Anda di halaman 1dari 1

Hari Kantin Hari Kantin SJK(C) Tong Yuh telah diadakan pada minggu yang lalu.

Hari Kantin adalah acara tahunan yang diadakan di sekolah ini. Tujuan mengadakan Hari Kantin adalah untuk memungut derma bagi membantu muridmurid yang datang dari golongan kurang berada di sekolah ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah, ibu bapa, dan ahli masyarakat. Sebelum Hari Kantin, ahli jawatankuasa pengelola telah membuat pelbagai persediaan seperti menyediakan tapak gerai dan peralatan serta menjual kupon. Murid-murid juga turut membantu menjual kupon-kupon tersebut kepada sahabat handai dan ahli keluarga mereka. Pada hari itu, ibu bapa turut memberi sokongan dengan membeli barangan yang dijual. Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan, hasil kraf tangan, buku, dan lain-lain lagi. Suasana semasa Hari Kantin sangat meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang mengambil peluang untuk sama-sama meraikan temasya ini. Tidak hairanlah barangan yang dijual pada hari itu sangat laris. Menurut Guru Besar sekolah, matlamat mengadakan Hari Kantin itu telah tercapai. Beliau amat berbangga kerana pihak sekolah dapat mengumpul wang yang banyak semasa Hari Kantin ini. Sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga miskin terutamanya dalam aspek kewangan. Menjelang pukul 1.00 petang, aktiviti ini pun tamat. Sebelum bersurai, murid-murid bergotong-royong mengemas dan membersihkan kawasan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai