Anda di halaman 1dari 22

Tajuk 1

Sinopsis

PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep, latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan.. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. Menyatakan konsep,latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan. Memahami Kanak-kanak dan seni Deri dan Seni

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep dan Latar Belakang

Kanak-kanak dan Seni

Deria dan Seni

KANDUNGAN Apakah yang anda faham tentang Seni Dalam Pendidikan?

1. 1

Konsep Latar belakang dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan. Kanak-kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptaan melalui kreativiti dan

mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Mereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983;11) Kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka. 1.1.1 rendah. Konsep, matlamat, objektif Seni Dalam Pendidikan untuk guru sekolah

Bolehkah anda jelaskan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan?

Secara umumnya, seni dalam pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang seperti muzik, teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Mata pelajaran yang anda sedang ikuti ini diberi nama Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini hanya menyentuh bidang Seni Visual, Muzik dan pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Tajuk 1 dalam modul ini memberi penekanan kepada kandungan asas dalam bidang Seni Visual, Muzik dan pergerakan seperti irama dalam muzik, warna dalam seni visual dan ruang dalam pergerakan. Kefahaman konsep irama, warna dan ruang boleh dicapai melalui aktiviti penerokaan, memperolehi pengalaman dan ekspresi. Dengan 2

asas ini anda boleh bersedia untuk terus mencari ilmu bagi pembelajaran kendiri selanjutnya. Apabila aktiviti-aktiviti ini diintegrasikan dalam mata pelajaran lain, apakah yang boleh berlaku kepada proses pembelajaran? bagaimana pula integrasi ini memberi kesan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak? Tahukah anda setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan? Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Matlamat Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk: Menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Mempupuk budaya pengamatan , persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan 3

seni pergerakan. Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan. Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. 1.1.2. Perkembangan teori pembelajaran dan isu berkaitan Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanak dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran. Hermann (1991) menghasilkan `Quadrant Concept yang membentuk peranan otak kanak dan otak kiri yang sama. Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri. Seni Muzik Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik 4

mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayaran kepada murid. Secarayang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfdikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential. Seni Pergerakan Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan. Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan Torrance (1969) yang menarik dan seterusnya yang dapat kreatif membina seringkali kemahiran-kemahiran yang berbagai. menyatakan bahawa otak mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya. Seni Visual Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respons emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan dan otak kirinya difungsikan. Eisner (1980) ) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep. Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati 5

ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaanperbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanakkanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Kepentingan Seni Dalam Pendidikan Untuk sekolah rendah

Jelaskan kepentingan Seni Dalam Pendidikan untuk sekolah rendah

1.1.3 Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti. Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviiti seni dalam pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. 1.1.4 Unsur-unsur kebudayaan dalam pendidikan Adakah anda tahu unsur-unsur kebudayaan dalam pendidikan? Sila Jelaskan.

1.2

Kanak-kanak dan Seni Dapatkan maklumat tambahan berkaitan Kanak-kanak dan Seni di perpustakaan atau di pusat sumber.

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanakkanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia di sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk 6

kepada Muzik , Pergerakan dan Seni Visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui aktiviti seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

Rajah 1: Kanak-kanak dan Seni 1.2.1 Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang 7

bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isuisu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan

pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Jesteru itu , seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan. Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kanak-kanak. Jika diteliti berdasarkan teori pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam tahap fisiologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakad mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut: Pastika keperluan asas murid telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.

Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai. Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan murid Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

Rajah 2 : Teori Pembelajaran Maslow Selain daripada itu kanak -kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut antaranya ialah; Jasmani dan fizikal yang sihat Tubuh badan yang sihat akan membuat pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat. Emosi yang stabil Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka. Kerohanian yang membanggakan Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah di dalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat di dalam pendidikan seni visual. Jasmani Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa atau wajah dan fizikal. Contohnya bayi yang baru 10

lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizkal atau jasmani kanak-kanak. Semakin kanak-kanak meningkat usianya pergerakan kordinasi otot kasar dan halus dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya. Kanak-kanak pada peringkat 6-12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Kanak-kanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan misalnya pendidikan seni visual. Kanak-kanak pada peringkat di sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belum matang untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya contoh memegang pensil dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap. Kebanyakan perkembangan motor dibahagian tangan lebih penting dan ketara daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Emosi Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa diperingkat pra sekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat semakin matang pengawalan emosinya. Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan 11

orang lain. Melalui seni juga dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil lukisan yang dihasilakan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga jika dalam permainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. jika kuat pukulan alat muzik memungkinkan terdapat gangguan emosi tetapi jika pukulan stabil, besar kemungkinan emosinya baik. Rohani Melalui seni dalam pendidikan aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral. Seperti memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah, Penggunaan senikata lagu Pengucapan seperti `terima kasih disampaikan seberapa kerap yang boleh. Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji. Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak sebaliknya perbanyakkan kata-kata memuji dan menghormati kanak-kanak. Intelek Pada peringkat ini kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar. Pada peringkat ini juga mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca . Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu situasi yang dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri. Pada peringkat 11 ke 12 tahun berlaku perubahan daripada pengolahan 12 `budak baik `tahniah hendaklah

secara konkrit kepada pengolahan secara format. Pada peringkat ini kanakkanak masih terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Wujudkan peluang kepada mereka menerangkan pemikiran mereka. Sosial Peranan keluarga, masyarakat dan sekolaah sangat penting dalam

membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan dapat menilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat diperkembangkan. Oleh itu peranan guru sangat penting membantu kanak-kanak untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Berdasarkan teori pembelajaran oleh Albert Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada: Melihat Meniru Memerhatikan tingkah laku orang lain

Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai, teori pemerhatian aatau teori peniruan. Mengikut aspek yang penting dalam teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Estetik Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik, dimana mereka telah boleh menilai tentang konsep keindahan dan kecantikan. Untuk itu latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. Kanak-kanak akan dididik untuk memperolehi konsep hak kita adalah hak semua. Bermakna konsep perkongsian hendaklah ditekankan. Apabila konsep ini dapat diterapkan ke dlalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya. 13

Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak

Sila jelaskan sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak?

Seni dalam Pendidikan membantu memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak dapat memuaskan naluri semulajadi dan keinginan spontan mereka. Sehubungan itu anda perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983:11-12) telah mengenalpasti sembilan keinginan asas kanak-kanak. Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan itu, anda dikehendaki memberi contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak. 1. Keinginan untuk Bergerak kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegitan fizikal. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

2.

Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

3.

Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. 14

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 6. Keinginan untuk meneroka. Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

7.

Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiiviti kreatif. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

8.

Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. ______________________________________________________________ 15

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh persekitaran. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ _______________________________________________________________ dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan

1.2.2

Perkembangan dan tumbesaran Kanak-kanak Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanakkanak adalah mengikut peringkat- peringkat. Pada setiap peringkat itu kanakkanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Aktiviti Seni dapat direkabentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat itu dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai bahan, cara dan teknik, kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Aktiviti Seni juga mudah direkabentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan cara yang tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Aktiviti seni juga mudah dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya. Viktor Lowenfeld dan Brittain ( 1986), telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan 16 subjek dan enviromen belajar dapat

disesuaikan

mengikut

peringkat

perkembangan

untuk

merangsangkan

pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Viktor Lowenfeld dan Brittain, pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak , objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan sehariannya diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara semulajadinya. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbuhbesaran kanak-kanak juga berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedarnya. 1.3 Deria dan Seni

Deria dan Seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan . Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu sesorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

Peta Minda

17

Rajah 3: Deria dan Seni Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu.. Deria dan seni membolehkan individu menerokaalam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu sesorang melalui ekplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktivit-aktiviti Seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

Untuk mengetahui kepekaan deria anda dengan lebih baik tentu seronok jika kita melakukan melalui aktiviti. Berikut adalah cadangan aktiviti-aktiviti meneroka kepekaan deria anda yang merupakan bahagian penting dalam hidup anda. 18

1.3.1 Perkembangan kepekaan deria kanak-kanak Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada disekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Murid mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini kanak-kanak telah mula memperolehi kordinasi dan kawalan otot. Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui explorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. SENTUHAN Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk membuat pelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala didalam muzik pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah disebabkan kerana murid terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasi atau mengubah suaikan satu-satu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula mereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. DENGAR 19

Mendengar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskan. Bagitulah juga dengan aktiviti muzik, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan ber bergerak sama ada cepat atau lambat. LIHAT Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pemgamatan dan berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran dengan berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. RASA Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid. Dengan menggunakan deria ini pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. HIDU Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran mengenai konsep yang diajar oleh guru.

Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya 20

untuk membentuk penanggapan yang baik. Pendekatan Inkuiri Penemuan Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Murid akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada murid. Pendekatan Deduktif Pendekatan Deduktif merupakan prosedur yang berpangkal pada suatu peristiwa umum, yang kebenarannya telah diketahui atau diyakini, dan berakhir pada suatu kesimpulan atau pengetahuan baru yang bersifat lebih khusus. Kaedah ini diawali dari pembentukan teori, hipotesis, dan lain-lain.

1.3.2 Kepentingan kepekaan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sila buat perbincangan tentang kepentingan Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi dalam bentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai pengamatan. Untuk itu pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya. Jangkaan (Rajah) Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman dan Susunan objek

21

Catatkan mengikut masa yang ditentukan: Satu eksplorasi untuk mengetahui dan menajamkan deria semasa berinteraksi dengan persekitaran.

Rumusan Setelah anda mengikuti aktiviti-aktiviti di atas, anda tentu telah dapat mengenal pasti kepentingan deria dalam setiap aktiviti-aktiviti kesenian. Aktiviti-aktiviti tersebut memperlihatkan bahawa kepekaan deria dapat dibentuk dan meningkatkan pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Secara tidak langsung ia dapat membantu dan meningkatkan lagi proses pembelajaran anda.

TUGASAN TERARAH 1. 2. Dengan merujuk daripada bahan daripada buku dan internet, jelaskan perkaitan dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan. Huraikan `deria dan seni

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

22

Anda mungkin juga menyukai