Anda di halaman 1dari 2

TerimakasihTuan PengerusiMajlis.. Yang Berusaha En. Abdul Jalil bin Saibu,Guru Besar , SK Bintong Yang Dihormati En.

Yusoff bin Musa, Yang Dipertua PIBG Yang DihormatiPuanRoziahbt.RazakPenolongKananPentadbiran En Hasnuddin bin Nordin, PenolongKanan Hal EhwalMurid PuanHarlinabt Hassan,PenolongKananKokurikulum, Mrs. Lynn Young, Yang diraikanPuanShukoriahbtMansor, guru-guru serta rakan-rakansekalian. Assalamulaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang MahaBerkuasa Allah SWT kerana denganlimpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh kasih pada hari ini.

Hadirin Yang di hormati, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.Apabila mengenang kembalisaat-saat ketika bersama, pastii aakan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan guru yang amat kami sayangi .Pada kami, Cikgu Shukoriahbukansahaja guru, tetapi ibarat ibu kami disekolah ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai CikguShukoriah Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah banyak menyumbangkan jasa Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid.Beliau juga seorang guru yang rajin dan berdedikasi rts1 senantiasa memberikan yang terbaik untuk kami di sekolah ini.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua. Hadirin sekalian, Pada kesempatan ini saya sebagai wakil murid ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terimakasih kepada Cikgu Shukoriah yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anakmuridmu.

Saya bagi pihak murid-murid memohon maaf kepadaCikguShukoriah atas segala kesilapan yang telah kami lakukan..

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmatdan peliharaan-Nya kepada cikgu serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Sebelum mengundur diri, dengarkan 2 rangkap pantun daripadasaya,

KALAU TIDAK KERANA suara, Tidaklah saya berasa resah, KALAULAH TIDAK KeraNA BERSARA TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH. Emas Sepuh perhiasan diri, Disimpan Cik Siti di dalam peti Patahkan tumbuh, hilangkan berganti, Yang pergi ,tetap kekal di hati. Saya akhiri ucapan saya dengan wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Sekian, terimakasih. Ctshaizma

Anda mungkin juga menyukai