Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup

Minggu Kelas Tarikh Masa Bilangan pelajar Bidang Unit Tajuk Pengetahuan

: ke - 6 : 6 Bestari : 9 Januari 2012 (Khamis) : 12.00 1.00 petang (60 minit) : 22 / 22 orang : 1. Reka Bentuk Dan Teknologi : 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta : a) Penghasilan Projek Reka Cipta : 1) Murid telah menghasilkan projek berdasarkan lakaran dan lukisan projek yang dihasilkan sendiri oleh murid. 2) Semua murid menghasilkan projek yang sama hasil daripada perbincangan dan penyelesaian masalah yang dihadapi.

Hasil Pembelajaran

: Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 jenis kemasan yang sesuai dilakukan untuk projek dengan tepat. 2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 sebab tujuan kemasan dilakukan dengan betul. 3. Melakukan amali kemasan projek dengan alatan dan bahan yang disediakan dengan cara yang betul. 4. Melakukan pengujian kefungsian projek sekurang-kurangnya 90% dapat digunakan,

Nilai-nilai Murni

: Berhati-hati Kerjasama Kekemasan Bertanggungjawab Bersih Mematuhi arahan

Kemahiran Berfikir

: Membuat perbandingan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menyusun mengikut keutamaan dan membuat rumusan.

Sumber P & P

: Persembahan slaid, hasil projek yang sudah dibuat kemasan, alatan (berus, sarung tangan, kertas surat khabar dan pengikis), dan bahan (tepung penyumbat, kertas las, syelek dan cat).

Langkah/ Masa Set Induksi 12.00 12.05 (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan BBM/KB/Nilai

Pengenalan kepada tajuk Membuat kemasan

1. Murid melihat tayangan slaid powepoint yang menunjukkan gambar 2 orang lelaki yang menunjukkan penampilan yang

Bahan Sumber Tayangan slaid Hasil Projek

Contoh soalan 1. Apa yang dapat awak lihat? 2. Lelaki yang manakan lebih kamu suka? Mengapa? 3. Apakah nama peralatan ini. 4. Projek yang manakah lebih menarik? 5.

berbeza. (lampiran 1) 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka dapat perhatikan. 3. Guru menunjukkan projek yang telah siap dibuat kemasan dan yang belum dibuat kemasan (lampiran 2). 4. Guru meminta pendapat dan mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini. Nilai Murni Kerjasama KB Membuat perbandingan

Langkah/ Masa Langkah 1 12.05 -12.15 (10 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan BBM/KB/Nilai

Menerangkan jenisjenis kemasan

1. Guru menayangkan slaid tentang jenis-jenis kemasan. 2. Guru menerangkan tujuan dan jenis-jenis kemasan satu persatu. (rujuk lampiran 3) 3. Guru membuat penerangan sambil menunjukkan contoh kegunaan dengan menggunakan alatan dan bahan yang disediakan. 4. Murid memerhati sambil bertanyakan soalan.

Bahan Sumber Persembahan slaid, kertas las, tepung penyumbat, syelek, cat, berus KB Membuat perbandingan Mengingat semula, Nilai Murni Kerjasama, bersih

1. Tujuan kemasan 2. Alatan dan bahan 3. Jenis-jenis kemasan - kertas las - tepung penyumbat - syelek - cat

Langkah 2 12.15 12.45 (30 minit)

Membuat Kemasan Membuat kemasan berdasarkan penerangan yang telah diberikan. (tayangan slaid masih dipertontonkan mengikut langkah kerja murid)

1. Guru meminta murid membuat kemasan bagi projek masingmasing.

Bahan Sumber Kertas las, tepung penyumbat, syelek, cat, berus dan suratkhabar.

2. Murid perlu membuat kemasan berdasarkan kaedah yang telah diberkan. 3. Murid memulakan tugasan dengan dibimbing oleh guru sepanjang proses kerja kemasan dilakukan.

a) Kertas Las Murid melicin dan membersihkan projek

KB Membuat keputusan, Menyusun mengikut keutamaan, mematuhi arahan.

b) Tepung penyumbat Menutup lubang yang terdapat di permukaan projek

c) Syelek Memberi perlindungan dan mencantikan permukaan projek

Nilai Murni Berhati-hati, kekemasan, dan bersih.

d) Cat Menghasilkan permukaan projek lebih licin dan berkilat

4. Setelah siap dibuat kemasan, projek tersebut akan dibiarkan kering.

Langkah/ Masa Langkah 3 12.45 12.55 (10 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan BBM/KB/Nilai

Pengujian kefungisan projek Borang senarai semak pengujian dan penilaian projek

1. Guru mengedarkan borang senarai semak pengujian dan penilaian projek kepada murid-murid. (Lampiran 5) 2. Murid-murid dikehendaki merekodkan hasil pengujian dan penilaian ke dalam borang yang disediakan. 3. Murid-murid boleh menguji projek dengan meletakkan buku-buku dan juga alat tulis ditempat yang telah ditetapkan. 4. Murid membuat pemerhatian terhadap projek. 5. Pengubahsuaian yang diperlukan juga perlu direkodkan ke dalam borang senarai semak pengubahsuaian (lampiran 5). 6. Guru memberi pujian kepada murid-murid kerana telah berjaya menghasilkan satu projek yang sangat baik.

Bahan Sumber Borang senarai semak pengujian dan penilaian projek Projek yang telah siapdibuat kemasan (rak buku dan tempat simpan alat tulis)

KB Membuat keputusan

Nilai Murni Berhati-hati,

Langkah/ Masa Penutup 12.55 1.00 (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan BBM/KB/Nilai

Rumusan Soalan menguji kefahaman murid

1. Guru bertanyakan soalan yang berkaitan dengan aktiviti hari ini. 2. Murid melihat hasil kerja masing-masing dan membandingkan dengan rakan-rakan. 3. Guru memberikan tugasan susulan iaitu membuat pendokumentasian projek reka cipta. Segala dari awal penghasilkan projek hingga aktiviti hari ini perlu dikumpul dan akan didokumentasikan ke dalam buku idea.

KMD Komersialkan Kreativiti dan Reka Cipta iaitu Rak buku dan tempat simpan alat tulis

a. Tujuan kemasan b. Jenis bahan yang sesuai untuk kemasan c. membuat pendokumentasian

Anda mungkin juga menyukai