Anda di halaman 1dari 42

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT SENARAI KANDUNGAN PRAKATA BORANG KOLABORASI 1.0 PENDAHULUAN 2.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK 2.1 Strategi 2.2 Pendekatan Pembelajaran 2.3 Kaedah 2.4 Teknik Pengajaran 3.0 JENIS-JENIS AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA 3.1 Kemahiran Bahasa 3.2 kemahiran Mendengar 3.3 Kemahiran Bertutur 3.4 Kemahiran Membaca 3.5 Kemahiran Menulis 3.6 Rumusan 4.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 4.1 Rancangan Pelajaran Harian Kemahiran Mendengar dan Bertutur 4.2 Rancangan Pelajaran Harian- Kemahiran Membaca 4.3 Rancangan Pelajaran HarianKemahiran Menulis 5.0 REFLEKSI 6.0 BIBLIOGRAFI 1 2 3 4 5 -15 5 6 9 11-15 15 -24 15 16 17 19 21 24 25-34 25 29 34 38 39

LAMPIRAN

40

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104 ini telah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga saya sendiri. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah kami iaitu Encik Ahmad Ramli bin Sanusi yang banyak memberikan penerangan dan membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan Kelas BMM2 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar sekolah saya yang memahami dan memberi dorongan untuk kami meneruskan pembelajaran di peringkat ini.

Sekian , terima kasih.

REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA KUMPULAN : NORLEDA BT. SAIDIN : BMM2

MATA PELAJARAN: BMM 3104 PENSYARAH PEMBIMBING : EN. AHMAD RAMLI B. SANUSI

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

TANDA TANGAN

18.02.2012

i.

Penerimaan tugasan

Pensyarah memberi taklimat dan penerangan

22.02.2012

ii.

Perbincangan dengan rakan

Mencari bahan

28.02.2012

iii.

Perbincangan dengan rakan

Mengemaskini draf

03.03.2012

iv.

Penyemakan oleh pensyarah.

Memurnikan draf

10.03.2012

v.

Penghantaran kerja kursus

1.0 PENDAHULUAN

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3104) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada pendekatan kaedah, strategi dan teknik pengajaran. Dalam melaksanakan perkara tersebut, tumpuan adalah diberi kepada pelaksanaan aktiviti kemahiran bahasa secara berhieraki, agar pelajar dapat menguasai kemahiran bahasa itu secara semula jadi. Pelajar didedahkan kepada
4

komponen kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan mengaplikasikan pelbagai aktiviti seperti simulasi, main peranan, permainan bahasa dan sebagainya agar pelajar dapat memahami dan mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

2.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sebagaimana berikut:

STRATEGI
PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK 5

RAJAH 1 2.1 Strategi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1305), strategi ditakrifkan sebagai rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor ) untuk mencapai matlamat atau kejayaan; - dua (tiga) serampang strategi yang terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan dalam memilih pendekatan, kaedah dan juga teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran .Strategi juga lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan juga segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan masa dan sebagainya. Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan dalam proses pembelajaran. Menurut sukatan pelajaran tahun dua (2003: 7-10) strategi pengajaran dapat dilaksanakan melalui beberapa pendekatan iaitu pendekatan yang berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran yang bertema, penyerapan, bacaan luas, penggabungjalinan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Strategi yang baik membolehkan murid menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Di samping itu, penggunaan teknik-teknik yang bersesuaian dengan murid mampu menarik minat mereka terhadap pelajaran dan menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6

2.2 Pendekatan Pembelajaran 2.2.1 Definisi Pendekatan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai titik tolak atau sudut pandang kita terhadap proses pembelajaran, yang merujuk kepada pandangan tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih sangat umum, di dalamnya mewadahi, menginsiprasi, menguatkan, dan mendasari langkah-langkah pembelajaran dengan merangkumi teori-teori tertentu. Jika kita lihat pada kajian-kajian yang telah dilakukan pembelajaran terdapat dua jenis pendekatan. Dua pendekatan tersebut adalah pendekatan yang berpusatkan pada murid dan pendekatan pembelajaran yang berpusat pada guru. Cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektif.

Kamus Dewan

Definisi Pendekatan

Konteks Pendidikan

RAJAH 2 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Pada definisi pendekatan yang telah dikupaskan seperti di atas, telah diterangkan bahawa terdapat dua jenis pendekatan pengajaran. Pertamanya ialah pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru dan kaedah-kaedah yang seiring dengan

pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi. Pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah pendekatan yang kedua, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

2.2.2 Pendekatan Pengajaran Induktif, Deduktif dan Elektif.


Guru mengemukakan contoh yang khusus kepada murid. Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat maklumat

Pendekatan Induktif

Murid membuat kesimpulan umum daripada maklumat yang diterima

Guru perlu memberikan beberapa contoh supaya murid dapat memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terdapat dalam semua contoh yang diberikan. Kaedah ini dapat memudahkan murid-murid untuk mengingati dan memahami kerana murid membuat kesimpulan sendiri.

Selain itu, Pendekatan Deduktif juga sering diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P). Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan cerakinan. Pendekatan ini kebiasaannya akan dimulakan dengan satu kajian secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan. Pendekatan ini juga kebiasaannya menggunakan penguasaan peraturan atau hukuman daripada aspek penggunaan. Maklumat yang umum akan dicerakinkan ke dalam bentuk yang lebih spesifik. Contoh mudahnya adalah topik kepada sub-topik. Pendekatan Elektif pula adalah merupakan kombinasi pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Guru berperanan untuk memastikan agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu memberikan input terlebih dahulu bagi memudahkan murid untuk membuat rumusan dan memberikan contoh. Pendekatan ini kebiasaannya

menggunakan banyak latihan tetapi guru perlu mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak agar ia sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris. Contohnya jika kita rujuk pada teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behaviouris atau SR maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

2.3 Kaedah Kaedah ditakrifkan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu (terutama yang bersistem atau yang biasa) mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu) menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:557).

Di samping itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu siri tindakan guru yang bersistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah juga lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga merupakan pendokong bagi pendekatan yang dipilih. Terdapat pelbagai kaedah mengajar seperti kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah elektik dan kaedah gabung jalin ( Abd Aziz Abd Talib, 2000) Manakala semua kaedah pengajaran adalah bermatlamat untuk kemahiran bahasa murid. Selain daripada empat kaedah di atas terdapat juga berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang terkenal yang telah dicipta oleh ahli pendidikan bahasa antaranya ialah kaedah latih tubi, kaedah terus, kaedah dengar dan sebut, kaedah bersiri, kaedah terjemahan, kaedah tentera dan kaedah tatabahasa, Sebagai contoh, empat kaedah yang sesuai diaplikasikan akan dihuraikan dengan lebih terperinci iaitu :

Kaedah Induktif Kaedah Deduktif Kaedah Elektik Kaedah Gabung Jalin

2.3.1 Kaedah Induktif Kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi perbuatannya) dijelaskan kepada pelajar. Kaedah induktif ini sebenarnya berasaskan teori Jean Piaget. Menurut Piaget kanak-kanak lebih mudah belajar daripada sesuatu yang konkrit kepada yang abstrak terutama bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan mentalnya ( Abd Aziz Abd Talib, 2000)

10

2.3.2 Kaedah deduktif Kaedah deduktif bertentangan dengan kaedah induktif. Menurut kaedah ini, ia akan menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumusan tentang sesuatu pembelajaran bahasa kepada pelajar. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa kaedah ini lebih bersesuaian dijalankan untuk mengajar pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah. Menurut Piaget, pelajar yang berada pada tahap

perkembangan mental sudah boleh berfikir dan memahami sesuatu secara abstrak.

2.3.3 Kaedah Elektik Kaedah elektik merupakan gabungan antara kaedah induktif dan kaaedah deduktif. Kaedah ini sangat bersesuaian dijalankan oleh guru di dalam kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza daya kebolehan. Di dalamnya terdapat murid-murid yang pandai, kurang pandai dan lemah.

2.3.4 Kaedah Gabung Jalin Kaedah ini telah diutarakan oleh H.G Widdowson. Kaedah ini telah dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip ini sangat

menekankan fungsi bahasa yang sebagaimana berlaku dalam komunikasi bahasa. Kebiasaannya perkara yang digabungjalinkan benar-benar terlibat dalam proses komunikasi. Antaranya ialah kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dilihat berlaku dalam dialog, wawancara, perbincangan dan sebagainya. Pengaplikasian kaedah ini perlulah dilaksanakan oleh guru dengan memilih dan menggabungkan satu kemahiran bahasa dengan aktiviti-aktiviti bahasa yang realistik dan benar-benar menggambarkan situasi penggabungan kemahiran dalam komunikasi.

2.4 Teknik Pengajaran

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
11

atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. (Mengantar Simanjuntak 1981 :57). Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang guru pilih seharusnya selaras dengan kaedah yang digunakan. Guru seharusnya bijak menggunakan pelbagai teknik pengajaran kerana ia membantu dalam mencapai objektif yang diharapkan dalam Rancangan Pembelajaran Harian (RPH).

12

Teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benarbenar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik forum

Teknik sumbangsaran

Teknik soal jawab

Teknik dialog

Teknik kuiz

Teknik inkuiri

Teknik perbincangan

Teknik perbahasan

Teknik bercerita

Teknik main peranan

Teknik drama

Teknik simulasi

Teknik latih tubi

Teknik permainan bahasa

RAJAH 3 : TEKNIK PENGAJARAN 2.4.1. Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Ia bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini, guru dapat membantu murid dalam mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini juga pelajar akan mengalami proses
13

mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa. Aspek Kebolehan Menggunakan Bahasa Sebutan (accent) Aktiviti-aktiviti yang disarankan menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammer) penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

JADUAL 4 : ASPEK KEBOLEHAN MENGGUNAKAN BAHASA DALAM TEKNIK LATIH TUBI

2.4.2 Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau
14

tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini juga pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Secara tidak langsung pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah sebenar. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan melalui teknik ini terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

2.4.3 Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Contohnya pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Dramatisasi ini tiada kaitan dengan penghafalan skrip atau dengan kata lain pelakon-pelakon yang dipilih guru itu cuba menjayakan wataknya dengan spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

2.4.4 Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Pada peringkat rendah seperti tahap satu di sekolah rendah permainan bahasa boleh dilakukan dan tahap dua pula boleh dilakukan perbincangan yang lebih serius dan sedikit kompleks.

15

2.4.5 Teknik Soal-Jawab

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah satu bentuk teknik yang mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

3.0 JENIS-JENIS AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA 3.1 Kemahiran Berbahasa


Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran menengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancer dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan yang diberikan adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran berbahasa ini merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

16

3.2 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. 3.2.1 Aktiviti Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama iaitu murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal. Aktiviti pula adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapt mengusai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan guru ialah mendengar dan menyebut pelajar

perkataan.Pelajar

mendengar

menyebut
17

perkataan,

seterusnya

dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Perkataanperkataan seperti ladang , padang lantai/pantai, lali/lori, galah/kalah dan sebagainya boleh digunakan dalam aktiviti tersebut. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk

memaksimumkan kesannya. Contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaraan yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar perkataan. Contoh perkataan-perkataan yang hamper sama bunyi yang boleh diuji adalah seperti buku, kuku, duku dan lainlain lagi. Selain itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah: I. II. III. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.

3.3

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai
18

selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisna ini mempunyai kolerasi antara satu dengan lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanakkanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan.

Menurut Nor Aina Dani (2007) satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyibunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekana suara ) , jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsure-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancer. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.3.1 Aktiviti-aktiviti Bertutur

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang

membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan cirri-ciri prosodi dapat dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti itu bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.

Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti berbual. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Aktiviti ini boleh melibatkan perbualan antara guru dengan murid, atau murid dengan rakannya. Ketika murid bercerita, guru menyusun strategi. Antara strategi yang guru boleh laksanakan adalah menyenaraikan isi-isi yang disebutkan oleh murid dalam perbualan itu. Kemudian pilih salah satu isi yang penting dan dibincangkan

19

secara mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan mengemukakan soalan bagi merangsang jawapan murid.

3.4

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca adalah satu komponen dalam kemahiran berbahasa yang amat penting dalm proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca juga akan dapat membantu dalam menguasai kemahiran menulis. Menurut Kamarudin Hj.Husin (1988) dalam Siri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Konsep kemahiran membaca pula mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika mereka boleh menyuarakan tulisan walaupun tidak memahami lagi isi yang dibacanya. Mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku Pengajian Melayu !:Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik; iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi ia adalah lebih daripada itu. Membaca ialah proses pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif. Psikolinguitik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikan (dalam hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.

20

Terdapat lima peringkat dalam kemahiran membaca iaitu; a) Peringkat menyediakan murid. b) Peringkat mendirikan asas. c) Peringkat melatih membaca dan memahami. d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan. e) Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.

Kemahiran membaca ini pula terbahagi kepada dua jenis bacaan iaitu bacaan bersuara (mekanis) dan bacaan senyap (akaliah). Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Selain itu, ia juga disebut sebagai membaca oral, membaca kuat dan membaca nyaring. Bacaan akaliah / senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Ia juga disebut sebagai membaca di dalam hati. Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.

3.4.1 Aktiviti kemahiran membaca

Aktiviti bacaan seperti membaca kuat ayat tunggal dan majmuk, membaca teks, membaca petikan akhbar , meneliti ejaan, mendapatkan makna perkataan, menjawab soalan pemahaman adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di bawah kemahiran membaca.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini selalunya seiring dengan aktiviti menulis iaitu sebagai peneguhan perkara yang murid-murid pelajari. Maka dalam aktiviti membaca terdapat aktiviti memadankan gambar dengan perkataan, melengkapkan lembaran pengurusan grafik bagi tujuan menyusun maklumat dan menulis isi-isi penting.

21

Bagi peringkat bacaan akaliah atau bacaan senyap, aktiviti yang jelas ditunjukkan adalah menjawab soalan sama ada soalan secara lisan atau bertulis. Aktiviti

membaca buku cerita di perpustakaan dan membuat ulasan adalah satu program yang dijalankan pada peringkat sekolah bagi menggalakkan murid membaca.

Aktiviti-aktiviti kemahiran membaca boleh dijalankan menggunakan bahan bantu mengajar agar pengajaran menjadi menarik dan menyeronokkan. Penggunaan gambar-gambar dan iringan muzik semasa aktiviti melafazkan puisi pasti menjadikan murid-murid tertarik dan berminat mengikuti pelajaran pada hari tersebut.

Kesimpulannya,

aktiviti-aktiviti

kemahiran

membaca

adalah

bertujuan

untuk

membolehkan murid-murid lancar, cekap dan pantas membaca diiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

3.5

Kemahiran Menulis

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsepkonsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.

Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambing-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall
22

(1968) pula menerangkan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat dengan membaca.

Peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok

masyarakat. Peringkat ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.

Bagi peringkat tulisan mekanis pula, ianya berlaku setelah kanak-kanak melaui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.

Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iatu peringkat yang merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Pada peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh pada peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif bagi membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.

3.5.1 Aktiviti Kemahiran Menulis

Aktiviti-aktiviti kemahiran menulis adalah mengikut peringkat-peringkat dalam kemahiran menulis. Pada peringkat pra tulisan, aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah sepeerti membuat contengan, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa, latihan pergerakan

23

mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah, dan melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Pada peringkat yang kedua pula, iaitu tulisan mekanis, aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong, kertas bergaris lebar seterusnya kepada lembaran kertas bergaris kecil. Latihan-latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip huruf, menulis huruf mirip gambar, menekap huruf, menulis huruf dalam suku kata, melengkapkan huruf pada perkataan bergambar, menamakan gambar-gambar, menyalin frasa atau ayat dan juga menyalin ayat daripada buku adalah antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat ini.

Setelah murid melalui dua peringkat dalam kemahiran menulis, mereka perlu diajarkan pada peringkat penulisan kreatif. Pada tahap ini murid-murid diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh pada peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif dalm membina ayat, menjawab soalan pemahaman, melengkapkan ayat, menulis karangan, menulis rencana, mengisi silangkata, mengarang pantun, sajak , teka-teki dan menulis surat kiriman.

Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kemahiran menulis ini sepatutnya mengikut kebolehan murid-murid. Contohnya dalam aktiviti menulis karangan, terdapat beberapa jenis kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara terkawal, separa terkawal, karangan berpandu dan bebas. Bagi kemahiran menulis secara terkawal, aktivitinya adalah mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang diberi dan aktiviti menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

Aktiviti-aktiviti dalam kemahiran menulis secara separa terkawal pula adalah menggunakan perkataan sendiri dalam melengkapkan karangan ataupun

menggantikan perkataan yang diberi dengan perkataan yang lain.

24

Seterusnya dalam kemahiran menulis secara berpandu, aktivitinya adalah seperti menulis semula cerita yang diperdengarkan, menyudahkan cerita, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal, menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

Dalam kemahiran menulis bebas pula, murid-murid diberi kebebasan melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan yang biasa diajarkan di sekolah rendah adalah seperti karangan cerita, berita, laporan, perbahasan, perbincangan, peristiwa ,surat kiriman, pengalaman dan gambaran.

3.6

RUMUSAN

Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan grafik. Penguasaan ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Keempat-empat komponen dalam kemahiran berbahasa adalah saling berhubungan dan tidak boleh dipisahkan. Ianya saling berkaitan dan pengajaran pembelajaran tidak akan bermakna sekiranya tidak menggunakan kemahiran berbahasa tersebut.

25

4.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 4.1 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Masa Tahun : 60 minit (9.00.pagi 10.00 pagi) : 6 Cekap

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Unit Tema Tajuk :2 : Datuk di Ibu Kota : Berkunjung ke Ibu Kota

Hasil Pembelajaran; Fokus Utama 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam aktiviti harian.

Fokus Sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
26

Aras 2 i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; i. menggunakan gelaran dan kata panggilan yang sesuai dalam perbualan. ii. membaca dialog dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. iii. menyenaraikan kata panggilan dan gelaran yang terdapat dalam dialog dan kata panggilan dan gelaran lain. Sistem Bahasa Tatabahasa : 1. Kata panggilan 2. Ayat Ajuk Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral Nilai Murni : Kasih sayang Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai i. Verbal linguistik

27

Masa / Langkah Isi Pengajaran Soalan Set Induksi (5 minit) 1.Di manakah gambar ini diambil? 2.Siapakah yang pernah ke ibu kota? 3.Apakah yang kamu lihat di sana? 4.Ke manakah tempat yang kamu pergi? 4.Bagaimanakah suasana tempat tersebut. Langkah 1
( 15 minit ) Murid menyatakan tempat yang dimaksudkan iaitu Kuala Lumpur. Guru menyatakan tajuk pelajaran ialah Berkunjung ke Kuala Lumpur. Guru bersoaljawab dengan murid tentang gambar.

Aktiviti
Murid ditunjukkan gambar kota Kuala Lumpur.

Catatan BBM :gambar

Teknik soal jawab

Dialog (Lampiran 2) Kata panggilan dan gelaran dalam dialog: * Along * Angah * Ucu * Encik *Atuk * Ibu * Ayah * Nenek

Murid-murid membaca dialog yang terdapat dalam buku teks secara senyap.

BBM:Teks bacaan

Teknik : lakonan

Murid melakonkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai berdasarkan tanda baca.

Murid menyatakan kata panggilan dan gelaran


28

yang terdapat dalam dialog. Langkah 2 (15 minit) UdaAndakAnjang UtihItamAcikUcu Murid-murid AlongAngahAlang menyenaraikan kata panggilan dan gelaran yang terdapat dalam dialog dan kata panggilan dan gelaran lain.

Murid membuat carta yang menunjukkan hieraki kata panggilan dalam keluarga.

Langkah 3 (20 minit )

Situasi di Stesyen Kereta Api Kuala Lumpur.

Guru memberikan situasi dan memanggil 4 orang murid untuk melakukan Main peranan

1.Seorang bapa, ibu dan aktiviti main peranan yang anak lelakinya sedang menyambut ketibaan datuk dan neneknya yang baru tiba dari kampung. Murid melakukan aktiviti main peranan yang telah dirancang. Penutup ( 5 minit ) Kita mesti menghormati dan menyayangi ahli keluarga massingmasing. Murid menyatakan nilai murni yang diperoleh daripada pengajaran pembelajaran hari ini. melibatkan kata panggilan dan gelaran.

29

4.2 KEMAHIRAN MEMBACA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Masa Tahun : 60 minit (9.00.pagi 10.00 pagi) : 3 INTAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Unit Tema Tajuk :1 : Sekolahku Rumahku : Gotong-Royong

Hasil Pembelajaran; Fokus Utama : 6.2 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan Aras 1 (i) Mengenal pasti format karangan naratif dan imaginative.

6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 (i) Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.
30

Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;


i. ii membaca dan mengenal contoh karangan naratif dan imaginatif. membaca perkataan dan mencari maknanya dengan merujuk kamus. iii membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan

perkataan diberi dengan tulisan yang kemas dan cantik. Sistem Bahasa Tatabahasa : Sinonim Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan Nilai Murni : Kebersihan Fizikal dan Mental Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir i . Membanding beza

31

Masa / Langkah Isi Pengajaran Soalan-soalan Set Induksi (5 minit) 1.Di manakah aktiviti ini dijalankan? 2.Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan? 3.Mengapakah kita perlu membersihkan kawasan rumah dan sekeliling kita? 4.Bagaimanakah cara untuk kita membersihkan kawasan taman yang luas? Langkah 1 ( 15 minit ) Teks bacaan (lampiran) Makna perkataan 1.gundah sedih 2.nyaman segar 3.petanda-alamat 4.muafakatpersefahaman 5.selesa-nyaman Murid menyebut perkataan berwarna yang terdapat teks tadi. Seorang demi seorang murid membaca teks. Guru membacakan teks bahasa berirama dan murid-murid mengikut beramai-ramai. Guru menyatakan tajuk pelajaran iaitu Gotongroyong. Aktiviti Guru menayangkan video Program Hapuskan Aedes di sebuah taman perumahan. Murid bersoaljawab tentang video. Murid menyatakan aktivitiaktiviti yang dilihat. Teknik soal jawab Catatan BBM :video

Murid merujuk kamus dan

32

mencari makna perkataan tersebut. Langkah 2 (20 minit) Karangan 1.Pengalaman Bergotong-royong 2.Aku Seorang Guru Besar Murid dan guru membincangkan dua karangan tersebut. Lembaran kerja (lampiran) Guru menyatakan jenis karangan. Murid membaca teks secara senyap.

Murid menuliskan jenis karangan dalam lembaran kerja yang diberi oleh guru. Langkah 3 (15 minit ) Kata Ganda -perkataan berwarna merah yang terdapat dalam petikan Pengalaman Bergotong-royong Guru memilih lima kata ganda yang disebut oleh murid. Ayat tunggal; 1.Kawan-kawan saya baik hati. 2.Guru-guru sedang bermesyuarat. 3.Murid-murid sedang mendengar ucapan guru besar. Murid membina dan menulis ayat tunggal daripada kata ganda yang diberikan oleh guru. Murid-murid menyatakan kata ganda yang terdapat dalam petikan.

33

4.Mereka sedang bergotong-royong. 5.Guru besar memujimuji sikap murid sekolah saya.

Penutup ( 5 minit )

Kita mesti menjaga kebersihan diri dan kawasan sekolah. Kita perlu bekerjasama.

Murid menyatakan nilai murni yang diperoleh daripada pengajaran pembelajaran hari ini.

34

4.3 KEMAHIRAN MENULIS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Masa Tahun : 60 minit (9.00.pagi 10.00 pagi) : 4 PINTAR

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Unit Tema Tajuk :9 : Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi : Hasil Pertanian

Hasil Pembelajaran; Fokus Utama : 9.1 Mengimlak (mengambil rencana) teks yang diperdengarkan. Aras 1 i. Mengambil imlak perkataan dan ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul. 9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar dan dibaca. Aras 1 i. Fokus Sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Menulis maklumat mengikut prosedur yang betul.

35

Aras 3 i Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; i. menulis perkataan yang disebut oleh guru dengan ejaan Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

yang betul. ii. menulis cara nanas ditinkan dalam bentuk carta alir

berdasarkan maklumat daripada petikan dengan betul. iii. membaca petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang menarik. Sistem Bahasa Tatabahasa : 3. Perkataan berlawanan makna 4. Ayat Ajuk Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan Nilai Murni : Kebersihan Fizikal dan Mental Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir i .Membuat analogi ii. Mengenal pasti idea utama iii.Membuat keputusan

36

Masa / Langkah Isi Pengajaran


Soalan-soalan

Aktiviti
Murid ditunjukkan sebiji nanas dan nanas yang telah

Catatan BBM;sebiji buah nanas, setin nanas

Set Induksi (5 minit)


i.Apakah nama buah ini? ii.Apakah perbezaan rasa buah nanas segar dengan buah nanas yang telah ditinkan?

ditinkan. Murid bersoaljawab tentang buah nanas dan nanas

dalam tin. Murid menyatakan produk-

iii.Mengapakah buah nanas ini ditinkan? iv.Adakah terdapat perbezaan harga bagi buah nanas yang segar dengan buah nanas yang telah ditinkan?

produk

lain

yang

boleh

dihasilkan oleh buah nanas. Guru menyatakan pelajaran. tajuk

Langkah 1
( 15 minit )

Teks bacaan (lampiran 1)

Guru

meminta teks

murid dengan

Imlak

membaca

sebutan dan intonasi yang baik secara bergilir-gilir. Murid membaca semula

petikan secara senyap. Murid diminta menutup buku teks dan menulis perkataan yang dibacakan oleh guru. Murid menyemak dan ejaan

perkataan pembetulan.

membuat

37

Langkah 2 (20 minit)

Carta alir Nanas dikupas Isi nanas dipotong isi nanas dimasukkan ke dalam tin air gula dan sirap dimasukkan ke

Murid dan guru berbincang tentang cara nanas ditinkan berdasarkan maklumat

dalam petikan. Guru menunjukkan contoh carta alir dan

dalam tin Tin dipateri murid menulis cara nanas Tin disteril. ditinkan dalam bentuk carta alir dalam buku tulis.

Langkah 3 (15 minit )

Lampiran 1

Guru meminta murid menyalin ayat yang terdapat dalam buku teks dengan meletakkan tanda baca yang sesuai.

Penutup ( 5 minit )

Kita patut bersyukur kerana tanah di negara kita subur dan dapat mengeluarkan hasil pertanian yang merangsang ekonomi.

Guru merumuskan isi pelajaran dan murid menyatakan nilai murni yang diperoleh daripada pembelajaran pada hari ini.

38

Refleksi Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyempurnakan tugasan kursus BMM3104 dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini lantaran hambatan masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sama ada tanggungjawab di sekolah atau di rumah. Tugasan kali ini agak mencabar minda saya kerana saya perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang mesti mengikut kaedah yang diterangkan. Melalui pengalaman dan rujukan pada Huraian Sukatan Pelajaran , buku teks, buku panduan guru dan sumber internet, saya telah merangka RPH yang mengandungi kemahiran-kemahiran sepatutnya. Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh dibuat sambilewa sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyediakan RPH yang sempurna. Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan(dengar dan tutur), bacaan atau tulisan. Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknikteknik yang boleh menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran berbahasa dan mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu menjadi murid yang berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial dan memperoleh ilmu.

39

Bibliografi Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka http://www.scribd.com/doc/30396978-Pendekatan-Kaedah-Teknik-Dan-Strategi (22.02.2012)

40

LAMPIRAN

41

42

Anda mungkin juga menyukai