Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
)
TEMA DAN PERSOALAN
OLEH : PN. ROSLINA RAZALI SMK BTHO2
TEMA
KASIH SAYANG DALAM KELUARGA
Buktinya, mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papanya.
Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu
LATIHAN
Huraikan tema novel yang anda kaji berserta bukti-bukti yang sesuai. (7m)
1.
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Papa... (akhirnya kau tewas jua!) nukilan Deana Yusof. Novel ini bertemakan kasih sayang yang mendalam dalam ikatan kekeluargaan. Perhubungan yang rapat dan mesra antara Intan Julia, papa, mama dan Mak Cik Noraini memperlihatkan mereka saling menyayangi dan mewujudkan keluarga yang bahagia. Mama sanggup berkorban demi kebahagiaan suaminya, papa. Dia tetap mahu mengandung kali kedua walaupun dia tahu bahawa dia bakal menghadapi komplikasi ketika bersalin semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap papa. Papa juga membuktikan
kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya dan berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu. Intan Julia dan papa juga sabar dan tabah serta sentiasa berada di samping mama untuk membuktikan kasih sayang mereka terhadap mama yang koma dalam jangka masa yang agak panjang. Di samping itu, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang
Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Persoalan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya.
PERSOAL AN
LATIHAN
1. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari,
( 8 markah )
JAWAPAN (Persoalan 1)
Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing.
Buktinya, Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.
JAWAPAN (Persoalan 2)
Persoalan ketabahan menghadapi dugaan
Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar siamnya juga meninggal dunia.
JAWAPAN (Persoalan 3)
Persoalan menimba pengetahuan kegigihan ilmu
Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.