Anda di halaman 1dari 8

Tajuk 5

MENEROKA, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN MENGEKSPRESI MELALUI SENI

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi melalui seni. senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Meinterpretasi dan definisi tentang meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi melalui Seni. 2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan dengan meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi. 3. Membina kepekaan persepsi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Mengekspresi Melalui Seni

Meneroka

Memperoleh Pengalaman

Ekspresi

KANDUNGAN 5. Pengenalan Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktivtit pembelajaran. Tajuk ini bukan sahaja menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan seni Dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Seni Dalam Pendidikan mengajar murid bagaimana cara untuk menangani secara produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, apa yang mereka tanggap dan rasa melalui pelbagai bahasa (as rich as words and as lyrical as music, as stimulating as colours and as active as moving).

5.1

Meneroka

Apa yang anda faham dengan perkataan meneroka dalam seni?

Penerokaan membawa maksud menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam erti kata lain menroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan kaedah.Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa proses ini berlaku guru tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankannsebaliknya guru hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing dan membimbing murid untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka. Anda digalakkan untuk meneroka dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan murid seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. 2

Rajah 5.1: Pelbagai cara untuk meneroka Murid-murid didedahkan kepada pengalaman menroka melalui pelbagai aktiviti seperti: Memainkan alat muzik atau menyertai satu kumpulan nyanyian. Kegiatan seni visual dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan. Pelbagai pergerakan fizikal.

5.1.1

Meneroka Alat dan Bahan

Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti -aktiviti lantai murid juga digalakkan untuk meneroka pengalamana peralatan. Seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Sesetengah sekolah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka rangka panjat sahaja untuk mendapatkan pengalaman peralatan. Murid pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang 3

bertingkat. Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk memindahkan keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya. 5.1.2 Idea dan Isi Kandungan

Murid digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat di dalam pergerakan seperti aktiviti bidang Menggambar seperti kolaj dengan menggunakan pelbagai bahan seperti biji-bijian, plastik dan sebagainya.Murid digalakkan mencari idea asli dengan membuat ekprementasi alat dan bahan. 5.1.3 Cara pengelolaan, olahan dan manipulasi

Murid ditahap penggunaan dan kecekapan d sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi. Diatas pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali cuba untuk mempraktikkan lagak ngeri gimnastik artistik sebagai gerak balas kepada perlakuan gimnastik. Pelajar akan melakukan aksi-aksi seperti; Dirian tangan Roda kereta Gulingan dan sebagainya

Kemungkinan ada murid yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu bimbingan guru adalah penting pada peringkat ini.

5.2

Memperoleh Pengalaman Pengalaman dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka. Seni Dalam Pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang membentuk pengalaman ini akan memberi peluang 4

kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

Rajah 5.2: Pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman

5.2.1 Mengaplikasikan pelbagai strategi dan aktiviti mudah untuk memperoleh pengalaman. Segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang telah diperolehi. Antaranya adalah berdasarkan kepada pengalaman permainan. Sebagai contoh, kemahiran membaling dan menangkap pundi-pundi kacang bersama rakan mungkin dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran membaling dan menangkap bola jaring atau bola lisut. Untuk itu , rancangan-rancangan yang terdapat di dalam permainan boleh di susun kepada tiga kategori pengalaman mengikut tahap kemahiran murid antaranya ialah: 5.2.2 Memperoleh pengalaman pelbagai arah dan jarak menggunakan muzik, seni visual dan pergerakan. Sila jelaskan bagaimana murid dapat memperolehi pengalaman pelbagai arah dan jarak menggunakan muzik, seni visual dan pergerakan. 5.2.3 Memperoleh pengalaman corak irama melalui muzik, seni visual dan pergerakan. Sila jelaskan bagaimana murid dapat memperolehi pengalaman irama melalui muzik, seni visual dan pergerakan.

corak

5.3 Ekspresi

Apakah yang anda faham dengan maksud ekspresi dalam seni?

Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah: Perasaan Lisan Reaksi Emosi Bukan Lisan Idea

5.3.1 Meluahkan perasaan melalui ekspresi mud,idea, maklumat yang berbeza melalui aktiviti kreatif seni visual, muzik dan pergerakan. Perkataan perasaan merupakan satu konsep yang susah hendak dihuraikan tetapi ia hampir sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah laku kanakkanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanak-kanak itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian. Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu itu tidak sama dengan individu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari segala segi.

Sila jelaskan sifat kesan yang ekspresif dalam aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dan menghubungkaitkan dengan isi pelajaran.

RUMUSAN Penerokaan , memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ia adalah disebabkan tajuk ini murid diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. RUJUKAN Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York:Thomson Delmar Learning. Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum Studies pp. 245-256 Lowefeld, V. & Brittain, W. L.(1986), Creative and mental growth, New York: Macmillan

TUGASAN TERARAH 1. 2. Dengan merujuk daripada bahan daripada buku dan internet, jelaskan perkaitan dan kepentingan meneroka, memperolehi pengalaman dan mengekspresi melalui seni.. Huraikan dengan jelas maksud memperolehi pengalaman dalam seni Dalam Pendidikan.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

Anda mungkin juga menyukai