Anda di halaman 1dari 18

012

BAHASA MELAYU SK

FORMAT KERTAS SOALAN Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Calon dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bahagian A Kemahiran memindahkan maklumat berdasarkan bahan grafik (Soalan wajib). Bahagian B Kemahiran menulis karangan (Soalan pilihan. Jawab satu soalan daripada tiga soalan). . Bahagian C Kemahiran menulis ulasan (Soalan wajib). Calon diberi masa satu jam lima belas minit untuk menjawab ketiga-tiga bahagian. PRESTASI KESELURUHAN Prestasi keseluruhan calon pada tahun ini memuaskan. Kebanyakan calon tidak dapat menyatakan nilai dengan tepat berdasarkan bahan situasi yang diberi dan hanya memberi huraian sahaja. Bagi calon yang cemerlang, hasil penulisan mereka menampakkan kematangan dalam menjana idea dengan tepat serta dapat menghurai idea dengan baik. Mereka juga dapat menulis dengan gaya bahasa yang mantap serta pengolahan yang menarik. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini merupakan calon yang cemerlang kerana dapat menjawab ketiga-tiga bahagian (A, B dan C). Calon juga dapat menjana idea dengan menarik serta menggunakan gaya bahasa yang baik. Di samping itu, penggunaan kosa kata amat luas dan menggunakan bahasa yang menarik. Calon mengetahui dan memahami tugasan tem yang dikemukakan serta dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dengan baik.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini berupaya menjana idea berdasarkan tugasan. Pengolahan idea baik melalui penyampaian yang sederhana. Sebahagian calon menjana idea yang mudah dan ringkas namun masih menepati tugasan. Ayat yang dibina masih gramatis Selain itu, penggunaan kosa kata juga sederhana dan agak terhad. Calon juga banyak melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda baca namun tidak menjejaskan maksud ayat yang dibina. Terdapat juga jawapan yang hampir tersasar daripada tugasan kerana kurang memahami kehendak tugasan soalan yang dipilih untuk dijawab terutama yang memilih untuk menjawab soalan Bahagian B1. Sebagai contoh, calon yang memilih untuk menjawab soalan B1 tidak menyatakan tentang kandungan buku yang dibaca tetapi menceritakan pengalaman sendiri, mimpi dan menulis karangan autobiografi. Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini merupakan calon yang agak lemah dalam penguasaan bahasa. Calon juga lemah untuk menjana idea berdasarkan tugasan soalan. Terdapat sebilangan calon langsung tidak menguasai tugasan sebaliknya hanya menyalin soalan. Calon juga tidak dapat menguasai tatabahasa dengan baik serta banyak melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda baca. PRESTASI TERPERINCI Bahagian A Memindahkan maklumat. Kekuatan Calon Calon dapat membina ayat dan mentafsir bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis. Kosa kata yang digunakan meluas. Kesalahan ejaan dan tanda baca sangat minimum. Calon dapat menjawab tugasan soalan menepati konstruk yang dikehendaki.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon. Tulisan calon kurang jelas dan sukar dibaca. Penggunaan kosa juga kata tidak tepat maksudnya. Ayat yang dibina mestilah tentang aktiviti yang dilakukan oleh watak berdasarkan grafik tetapi calon hanya membina ayat tentang situasi. Ayat yang berkaitan dengan bermain tidak dinyatakan dengan tepat jenis permainan yang sedang dilakukan oleh watak dalam grafik. Terdapat juga ayat calon yang dipengaruhi oleh bahasa ibunda.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahagian B Menulis karangan. Kekuatan Calon Calon dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat. Idea-idea yang releven dengan tajuk dapat dikemukakan dengan baik serta diolah secara menyeluruh, kreatif dan mantap. Bahasa yang digunakan juga baik dan menunjukkan kemahiran berbahasa yang dikuasai calon. Ayat-ayat yang dibina gramatis dan bertepatan dengan tugasan. Penggunaan kosa kata dipelbagaikan. Calon juga dapat menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca dengan baik. Semua tem yang menjadi pilihan untuk dijawab oleh calon dapat diolah dengan baik, mudah difahami serta dapat menggunakan pribahasa dan perumpamaan yang cukup sesuai. Jalan ceritanya ada pengenalan, urutan, klimaks dan penutup yang berkesan. Bagi tem yang berformat, calon dapat menjawab mengikut format yang betul.

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan Calon Keseluruhan jawapan calon tiada idea yang kreatif. Sebilangan calon yang menjawab soalan B1, menceritakan tentang pengalaman diri, pengalaman orang lain, mimpi atau autobiografi dan tidak menceritakan kandungan buku yang dibaca. Terdapat juga calon yang hanya menulis tentang mereka membaca buku atau cara mereka mendapatkan buku yang dibaca sahaja. Calon yang menjawab soalan B2 pula, tidak menyatakan tentang faedah faedah kem kecemerlangan UPSR sebaliknya menceritakan pengalaman mengikuti kem kecemerlangan UPSR. Bagi calon yang menjawab soalan B3, kebanyakan evidens calon tidak menepati format yang betul. Calon-calon hanya membuat olahan idea yang sederhana dan ringkas. Penggunaan kosa kata juga terhad dan melakukan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca. Persembahan evidens calon juga tidak menarik. Tidak ada pendahuluan, urutan cerita yang tidak teratur dan tiada penutup.

Bahasa Melayu SK

10

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

11

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

12

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahasa Melayu SK

13

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Bahagian C - Membuat Ulasan Kekuatan Calon Evidens calon menarik. Calon dapat menjelmakan nilai yang tepat serta mengaitkannya dengan situasi dalam petikan. Huraian yang dinyatakan amat jelas dan gaya penulisan yang menarik dengan penggunaan penanda wacana yang sesuai bagi menghasilkan satu perenggan yang menarik. Huraian dikemukakan dengan jelas serta memasukkan contoh yang terdapat dalam petikan yang diberi.

Bahasa Melayu SK

14

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kelemahan calon Calon tidak menyatakan nilai yang tepat berdasarkan petikan. Kebanyakan calon menulis huraian secara umum. Namun begitu, masih ada calon yang menulis nilai-nilai yang diketahui sahaja tanpa berdasarkan petikan dan ada calon yang menciplak nilai sedia ada dalam petikan asal. Calon juga tidak menggunakan penanda wacana bagi menghasilkan perenggan yang menarik. Calon tidak dapat menguasai bahasa dengan baik serta masih lemah dalam penguasaan tatabahasa.

Bahasa Melayu SK

15

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Cadangan Meningkatkan Prestasi Saranan Kepada Calon Bahagian A Setiap calon haruslah membaca arahan yang diberi dan fahami kehendak tugasan. Calon perlu menggarisi arahan yang menjadi kata kunci untuk membina ayat contohnya, perkataan aktiviti, situasi dan ayat lengkap. Setiap bahan grafik haruslah diteliti dan difahami untuk menentukan tema bagi mencatat kosa kata yang bersesuaian dengan grafik tersebut. Calon perlulah kenal pasti aktiviti / situasi utama yang terdapat dalam grafik dengan cara membulatkannya. Bulatkan lima gambar berkaitan aktiviti / situasi yang berbeza dilakukan oleh pelaku ( watak ). Seterusnya, calon perlu menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan grafik yang telah dibulatkan. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat lengkap ( ayat majmuk ). Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk pernomboran ( 1 hingga 5). Calon diingatkan hanya menulis lima ayat sahaja. Bahagian B Calon perlu membaca dan memahami arahan / kehendak tugasan. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak tugasan bagi setiap soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang mudah difahami untuk dijawab. Jika calon berminat untuk memilih soalan berformat, pastikan karangan ditulis dalam format yang betul dan lengkap serta pemerengganan yang jelas. Bagi menghasilkan karangan yang baik, calon digalakkan membina rangka karangan atau peta minda berdasarkan soalan yang dipilih. Karangan yang baik mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan idea dan diakhiri dengan penutup. Sebaik-baiknya, calon menyenaraikan sekurangkurangnya empat idea utama yang berkaitan tugasan. Pengolahan idea mestilah menggunakan ayat yang gramatis, logik, huraian yang mantap serta contoh yang relevan. Bahagian C Setiap calon dikehendaki membaca dan memahami kehendak arahan tugasan. Fahami teks rangsangan yang diberi dan garisi ayat yang menjurus kepada nilai / pengajaran. Calon perlu mencatat nilai / pengajaran yang sesuai berdasarkan ayat yang telah digarisi serta huraian ringkas berkaitan nilai yang dicatat. Jangan sekali-kali menciplak nilai / pengajaran yang terdapat dalam teks rangsangan asal. Sebaik-baiknya nilai / pengajaran ditulis mengikut urutan. Pastikan huraian mesti berkaitan dengan nilai yang dinyatakan dan calon dikehendaki menjawab dalam satu perenggan sahaja. Bagi menghasilkan perenggan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Bahasa Melayu SK

16

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Kesimpulan Calon dikehendaki menyemak semula setiap tugasan yang telah dihasilkan. Calon perlu mengelakkan pengaruh dialek setempat. Bagi menghasilkan karangan yang mantap, calon perlu membuat latih tubi serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber serta digalakkan belajar secara berkumpulan. Saranan kepada Guru / Pihak Pentadbir Sekolah Para guru mestilah menguasai kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam membuat perancangan awal dan persediaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut aras kemampuan murid. Guru-guru juga digalakkan menggunakan buku teks semaksimum mungkin dalam pengajaran serta bahan rujukan lain sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid. Teknik membina peta minda,rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid menghasilkan satu karangan yang mantap dan menarik. Guru seharusnya melatih murid menilai tugasan rakan sebaya dan menyemak semula latihan bersama-sama. Bagi membantu murid memantapkan gaya penulisan, guru perlulah memberi respon berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Hasil-hasil karangan yang cemerlang bolehlah dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh. Guru-guru yang telah menghadiri kursus berkaitan subjek yang diajar perlulah memberi kursus dalaman bagi perkongsian ilmu dengan guru-guru di sekolah masing-masing. Setiap guru harus peka kepada perkembangan berkaitan bidang bahasa dalam memartabatkan Bahasa Malaysia serta bersikap positif untuk menerima pengetahuan baru dan membuat perubahan ke arah menjana minda murid. Aspek morfologi dan sintaksis harus dikuasai oleh guru agar pengajaran lebih berkesan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan membuat latih tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang seperti latihan karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid. Kepelbagaian jenis karangan haruslah didedahkan kepada murid dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan. Guru mestilah memberi penerangan format karangan yang betul agar murid dapat menulis karangan yang lengkap berserta format yang tepat.

Bahasa Melayu SK

17

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

Dalam pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan dalam membantu para guru merealisasikan hasrat dan wawasan sekolah masing-masing. Pihak pentadbir seharusnya peka akan kemajuan, kemunduran tahap prestasi murid dengan mengambil tindakan susulan bagi menangani masalah ini bersama para guru. Penglibatan pihak pentadbir dalam memberikan motivasi, memberi peruntukan kewangan dan sumbangan, dorongan serta merancang aktiviti yang dapat meningkatkan pencapaian akademik amat penting sebagai suntikan semangat kepada para guru dan murid. Saranan Kepada Ibu Bapa / PIBG Dalam merealisasikan kehendak ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya, maka menjadi tanggungjawab mereka memainkan peranan bagi membantu pihak sekolah. Mereka seharusnya peka terhadap perkembangan pelajaran anak-anak serta sentiasa mendapat maklumat terkini tentang tahap pencapaian anak masing-masing. Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi mengetahui pencapaian prestasi anak-anak mereka dari semasa ke semasa Selain itu, mereka haruslah menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak mengikut keperluan serta memantau dan membimbing mereka dalam pelajaran. Sokongan dan dorongan mereka amat penting bagi memberi sumber inspirasi dan keyakinan diri kepada anak-anak untuk terus belajar bagi mengecapi kejayaan. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga mestilah membantu pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik murid-murid di sekolah-sekolah berkenaan. Mereka perlu menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti murid seperti membeli buku-buku rujukan, latihan, bacaan tambahan serta membiayai kem-kem motivasi bukan sahaja diadakan untuk murid tetapi untuk ibu bapa bagi memberi kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan khususnya UPSR. Sokongan moral daripada PIBG juga amatlah penting kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang cemerlang. Saranan Kepada Jabatan Pihak Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing perlu mengambil langkah inisiatif bagi membantu pihak sekolah. Pelbagai langkah yang telah diambil boleh dibuat penambahbaikan untuk membantu guru-guru di sekolah dengan mengadakan kursus-kursus pemantapan bahasa Melayu, menyelaraskan ujian untuk semua peringkat, pendedahan teknik mengarang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru Bahasa Melayu dan melantik seorang fasilitator sebagai pakar rujuk bagi setiap daerah. Pihak jabatan juga boleh mendapat maklum balas dengan memastikan guru-guru yang telah menghadiri kursus menyampaikan kursus dalaman di sekolah masing-masing dan diminta membuat pelaporan. Dalam membantu para guru di sekolah, pendedahan cara pemeriksaan karangan haruslah diberi khususnya kepada guru tahap dua agar mereka dapat gambaran cara pemeriksaan yang betul.
Bahasa Melayu SK

18

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010