Anda di halaman 1dari 10

BIG SK PASANGAN

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) GURU FASA VI 2012 LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) Pada hari Jumaat, 8 Mac 2012, guru pelatih kumpulan PISMP Semester 5B Istitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah mengadakan Program Bina Insan Guru Fasa VI Lawatan Penanda Aras (benchmarking) bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasangan, Jalan Rawang, Kg. Kuantan, 45600 Bestari Jaya, Selangor, Selangor. Program ini disertai oleh semua guru pelatih daripada kumpulan PISMP 5B bersama mentor, En. Khalid bin Jonit dan pensyarah pengiring En. Rose Dzidan bin Mohd Dardan. Antara objektif diadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang dan

memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan,

pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infrastruktur kurikulum dan kokurikulum.

Kami tiba lewat di Sk Pasangan iaitu pada pukul 10.00 pagi kerana berlakunya hujan lebat semasa ingin bertolak ke sekolah tersebut. Kami disambut dengan baik dan mesra oleh guru besar,guru-guru dan murid-murid pra sekolah tersebut. Setelah bersalaman, kami di bawa oleh guru besar ke bilik mesyuarat sekolah itu untuk taklimat bersama guru besar. Majlis taklimat telah dipengerusikan oleh En. Redzuan salah seorang guru bahasa Melayu di sekolah itu. Seterusnya, guru besar, Tuan Hajah Fatimah mengalu-alukan kehadiran kami ke sekolah itu, memperkenalkan dirinya dan memberi sedikit maklumat mengenai sekolah tersebut dan memberi nasihat kepada kami.

BIG SK PASANGAN

Ketibaan kami disambut mesra oleh semua warga Sk Pasangan

Menurutnya, sekolah ini mempunyai murid seramai 158 orang, 19 0rang guru dan 2 kakitangan. Tahap pencapaian sekolah ini adalah sederhana. Selain itu, mentor kami, En. Khalid merupakan salah seorang pelajar yang mendapat pendidikan awal di sekolah itu. Murid sekolah ini terdiri daripada aliran perdana, pemulihan, juga pra sekolah dan tidak menyediakan aliran pendidikan khas. Antara nasihat guru besar kepada semua bakal guru ialah melaksanakan dasar-dasar kerajaan disamping mempunyai visi dan misi yang jelas sebagai pendidik. Selepas tamat sesi taklimat, kami dijemput menikmati jamuan ringan daripada pihak sekolah sebelum memulakan aktiviti Bijak Bahasa yang telah dirancang.

BIG SK PASANGAN

Sesi Taklimat Bersama Guru Besar Dari kiri : Muhamad Farid Ahmad (pengerusi BIG), En. Khalid (mentor), Tuan Hajah Fatimah (Guru besar), En. Rose Dzidan (pensyarah pengiring) dan En. Redzuan (guru bahasa Melayu)
3

BIG SK PASANGAN

Kami diberi masa selama satu jam setengah untuk melaksanakan aktiviti Bijak Bahasa iaitu bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.30 hari. Modul Bijak Bahasa telah dirancang oleh semua guru pelatih PISMP 5B melalui perbincangan bersama mentor. Modul ini dijadikan sebagai garis panduan kepada guru pelatih untuk melaksanakan aktiviti dengan mengetengahkan pengajaran bahasa sebagai fokus utama penanda aras tahap pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dan murid dalam kelas. Selain itu, di dalam modul ini juga terdapat penekanan kepada aspek motivasi dan kesedaran murid untuk belajar. Lagu tema dan pergerakan kreatif bagi modul ini ialah Gemuruh Jiwa nyanyian oleh Faizal Tahir bertujuan untuk membangkitkan semangat murid-murid dan guru pelatih melakasanakan aktiviti.

Pihak sekolah telah membenarkan kami mengajar murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Oleh itu, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan mengadakan aktiviti mengikut tahun masing-masing. Dalam aktiviti tersebut, kami perlu melaksanakan empat latihan dalam kumpulan yang terdapat dalam modul. Semasa melaksanakan aktivi ini, kami telah dipantau oleh pensyarah pengiring dan guru bahasa Melayu. Semua aktiviti berjalan dengan lancar dengan kerjasama dan penglibatan aktif oleh semua murid. Sebelum aktiviti berakhir, kami telah mengedarkan borang evaluasi kepada murid untuk memberikan penilaian, komen dan cadangan mengenai aktiviti yang telah dijalankan.

BIG SK PASANGAN

LDK 3 : Bijak Bahasa

BIG SK PASANGAN

Selepas itu, kami bersama murid diminta berkumpul di dalam dewan untuk upacara penutupan dan penyampaian hadiah. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

bermula pada pukul 12.45 tengah hari. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mohammad Afiq bin Ahmad, Ketua PISMP 5B. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan guru pelatih kerana sudi mengadakan program Bina Insan Guru dan merancang aktivit bersama murid-murid sekolah tersebut. Sebelum majlis berakhir, kami telah membuat kejutan dengan membawa kek sempena hari lahir guru besar pada hari itu.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

BIG SK PASANGAN

Murid-murid berkumpul di dalam dewan


7

BIG SK PASANGAN

Majlis penyampaian hadiah dan sesi bergambar

BIG SK PASANGAN

Pemberian cenderahati kepada murid-murid

BIG SK PASANGAN

Program Bina Insan Guru (BIG)

ini berakhir dengan penyampaian cenderahati

kepada murid, sesi bergambar dan bersalaman. Program ini berakhir pada pukul 1.30 petang. Sebagai guru pelatih kami berharap agar Program Bina Insan Guru (BIG) ini dapatm memberi kesedaran mengenai profesioan guru sebagai kerjaya yang mulia dengan pembina generasi, pembentuk jati diri dengan sikap

bertanggungjawab dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Disediakan oleh,

............................. (NOOR HASLINDA BT SHAHARUDDIN) Setiausaha, Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV 2012, Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) PISMP 5B, IPG Kampus Bahasa Melayu.

10

Anda mungkin juga menyukai