Anda di halaman 1dari 14

1.0 Sinonim, homonim, hiponim, kepoliseman, akronim dan singkatan dalam aspek tatabahasa dan peristilahan Bahasa Melayu.

1.1 Peristilahan Bahasa Melayu Proses pembentukkan istilah baharu bersesuaian dengan keadaan semasa yang mementingkan sains dan teknologi dalam pengajaran. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Peristilahan juga merupakan satu perkembangan baru. Istilah ialah kata- kata khusus yang dibentuk bagi menampung keperluan bahasa Malaysia, untuk

mengungkapkan konsep, idea dan proses ilmiah termasuk benda yang baru yang belum pernah wujud dalam bahasa itu dulu.Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah memberi peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa.

1.2 Aspek Semantik Peristilahan Aspek makna amat penting dalam pembentukan istilah. Oleh sebab itu, makna penting untuk menerbitkan istilah- istilah yang maknanya berhubungan.

1.2.1Sinonim Perkataan sinonim atau seerti terdiri daripada perkataan- perkataan yang mempunyai makna yang sama. Maksud sama bukanlah bererti seratus peratus sama. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan- perkataan yang menunjukkan keserupaan yang cukup untuk dikatakan perkataan- perkataan itu mempunyai makna yang sama. Sinonim selalunya terdiri antara perkataan- perkataan yang dipinjam dengan perkataan- perkataan asli bahasa tersebut, atau kedua- duanya dipinjam. Contohnya perkataan kereta dan motokar kelihatan seakan- akan seerti. Kereta sudah sedia ada dalam bahasa Melayu manakala motokar baru sahaja dipinjam. Kata pinjaman daripada bahasa inggeris pada hari ini kerap digunakan. Selain itu, ada juga perkataan sinonim berasal daripada perkataan- perkataan

dialek yang berlainan. Contohnya ada penutur daripada dialek berlainan memanggil ibu, sebagai emak, atau che bergantung kepada dailek penutur tersebut. Gejala ini berlaku semata- mata kerana penutur dari daerah yang berlainan menuturkan bahasa yang berlainan atau bentuk pertuturan yang berlainan. Sinonim juga boleh wujud kerana gaya yang berlainan. Ini bermaksud kita boleh mengubah gaya bahasa yang kita tuturkan mengikut konteks. Gaya bahasa yang kita gunakan semasa bercakap dengan sahabat berbeza dibandingkan dengan gaya bahasa yang kita gunakan dalam majlis rasmi. Contohnya perkataan mangkat, wafat, mati, kojol, kejang dan mampus semuanya bermakna mati. Perkataan mangkat digunakan untuk raja, wafat untuk nabi dan ulama, manakala mati untuk orang biasa, dan kojol, mampus serta kejang untuk menyatakan erti yang sama tetapi kurang sopan. Perbezaan ini disebabkan kerana gaya atau kesan yang mahu ditimbulkan. Disamping itu, sinonim juga turut menyatakan tentang nilai yang berlainan. Misalnya, perkataan seperti penyanyi, pelakon dan sebagainya. Untuk penyanyi ada perkataan biduan dan untuk pelakon ada perkataan seniman. Penyanyi dan biduan dapat dikatakan sinonim, yang berbeza hanya dari segi nilainya. Biduan bukan hanya membawa makna yang lebih tinggi tetapi membawa nilai tertentu. Begitu juga halnya antara pelakon dan seniman. Biduan dan seniman dipandang lebih tinggi dan sesuatu

nilai tertentu. Biduan dan seniman dipandang sebagai orang yang telah mencapai peringkat professional. Selain itu, ada sinonim yang terhad pada konteks tatabahasa dan maknanya. Misalnya perkataan banyak dan ramai. Perkataan banyak digunakan untuk segala macam kata nama, manakala ramai hanya dalam konteks manusia sahaja. Ramai tidak boleh digunakan untuk binatang atau barang. Begitu juga, dengan perkataan telur yang buruk dikatakan tembeleng, dan nasi dikatakan basi. Kedua- duanya membawa erti busuk atau rosak, tetapi pemilihannya ditentukan menurut kata nama. Melalui ini dapat dirumuskan dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.

sinonim pinjaman

Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

sinonim konteks

Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

sinonim laras sosial

Digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

sinonim kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

Homonim Homonim menurut ialah kata yang sama ejaan atau lafaznya tetapi

mengungkapkan makna yang berbeza kerana berasal daripada sumber yang berlainan. Homonim yang terjadi kerana sama ejaan, ialah homograf dan sama sebutan ialah homofon. Homograf merupakan bentuk istilah yang sama ejaannya, tetapi mungkin lain lafaznya. Contoh: Perang = warna merah yang kekuning- kuningan. Perang = situasi pergaduhan, perkelahian atau pertempuran

Homofon merupakan bentuk istilah yang sama lafaznya, tetapi berlainan ejaannya. Contoh: sangsi dan sangksi masa dan massa

Homofon

agak sukar ditemui dalam bahasa Melayu kerana sistem sebutan

bahasa Melayu berdasarkan nilai bunyi dengan mengambil kira bunyi persekitaran maknanya. Jika sesuatu perkataan itu mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna juga menunjukkan perkataan yng tidak sama. Dalam kajian semantik makna lebih dipentingkan. Sebutan dan ejaan juga turut diambil kira bagi melihat perbezaan makna sesuatu kata. Homonim merujuk kepada hubungan antara homonimi. Homonim juga merujuk kepada dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonimi. Contohnya perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama dengan kepala surat yang letaknya dibahagian atas.

Manakala penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. Jika sesuatu ayat atau perkataan itu mempunyai lebih daripada satu interpretasi ia akan menimbulkan kekaburan makna. Contoh ayat- ayat berikut: 1. Dia masuk ke rumah lalu menutup pintu. 2. Setiap hari dia lalu di hadapan rumah saya. Melalui ayat di atas dapat dilihat perkataan lalu membawa makna yang berbeza. Ayat (1) lalu merupakan kata hubung yang menyambungkan dua klausa yang setara menjadi satu. Dalam ayat (2), lalu membawa maksud melintas atau menempuhi.

Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, teres, berkembar, dan pangsa merupakan hiponim kepada rumah. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata- kata yang lebih khusus. Sebagai contoh, merah, biru, hijau, dan kuning merujuk kepada warna. Dari segi gambaran leksikal, kata - kata tersebut mempunyai ciri [ +warna ] yang menunjukkan perkataan tersebut merupakan kelas kata yang mempunyai ciri yang serupa. Kadangkala tidak terdapat satu kata umum yang dapat menggambarkan satu set hiponim. Sebagai contoh, rambutan, durian, langsat dan manggis ialah hiponim kerana kesemuannya merujuk kepada buah- buahan tempatan, tetapi tidak ada satu perkataan yang dapat digunakan bagi menunjukkan hiponim bagi set kata tersebut.

Akronim Istilah akronim ialah singkatan yang berupa gabungan huruf awal, suku kata ataupun campuran huruf dan suku kata dari deret kata dan yang ditulis serta diucapkan sebagai sebuah kata baru. Akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu i. ii. iii. iv. Cantuman huruf awal perkataan. Cantuman huruf dan suku kata perkataan. Cantuman suku kata awal perkataan Cantuman bahagian awal perkataan pertama dan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

(i)

Cantuman huruf awal perkataan Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakannya terdiri daripada nama khas. Oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya.

Contoh: ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia

(ii)

Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Terhasil daripada cantuman dan suku kata sejumlah perkataan. Contoh: Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Mara- Majlis Amanah Rakyat.

(iii)

Cantuman suku kata awal perkataan Dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Contoh: Bernama- Berita Nasional Malaysia. Cerpen- cerita pendek.

(iv)

Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Kata akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contonya: Jentolak- jentera tolak Debunga debu bunga.

Singkatan Singkatan dan lambang juga dianggap sebagai sebahagian daripada

pembentukan kata. Istilah singkatan ialah bentuk istilah yang tulisannya dipendekkan menurut tiga cara yang berikut: a. Istilah yang bentuk tulisannya teridri daripada satu huruf atau lebih, tetapi bentuk tulisannya terdiri daripada satu huruf atau lebih, tetapi bentuk lisannya sesuai dengan bentuk istilah lengkapnya. Contoh: l = liter cm = sentimeter b. Istilah yang bentuk tulisannya terdiri dariapda satu huruf atau KVA ( kilovoltampere ) yang dilisannkan = K- V- A c. Istilah yang dibentuk dengan meninggalkan satu bahagiannya atau lebih. Misalnya: lab yang berasal dariapda laboratorium.

Kepoliseman Menurut Abdullah Hassan 1992: 165 polisem ialah perkataan yang mempunyai banyak makna. Polisem ini hampir sama dengan homonim yang juga mengandungi banyak makna. Polisem mengandungi makna yang lebih luas daripada homonim yang melihat

bunyi dan ejaan yang sama. Polisem tidak terbatas pada perkataan sahaja tetapi juga kelompok kata dan ayat. Polisem berlaku kerana beberapa sebab iaitu : a. Pemenggalan bunyi Sesuatu ujaran boleh berbeza maknanya jika pemenggalan bunyinya berbeza. Contoh : (i) (ii) be/li/kan//tin be/li//kan/tin

Contoh pada (i) bermakan seseorang itu disuruh membeli tin, manakala contoh (ii) bermakna seseorang itu disuruh membeli kantin. b. Imbuhan Sesuatu binaan kata berbeza maknanya sekiranya imbuhannya berbeza. Ada juga imbuhan yang sama mempunyai makna yang berbeza. Contohnya perkataan pe + latih boleh bermakna orang yang dilatih dan orang yang melatih.

c. Kelompok kata Sesuatu perkataan boleh berubah maknanya apabila menjadi kelompok kata ( Abdullah Hassan 1988:73 ) yang bertugas sebagai kata paduan. Perkataan makan bermakna mengunyah sesuatu dan menelannya. Perkataan makan nasi bermakna mengunyah nasi dan menelannya. Perkataan makan angin bermakna bersiar- siar.

2.0 Konsep sinonim, homonim, hiponim, kepoliseman, akronim dan singkatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, konsep sinonim, homonim, hiponim, kepoliseman, akronim, dan singkatan perlu diperjelaskan konsepnya kepada murid-murid. Ini bertujuan supaya tidak menimbulkan salah tafsiran makna dan kekeliruan dalam sesuatu makna. Contohnya, perkataan homonim bagi homofgraf perang yang memberi dua makna yang berbeza. Murid mungkin memahaminya

sebagai situasi pertempuran, atau mungkin juga sebagai warna

merah kekuning-

kuningan. Jadi, konsep-konsep ini perlu diajarkan kepada murid agar murid dapat memahami penggunaan perkataan mengikut konteks yang sesuai dan dapat membezakan makna bagi kedua-duanya. Dalam menjelaskan konsep-konsep ini, guru seharusnya memilih cara dan kaedah yang sesuai agar murid dapat memahami konsep ini dengan mudah. Contohnya untuk mengajar tentang homonim tadi iaitu perang bagi warna guru boleh menggunankan bahan maujud dengan membawa kain yang berwarna perang manakala bagi situasi peperangan guru boleh menunjukkan gambar situasi pertempuran. Melalui penggunaan bahan- bahan maujud ini guru mudah menjelaskan sesuatu maksud dan dapat mengelakkan berlakunya kekaburan makna dalam sesuatu perkataan.

3.0 Pengaplikasian konsep- konsep sinonim, homonim, hiponim, kepoliseman, akronim dalam pengajaran.

Konsep- konsep ini dapat diaplikasikan dengan menggunakan pelbagai kemahiran dan kaedah mengajar oleh guru. Bagi mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempunyai kemahiran pedagogi yang mantap dan secukupnya. Bagi mengaplikasikan konsep sinonim yang lebih dikenali sebagai kata seerti, yang bermakna sesuatu kata itu dianggap sebagai sinonim bagi sesuatu kata lain jika kedua-duanya mempunyai makna yang sama. Bagi memperjelaskan kepada murid tentang konsep sinonim, guru boleh menggunakan pelbagai cara dan kaedah semasa pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan konsep sinonim boleh dilaksanakan secara tidak langsung. Sebagai contoh dalam aktiviti membaca guru boleh meminta murid untuk mengeluarkan perkataan

yang dihitamkan atau bergaris pada teks petikan dan menggantikan dengan perkataan baru. Guru memberikan beberapa contoh perkataan baru, murid diminta menggantikan perkataan yang bergaris atau yang dihitamkan dalam teks petikan dengan perkataanperkataan yang diberikan oleh guru. Kemudian, guru memperjelaskan konsep sinonim

dengan mengaitkan aktiviti yang dilaksanakan oleh murid. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid, guru boleh menjalankan aktiviti permainan bahasa seperti memadankan gambar atau perkataan yang sama makna atau sebagainya. Selain itu, guru boleh juga menggunakan kaedah induktuf iaitu dengan memberi contoh gambar yang sama. Melalui kaedah iniilah guru- guru dapat memperjelaskan konsep sinonim kepada murid- murid.

Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu, sering berlaku salah tafsiran makna yang banyak disebabkan kata yang datang dari homonim. Homonim terbahagi kepada dua iaitu homograf dan homofon. Bagi menerangkan konsep homonim, guru boleh mengadakan aktiviti dengan membawa bahan- bahan yang berlainan jenis untuk menunjukkan atau mengajar sesuatu kepada murid- murid. Pengajaran konsep homonim boleh diperjelaskan secara tidak langsung melalui aktiviti kemahiran berbahasa yang lain. Konsep homonim boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan guru meminta murid mencari makna sesuatu perkataan yang dan diminta menulisnya di dalam buku. Setelah murid dapat mencari maksud perkataan tersebut murid boleh membina ayat berdasarkan situasi yang berbeza, yang dapat menunjukkan makna dan situasi yang berbeza. Manakala konsep hiponim iaitu kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, teres, berkembar, dan pangsa merupakan hiponim kepada rumah. Pengajaran dan pembelajaran tentang konsep hiponim lebih mudah untuk disampaikan berbanding konsep lain. Dalam memperjelaskan konsep hiponim, guru boleh menjalankan aktiviti permainan bahasa. Sebagai contoh, permainan bahasa ini boleh dijalankan dengan guru menampal jenis yang mewakili superordinat pada papan tulis atau kad manila. Contohnya perkataan rumah dan buah, murid dikehendaki menyenaraikan pelbagai jenis buah dan rumah yang mereka ketahui.

Konsep polisem pula yang bermaksud perkataan yang mempunyai banyak makna. Polisem ini hampir sama dengan homonim yang juga mengandungi banyak makna. Polisem mengandungi makna yang lebih luas daripada homonim yang melihat bunyi dan ejaan yang sama. Untuk memperjelaskan kepada murid mengenai konsep ini, guru boleh juga meminta murid mencari makna dalam kamus tetapi ia agak sukar untuk guru memperjelaskan makna tersebut. Jadi, pengajaran konsep ini boleh dilaksanakan dengan memberikan contoh pelbagai jenis ayat menggunakan perkataan yang sama. Contoh : Perkataan banyak yang membawa maksud jumlah, ramai dan terlalu. Melalui maksud tersebut ia boleh menghasilkan pelbagai jenis ayat dan membawa makna yang berbeza. Melalui ini guru boleh meminta murid menghasilkan ayat berdasarkan maksud yang berbeza. Contoh ayat yang dapat dihasilkan dariapda perkataan banyak iaitu: 1. Saya mendapat makanan yang banyak. 2. Banyak orang menyertai kursus itu. Bagi ringkasan dan akronim, guru boleh memperjelaskan konsep tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung kerana singkatan dan akronim banyak digunakan. Malah kandungan teks biasanya banyak mempunyai istilah singkatan dan akronim. Untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran guru boleh menggunakan kaedah terus. Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan seharihari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan akronim, harus diterangkan dengan jelas asal perkataan tersebut. Contohnya tadika berasal daripada perkataan taman didikan kanakkanak. Akronim ini merupakan cantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Secara keseluruhannya, konsep- konsep ini dapat diaplikasikannya dengan menggunakan strategi yang sesuai berpusatkan bahan. Aktiviti yang berpusatkan

kepada bahan memudahkan murid untuk memahaminya dengan jelas. Bagi ringkasan dan akronim, guru boleh memperjelaskan konsep tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung kerana singkatan dan akronim banyak digunakan. Malah kandungan teks biasanya banyak mempunyai istilah singkatan dan akronim. Jadi, guru boleh menerangkan konsep secara terus tanpa memerlukan aktiviti yang khusus.

4.0 Penutup Secara keseluruhannya, taksa merupakan kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya, iaitu yang mampu menghasilkan pelbagai maksud, yang mempunyai lebih daripada satu makna. Ini dapat dilihat apabila seorang penutur mengujarkan sesuatu kata, akan meimbulkan kekeliruan jika tidak menggunakan intonasi dan jeda yang betul. Kita juga sering keliru dalam memahami makna yang diucapkan oleh orang yang bercakap dengan kita dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan kerana terdapat perkataan-perkataan yang kurang jelas maknanya untuk difahami. Konsep taksa dan ketaksaan boleh diperjelaskan kepada murid dengan mudah secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses

pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara berperingkat dari pekaraa yang mudah kepada perkara yang lebih kompleks. Konsep ketaksaan ini boleh diajarkan atau diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah induktif. Konsep ini perlu diterangkan kepada murid secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran seperti permainan bahasa, latihan pengukuhan atau sebagainya. Konsep ketaksaan ini menjadi lebih berkesan jika diterangkan dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti bahan maujud dan sebagainya. Mankala konsep sinonim, homonim, hiponim, kepoliseman, akronim dan singkatan dalam aspek tatabahasa dan peristilahan Bahasa Melayu saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, konsepkonsep ini diperjelaskan secara tidak langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. penerangan mengenai konsep ini dapat dilakukan melalui aktiviti atau

melalui latihan oleh guru.

Guru juga boleh mempelbagaikan kaedah untuk

memperjelaskan konsep ini dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai