Anda di halaman 1dari 30

ISU POLITIK DUNIA SEMASA

SUB-TOPIK: CABARAN PENDEMOKRASIAN DI NEGARA NEGARA TIMUR TENGAH DISEDIAKAN OLEH RONNEY

DEMOKRASI

MAKSUD DEMOKRASI Suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat.

Perkataan ini berasal dari Yunani dari bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan bermaksud "memerintah", dengan kata hubung ; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Pendemokrasian

bermaksud pembentukan sesebuah negara melalui demokrasi atau pemilihan rakyat kepada pemimpin melalui pilihan raya.

CONOLEEZZA RICE

Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-66 dilantik

oleh Presiden George W. Bush. Beliau adalah wanita keturunan Afrika Amerika dan keturunan Afrika Amerika ke-2 selepasa Colin Powell, yang dilantik pada 2001 menggantikan Madeleine Albright . Condoleezza Rice asalnya penasihat keselamatan negara kepada Presiden Bush dari 2001 - 2005. Sebelum itu beliau adalah profesor sains politik di Universiti Stanford dari 1993-1999.

Apabila bertugas sebagai Setiausaha Negara AS, beliau

mempelopori Tranformasi Diplomasi terutama pendemokrasian negara-negara Timur Tengah. Condoleezza Rice berusaha memujuk Israel berundur dari wilayah-wilayah Palestin dan membenarkan aliran perdagangan dan perjalanan antara du kawasan terbabit. Pada 2005, atas gesaan Rice, Israel telah berundur dari tebing Gaza dan sebahagian Tebing Barat . Pada April 2005, beliau berusaha sokongan pemimpinpemimpin Arab. Pada November 2005, sempadan Gaza berjaya dibuka. Rice melawat Baitulmuqaddis pada 14 November .

Pada September 2007, Rice berjaya mempertemukan Perdana Menteri

Israel, Ehud Olmert dengan Presiden Palestin , Mahmoud Abbas di Baitulmuqaddis. Selepas kematian Yasser Arafat, Rice cuba menekankan pilihan raya lebih demokrasi di Palestin. Setiap warga Palestin hendaklah dilibatkan dalam pilihan raya kerana ia adalah kunci mencipta keamanan di Timur Tengah. Hamas dilabel sebagai kumpulan pengganas.In kerana Hamas pada satu ketika adalah parti politik, sementara pada masa lain terbabit dalam keganasan. Rice setiap penduduk Palestin di Timur Baitulmuqaddis mengundi dalam pilihan raya Pihak Berkuasa Palestin pada 25 Januari 2006. Rice mengucapkan tahniah kepada Presiden Abbas walaupun Hamas yang menang dalam pilihan raya itu. Rice mahu Hamas mengiktiraf kewujudan Israel, melucutkan senjata militia Hamas dan mencari jalan perdamaian. Apabila Hamas menang dalam pilihan raya, Israel telah menyekat wang kepunyaan penduduk Palestin dan mengekatkan lagi sekatan perjalanan keluar masuk ke Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. George Soros menyalahkan Rice kerana enggan berunding dengan Hamas.

1.Pendemokrasian negara dunia dikatakan hampir berjaya apabila tamatnya era perang dingin dan kemerosotan pengaruh Soviet. 2.Usaha ini sebenarnya di rancang melalui penyebaran propaganda ideologi demokrasi ke dalam masyarakat . 3.Timbul dua cabaran : i. Cabaran kepada usaha mewujudkan satu dunia dengan satu ideologi. ii.Cabaran kepada masyarakat yang ingin mempertahankan ideologi serta pegangan. Cth : Peristiwa serangan terhadap New York World Treade Centre.Peristiwa ini berlanjutan kepada globalisasi politik dan perang .yang panjang.

Peristiwa serangan terhadap New York World Treade Centre.


Menara berkembar World Trade Center (WTC) terbakar.

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah

empat siri serangan berani mati yang teratur oleh alQaeda ke atas Amerika Syarikatpada 11 September 2001. 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat itu ke dalam Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan.

Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke dalam

bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih dan semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.

Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban

dalam serangan. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia. Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan. 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara. Selain itu, satu kematian tak langsung, mati akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.

Kesangsian telah dilemparkan kepada

al-Qaeda yang

diketuai oleh Osama bin Laden. Beliau pada permulaannya menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu. Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan dan menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat.

Pada Mei 2011, Osama bin Laden ditemui lalu dibunuh.

Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.

Pergolakan di negara-negara timur tengah.

Kebangkitan Rakyat

Campur Tangan Kuasa Asing

Antara Cabaran Pendemokrasian di Negara-negara Timur Tengah

Ketidakstabilan Politik

Persaingan Kuasa

KEBANGKITAN RAKYAT
Kezaliman dan tekanan yang di lakukan oleh pemerintah

ke atas rakyat sesebuah negara akhirnya tercetusnya kebangkitan rakyat untuk menyuarakan kebebasan dari sistem zalim yang mencengkam hidup mereka sehingga ada yang mencecah hampir setengah abad. Buktinya,bermula dengan kebangkitan rakyat di Tunisia mencetus revolusi untuk menjatuhkan pemerintahnya ,lalu merebak ke Mesir kemudian Libya ,dan berlarutan hingga ke negara-negara arab yang lain. Kebanyakannya mempunyai satu tujuan yang serupa, iaitu menuntut kepada sebuah pimpinan yang adil dan saksama.

Pemerintahan yang sedia ada kebanyakannya sudah tidak

boleh di terima oleh generasi kini dan akan datang. Pada suatu masa dahulu pemerintahannya adalah berkaliber dan projek atau agenda yang di bawa meraih sokongan daripada rakyat tetapi kini tidak lagi sesuai untuk masyarakat pada era kini yang mana setiap individu mengimpikan satu pemerintahan yang lebih baik dari sebelum ini. Faktor kebangkitan rakyat mencetus revolusi untuk menentang tampuk pemerintahan yang ada, dan mengimpikan satu anjakan paradigma yang bakal berlaku di negara mereka.

CAMPUR TANGAN KUASA ASING


Disini kita jelas bahawa kebanyakan negara-negara barat

menginginkan satu perubahan yang mesti di lakukan di timur tengah di sebabkan perancangan mereka supaya dapat mempromosikan agenda atau ideologi mereka sama ada dari segi budaya, pemikiran, corak hidup di timur tengah seiring dengan zaman globalisasi kini di mana penyampaian ideologi mereka amat mudah disebarkan melalui kemudahan-kemudahan yang sedia ada di mana pada pengakhirannya ideologi barat seperti sekularisme, libralisme, dan sebagainya dapat di serap oleh kesemua penduduk di negara timur tengah yang majoritinya terdiri daripada umat islam.

Sesungguhnya pelbagai cara telah dan sedang digunakan

oleh Barat untuk membentuk arah perubahan ini. Yang terpenting ada lima cara iaitu: 1. Pertama, memanfaatkan para politikus boneka mereka. 2. Kedua, memberi bantuan ekonomi (hutang). 3. Ketiga, melakukan campurtangan ketenteraan. Keempat, mempropagandakan Islam moderat. 4. Kelima, mengendalikan media massa bagi mempengaruhi pandangan umum (public opinion).

Barat kerap memanfaatkan ahli-ahli politik lokal untuk melayani

kepentingannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai campurtangan politik negara-negara Barat di kebanyakan negara di Timur Tengah. Campurtangan politik ini tidak akan berjalan kecuali kerana adanya peranan aktif para politikus lokal ini yang menjadi tangan-tangan Barat. Timur-timur tengah menjadi imprealis barat. Contoh; Di Tunisia, arah perubahan dikendalikan oleh Eropah (Britain dan Perancis), jauh dari pengaruh Amerika, kerana Tunisia sejak sekian lama memang berada di bawah pengaruh Eropah.

Sementara di Mesir, Amerikalah yang memegang kendali

perubahan melalui militer Mesir, kerana tidak ada pengaruh Eropah yang efektif di sana. Manakala di Libya dan Yemen, kekuatan Amerika dan Eropah hadir secara bersama meskipun kekuatan Eropah lebih nyata berbanding Amerika. Di Syria, keadaannya lebih rumit di mana Amerika berkalikali menegaskan bahawa ia tidak akan melakukan campurtangan. Ini kerana kedudukan Syria yang sentral dan amat signifikan bagi kepentingan Amerika di Timur Tengah seperti kepentingan Amerika di Israel dan Iraq.

PERSAINGAN KUASA
Kes yang jelas ialah protes di Bahrain yang melibatkan

warga majoriti Syiah menentang rejim pimpinan Raja Hamad bin Isa al-Khalifah beraliran Sunni. Kedua-dua pihak yang berseberangan memberikan laporan dan analisis yang jelas bertentangan, dengan masingmasing menegaskan perspektif berbeza; media Saudi mempertahankan kerajaan Bahrain dan menegatifkan warga Syiah manakala media Iran menyokong penuh aspirasi rakyat Bahrain dan menolak kekerasan kerajaan dan campur tangan asing (Saudi dan sekutu) di negara itu. Persaingan naratif ini juga dapat menjelaskan politik

di Timur Tengah melibatkan kuasa-kuasa terbabit.

Media dikuasai Saudi memberikan liputan berbeza melibatkan

protes di Bahrain dengan peristiwa yang sama di Libya dan Syria, sekutu kuat Iran di dunia Arab. Hal yang sama juga melibatkan media dikuasai Iran yang menumpukan pada protes di Bahrain dan menenggelamkan protes rakyat di Syria, negara sekutunya sejak 1979 di dunia Arab. Saudi membawa naratif konflik persaingan manakala Iran

membawa garisan perjuangan rakyat tertindas, dengan kerajaan dibantu kuasa asing. Persaingan ini juga dapat diperhatikan di Lubnan, medan persaingan paling sengit Iran dan Syria dengan Saudi dan sekutunya.

KETIDAKSTABILAN POLITIK
Berakhirnya enam bulan pertama 2013 menyaksikan politik

dunia penuh dengan percaturan, perbalahan, perdebatan dan persaingan kuasa atas nama demokrasi. Agenda kerajaan bertembung dengan agenda rakyat, lantas membangkitkan rasa tidak puas hati yang menyebabkan bantahan jalanan. Secara umumnya, bantahan jalanan mampu menumbangkan rejim politik secara revolusi, namun dilihat sebagai tidak stabil dan menjejaskan keadaan politik dan sosioekonomi negara.

IKTIBAR KEJADIAN DI MESIR


Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi daripada

golongan Islamis Ikhwanul Muslimin.Pihak anti-Morsi secara agresif melancarkan demonstrasi besar-besaran yang membawa kepada rampasan kuasa tentera. Ia mengulangi kejadian 2011 yang membawa kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Walaupun rejim Mubarak sudah tumbang, elemen rejim lama itu masih lagi menguasai polis, tentera, kehakiman dan media. Keadaan sistem politik dan ekonomi Mesir yang tidak stabil menyebabkan kedudukan Morsi tergugat dan dituduh cuba membawa agenda Islamisasi serta gagal membawa kemakmuran ekonomi Mesir.

IKTIBAR KEJADIAN DI TURKI


Turki juga pada Mei dan Jun 2013 menyaksikan bantahan

besar-besaran di Dataran Taksim sebagai menentang kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan. Bantahan bermula apabila Taman Gezi di Istanbul ingin dibangunkan sebuah monumen peringatan Kesultanan Uthmaniyah dan sebuah masjid. Golongan sekularis dan liberal menentang perancangan itu kerana dilihat sebagai usaha mengislamisasikan Turki dan menafikan agenda sekularisme yang menjadi jati diri penduduk Turki sejak pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk.Pihak media antarabangsa melihat kejadian itu sebagai cubaan rakyat menggulingkan kerajaan Erdogan. Namun, keadaan kini semakin reda dengan tindakan kerajaan membawa permasalahan tersebut ke mahkamah dan tindakan Erdogan bertemu pemimpin penunjuk perasaan.