Anda di halaman 1dari 40

ETN 203

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG. UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK
NOTA
PROGRAM / PROGRAMME KOD MODUL / MODUL CODE SEMESTER / SEMESTER TAJUK MODUL / MODUL TITLE NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT TEKNOLOGI ELEKTRONIK ETN 203 02 (DUA) ETN 203 K01 K02 K03 K04 K05 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

REPAIR FAULTY RADIO REPAIR FAULTY TV REPAIR FAULTY HI-FI REPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESS PERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE

Pada akhir modul ini, para pelajar dapat; Mengamalkan peraturan keselamatan Menyediakan peralatan ujian untuk mengesan kerosakan Mengendalikan yang sesuai untuk peralatan ujian Mentafsir gambarajah skema radio, televisyen, HI FI dan sistem siaraya Menyelaras fungsi alat kawalan jauh pengguna Mengenal pasti punca kerosakan dan mengesan lokasi kerosakan. Membaiki radio, televisyen, HI FI dan sistem siaraya Mengganti komponen yang rosak Melakukan ujian kebolehkhidmatan Menyediakan laporan pengesanan kerosakan dan pembaikan kerosakan

HASIL PEMBELAJARAN / MODULE OUTCOMES

NAMA PELAJAR / STUDENT'S NAME KELAS / CLASS NO KAD PENGENALAN/ NRIC NAMA PENSYARAH / LECTURERS NAME ENCIK JAMIL BIN SALLEH PUAN NOORASEKEN BINTI MOHAMED NOOR TANDATANGAN / SIGNATURE

Unit Tek. Elektronik KVBP

PROGRAM / PROGRAMME TEKNOLOGI ELEKTRIK KOD MODUL / MODUL CODE EEK 102 SEMESTER / SEMESTER 01 ( SATU )

ETN 203

TAJUK MODUL NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI

ETN 203

AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

K01 REPAIR FAULTY RADIO


TEMPOH : 5 JAM KELAS :

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 NAMA : MAKLUMAT PENERIMA RADIO Penerima radio adalah satu alat komunikasi yang berupaya untuk menerima gelombang electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio.

Info Khas Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang baik ialah : i. Kepekaan tinggi (High sensitivity). ii. Kepemilihan tinggi (High selectivity). iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).

RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM

PEMODULATAN Pemodulatan adalah proses penggabungan isyarat maklumat (audio) dan pembawa frekuensi tinggi untuk tujuan pemancaran isyarat. Terdapat dua jenis pemodulatan iaitu pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi. Jadual 7.1 menunjukkan bentuk gelombang dalam pemodulatan amlpitud dan pemodulatan frekuensi. Jadual : 1: dua jenis pemodulatan ISYARAT BENTUK ISYARAT PEMBAWA PEMODULATAN

JENIS PEMODULAT AN

ISYARAT MAKLUMAT

PENERANGAN Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa berubah mengikut isyarat atau maklumat. Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau maklumat.
2 /

Pemodulatan Amplitud (AM)

Pemodulatan Frekuensi (FM)

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

i.

RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok penerima radio AM.

Info khas Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil sebagai peringkat Penukar Info khas Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) dan penguat audio biasanya mengandungi lebih dari satu peringkat

Rajah 1 : Rajah blok penerima radio AM

ii.

RAJAH BLOK PENERIMA RADIO FM Rajah 2, menunjukkan dua gambarajah blok penerima radio FM.

(a)

(b) Rajah 2 : Rajah blok penerima radio AM (a) pengesan FM : menggunakan pengesan nisbah (b) pengesan FM : menggunakan penghad dan pembezalayan

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

Jadual 2, menunjukkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.

Jadual 2 BIL 1 PERINGKAT Antena FUNGSI Menerima isyarat yang dipancarkan oleh pemancar Memilih satu isyarat yang dikehendaki dan menguatkan isyarat tersebut. Menjana frekuensi IF melebihi frekuensi RF yang masuk (FO = IF + RF) Isyarat termodulat Isyarat termodulat 530KHz hingga 88MHz hingga 108MHz 1600KHz 455KHz + 530KHz = 10.7MHz + 88MHz = 985KHz 98.7MHz hingga hingga 455KHz + 1600KHz = 10.7MHz + 2055KHz 108MHz=118.7MHz (985KHz hingga (98.7MHz hingga 2055KHz) 118.7MHz) Frekuensi : i. RF ii. IF + RF iii. RF + FO iv. FO - RF Frekuensi termodulat 455KHz Frekuensi : i. RF ii. IF + RF iii. RF + FO iv. FO - RF Frekuensi termodulat 10.7MHz MAKLUMAT / FREKUENSI PENERIMA RADIO PENERIMA RADIO FM AM

Penguat frekuensi radio (RF) Pengayun tempatan

Pencampur

Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan. Rujuk rajah 3

Penguat frekuensi perantaraan (IF) Pengesan AM

Hanya menerima frekuensi IF sahaja dan menguatkannya.

Proses menyahmodulat isyarat termodulat AM untuk menghasilhan isyarat audio. Proses menyahmodulat isyarat termodulat FM untuk menghasilhan isyarat audio. Menguatkan frekuensi audio untuk memacu pembesar suara. Menukar tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.

Masukan : 455KHz Keluaran : isyarat audio Masukan : 10.7MHz Keluaran : isyarat audio

Pengesan FM

Penguat frekuensi audio Pembesar suara

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

10

Kawalan gandaan automatic (KGA)

Mengawal gandaan penguat RF dan IF secara automatic supaya isyarat pada keluaran sentiasa stabil walaupun kekuatan isyarat yang diterima berubah. Mengawal frekuensi pengayun tempatan supaya pengayun tempatan menjana frekuensi ayunan yang betul.

Voltan DC pada keluaran pengesan disuap balik ke peringkat penguat RF dan IF

11

Kawalan frekuensi automatik

Voltan DC yang terhasil pada keluaran pengesan FM di suap balik ke peringkat pengayun tempatan atau penukar.

12

Bekalan kuasa

Membekalkan voltan DC kepada semua peringkat dalam penerima radio.

Rajah 3 : Empat frekuensi terhasil pada keluaran pencampur.

2.

Litar penerima radio AM/FM

Rajah 4 menunjukkan sebahagian litar penerima radio AM/FM kaset stereo iaitu litar penala yang meliputi peringkat penguat RF AM/FM, pengayun tempatan AM/FM, Pencampur AM/FM dan pengesan AM/FM dalam satu litar bersepadu. Suis S1 adalah suis pemilihan untuk jalur AM, FM mono dan FM stereo. Rajah 5 adalah litar skematik peringkat penguat frekuensi audio. i) Kendalian dan pengaliran isyarat radio AM: a) Antena L3 menerima isyarat yang dipancarkan oleh pemencar. b) L3 dan CT3 adalah litar tala peringkat penguat frekuensi RF dan ditala kepada frekuensi prnguat RF (530KHz 1600KHz) yang dikehendaki. c) Isyarat yang telah dipilih itu di masukan ke peringkat penguat RF pada pin 24 IC1. d) L4 CT4 adalah Litar tala bagi pengayun tempatan AM, frekuensi pengayun AM ini akan dimasukan ke pin 20.
5 /

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

e) Isyarat keluaran pencampur akan keluar melalui pin 4. f) Isyarat keluaran pencampur akan mengalir melalui pengubah IF (T2) dan penapis hablur (CF2) ke masukan penguat IF pada pin 7. g) Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke IC1 pin 17 (peringkat multipleks). h) Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14 (saluran kiri). i) Isyarat audio ini akan di masukan ke peringkat penguat frekuensi audio pada IC302 melalui pin 8 (saluran kanan) dan pin 13 ( saluran kiri) melalui perintang boleh laras VR301-2 dan VR301-1 iaitu kawalan bahana. j) Perintang boleh laras VR302-2 dan VR302-1 berfungsi sebagai kawalan nada. k) Isyarat audio yang telah dikuatkan oleh penguat frekuensi audio (IC302) pada pin 4 (saluran kanan) dan pin 17 (saluran kiri) akan di salurkan ke pembesar suara dan bicu fontelinga. ii) Isyarat radio FM: a) Antena teleskop menerima semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar dan isyarat tersebut akan dimasukan ke peringkat penguat frekuensi RF melalui pin 1 IC1. b) Pemuat CT1 yang ditala kepada frekuensi RF (88MHz 108MHz) yang dikehendaki disambungkan ke pin 23. c) Frekuensi pengayun tempatan yang ditala oleh pemuat CT2 dimasukan ke pin 21. d) Isyarat keluaran pencampur akan keluar pada pin 4. e) Isyarat keluaran pencampur akan melalui penapis hablur CF1 dan masuk ke peringkat penguat IF pada pin 8. f) Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke IC1 pin 17 (peringkat multipleksa). g) Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14 (saluran kiri) h) Pengaliran isyarat audio adalah sama seperti pengendalian radio AM. a) Suis SW3-1 dan SW3-3 adalah suis pemilihan bekalan kuasa dc ke bahagian radio dan kaset. b) Suis SW3-2 dan W3-4 adalah suis pemilihan isyarat untuk kendalian radio dan kaset.

iii)

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

Rajah 4 : Litar peringkat penala AM/FM

Unit Tek. Elektronik KVBP

Unit Tek. Elektronik KVBP

Rajah 5 : Litar Peringkat penguat Frekuensi Audio


ETN 203

ETN 203

MENGESAN KEROSAKAN a) Peralatan dan alat ujian yang digunakan untuk mengesan kerosakan adalah seperti berikut: 1. Penjana isyarat audio 2. Penjana isyarat RF 3. Osiloskop 4. Meter pelbagai b) Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio: 1. isyarat RF termodulat 2. isyarat audio c) Jadual 3, menunjukkan kaedah mengesan kerosakan dan alat ujian yang digunakan. Jadual 3 BIL 1 KAEDAH Pemerhatian ALAT UJIAN LANGKAH / KEGUNAAN Menggunakan pancaindera untuk melihat fizikal komponen atau menghidu komponen terbakar. Memasukan isyarat ke peringkat yang diuji dan dengar kesan bunyi nada pada keluaran pembesar suara untuk menentukan peringkat yang rosak. Rujuk rajah 6

Suntikan isyarat

Penjana isyarat: i. Penjana isyarat audio untuk peringkat penguat audio. ii. Penjana isyarat RF bagi peringkat penguar RF, pencampur, pengayun tempatan, penguat IF dan pengesan. Penjana isyarat dan Osiloskop

Surihan isyarat

Mengesan kewujudan isyarat pada sesuatu peringkat untuk menentukan peringkat yang rosak Rujuk rajah 7 Mengukur voltan dc pada peringkat yang disyaki rosak. Mengukur rintangan komponen yang disyaki rosak untuk menentukan jenis kerosakan. Jenis kerosakan komponen: i. Terbuka ii. Pintas iii. Bocor iv. Berubah nilai (bagi perintang)

Pengukuran voltan Pengukuran rintangan

Meter pelbagai julat volt Meter pelbagai julat ohm

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

Rajah 6 : Suntikan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM

Rajah 7 : Surihan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM

Unit Tek. Elektronik KVBP

10

ETN 203

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN a) Keselamatan Radio dan alat ujian i. Sebelum melakukan aktiviti, pastikan : i. ii. iii. ii. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna. Peralatan ujian dalam keadaan baik. Peralatan tangan dalam keadaan baik.

Semasa melakukan aktiviti, pastikan : a) Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul. b) Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari tersentuh. c) Menggunakan julat alat mengukur dengan betul. d) Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat pengukuran voltan dc. e) Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.

iii.

Selepas melakukan aktiviti, pastikan : a) b) c) d) Alat ujian berfungsi dengan sempurna. Matikan bekalan kuasa. Peralatan disusun dengan kemas. Keadaan tempat kerja kemas.

LATIHAN. 1 Nyatakan julat frekuensi bagi penerima : a) Radio AM : __________________________________________________________ b) Radio FM : _____________________________________________________________ 2 Nyatakan peringkat yang terdapat di penerima radio FM tetapi tiada di penerima radio AM. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Rujukan : 1. Aplikasi Elektrik dan Elektronik tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007 2. Pengajian Kejuruteraan elektrik dan Elektronik tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Unit Tek. Elektronik KVBP

11

ETN 203

TAJUK MODUL NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI

ETN 203

AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

K02 REPAIR FAULTY TV


TEMPOH : 5 JAM KELAS : Info Khas Sistem TV di Malaysia
Perkara Lebar jalur setiap saluran System warna Garis imbasan Maklumat 7 MHz PAL B/G 625 garisan VHF (54 MHz88 MHz dan 174 MHz 216 MHz) UHF( 470MHz890 MHz) Pemodulatan isyarat pembawa gambar Pemodulatan isyarat pembawa bunyi Isyarat pembawa IF gambar Isyarat pembawa IF bunyi Frekuensi IF bunyi Frekuensi kroma untuk isyarat warna Frekuensi untuk ufuk Frekuansi tegak (medan) Pemodulatan Amplitud (AM)

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 NAMA :

MAKLUMAT PENERIMA TV Televisyen ialah satu alat penerima isyarat video dan audio.

PRINSIP ASAS KENDALIAN PENERIMA TV


Sistem penghantaran

Rajah 8 : Blok asas penerima TV

Pemodulatan Frekuensi (FM)

Pada bahagian penerima, isyarat yang dipancar akan dipintaskan oleh antena. Isyarat yang diterima akan dikuatkan dan dihantar ke litar pengesan suara oleh gambar. Pada bahagian ini, kedua-dua isyarat akan dipisah dan diubah semula kepada isyarat audio dan video yang asas. Proses pengimbasan akan disusun semula untuk menghasilkan gambar. Proses ini akan dilalui apabila isyarat video digandingkan dengan tiub gambar. Bagi tujuan ini, isyarat penyegerakan yang diterima sebagai sebahagian isyarat video komposit akan digunakan sebagai isyarat rujukan. Bagi penghasilan bunyi pula, isyarat audio akan digandingkan dengan pembesar suara.

38.9 MHz

33.4 MHz 5.5 MHz (38.9 MHz33.4 MHz) 4.43 MHz 15,625 Hz 50 Hz

Unit Tek. Elektronik KVBP

12

ETN 203

RAJAH BLOK PERINGKAT-PERINGKAT PENERIMA TV WARNA

Rajah 9: Gambar rajah blok penerima TV warna.

FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA TV WARNA No. Blok 1 Nama Blok Antena Fungsi Menerima gelombang electromagnet yang dipancarkan oleh system pemancar. Memilih satu isyarat dari antenna yang dikehendaki dan menguatkannya. Pembawa IF gambar (B) Pencampur Menghasilkan frekuensi IF, iaitu: i. Gambar : 38.9 MHz ii. Bunyi : 33.4 MHz Menjana frekuensi hasil jumlah RF+IF bunyi dan gambar. Menguatkan isyarat IF termodulat pembawa gambar (38.9 MHz) dan isyarat IF termodulat bunyi (33.4 MHz) Pembawa IF gambar Bentuk gelombang keluaran Gelombang elektromagnetik.

Penala (A) Penguat RF

(C) Pengayun tempatan

Pembawa IF bunyi

Penguat IF Video (VIF)

Pembawa IF bunyi
Unit Tek. Elektronik KVBP 13 /

ETN 203

Pengesan video

Kawalan gandaan automatic (KGA) Penguat IF bunyi

Mengesan isyarat AM gambar daripada pembawa IF dan mengasilkan isyarat video rencam. ii. Mengasilkan sub pembawa IF bunyi yang baru iaitu : 5.5 MHz (perbezaan IF gambar 38.9 MHz dengan IF bunyi 43.4 MHz) Mengawal gandaan penguat IF dan RF supaya kekuatan isyarat suara dan gambar stabil. Menerima isyarat sub pembawa 5.5 MHz dan menguatkannya.

i.

Isyarat video rencam

Sub Pembawa IF bunyi

Pembawa IF bunyi 7 Pengesan FM bunyi Menyahmodulat pembawa FM dan menghasilkan isyarat audio. Isyarat audio 8 Penguat frekuensi audio Menguatkan isyarat audio untuk memacu pembesar suara Isyarat audio 9 10 Pembesar suara Pemisah segerak Menukarkan isyarat audio kepada tenaga bunyi Memisahkan denyut-denyut segerak ufuk dan tegak daripada isyarat video rencam. Ada dua jenis litar penapis pada keluaran pemisah segerak: a) Litar pengamir penapis lulus rendah, meluluskan frekuensi tegak 50 Hz b) Litar pembeza penapis lulus tinggi untuk peringkat pengayun ufuk 15,625 Hz Menjana frekuensi 50 Hz yang berbentuk gelombang gerigi. Menguatkan isyarat pengayun tegak untuk gegelung pesongan kuku tegak. Gelombang gerigi 13 Kawalan frekuensi automatic (AFC) Pengayun ufuk Mengawal frekuensi ufuk 15,625 Hz Gelombang gerigi 14 Menjana gelombang gerigi 15,625 Hz Gelombang gerigi 15 Penguat ufuk Menguatkan isyarat daripada pengayun ufuk Gelombang gerigi
Unit Tek. Elektronik KVBP 14 /

11 12

Pengayun tegak Penguat tegak

Gelombang gerigi

ETN 203

16

Voltan amat tinggi

Membekalkan voltan amat tinggi untuk penghasilan raster pada tiub gambar Memesongkan alur electron ke kiri dan ke kanan dengan kadar 15,625 Hz dan dari atas ke bawah dengan kadar 50 Hz pada tiub gambar Menerima voltan amat tinggi dari bekalan voltan amat tinggi Menghasilkan gambar warna Membekalkan voltan DC kepada semua peringkat Menguatkan isyarat lar tanpa isyarat kroma (warna) 4.43 MHz

Voltan DC dlm unit kV

17

Gegelung kuk ufuk dan tegak

18 19 20 21

Anod tiub gambar Tiub gambar warna Bekalan kuasa rendah Penguat lar (Y)

Voltan DC

Isyarat video rencam (lar)

22

Penyahkod warna

Menerima isyarat lar (Y) dan isyarat kroma serta mengasingkan isyarat itu kepada isyarat merah(R), hijau (G) dan biru (B). Isyarat ini dikuatkan secara berasingan. Penyahkod warna mengandungi peringkat: (a) Penguat kroma (b) matriks Menguatkan isyarat merah

23

Penguat pemacu merah

24

Penguat pemacu hijau

Menguatkan isyarat hijau

25 26

Menguatkan isyarat biru Gelang penumpuan

Menguatkan isyarat biru Menumpukan alur-alur electron pada bintik-bintik fosfor yang berkenaan sahaja pada layar tiub gambar Melaraskan ketiga-tiga alur electron supaya jarak di antara ketiga-tiganya sejajar.

27

Gelang ketulenan

Unit Tek. Elektronik KVBP

15

ETN 203

Info khas Kroma ialah maklumat gambar warna Isyarat lar (Y) ialah maklumat gambar monokrom (hitam-putih) Info khas

Info khas Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer tiub gambar, dengan adanya alur electron yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah pada skrin tiub gambar.

Penguat kroma : menguatkan isyarat warna. Matriks : menghasilkan warna merah, hijau dan biru untuk memacu senapang electron pada tiub gambar

a) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 8.1 menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna: i. Bahagian penala. ii. Bahagian IF video. iii. Penguat video iv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Pembesar suara

Lain-lain bahagian : - IF - Video - Warna

Bahagian penala

Bahagian pesongan ufuk dan tegak

Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Gambar foto 8.1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna. v. Bahagian Audio Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya disambung ke pembesar suara.

Unit Tek. Elektronik KVBP

16

ETN 203

vi. Bahagian warna Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.

Papan litar tercetak pemacu RGB

Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B) vii. Bahagian pesongan Gambar foto 8.3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan voltan tinggi

Gambar foto 8.4 menunjukkan pesongan ufuk dan tegak yang Anod tiub gegelung gambar berfungsi untuk memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas ke bawah untuk menghasilkan raster yang penuh pada layer tiub gambar

Pengubah voltan tinggi Pelaras skrin Pelaras fokus

Gambar foto 8.3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi

Gegelung dening

Gambar foto 8.4 : Gelung pesongan (gegelung dening)

Unit Tek. Elektronik KVBP

17

ETN 203

PENGUJIAN DAN KESELAMATAN Mengesan kerosakan Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu dan baik. Alat uji yang digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan adalah seperti berikut: i. Penjana corak ujian Info khas ii. Penjana isyarat audio iii. Penjana isyarat RF Tiga warna utama : iv. Osiloskop i. Merah v. Meter pelbagai ii. Hijau iii. Biru Hasil percampuran warna utama : i. biru + hijau = sian ii. biru + merah = magenta iii. hijau + merah = kuning iv. merah + hijau + biru = putih

Gambar foto 8.5 menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan.

Gambar foto 8.5 : Alat uji

Unit Tek. Elektronik KVBP

18

ETN 203

Langkah-langkah mengesan kerosakan 1. 2. 3. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan: i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana isyarat untuk menentukan peringkat rosak. ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat yang telah dikesan rosak. iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.

Jadual 8.6
BIL

KESAN Pembesar suara Tiada suara Suara normal Suara normal Suara normal Suara normal Suara normal Suara normal Suara normal Suara normal Suara normal Tiada suara Suara normal Bunyi desiran Tiub gambar Gambar normal Gambar tiada warna Gambar tiada warna hijau Gambar tiada warna biru Gambar tiada warna meah Gambar gelap, ada raster Gambar bergulung (gambar bergerak ke atas / ke bawah) - Rajah.2(a) Raster satu garisan mengufuk- Rajah 8.2(c) Gambar berkoyak - Rajah 8.2(b) Gambar berkoyak dan bergulung Tiada raster Tiada raster Gambar bersalji Rajah 8.2 (d)

Peringkat yang dijangka rosak Penguat frekuensi audio Penyahkod warna , matriks Penguat warna hijau Penguat warna biru Penguat warna merah Penguat lar Pengayun tegak Penguat tegak, gelung pesongan tegak Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk tak stabil) Pemisah segerak Bekalan kuasa voltan rendah, penguat ufuk, pengayun ufuk. Bekalan kuasa ke pemanas tiub gambar Penguat IF video, pengesan video

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 12

a) Gambar bergulung ke aatas atau ke bawah

b) Gambar berkoyak

c) Raster satu garisan ufuk Rajah 8.2


Unit Tek. Elektronik KVBP

d) Gambar bersalji

19

ETN 203

Langkah-langkah keselamatan i. ii. Prosedur keselamatan Keselamatan diri Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah : Cara berpakaian - Memakai pakaian bengkel - Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah - Tidak memakai barang kemas - Tidak memakai tali leher Sikap - Sentiasa mematuhi arahan - Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja - Melaporkan sebarang kerosakan - Menggunakan alat yang betul - Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan Fizikal - Sihat - Tidak rabun warna - Jelas penglihatan

iii.

Keselamatan alat a Sebelum melakukan aktiviti, pastikan : i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna. ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik. iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik. b Semasa melakukan aktiviti, pastikan : i. Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul. ii. Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari tersentuh. iii. Menggunakan julat alat mengukur dengan betul. iv. Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat pengukuran voltan dc. v. Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan. Selepas melakukan aktiviti, pastikan : i. Alat ujian berfungsi dengan sempurna. ii. Matikan bekalan kuasa. iii. Peralatan disusun dengan kemas. iv. Keadaan tempat kerja kemas.

Unit Tek. Elektronik KVBP

20

ETN 203

d.

TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi dan casis TV juga adalah hidup (live), pengubah pemencil perlulah digunakan untuk mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji. Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar. Pastikan anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat pengukuran voltan tinggi. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.

e.

v.

LATIHAN Jawab semua soalan 1. Rajah 8.3 menunjukkan gambarajah blok penerima TV warna. Namakan blok yang bertanda : a) Blok 3 : __________________________________________________________________ b) Blok 11 : _________________________________________________________________ c) Blok 17 : _________________________________________________________________

Rajah 8. 3

2. Nyatakan fungsi blok : a) KFA : __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ ________________


21 /

Unit Tek. Elektronik KVBP

ETN 203

b)

Penyahkod warna: __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ ________________ Pengesan video: __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ ________________

c)

3. Nyatakan kesan kepada TV jika kawalan gandaan automatik (KGA) tidak berfungsi. _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ ________________

Rujukan: 1. BASIC TELEVISION Principles and Servicing, Fourth Edition 1975, International student edition, Bernard Grob, McGraw-Hill Kogakusha, Ltd. 2. TEKNOLOGI TELEVISYEN, Md. Nasir Abd. Manan, Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur 2002 3. TEKNOLOGI ELEKTRONIK, Tingkatan 5, Tan Hock Ghee, Longman Malaysia

Unit Tek. Elektronik KVBP

22

ETN 203

TAJUK MODUL NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI

ETN 203

AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

K03 REPAIR FAULTY HI-FI


TEMPOH : 5 JAM KELAS :

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 NAMA :

MAKLUMAT SISTEM HI-FI Bagi mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di buat untuk mendapatkan suara high fidelity atau hi-fi Hi-fi jenis compo ataupun mini compo adalah peralatan Hi-Fi mudah alih yang terdiri daripada gabungan pembesar suara, pemacu cakera padat atau radio dan sebagainya. Sistem stereo. Sistem ini melibatkan dua saluran atau mempunyai dua speaker. Ia juga dikenali sebagai stereophone dimana maklumat yang disampaikan adalah baik dan berkualiti. Mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat mendengar bunyi tersebut dari semua arah.

Apa Itu Sistem Hi-Fi ? Rajah 1.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance. Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.
Isyarat

Sumber Masukan

Kuasa

Rajah 1.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.


Unit Tek. Elektronik KVBP 23 /

ETN 203

1.

Pra Penguat Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau mikrofon

sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar. 2. Rangkaian Kawalan Nada Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. 3. Penguat Kuasa Stereo Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat menggerakan atau memacu speaker.

Rajah 2.0. Rangkaian penguat kuasa stereo.

Unit Tek. Elektronik KVBP

24

ETN 203

RAJAH BLOK SISTEM HI-FI

speaker 1 Pra penguat Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.
Fungsi Setiap Blok 1. Tranduser masukan a Mikrofon - Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio b Tape head - Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio c Antena -Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio. 2. Pra-penguat 1 dan 2 Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu 3. Kawalan nada a Volume / bahana mengawal isyarat audio mengawal amplitud isyarat audio kawalan maksima b Bass

2 3

Penguat pemacu

Penguat kuasa

mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak

Treble mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak

4. Penguat pemacu a menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada b Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik c Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja 5. Penguat kuasa a biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik. b Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu speaker 6. Speaker menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi

Unit Tek. Elektronik KVBP

25

ETN 203

KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :1. Tiada keluaran 2. Keluaran berayun 3. Keluaran herotan 4. Keluaran lemah 5. Penerima mati 6. Kendalian terputus-putus 7. Gangguan hingar Cara Mengesan Kerosakan Deria pendengaran Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran. Deria pandang Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku, contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak seperti tiada isyarat keluaran audio. Teknik suntikan isyarat Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan yang berlaku dalam set penguat tersebut Teknik surihan isyarat Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.

LATIHAN 1. Terangkan secara ringkas ciri-ciri system Hi-Fi 2. Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam system Hi-FI 3. Terangkan fungsi o Penala o Kawalan suara o Penguat o Peranti keluaran

RUJUKAN 1. NOTA POLITEKNIK E4120, Kementrian Pelajaran Malaysia

Unit Tek. Elektronik KVBP

26

ETN 203

TAJUK MODUL NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI

ETN 203

AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

K04 REPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESS


TEMPOH : 5 JAM KELAS :

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 NAMA : MAKLUMAT SISTEM BUNYI

Bunyi memberi maksud kepada persepsi penumpuan secara dinamik dan tekanan udara dalam keadaan vakum pada telinga manusia. Manakala audio bermaksud produksi secara elektronik dari bunyi. Secara umumnya, manusia dapat mendengar perbezaan tekanan udara dari julat 20Hz sehingga 20KHz

1.

SISTEM MONO

Beberapa tahun dahulu, sering didapati rakaman muzik ataupun ucapan dibuat melalui satu mikrofon yang diletakkan pada kedudukan tengah berdekatan dengan sumber bunyi. Manakala, rakaman tadi akan dimainbalikkan melalui satu penguat kepada sepasang headphones di mana isyarat bunyi dihantar ke telinga kiri dan kanan pendengar. Langkah lain yang diambil ialah isyarat bunyi dihantar ke satu sistem pembesar suara (singleloudspeaker system) yang di tempatkan pada kedudukan yang sesuai di dalam bilik mendengar. Kini, sistem bunyi tersebut lebih dikenali sebagai sistem monaural atau monophonic yang bermaksud hanya bergantung pada satu rakaman dan saluran bunyi. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan rajah blok bagi sistem mono.

Rajah 1.0 : Rajah blok Sistem Mono

Unit Tek. Elektronik KVBP

27

ETN 203

2.

SISTEM STEREO

Stereo adalah suatu sistem audio yang membekalkan atau mengeluarkan bunyi dari dua tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai stereophonic dan biasanya hanya dikenali sebagai stereo sahaja. Rajah 2.0 menunjukkan gambarajah blok bagi sisten stereo.

Rajah 2.0: Gambarajah blok sistem stereo

Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan posisinya seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali sebagai imej stereo (stereo image).

Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat dari satu arah sahaja. Ini adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar. Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan, frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu instrumen muzik dan juga kawasan sekitar rakaman yang didengari.

Daripada menggunakan mikrofon karbon dahulunya kini bertukar kepada menggunakan disc, teknik rakaman bunyi dan pengeluarannya telah berkembang bukan hanya pada kepelbagaian bunyi yang dihasilkan malah pengalaman pendengar dalam mendengar persembahan secara langsung dapat melihat sendiri bagaimana sistem bunyi yang dikeluarkan kini. Bunyi yang dihasilkan lebih-lebih lagi menggunakan sistem stereo mahupun sistem quad membuatkan pendengar dapat mendengar pada semua arah.

Unit Tek. Elektronik KVBP

28

ETN 203

Perbezaan di antara Sistem Mono dan Sistem Stereo :-

Jadual 2.0 di bawah menunjukkan perbezaan antara sistem mono dengan sistem stereo.

Sistem Mono

Sistem Stereo

melibatkan satu saluran atau siaran dikenali sebagai monaural atau

melibatkan dua saluran atau siaran dikenali sebagai stereophonic

monophonic. maklumat yang disampaikan adalah kurang jelas mengambil isyarat bunyi pada satu punca sahaja maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat

mendengar bunyi tersebut pada semua arah

Jadual 2.0 : Perbezaan Sistem Mono dengan Stereo

3.

SISTEM QUAD

Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi adalah sistem yang menggunakan empat pembesar suara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.0 di bawah. Sistem bunyi ini di letakkan untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi quadraphonic ini akan memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada bunyi yang lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi yang asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di gunakan atau di siarkan. Dalam kaedah pertama, untuk proses penyiaran bunyi di dalam filem atau tape.

Unit Tek. Elektronik KVBP

29

ETN 203

Rajah 3.0 : Gambarajah blok sistem quad

Dalam kaedah ini, 2 pembesar suara ditempatkan di dalam sesuatu bilik atau dewan rakaman supaya bunyi bergema terjadi semasa rakaman. Apabila rakaman tadi di mainkan semula, dengan menambah pembesar suara di belakang pendengar, barulah isyarat bunyi yang di pancarkan dapat di dengari di seluruh bilik tadi dengan gemaan yang stabil dimana isyarat bunyi di hantar ke seluruh bilik kerana bunyi dari depan di satukan dengan bunyi gema dari belakang. Ianya seolah olah kedengaran bunyi yang betul contohnya bunyi objek yang bergerak atau pecah. Dimana kedengaran bunyi di tempat atau sudut yang sebenar dapat di dengar dengan jelas .

Pada kaedah kedua yang menggunakan sistem quad ini dapat kita dengari dalam contohnya konsert muzik, dimana menukar terus dari bunyi asalnya dengan menambah atau meninggikan stereo bagi menjadikan sistem bunyinya lebih mampat. Ia akan menggunakan pembesar suara yang baik di sekeliling pendengar supaya isyarat gemanya dapat di dengari.

Unit Tek. Elektronik KVBP

30

ETN 203

SISTEM SIARAYA Sebuah sistem elektrik yang menggabungkan beberapa komponen elektrik. Komponen asas : MIKROFON PENGUAT PEMBESAR SUARA Digunakan di kawasan yang luas seperti kawasan sekolah, pesta dan sebagainya.

FUNGSI: Penghantar maklumat untuk pengetahuan seseorang individu mahupun orang ramai.

TERBAHAGI 2 KATEGORI : Sistem Paras Tinggi Digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara CTH: Dewan Masjid, Stadium, Oditorium Sistem Paras Rendah Digunakan bagi kawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. CTH : bilik kuliah, bilik mesyuarat jabatan danbilik taklimat

KECEKAPAN : sistem siaraya bergantung kepada :a) b) c) d) Kekuatan Bunyi Kestabilan Bunyi Kualiti Bunyi Kesan Arah

MICROFON Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai kadar yang sama. FUNGSI :- Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik. JENIS MIC :Mic vokal - percakapan lisan dan karaoke. Mic peralatan - gitar, gitar bass, saxophone Mic drum - drum tending (kick drum) dan bass amp Mic tanpa wayar - komponen iaitu penghantar ( mikrofon) dan penerima (antenna).

Unit Tek. Elektronik KVBP

31

ETN 203

PENGUAT Menguatkan isyarat untuk pendengaran. Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik. Kuasa per channel tidak melebihi 100W Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat. Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan equalizer. Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,kerana ada isyarat kepada puncak kebisingan. Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap kebisingan.

PEMBESAR SUARA FUNGSI :- menukarkan isyarat gelombang audio kepada gelombang bunyi yang dapat didengar oleh pengguna. Keupayaannya bergantung kepada jenis-jenis binaan dan rekabentuk kotak penutup sesuatu pembesar tersebut. Kekuatan bunyinya dapat dikawal dan dilaraskan oleh sistem penguat. Merupakan bahagian terakhir sistem siaraya. Ia merupakan sebuah transdusser yang mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga bunyi.

MIXER mencampur berbagai sumber isyarat bunyi. Gandaan bagi isyarat-isyarat bunyi ini dapat dikawal okeh pengguna mengikut keperluan dan kesan-kesan khas yang dikehendaki.

EQUALIZER alat pelaras penataan bunyi seperti treble dan bass yang diterima daripada gabungan isyarat mixer supaya berada dalam keadaan seimbang dan seolah-olah menyamai sumber bunyi yang sebenar. galangan masukan yang tinggi supaya isyarat masukannya tidak akan mengalami kesan beban dan dihantar kepada bahagian penguat ( amplifier ).

3 BAHAGIAN UTAMA : i. ii. Transduser - mengubah isyarat audio kepada pergerakan mekanikal. Permukaan Radiator - bahagian ini digandingkan dengan transduser seupaya pergerakkannya dipancarkan ke udara sebagai gelombang bunyi. Kabinet - kotak pengepung yang menempatkan transduser dan permukaan radiator bagi mewujudkan keberarahan untuk bahagian positif sahaja.

iii.

Unit Tek. Elektronik KVBP

32

ETN 203

SISTEM PENYAMBUNGAN SIARAYA

CARA PENYENGGARAAN SISTEM SIARAYA Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini. Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan unit ini. Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini. Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan bunyi yang sesuai Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini. Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan unit ini. Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini. Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan bunyi yang sesuai.

Unit Tek. Elektronik KVBP

33

ETN 203

CARA MENGESAN KEROSAKAN Teknik suntikan isyarat. Teknik surihan isyarat.

Teknik suntikan isyarat Teknik ini menggunakan multimeter untuk mengesan kerosakan.

Teknik surihan isyarat Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan 1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah 2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau. 3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz.

Rajah blok alat pengesan keluaran

Unit Tek. Elektronik KVBP

34

ETN 203

Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di rajah 4.7 di bawah

Mula

Tiada bunyi Speaker O.K Tiada normal Penguat kuasa keluaran O.K Tidak normal Pemacu O.K Tiada keluaran Litar Tone Baikpulih O.K Tidak normal Pra penguat
Rajah 4.7: Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan

Uji Voltan

Uji Kerintangan Dalam Litar

Baik
LATIHAN 1. Terangkan dengan secara ringkas tentang Sistem Siaraya. 2. Dengan bantuan rajah yang sesuai terangkan tentang satu contoh penyambungan sistem bunyi . Nyatakan spesifikasi setiap peralatan yang digunakan secara terperinci. 3. Nyatakan 2 daripada komponen system bunyi dan terangkan fungsinya. 4. Nyatakan ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat.

Unit Tek. Elektronik KVBP

35

ETN 203

TAJUK MODUL NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI

ETN 203

AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

K05 PERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE


TEMPOH : 5 JAM KELAS :

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 NAMA : MAKLUMAT DEFINISI SENGGARAAN

Mengikut kamus teknikal senggaraan atau maintenance adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan. Definisi/Istilah dari kamus Radio Shack's Dictionary of electronic senggaraan bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik. Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.

Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada peralatan elektrik/elektronik. Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang dirancangkan dan diteliti. Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna. Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus karbon, bering, komutator dan suhu kendalian Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat. Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan. Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya. telah

Unit Tek. Elektronik KVBP

36

ETN 203

Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan bacaan arus, voltan dan sebagainya.

OBJEKTIF SENGGARAAN Objektif senggaraan adalah seperti berikut; Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin. Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang

disenggarakan. Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum. Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan. Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan. Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan. Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan yang dirancang mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat dan dasar senggaraan.

Senggaraaan

Senarai Perancangan Senggaraan

Tiada Perancangan Senggaraan

Perancangan Senggaraan Pencegahan

Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)

Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)

Jadual Senggaraan

Syarat dan Dasar Senggaraan


Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan

Unit Tek. Elektronik KVBP

37

ETN 203

Perancangan Senggaraan Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.

Tiada Perancangan Senggaraan Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.

Senggaraan Pencegahan Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Senggaraan Pembaikan Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk menyimpan item mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan melaksanakan satu fungsi yang diperlukan.

Senggaraan Kecemasan Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan adalah dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius. Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya keputusan akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan persekitaran iaitu angin, kebocoran dan lain-lain.

Syarat dan Dasar Senggaraan Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses penyambungan monitoring.

Unit Tek. Elektronik KVBP

38

ETN 203

Jadual Senggaraan Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan caracara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat kos yang minimum juga, maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan untuk pemeriksaan perancangan dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga secara bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan mendahului takat rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap tidak selalu banyak yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang bagus untuk mendapatkan tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.

Kos (RM)

Senggaraan tanpa perancangan Senggaraan berperancangan

Masa (tahun)
Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada Perancangan

Unit Tek. Elektronik KVBP

39

ETN 203

Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini perlu kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari. Oleh kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih mengembangkan kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang menjimatkan. Apabila lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan memperolehi nilai kos yang terbaik. Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat yang terbaik. Rajah 1.2 adalah menerangkan The breakdown of total costs yang melibatkan kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan operasi dan pembersihan.

Jumlah Kos (Waktu Senggaran}

Kos Permulaan

Kos Pengguna

Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional

Aliran Kos

Tukaran Penempatan

Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan


Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.

Kadar (rates) Insuran

LATIHAN 1. Terangkan definisi senggaraan. 2. Huraikan matlamat objektif senggaraan.

Unit Tek. Elektronik KVBP

40