Anda di halaman 1dari 27

CC102 Construction Materials And Application

Tajuk : Kerja Kayu dan Kerja Tanggam

NAME CLASS REGISTRATION NO. NAME OF LECTURE DATE FOR SUBMIT

: : DKA1C : : : 2 / 9 / 2013

ISI KANDUNGAN
NO 1. 2. 3. Tajuk Pengenalan kerja tanggam Jenis-jenis tanggam 4. 5. Tanggam melebar Tanggam siku Tanggam pemidang Tanggam memanjang SENARAI KANGUNGAN MUKA SURAT 3 4 4 5-8 9-14 15-22 23-25 26 27

Kesimpulan Rujukan

TAJUK: KERJA KAYU DAN KAYU TANGGAM

Pengenalan
Tanggam merupakan dua bahagian kayu yang dipotong dan dicantumkan bagi tujuan memberikan pegangan yang rapat dan teguh.Proses pembinaan tanggam boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan tangan dan mesin. Tanggam digunakan dengan meluas dalam pertukangan kayu dan pembuatan perabut.

Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis dengan beberapa subjenis lagi iaitu:

Tanggam melebar Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat

Tanggam siku Tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang

Tanggam pemidang Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan putting

Tanggam memanjang Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap

Walaupun tidak perlu, bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, gam, skru, bolt dan nat boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang pula perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

TANGGAM MELEBAR

TANGGAM MELEBAR - untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot,dinding,lantai dan sebagainya.

TANGGAM GLU SEL

TANGGAM PENETAP

TANGGAM MELEBAR

TANGGAM LIDAH DAN LURAH

TANGGAM TETINGKAT

TANGGAM GLU GESEL - Dibuat dengan menyediakan tepi kedua-dua keping papan secara lurus dan bersegi tepat sebelum ianya diglukan. - Kepingan papan tersebut diapitkan serentak dan dibiarkan selama sekurang-kurangnya 24 jam supaya glu dapat mengeras dengan sempurna bagi menghasilkan cantuman yang kukuh.

Kegunaan:- Untuk membuat permukaan meja ,tempat duduk,pintu ,panel dan sebagainya.

TANGGAM LIDAH DAN LURAH - Tanggam melebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai dan dinding papan. - Pada setiap keeping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain.

Kegunaan:- Ia dipasang dengan apit dan serong bagi papan lantai dan pelapisan dinding.Bagi kerja-kerja peradot ,tanggam ini digunakan

supaya ia bolah tetap dan taguh.

Tanggam Tetingkat - Di tepi kedua-dua papan dibuat tetingkat dan dipasang dengan glu dan diapit.

Kegunaan :- Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.

Tanggam Penetap - Serupa dengan tanggam temu tetapi perbezaannya ialah penetap dipasangkan kepada setiap hujung kayu yang akan dicantum.

Kegunaan:- Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya supaya dimasukkan ke dalam tepi kedua-dua papan . - Papan yang sesuai untuk tanggam ini hendaklah tidak kurang daripada 12mm tebalnya.

TANGGAM SIKU
TANGGAM SIKU - Dikenali sebagai tanggam sudut tepi. - Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. - Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut tepat.

TANGGAM TEMU TETINGKAT TANGGAM TEMU

TANGGAM TEMU TETINGKAT LIDAH BERPARIT

TANGGAM HUJANG HUJUNG LITUP

TANGGAM SIKU
TANGGAM BAJANG BIASA TANGGAM BAJANG TUNGGAL

TANGGAM RENCONG BIASA

TANGGAM TEMU - Dikenali sebagai tanggam sudut tepi. - Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. - Boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan.

Kegunaan :- Digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara cepat.

TANGGAM TEMU TETINGKAT - Dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup. - Hujung salah satu keeping jayu dikerat lurus dan dimasukkan ke dalam tingkat melintang di keeping kayu yang kedua. - Tetingkat ini menambahkan luas pemukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukan apabila dipakukan. Kegunaan :- Digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci yang murah buatannya.

10

TANGGAM TETINGKAT LIDAH BERPARIT

- Satu daripada hujung keeping kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hunjung kayu yang kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. - Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat.

Kegunaan :- Digunakan untuk membuat kotak, perabot, dan laci.

11

TANGGAM RENCONG BIASA - Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk menghasilkan sudut kotak yang tidak menunjukkan keratan hujung kayu. - Kedua dua keping kayu hendaklah sama tebal dan sambungan dilekatkan dengan glu. - Selepas itu dikukuhkan dengan sekepingan lidah yang dimasukkan ke dalam lurah yang digergajikan

diperjurunya secara melintang. Kegunaan:- Penyambung antara sudut kotak dan penyambung antara sudut

TANGGAM BAJANG TUNGGAL - Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua. - Ia merupakan tanggam sikut yang paling kuat. - Pin ini dibuat mengikut ekor punai. - Curan pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6 . Kegunaan:Tanggam untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.

12

TANGGAM BAJANG BIASA - Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. - Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam . - Curam pada tepi bajang diserong mengikut kadar 1:6 tanggam ini. Kegunaan :- Digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang.

13

TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP - Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung pin. - Litup di hujung soket ini biasanya satu per tiga hujung kayu. Kegunaan :- Tanggam ini digunakan untuk menyambung di antara gelegar lintang dengan gelegar sambut ,sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.

14

TANGGAM PEMIDANG
TANGGAM PEMIDANG - Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. - Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi.

TANGGAM LEKAP

TANGGAM KEKANG

TANGGAM PEMIDANG

TANGGAM PENETAP

TANGGAM LUBANG DAN PUTING

15

TANGGAM LEKAP - Dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. - Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. - Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu:

a) Tanggam lekap siku atau pepenjuru - Digunakan pada sudut pemidang yang kecil.

b) Tanggam lekap penjuru rencong - Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu.

16

c) Tanggam lekap T - Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya

d) Tanggam lekap palang - Digunakan pada dua keping kayu yang


bersilang.

17

e) Tanggam lekap bajang - Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T


tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar.

TANGGAM KEKANG - Tanggam jenis ini kadangkala digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting. - Tanggam kekang terdiri daripada dua bahagian, iaitu pin dan cabang. Tebalnya ialah daripada ketebalan kayu. - Ada tiga bentuk tanggam kekang yang digunakan, iaitu:
Tanggam kekang T - Digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya.

18

Tanggam kekang penjuru - Nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan puting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang

Tanggam kekang penjuru rencong - Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah hujung ataupun sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong diperlukan, misalnya pada pemidang kaca.

19

TANGGAM PENETAP - Tanggam penetap merupakan sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. - Penetap sebesar 13 tebal kayu dimasukkan ke dalam tepi kayu sedalam tiga kali diameternya. - Tanggam jenis ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. - Tanggam jenis ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasang sendiri (knock-down furniture).

20

Tanggam Lubang dan Putting - Tanggam jenis ini merupakan tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. - Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan setiap bentuk mempunyai fungsi yang tertentu. - Antara bentuk yang biasa digunakan adalah: (a) Tanggam lubang dan puting biasa

(b) Tanggam lubang dan puting berjanjang

21

(c) Tanggam lubang dan puting berbahu tinggi rendah

(d) Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

22

TANGGAM MEMANJANG
TANGGAM MEMANJANG - Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.

TANGGAM SKAF

TANGGAM SAMBUNG JARI

TANGGAM MEMANJANG

TANGGAM PLAT SAMBUNG

TANGGAM SAMBUNG LEKAP

23

Tanggam Skaf - Tanggam skaf banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelegar. - Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2 1/2kali ukuran lebarnya. - Di tengah-tengah tanggam, ditebuk pula lubang untuk menerima baji lipat.

Tanggam Plat Sambut - Sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua batang kayu dikerat lurus pada hujungnya dan disambungkan bersama-sama dua keping logam atau plat kayu di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. - Panjang plat biasanya ialah empat kali lebar kayu.

24

Tanggam Sambung Jari - Tanggam sambung jari biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil, terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. - Panjang sambungan tanggam ini dua kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu. - Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.

Tanggam Sambung Lekap - Hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu. - Tanggam jenis ini digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. - Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

25

Kesimpulan
Tanggam merupakan perkataan ataupun sambungan yang asing didengar ini.Malah boleh dikatakan bahawa ia tidak pernah diketahui .Namun setelah melihat serta membina beberapa tanggam ,didapati nilai estetika tanggam ini begitu tinggi.Kita seharusnya mengekalkan keaslian rekaan masyarakat kita. Ketelitian dalam pembinaan tanggam merujuk kepada sifat masyarakat dahulu yang amat prihatian sabar serta teliti dalam menjalankan sesuatu kerja.Nilai estetikannya yang tinggi patut kita kekalkan dalam lipatan sejarah pembinaan bangunan. Secara amnya tanggam memerlukan ketelitian dalam membinanya.Di samping itu tanggam mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakat Melayu.Namun sekarang fungsi tanggam sudah berubah .Ianya tidak lagi digunakan lagi. Seterusnya selepas saya membaca kerja kayu dan tanggam,saya mengetahui tanggam merupakan sejenis cara memasangkan kayu yang sangat baik. Ini disebabkan kerana cara ini tidak merosakkan permukaan kayu,manakala dapat lagi mengukuhk lagi tanggam kayu dengan mengunakan alat-alat seperti paku, gam, skru, bolt dan nat .

26

RUJUKAN
1. Laman Sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanggam http://www.slideshare.net/haidabahari/jenisjenis-tanggam http://en.wikipedia.org/wiki/Mortise http://www.aboutcivil.org/engineering-materials.html http://5173rbtkumpulan2.mydcoms.com/index_files/Page399.htm http://www.slideshare.net/haidabahari/jenisjenis-tanggam

2. BUKU C1001 BAHAN DAN BINAAN KEJURUTERAAN

27