) 4. Lembaran kerja (Langkah 2) 5. Video lagu (Set induksi) 6. BPaparan slaid (kuiz) ( Penilaian)

Penyerapan Ilmu Strategi dan kaedah

: :

Membaikpulih mesin mudah. Tunjuk cara, soal jawab dan kontekstual.

Langkah Masa (Minit)

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Guru menerangkan sejarah perkembangan basikal dari dulu sehingga sekarang. Aktiviti : 1. Guru menunjukkan model basikal dan bertanya kepada murid-murid yang mempunyai basikal. 2. Guru bercerita secara ringkas mengenai sejarah perkembangan basikal sambil menayangkan gambar pada paparan slaid. 3. Guru menceritakan serba sedikit mengenai keselamatan dan undang-undang jalan raya. 4. Guru menayangkan video lagu Basikal Tua yang mempunyai lirik dan mengarahkan murid untuk menyanyi bersama. Murid diberi penerangan mengenai komponenkomponen basikal dan alatan tangan dan bahan untuk membaiki basikal. Aktiviti: 1. Guru menunjukkan model basikal dan menayangkan komponen basikal pada paparan

Catatan

BBM : Model basikal, paparan slaid (gambar) dan video lagu. Nilai : Prihatin dan ambil berat.

Set Induksi ( 10 min)

BBM : Paparan slaid (gambar), model basikal, alatan tangan, bahan untuk membaik pulih dan lembaran kerja. Nilai : Tekun

Penyampaian Langkah 1 ( 20 min)

slaid dan menerangkan fungsinya serta kerosakan yang biasa berlaku pada komponen basikal. 2.Semasa menerangkan, guru bertanya kepada murid-murid mengenai komponen-komponen basikal. Murid memberi respon terhadap soalan guru dengan aktif. 3. Kemudian, guru menunjukkan dan menerangkan fungsi setiap alatan tangan dan bahan yang sesuai untuk kerja membaikpulih komponen basikal. Guru memberi tugasan untuk setiap kumpulan.

BBM: Lembaran kerja

Aktiviti: 1. Guru memberi lembaran kerja yang mempunyai gambar sebuah basikal beserta sampul berisi Langkah 2 ( 15 min) keratan gambar komponen basikal kepada setiap kumpulan. 2. Murid diarahkan untuk menampal gambar komponen basikal dan menulis fungsi pada lembaran kerja tersebut. 3. Setelah siap, setiap kumpulan dikehendaki untuk menhantar tugasan. Guru memaparkan kuiz mengenai topik hari ini pada paparan slaid. Penilaian ( 10 min) Aktiviti : 1. Guru menayangkan soalan berbentuk kuiz. 2. Murid diminta untuk menjawab semua soalan. Guru membuat rumusan mengenai topik penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah. Penutup ( 5 min) Aktiviti : 1. Guru membuat kesimpulan pelajaran hari ini. 2. Murid membuat refleksi tentang pelajaran hari ini. Nilai : Jujur Nilai : Menepati masa BBM : Paparan slaid (kuiz) Nilai: Bekerjasama

Anda mungkin juga menyukai