Anda di halaman 1dari 5

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, (HALUS)

TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

CARA MENULIS ISI KARANGAN JIKA KATA TUGAS: SEBAB/ FAKTOR / PUNCA DALAM SOALAN ISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan dengan kurang ilmu agama di jiwa. Hal ini demikian kerana ilmu agama yang cetek telah mendorong seseorang melakukan kejahatan. Oleh itu,seseorang itu tidak akan berasa dirinya bersalah atau berdosa. Dosa tersebut terus menghalang kita menjadi insan yang baik. Tegasnya, kelemahan diri sendiri telah menyebabkan seseorang individu itu melakukan kesalahan. ISI 2: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SALAH MEMILIH RAKAN Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah ini semakin serius. Rakan sebaya akan menjadi ikutan para remaja. Hal ini demikian kerana para remaja lebih mengutamakan kehendak rakan sebaya daripada ibu bapa mereka sendiri semata-mata hanya mahu diterima oleh rakanrakan. Keutamaan itu tidak kira walaupun salah akan dituruti mereka. Sebagai contohnya, mereka akan merokok kerana berkawan dengan perokok. Saya optimis, pengaruh rakan sebaya memang menyebabkan masalah ini berlaku. ISI 3: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ILMU AGAMA ANAK- ANAK Di samping itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak juga telah menjadi sebab meningkatnya masalah ini. Hal ini

demikian kerana kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi sehingga mengabaikan pendidikan anak-anak. Lantaran itu, kekayaan itu telah melalaikan mereka akan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tanggungjawab mendidik ilmu agama kepada anak-anak telah diabaikan. Justeru, agama tidak menjadi tunjang kehidupan anak-anak. Situasi ini menyebabkan anak-anak bebas melakukan maksiat tanpa berasa bersalah. Tegasnya, ibu bapa yang telah gagal mendidik anakanak dengan ilmu agama akan menjadi penyebab timbulnya masalah ini. ISI 4: PENGARUH MEDIA MASSA Seterusnya, pengaruh media massa juga turut menyebabkan masalah ini bertambah serius lagi. Hal ini demikian kerana pelbagai rancangan yang negatif telah disiarkan di kaca televisyen. Rancangan itu telah menarik perhatian para penonton. Para penonton akan meniru aksi yang dilihat itu. Sebagai contohnya, aksi seorang mat rempit akan ditiru oleh remaja yang bermotor. Jelaslah, pengaruh media massa telah menyebabkan berlakunya masalah ini di negara kita. ISI 5: KELEMAHAN PIHAK BERKUASA Akhir sekali, kelemahan pihak berkuasa telah dikenal pasti menyebabkan masalah ini terus berpanjangan. Pihak berkuasa dari segi perundangan yang agak longgar telah gagal mengawal individu yang terlibat. Kawalan yang lemah ini disebabkan bilangan penguatkuasa yang ada berkurangan dan tidak mencukupi. Kelemahan itu telah menyebabkan pesalah-pesalah bebas melakukan aktiviti mereka. Mereka akan terus merosakkan

masyarakat kita. Oleh itu, kelemahan pihak berkuasa menjadi penyebab munculnya pelbagai masalah di negara ini.

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B (HALUS)


TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

ISI 1: MEMBERI DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA

Antara peranan ibu bapa untuk menjaga anak-anak ialah memberi didikan agama yang sempurna sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana didikan agama yang sempurna menjadi benteng bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contohnya, anak-anak diajar amalan asas dalam agama seperti membaca al-quran, solat dan mengimarahkan masjid. Amalan tersebut mampu mengawal mereka daripada melakukan maksiat. Natijahnya, apabila tidak melakukan maksiat maka mereka akan selamat dan berjaya. Tegasnya, memberi didikan agama menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka .

ISI 2: MENJADI SURI TELADAN KEPADA ANAK-ANAK

Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah dan ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak di rumah. Oleh itu, ibu bapa mestilah menunjukkan contoh terbaik dalam keluarga kerana segala kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak mereka.

Kelakuan yang baik akan ditiru oleh mereka. Begitu juga kelakuan yang kurang elok juga akan diikut. Hal ini bertepatan dengan kata pepatah, bapa borek anak rintik. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak setiap hari.

ISI 3: MENCURAHKAN KASIH SAYANG KEPADA ANAK- ANAK

Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kasih sayang amat diperlukan oleh seseorang anak. Mereka mahukan sentuhan dan belaian kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa jangan terlalu mementingkan kerjaya dan kekayaan semata-mata kerana anak-anak juga merupakan harta berharga yang perlu dijaga. Tanpa kasih sayang ibu bapa yang secukupnya, anak-anak akan berasa diri mereka tidak dihargai dan disayangi lalu hilanglah hormat mereka kepada ibu bapa. Anak-anak ini selalu akan menimbulkan masalah dalam keluarga. Sebaliknya, anak-anak yang mendapat kasih sayang yang sepenuhnya akan berasa diri mereka selamat dan sejahtera dalam hidup keluarga. Natijahnya, anak-anak ini akan mewujudkan keluarga bahagia. Jelaslah, ibu bapa berperanan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. ISI 4: MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH

Seterusnya, ibu bapa mestilah menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat pelbagai ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana ilmu sangat penting untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya. Anak-anak juga akan menjadi insan yang kreatif dan inovatif apabila berupaya menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. Kesannya, mereka akan mudah mendapat pekerjaan setelah menamatkan pelajaran mereka. Setelah mendapat pekerjaan yang baik, mereka akan membantu ibu bapa pula. Justeru, ibu bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah demi masa depan mereka yang lebih baik.

ISI 5: MENGISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI YANG BAIK

Selanjutnya, ibu bapa juga hendaklah mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian penting kerana anak-anak perlu didedahkan dengan dunia luar yang boleh mematangkan diri mereka. Aktiviti tersebut perlu sesuai dengan kehendak mereka. Contohnya, ibu bapa mengajak anak-anak untuk bersenam dan bersukan pada waktu petang. Aktiviti bersenam dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, anak-anak perlu di bawa melancong ke tempat menarik seperti di kawasan air terjun, tempat bersejarah dan tapak karvinal 1Malaysia. Jadi, masa lapang anak-anak tidak terbuang begitu sahaja. Lantaran itu, anak-anak akan terhindar daripada terpengaruh dengan rakan-rakan

sebaya dan gejala negatif. Pendek kata, ibu bapa berperanan menyelamatkan anak-anak mereka dengan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

ISI 6: MENEGUR KESALAHAN ANAK-ANAK

Selain itu, ibu bapa wajib menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana teguran tersebut adalah untuk mendidik mereka. Lazimnya, anak-anak tidak menyedari kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Apabila ditegur dengan baik dan menasihatkan mereka, anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Natijahnya, mereka akan menjadi seorang anak yang baik dan soleh. Oleh itu, ibu bapa mestilah menegur setiap kesalahan anak-anak mereka pada setiap hari. Jelaslah menunjukkan bahawa teguran ibu bapa mampu mendidik anak-anak supaya berakhlak mulia.