Anda di halaman 1dari 50

BAHASA MALAYSIA BAHAGIAN B KARANGAN TIDAK BERFORMAT 1. Keperihalan/Gambaran 2. Cerita 3. Melengkapkan cerita 4. Fakta 5. Perbincangan 6. Autobiografi 7. Biografi 8.

Peribahasa

KARANGAN BERFORMAT 1. Dialog 2. Syarahan 3. Ucapan 4. Laporan 5. Perbahasan 6. Berita 7. Catatan harian 8. Catatan mingguan 9. Surat kiriman rasmi 10. Surat kiriman tidak rasmi

BAHAGIAN B KARANGAN TIDAK BERFORMAT GAMBARAN 1. Karangan ini ialah jenis karangan tidak berformat. 2. Karangan ini memerlukan murid-murid memberikan gambaran tentang sesuatu perkara, misalnya, a. Suasana di pasar malam, di hospital, kampung nelayan dan sebagainya. b. Keadaan kehidupan seseorang, contohnya guru, doktor, nelayan dan lain-lain. c. Gambaran tentang pengalaman menduduki peperiksaan, melawat ke rumah anak-anak yatim, mengikuti ekspedisi dan sebagainya. 3. Untuk memastikan karangan berkesan, murid-murid mesti memasukkan butir-butir khusus ke dalam karangan tersebut.

CONTOH KARANGAN 1 Abang kamu akan melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi. Gambarkan suasana semasa kamu menghantar abang kamu.

Kereta kami meluncur masuk ke kawasan UiTM di Kota Samarahan, Kuching.Hari ini ialah hari pendaftaran mahasiswa tahun pertama. Abangku, Tawi akan melanjutkan pelajaran di situ. Aku menunggu di dalam kereta bersama-sama ibu, sementara ayah menemankan abang menguruskan urusan pendaftaran. Pihak urus setia menjalankan proses pendaftaran dengan cekap. Seterusnya kami ke bangunan asrama yang menempatkan bilik abang.Bilik abang berada di tingkat satu.Abang bersalaman dengan tiga orang rakan sebiliknya. Selepas itu, kami ke dewan makan untuk menikmati jamuan teh.Pihak UiTM telah menyediakan jamuan tersebut untuk meraikan keluarga mahasiswa yang datang. Beberapa minit kemudian, abang pergi ke dewan utama untuk menghadiri taklimat.Aku, ayah dan ibu menunggu abang di dewan makan. Aku menahan sebak di hati kerana akan berpisah dengan abang. Akhirnya, masa untuk berpisah sampai juga.Aku tidak dapat menahan air mataku daripada gugur.Sambil mengusap kepalaku, abang berpesan agar aku rajin belajar.

CONTOH KARANGAN 2 Nenek kamu jatuh sakit dan dirawat di hospital.Gambarkan suasana semasa kamu melawat nenek kamu di hospital.

Waktu melawat sudah tiba.Aku memegang tangan ibuku sambil berjalan ke arah katil nenek.Mataku liar mencari wajah nenek. Sudah dua hari nenek dimasukkan ke hospital akibat serangan penyakit jantung.Namun, baru hari ini aku berkesempatan untuk melawat nenek.Aku baru sahaja pulang daripada menghadiri kursus kepimpinan. Dari jauh aku nampak nenek sedang berbaring di katil.Aku meluru ke arah nenek.Rindu hatiku bukan kepalang.Aku amat rapat dengan nenek. Malah apabila nenek datang ke rumah kami, aku pasti akan tidur bersama-sama nenek. Nenek tersenyum lebar sebaik sahaja dia ternampak aku datang.Aku terus mencium pipi nenek dan memeluknya erat.Ibu hanya tersenyum melihat gelagatku. Aku meminta kebenaran mak cik untuk menyuap nenek.Mak cik tersenyum memandangku sambil menghulurkan mangkuk berisi bubur kepadaku.Terhibur hatiku melihat nenek berselera makan.Aku pula bercerita tentang kursus yang aku hadiri. Sedang kami berbual-bual, seorang doktor menghampiri kami.Beliau memaklumkan berita gembira kepada kami. Nenek akan dibenarkan keluar esok hari. Kami sangat bersyukur.

CONTOH KARANGAN 3 Tulis sebuah karangan tentang gambaran sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

Pada 16 Mei baru-baru ini, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Hari Guru diadakan untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru atas jasa mereka. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG.Beliau mengingatkan muridmurid agar tidak melupakan sagala bakti yang telah dicurahkan oleh guru. Seterusnya, program disusuli dengan upacara pemotongan kek oleh guru besar sebagai lambang kepada tugas guru yang merupakan penjaga dan pendidik, pengasuh dan pembentuk jiwa murid. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian koir oleh ibu bapa dan diikuti dengan persembahan yang menarik oleh murid-murid dan guru.Persembahan yang paling menarik ialah acara berbalas pantun antara guru dengan murid. Sukaneka juga telah diadakan antara pasukan guru dengan murid dalam permainan bola sepak, bola baling dan badminton.Pasukan guru memenangi kesemua pertandingan tersebut. Jamuan makan tengah hari menutup tirai sambutan Hari Guru kali ini. Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada guru masing-masing yang telah banyak berbakti kepada mereka.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT CERITA 1. Karangan ini berbentuk cerita rekaan. 2. Karangan ini dapat menguji daya imaginasi murid-murid. 3. Penguasaan bahan ilmiah amatlah perlu. 4. Jalan cerita pula perlu menarik dan mempunyai unsur-unsur saspens dan ketegangan. 5. Teknik imbas kembali dan yang seumpamanya akan membawa kesan positif kepada penulis. 6. Murid-murid juga perlu berhati-hati dengan tajuk dan jangan menyalahi tajuk. Contohnya, karangan untuk peristiwa jangan dibuat mimpi. 7. Cerita juga mestilah mempunyai unsur-unsur pengajaran dan teladan kepada pembaca. 8. Karangan jenis seandainya juga termasuk dalam jenis karangan cerita. 9. Karangan jenis tindakan pula memerlukan murid-murid menceritakan tindakan yang diambil.

CONTOH KARANGAN 1 Hari Guru akan tiba. Kamu bercadang untuk memberikan hadiah kepada guru kamu.Tulis sebuah ceritatentang hal tersebut.

Hari Guru sudah hampir tiba. Kawan-kawanku sibuk membuat rancangan untuk membeli hadiah untuk guru kelas kami, Cik Greetha. Cik Greetha ialah seorang guru yang penyayang.Beliau juga sangat berdedikasi dan komited semasa mengajar.Beliau memotivasikan kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku berhasrat untuk memberi Cik Greetha sebuah hadiah yang paling istimewa.Namun, aku tidak pasti hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada beliau.Aku meminta pendapat ibuku.Setelah berbincang dengan ibuku, aku mendapat satu idea. Aku dan ibuku telah merancang untuk membuat sebiji kek dan menghasilkan sekeping kad untuk dihadiahkan kepada Cik Greetha.Menurut kata ibu, hadiah yang dihasilkan sendiri lebih istimewa dan bermakna. Awal pagi lagi, aku telah sampai di sekolah dan berjumpa dengan Cik Greetha.Alangkah girangnya hatiku apabila melihat reaksi beliau.Beliau terus memelukku dengan air mata gembira mengalir di pipi. Cik Greetha membaca kad ucapanku yang tertulis Buat guruku yang dikasihi, Cik Greetha. Terima kasih kerana kegigihan dan dedikasimu mendidikku selama ini.Jasamu akan dikenang buat selama-lamanya.

CONTOH KARANGAN 2 Tulis sebuah karangan tentang pengalaman indah yang pernah kamu alami. Pada hari Sabtu yang lalu, ayah dan Pak Su mengajak aku dan abang berkhemah di Hutan Simpan Gunung Machincang.Kami berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk berkhemah. Pada keesokan harinya, kami bertolak dan tiba di kaki gunung tepat jam 8.00 pagi. Perjalanan ke puncak gunung sungguh meletihkan.Namun begitu, keletihan kami terubat dengan pemandangan indah yang menemani perjalanan kami. Kami tiba di tapak perkhemahan kira-kira jam 3.00 petang. Ayah mengajar kami cara-cara memasang khemah dan memagar kawasan perkhemahan daripada binatang buas. Selepas itu, Pak Su mengajak kami memancing ikan di sungai yang berdekatan. Selepas memancing, aku dan abang mencari ranting kayu untuk dibuat kayu api. Kemudian, kami bermandi-manda di sungai.Air sungai sungguh jernih dan menyegarkan.Selesai mandi, kami membakar ikan dan menikmati makan malam. Pada pagi berikutnya, kami berkemas dan turun ke kaki bukit dengan perasaan gembira. Inilah pengalaman berharga yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT MELENGKAPKAN CERITA 1. Karangan jenis ini memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. 2. Bahasa yang digunakan mestilah menarik. 3. Terdapat 2 jenis karangan melengkapkan cerita. Contohnya: a. Satu dentuman yang kuat menyedarkan aku daripada lena. Aku bingkas bangun Mulakan cerita di atas dengan Aku bingkas bangun b. Akhiri karangan kamu dengan ayat ini, . Semoga kejayaanku menjadi pengubat kesedihan kami. 4. Karangan jenis ini memerlukan unsur saspens dan ketegangan untuk menjadikan ceritanya menarik.

CONTOH KARANGAN 1 Deena melangkah keluar dari keretanya perlahan-lahan.Sebuah rumah tiga tingkat tersergam di hadapannya. Tiba-tiba.. Mulakan karangan kamu dengan Tiba-tiba

Tiba-tiba, Deena terasa kakinya digesel oleh benda yang berbulu.Seekor anak kucing yang manja mengiau di kakinya.Ayah Deena tersenyum melihat gelagat anak kucing itu. Sambil memunggah barang dari lori, Deena mengesat peluhnya. Sebelum ini, Deena sekeluarga tinggal di luar negara kerana ayahnya seorang diplomat.Kini, ayahnya telah bersara dan mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Deena masuk ke bilik baharunya.Biliknya amat besar dan cantik.Di dalam bilik itu terdapat sebuah katil, almari dan juga meja belajar. Setelah siap mengemas bilik dan menggantung baju-bajunya di dalam almari, Deena turun ke ruang makan untuk menikmati makan malam bersama-sama keluarganya. Oleh sebab peralatan dapur masih belum lengkap sepenuhnya, mereka sekeluarga makan nasi bungkus sahaja. Namun, bagi Deena semua ini sungguh membahagiakan dirinya.Dia terasa seperti berkelah. Tepat jam 10.00 malam, Deena bersiap untuk tidur. Sebelum memejamkan matanya dia mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi kerana membawanya kembali ke tanah air tercinta.

CONTOH KARANGAN 2 Akhiri karangan kamu dengan . Kini, ayahku selamat dan dirawat di hospital.Aku berasa gembira dan bersyukur apabila mendengar berita itu.

Ibu kelihatan amat gelisah. Sekejap-sekejap ibu akan duduk dan sekejap-sekejap ibu akan berdiri. Ayah tidak pulang sejak semalam. Berita kehilangan ayah di laut sememangnya menggemparkan Kampung Telaga

Kuning.Penduduk kampong turut bersedih.Ayah dikenali ramai kerana dia seorang yang peramah dan ringan tulang. Mengikut cerita kawan ayahku, perahu ayah dipukul rebut. Ayah tercampak ke laut dan tidak sempat dibantu oleh rakan-rakannya. Mereka hanya mampu melihat ayah dibawa ombak. Gerakan mencari dan menyelamatkan ayah dijalankan tanpa henti selama 24 jam.Namun, ayah masih tidak dijumpai.Semua orang menenangkan ibu dan meminta ibu supaya banyak berdoa kepada Tuhan. Penduduk kampung juga mengadakan sembahyang hajat di masjid untuk mendoakan keselamatan ayah.Aku terharu melihat betapa mulianya hati penduduk kampung membantu kami. Pada malam itu, ketua kampung datang ke rumahku.Menurut beliau, ayahku dudah ditemui.Kini, ayahku selamat dan dirawat di hospital.Aku gembira dan bersyukur apabila mendengar berita itu.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT FAKTA 1. Karangan ini ialah karangan tidak berformat. 2. Gunakan bahasa yang mudah dan terkini. 3. Untuk menulis karangan jenis ini murid-murid hendaklah mengetahui banyak fakta. 4. Fakta-fakta perlu disusun mengikut kepentingannya.

CONTOH KARANGAN 1 Membaca mendatangkan banyak faedah.Tulis sebuah karangan tentang faedah membaca.

Membaca buku merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah.Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat merasai banyak kelebihan dan nikmatnya.Selain membaca buku, kita juga boleh membaca akhbar, majalah, jurnal, komik dan sebagainya. Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat.Justeru, pemikirannya sentiasa luas, kreatif dan jauh ke hadapan.Hal ini amat penting, terutamanya bagi seseorang murid. Seseorang yang suka membaca juga akan mempunyai perbendaharaan kata yang luas. Tambahan pula jika buku-buku yang dibaca terdiri daripada bahasa asing.Manfaat ini dapat membanu seseorang murid dalam penulisan. Seseorang yang membaca dapat menyelami pengalaman dan perasaan penulis. Oleh yang demikian, minda si pembaca akan berkembang dan matang. Masa ialah kehidupan dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku pelajaran, majalah, buku cerita, novel dan sebagainya amat bermanfaat.Aktiviti ini menyihatkan minda. Oleh sebab membaca mempunyai banyak kelebihan, maka kita harus memupuk tabiat suka membaca, bak kata orang bijak pandai Membaca Jambatan Ilmu.

CONTOH KARANGAN 2 Tulis sebuah karangan mengenai kepentingan memiliki tubuh yang sihat.

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita.Sekiranya kita tidak sihat, jutaan wang ringgit yang kita miliki tidak ada gunanya kepada kita. Bagi individu yang ingin berjaya, mereka juga memerlukankesihatan yang menyeluruh.Mereka perlu sihat secara holistikdari sudut fizikal, mental, emosi dan rohani. Mempunyai kesihatan fizikal bermakna mempunyai tubuh badan yang sihat. Hal ini boleh dicapai dengan pengambilan makanan yang seimbang, bersenam dan mendapatkan rehat yang cukup. Mental yang sihat membawa kepada kejayaan kita dalam pelajaran dan kebolehan kita membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk.Kita juga bleh berfikir dengan rasional dan bijak. Selain itu, kesihatan emosi dan spiritual juga penting untuk kejayaan kita.Hati yang bersih dan tenang serta pertalian yang kuat dengan Tuhan membolehkan kita menghadapi cabaran dengan tenang. Jelaslah bahawa kesihatan merupakan asas kejayaan.Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga kesihatan kita agar terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh menjejaskan pencapaian kita.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT Perbincangan 1. Karangan jenis ini bukanlah karangan berformat. 2. Dalam karangan ini, murid-murid perlu membincangkan sesuatu tajuk sama ada menyokong atau membangkang tajuk. 3. Jika tajuk yang diberikan ialah Kebaikan dan keburukan Internet, kamu boleh memberikan hujah-hujah bagi kedua-dua pihak. 4. Hujah-hujah kamu mestilah logic dan kemas. 5. Gunakan bahasa yang mudah dan tepat maksudnya. 6. Pada akhir karangan, kamu perlu menegaskan sama ada menyokong atau membangkang tajuk yang diberikan.

CONTOH KARANGAN 1 Amalan bergotong-royong perlu diamalkan untuk kecemerlangan hidup

bermasyarakat.Bincangkan faedah bergotong-royong.

Gotong-royong bermaksud melakukan sesuatu kerja secara beramai-ramai dan bersama-sama tanpa menerima upah.Contoh aktiviti yang sering diadakan ialah membersihkan kawasan perumahan, sekolah dan sebagainya. Banyak faedah akan diperoleh daripada amalan ini. Apabila kita melakukan sesuatu kerja secara bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan. Segala kerja yang susah pula menjadi senang jika kita melakukannya secara bergotong-royong. Bergotong-royong juga dapat memupuk persahabatan dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.Bayangkan betapa amannya dunia apabila setiap masyarakat mengamalkan hidup seperti aur dengan tebing. Melalui amalan gotong-royong, kita akan melakukan kerja bersama-sama dan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Kerja yang dilakukan secara bergotong-royong dapat menjimatkan wang kerana kerja yang dilakukan adalah percuma. Selain itu, masa juga dapat dijimatkan kerana kerja yang dilakukan bersamasama akan lebih cepat disiapkan. Aktiviti gotong-royong wajar diteruskan dan disuburkan dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini kerana, banyak kebaikan yang akan dinikmati sekiranya kita mengamalkannya.

CONTOH KARANGAN 2 Bincangkan punca kemalangan jalan raya.

Dewasa ini, kadar kemalangan di jalan raya meningkat, terutamanya semasa musim perayaan. Kadar ini adalah lebih tinggi berbanding dengan kemalangan jalan raya di negara-negara lain di rantau ini. Keadaan jalan raya yang tidak sempurna bukanlah puncanya.Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai sistem jalan raya bertar yang paling sempurna. Rakyat Malaysia terkenal dengan kesopanannya.Namun, sikap ini tidak diamalkan di jalan raya.Sikap rakus, cepat marah dan tidak sabar boleh menyebabkan kemalangan. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang menjadikan jalan raya sebagai litar lumba juga menyumbang kepada kemalangan. Sikap menunjuk-nunjuk kehebatan mereka memandu akan membahayakan pemandu lain. Terdapat juga pemandu yang berasa kebal daripadda kemalangan. Mereka tidak menghargai nyawa mereka dan orang lain. Mereka memandu sesuka hati tanpa memperdulikan keselamatan. Mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya ialah tanggungjawab kita bersama. Oleh itu, jadilah pengguna jalan raya yang berhemah.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT AUTOBIOGRAFI 1. Karangan jenis ini megisahkan riwayat hidup sesuatu benda. Contohnya bola, kereta, rumah, baju, beg tangan dan sebagainya. 2. Karangan ini memerlukan kamu menyelami dunia benda atau binatang yang ditulis itu. 3. Kamu perlu menceritakan asal usul, rupa bentuk, warna, harga, tempat dibuat dan nasibnya sekarang. 4. Andaikan diri kamu ialah benda atau binatang yang ditulis itu. 5. Gunakan bahasa yang menarik. 6. Karangan kamu mestilah logik dan kreatif.

CONTOH KARANGAN 1 Tulis sebuah karangan tentang riwayat hidup sebuah motosikal. Aku sebuah motosikal.Honda Wave namaku.Aku dibuat daripada gabungan besi, getah, kaca, plastik dan lain-lain lagi. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Tokyo, Jepun. Setelah anggotaku lengkap dipasang, aku dimasukkan ke dalam lori yang besar. Banyak lagi rakan sepertiku yang berada di dalam lori itu. Kami dihantar ke pelabuhan untuk dieksport ke Malaysia. Apabila aku sampai di Pelabuhan Klang, sebuah lori lain sedang menanti. Aku dan kawan-kawanku dibawa pula ke sebuah kedai oleh lori itu. Di kedai itu, aku dipamerkan kepada orang awam.Tauke kedai itu telah meletakkan tanda harga pada badanku.Hargaku ialah empat ribu enam ratus ringgit. Aku begitu bangga kerana banyak orang memuji-muji akan kecantikanku. Akhirnya aku dibeli oleh sebuah pemuda. Pemuda itu menunggangku dengan penuh gaya. Tugasku setiap hari ialah membawa pemuda itu pergi dan pulang dari tempat kerja.Pemuda itu amat menyayangiku.Buktinya, dia menjagaku dengan baik sekali.Dia selalu mengelap dan mengilatkan badanku. Pada suatu hari, aku terperanjat apabila rantai yang menggariku dipotong oleh seorang lelaki.Aku tidak berdaya melawannya ketika dia menunggangku ke tempat yang tidak dapat kupastikan.Aku pasti bahawa dia pencuri motosikal.Tiba-tiba di suatu selekoh, ada sekatan polis.Pencuri itu memecut laju hingga dia gagal mengawalku.Kami terbabas.Badanku remuk berkecai. Nasibku makin malang selepas itu. Aku dicampakkan ke kawasan longgokan besi buruk.Nampaknya, inilah tempat paling sesuai bagiku kini.

CONTOH KARANGAN 2 Tulis karangan yang bertajuk Aku Sebentuk Cincin Permata. Aku sebentuk cincin permata.Aku dilahirkan di sebuah kedai menjual barang-barang kemas.Badanku bulat keemas-emasan. Kepalaku pula bersegi-segi serta mengeluarkan cahaya yang berkilauan. Aku diletakkan di dalam sebuah almari kaca.Setiap hari, aku menjadi tontonan orang ramai. Pada suatu hari, seorang lelaki datang melihatku.Setelah terpaut hati kepadaku, lelaki tersebut terus membeliku. Aku dibawanya pulang lalu ditunjukkan kepada kaum keluarganya.Kemudian, aku terus disimpannya di dalam sebuah peti besi. Setelah berminggu-minggu terkurung di situ, akhirnya aku dibawa keluar.Aku dibawa ke suatu majlis yang sungguh meriah.Aku berasa gementar kerana banyak mata yang tertumpu kepadaku. Aku kemudiannya dibawa masuk ke sebuah bilik. Di sana aku melihat seorang gadis sedang menunggu kedatanganku. Aku kemudiannya disarungkan ke jari manis gadis itu. Sejak hari itu, aku tidak pernah berpisah dengan tuan baruku. Aku dijaga dan disayangi dengan sepenuh hati.Aku sungguh bahagia.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT BIOGRAFI 1. Karangan ini memerlukan kamu menulis riwayat hidup dan latar belakang seseorang. 2. Riwayat hidup yang ditulis mestilah mengandungi peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan. 3. Watak yang dipilih adalah seperti: a. Tokoh politik b. Karyawan c. Ahli muzik atau penyanyi d. Pencipta e. Guru f. Sasterawan g. Ahli keluarga h. Sahabat karib 4. Untuk menulis karangan ini, kamu perlulah mengetahui tentang watak yang ditulis dengan mendalam.

CONTOH KARANGAN 1 Tulis sebuah karangan tentang seorang guru yang kamu kagumi. Anatasya Gracie anak Benji ialah seorang guru yang berdedikasi.Beliau dilahirkan pada 27 Jun 1933 di Betong, Sarawak.Anatasya Gracie belajar sehingga berusia 15 tahun. Beliau bekerja sebagai guru setelah tamat persekolahan.Dari tahun 1960 hingga 1963, Anatasya Gracie melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Rajang, Bintangor. Pada tahun 1963, beliau telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus dengan cemerlang. Sejak itu, beliau digelar guru bertauliah. Selain itu, beliau turut mengajar wanita di sekitar tempat tinggal beliau dalam bidang masakan dan jahitan.Beliau juga merupakan pengasas Kelab Wanita, Betong, Sri Aman. Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan Pingat Bakti oleh Ketua Menteri Sarawak. Anatasya Gracie merupakan seorang guru yang berdedikasi.Sifat beliau yang penyayang, sabar dan sopan santun menyebabkan beliau disenangi ramai. Walaupun sudah bersara, Anatasya Gracie masih diingati dan diziarahi oleh bekas anak-anak murid beliau.

CONTOH KARANGAN 2 Tulis sebuah karangan tentang ayah kamu. Ayah saya bernama Tawi anak Uthant. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1958 di Kampung Malatai, Kapit.Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Semasa ayah berusia dua belas tahun, datuk telah meninggal dunia akibat sakit jantung.Semenjak itu, ayah mengambil tanggungjawab membantu ibu mencari rezeki supaya hidup mereka tidak dibelenggu kesusahan. Disebabkan kemelut hidup, ayah terpaksa berhenti sekolah pada usia yang muda. Ayah telah bekerja demi menanggung adik-adiknya yang masih kecil. Namun begitu, ayah telah memasuki sekolah malam. Hasil usaha gigih dan semangat yang kuat, ayah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ayah kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nottingham di England sehingga tahap doktor falsafah dalam bidang Kajian Sosial dan Pembangunan Manusia. Kini, Dr. Tawi merupakan Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat terkenal di negara ini. Kemewahan hidup yang dilalui beliau sekarang tidak menjadikan beliau lupa untuk membantu insan yang susah. Dermawan yang berhati mulia ini juga merupakan suami dan ayah yang pengasih.Saya amat mengagumi ayah dan berasa bertuah kerana mempunyai ayah seperti beliau.

KARANGAN TIDAK BERFORMAT PERIBAHASA 1. Karangan ini memerlukan murid-murid mengetahui maksud peribahasa yang ditanya. 2. Karangan ditulis dalam bentuk cerita yang menerangkan maksud peribahasa tersebut. 3. Penggunaan bahasa yang sesuai boleh digunakan untuk menguatkan lagi penyampaian cerita.

CONTOH KARANGAN 1 Tulis karangan tentang peribahasa Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Pada suatu hari, Ramin, Sathy dan Allan merancang untuk pergi berseronok di Bandar. Namun, mereka mahu merahsiakan hal tersebut daripada ibu bapa mereka. Mereka khuatir ibu bapa mereka tidak mengizinkan, maklumlah mereka baru sahaja berusia sepuluh tahun. Apabila mereka sampai di pusat membeli-belah, mereka sangat gembira.Inilah kali pertama mereka pergi ke bandar tanpa ibu bapa.Mereka asyik membelek-belek baju dan barang-barang lain yang dijual di pasar raya itu. Tiba-tiba, tanpa disedari mereka telah berpecah.Sathy yang berbadan kecil itu dicolek oleh seoramg lelaki yang berbadan sasa.Mulutnya juga ditutup oleh lelaki itu. Mujurlah Ramin ternampak kejadian itu lalu menjerit untuk meminta tolong.Orang ramai segera menyerbu lelaki tadi.Pengawal keselamatan yang berada di situ turut bertindak pantas.Akhirnya, Sathy terlepas. Mereka bertiga berpandangan sesame sendiri. Inilah akibatnya jika kita cuba menipu ibu bapa. Mereka berjanji tidak akan mengulanginya lagi, bak kata pepatah, Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

CONTOH KARANGAN 2 Tulis sebuah karangan tentang peribahasa Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Hari Kemerdekaan hampir tiba. Guru Besar baru sahaja mengumumkan bahawa pertandingan Bilik Darjah Tercantik akan diadakan sempena Hari Kemerdekaan. Setelah berbincang dengan rakan sekelas, kami telah bersetuju untuk mengecat bilik darjah.Kami juga bersepakat untuk membuat lukisan Jalur Gemilang yang besar pada dinding bilik darjah kami. Saya telah ditugaskan untuk membeli cat dan alatan untuk mengecat.Pemilik kedai cat telah memberi kami diskaun yang banyak sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha kami ini. Seperti yang telah dijanjikan, semua ahli kelas telah datang beramai-ramai untuk menghias bilik darjah.Ada yang mengecat, ada yang membersihkan bilik darjah dan ada juga yang melukis Jalur Gemilang yang besar. Kami bergotong-royong untuk mencantikkan bilik darjah kami dengan gembira.Semua kerja yang berat menjadi ringan apabila semua orang bekerjasama, sspeti kata peribahasa Melayu Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Setelah semuanya selesai, kami melihat hasil usaha kami dengan penuh bangga dan kami amat berpuas hati.Kami berharap agar kelas kami terpilih sebagai Bilik Darjah Tercantik.

KARANGAN BERFORMAT DIALOG 1. Karangan ini ialah karangan berbentuk perbualan. Oleh itu, karangan ini melibatkan dua orang atau lebih. 2. Bentuk dialog adalah seperti wawancara, perbualan telefon, berbincang dengan kawan-kawan dan sebagainya. 3. Kata-kata singkatan seperti tak,nak dan tapi boleh digunakan. 4. Gunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila. 5. Karangan ini ialah jenis karangan berformat. Format yang dimaksudkan adalah seperti di bawah ini: Contoh yang betul Akil Ayah Akil : Ayah hendak ke mana? : Ayah hendak ke kebun sebentar. : Boleh saya ikut?

*Noktah berttindih mestilah selari.

Contoh yang salah Akil Ayah Akil : Ayah hendak ke mana? : Ayah hendak ke kebun sebentar. : Boleh saya ikut?

*salah kerana noktah bertindih tidak selari

DIALOG Kamu dipanggil oleh guru besar kerana ponteng sekolah.Terangkan kepada beliau sebabsebabnya.Tuliskan perbualan itu.

Eddy Guru besar Eddy Guru besar

: Selamat pagi, cikgu. : Selamat pagi. Sila duduk. : Terima kasih, cikgu. : Menurut guru kelas 5 Hijau, kamu selalu ponteng sekolah. Apa sebenarnya masalah kamu?

Eddy Guru besar Eddy

: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya menghadapi masalah keluarga, cikgu. : Masalah apa? : Dua minggu yang lalu, ayah dan emak saya telah bercerai, cikgu. Saya tinggal bersama emak. Emak tidak mampu menyekolahkan saya. Kami adik-beradik seramai lima orang. Ayah telah lari dantidak tahu di mana dia berada. Saya sungguh bersedih, cikgu.

Guru besar

: Kalau begitu, lupakan dulu kisah itu.Esok kamu mesti datang ke sekolah. Cikgu akan bantu kamu.

Eddy Guru besar

: Terima kasih, cikgu. Saya akan datang ke sekolah esok. : Baguslah kalau begitu.

PERBUALAN MELALUI TELEFON Rakan kamu tidak hadir ke sekolah kerana demam.Dia menelefon kamu bertanyakan tentang pelajaran di sekolah.Tulis perbualan telefon kamu dengannya.

Wilson Achong Wilson Achong Wilson

: Helo, selamat petang. Boleh saya bercakap dengan Achong? : Saya, Achong. Siapa di sana? : Saya Wilson. Awak tidak kenalkah suara saya? : Maafkan saya, Wilson. Mengapa awak tidak hadir ke sekolah? : Saya diserang demam panas. Doktor menasihatkan saya supaya berehat sehingga kesihatan saya pulih.

Achong Wilson Achong

: Cikgu Serin ada bertanya tentang awak di sekolah. Bolehlah saya memberitahunya esok. : Boleh awak beritahu saya kerja-kerja rumah atau nota yang perlu saya pelajari? : Cikgu Serin memberi latihan karangan bertajuk Faedah bergiat dalam sukan. Cikgu Hanim pula menyuruh kami membuat latihan Sains dalam buku teks muka surat 12 dan 13. Cikgu Nida pula meminta semua murid membuat ulang kaji Matematik unit 3 dan 4. Dia akan mengadakan ujian untuk unit itu pada hari Jumaat ini nanti.

Wilson Achong

: Banyak juga pelajar yang saya tertinggal. Mujur awak dapat membantu saya. : Jangan bimbang. Kalau ada apa-apa masalah, awak boleh menelefon saya. Saya sedia membantu awak. Saya harap awak segera pulih dan kembali ke sekolah.

Wilson

: Terima kasih, Achong. Sampaikan salam saya kepada Cikgu Serin dan rakan-rakan kita, ya.

Achong

: Baiklah.

TEMU RAMAH Kelas kamu mendapat seorang guru baharu.Selaku ketua kelas, kamu diminta menemu ramah guru tersebut.Tulis temu ramah kamu itu. Landak : Selamat pagi, cikgu. Saya, Landak anak Jabun ketua kelas 6 Biru. Saya ingin menemu ramah cikgu. Bolehkah cikgu menerangkan serba sedikit tentang diri cikgu? Cikgu Tam : Nama penuh saya ialah Tam anak Kalong. Saya berasal dari Rumah Maling, Nanga Sedugau, Gaat. Saya kini tinggal di Kota Samarahan. Landak Cikgu Tam : Bolehkah kami tahu di manakah cikgu mendapat pendidikan awal hinggalah sekarang ini? : Saya bersekolah di SK Lepong Gaat, kampong halaman saya. Kemudian saya masuk ke sekolah berasrama penuh iaitu SMK Sains Betong. Tamat persekolahan, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dalam bidang Bahasa Melayu. Landak Cikgu Tam : Di manakah cikgu berkhidmat sebelum ini? : Saya berkhidmat di SK Lusong Laku, Belaga. Setelah lima tahun berkhidmat di sana, saya telah dipindahkan ke sekolah ini. Pada mulanya saya berasa agak janggal juga mengajar di kawasan bandar kerana muridnya ramai. Kehidupan di bandar jauh berbeza dengan keadaan di kampung. Saya harap setelah beberapa lama nanti, dapatlah saya menyesuaikan diri saya di sini. Landak : Baiklah, Cikgu Tam. Sebelum mengakhiri temu ramah ini, bolehkah cikgu berikan katakata nasihat buat kami murid-murid kelas ini? Cikgu Tam : Saya harap semua murid di sini dapat memberikan kerjasama belajar bersungguhsungguh demi masa depan dan sentiasa hormat pada ibu bapa dan guru. Landak Cikgu Tam : Terima kasih, cikgu. : Terima kasih kembali.

KARANGAN BERFORMAT SYARAHAN 1. Syarahan ialah karangan jenis pidato yang memerlukan kemahiran berhujah dan mengupas hujah dengan matang dan meyakinkan. 2. Gunakan bahasa yang tepat, mudah dan tersusun. 3. Karangan ini ialah karangan berformat: a. Mulakan dengan kata alu-aluan yang betul. b. Huraikan maksud tajuk dalam perenggan pertama. c. Kemukakan hujah-hujah dengan bernas. d. Boleh menggunakan peribahasa, bahasa kiasan atau contoh untuk menjadikan syarahan lebih menarik dan menghidupkan suasana sesuatu majlis itu. e. Pada akhir syarahan, iaitu dalam perenggan terakhir tegaskan kembali tajuk dan ucapkan terima kasih. f. Syarahan terdapat dalam dua bentuk, iaitu: i) ii) Syarahan pertandingan Syarahan bukan pertandingan

Kamu akan mewakili kelas kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah Membaca Amalan Mulia.Tulis syarahan kamu itu.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif bijaksana, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Membaca Amalan Mulia. Hadirin sekalian, Membaca adalah satu amalan baik.Banyak faedah yang boleh didapati dengan mengamalkan sikap suka membaca.Melalui membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan. Mereka yang tidak gemar membaca akan menjadi seperti Katak di bawah tempurung. Ini adalah kerana mereka akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan yang sentiasa disebarkan melalui bahan bacaan dan media. Selain itu, terdapat banyak bahan bacaan yang member panduan dan teladan kepada kita.Di samping mendapat keseronokan semasa membaca, kita juga boleh membaiki penguasaan bahasa.Oleh itu, sikap membaca harus ditanam sejak dari kecil lagi.Bak kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sehubungan itu, ibu bapa dan guru-guru harus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kanak-kanak mengamalkan sikap rajin membaca.Membaca itu amalan yang mulia. Sekian, saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah kamu menganjurkan pertandingan syarahan.Tajuk syarahan ialah Kepentingan Berbudi Bahasa.Tulis syarahan kamu.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif bijaksana, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Kepentingan Berbudi Bahasa. Hadirin sekalian, Berbudi bahasa merupakan tingkah laku yang baik.Orang yang berbudi bahasa sentiasa mengamalkan sikap yang terpuji seperti bersopan-santun, hormat-menghormati, tolong-menolong dan berterima kasih. Sebagaimana saudara dan saudari maklum bahawa orang yang tidak ada ciri-ciri budi bahasa ini dianggap tidak sopan.Ia akan disisihkan oleh kawan-kawan dan masyarakat. Oleh itu kita perlu mengamalkan sikap berbudi bahasa.Budi bahasalah yang melambangkan peribadi seseorang itu. Kita akan dipandang mulia jika kita kaya dengan budi bahasa. Dengan amalan berbudi bahasa juga penduduk di sesuatu tempat itu dapat disatupadukan.Ini adalah kerana masyarakat hormat-menghormati, faham-memahami dan tolong-menolong. Jelaslah kepada kita bahawa amalan berbudi bahasa bukan sahaja menguntungkan diri seseorang malah dapat memupuk perpaduan antara kaum,.Oleh itu, amalkan sikap berbudi bahasa seperti kata pepatah Melayu, Yang kaya itu budi, yang indah itu bahasa. Sekian, saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

KARANGAN BERFORMAT UCAPAN 1. Teks ucapan lazimnya disampaikan dalam sesuatu majlis seperti: a. Majlis sambutan b. Majlis perhimpunan c. Majlis keraian d. Majlis perpisahan 2. Karangan ini ialah jenis karanga berformat. a. Mulakan karangan kamu dengan ucapan selamat sejahtera dan terima kasih kepada tuan pengerusi majlis serta para hadirin. b. Diikuti dengan isi. c. Tunjukkan bahawa kamu akan mengakhiri ucapan dalam perenggan terakhir. d. Ayat terakhir sekian, terima kasih. 3. Karangan ini juga boleh diselitkan dengan pantun.

Kelas kamu tahun 6 telah mengadakan majlis perpisahan. Dalam majlis itu, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan perpisahan mewakili rakan-rakan yang lain. Tulis ucapan perpisahan kamu itu selengkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai wakil murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna ini. Hadirin sekalian, Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru sekalian. Kami tidak sekali-kali akan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Tanpa guru siapakah kami. Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekun sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan berpisah, harapan kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Baka kata pepatah jauh di mata dekat di hati. Guru-guru dan rakan-rakan, Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru agar menjadi insan yang berguna buat bangsa dan negara ini. Kami berharap agar guru sekalian sentiasa mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan yang kami ceburi. Akhir kata, kami memohon maaf atas semua kesilapan yang kami lakukan sepanjang kami belajar di sini. Sekian, terima kasih.

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru. Kamu diminta menyampaikan ucapan pada majlis yang bakal diadakan.Sediakan teks ucapan kamu itu selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Guru ini. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Pada setiap tanggal 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru. Hari Guru merupakan majlis khusus untuk mengenang dan menghargai jasa guru. Biarpun insan yang bergelar guru ini tidak pernah mengharapkan balasan, namun sebagai pelajar, wajarlah kita mengenang dan menghargai segala didikan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan buat kita semua. Rakan-rakan sekalian, Di sekolah, gurulah yang mendidik dan mengasuh kita untuk berjaya dan menjadi insan yang berguna.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru, kita tidak mungkin tahu membaca, menulis dan mengira.Usaha murni pada guru yang tidak mengenal jemu ini memang patut dipuji.Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah katakata yang manis dan penuh budi bahasa. Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku dan membersihkan kelas. Guru-guru yang dikasihi, Sepanjang guru-guru mendidik kami, tentu ada dalam kalangan kami yang melakukan kesilapan yang mungkin mengguris perasaan guru-guru. Oleh yang demikian, saya mewakili rakan-rakan yang lain memohon maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan. Kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sehingga di sini dahulu ucapan saya untuk kali ini.Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru-guru tiada penghujungnya dan amat kami hargai. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun: Banyak padi perkara padi, Padi mana ditanam orang; Banyak budi perkara budi, Budi guru dikenang orang. Sekian, terima kasih.

KARANGAN BERFORMAT LAPORAN 1. Laporan ialah maklumat sesuatu perkara atau peristiwa yang diceritakan dengan cara terperinci. 2. Contoh laporan yang sering disoal dalam peperiksaan ialah: a. Lawatan b. Hari sukan c. Bencana alam d. Kemalangan 3. Laporan yang ditulis mestilah logik dan boleh diterima akal. 4. Gunakan bahasa yang mudah dan tidak berbunga. 5. Format laporan: a. Tajuk laporan setiap huruf pertama perkataan ditulis dengan huruf besar dan diberikan garisan. b. Isi c. Laporan disediakan oleh d. Tarikh dalam huruf besar ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan Disediakan oleh. e. Tandatangan f. Nama dalam huruf besar dan diletakkan di dalam kurungan.

Kamu diminta untuk menyediakan laporan sukan tahunan sekolah.Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit Pada hari Isnin, 5 November 2012, Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit telah menganjurkan sukan tahunan sekolah. Persiapan awal sukan telah dimulakan dua hari sebelum hari sukan.Pada pagi hari sukan, semua ahli rumah sukan sibuk menghias khemah masing-masing untuk mendapat gelaran Khemah Tercantik. Pada pukul 8.00 pagi, ibu bapa dan orang ramai mula tiba.Mereka telah memenuhi empat buah khemah besar yang disediakan. Tepat jam 8.30 pagi, acara sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan. Ucapan perasmian disampaikan oleh guru besar, Encik Layang Ugek.Seterusnya, acara olahraga bermula. Rumah St. Mark muncul sebagai johan pada tahun ini dengan mengutip sebanyak 940 mata.Rumah St. Mathew menjuarai perbarisan dan Khemah Tercantik.Gelaran olahragawan dan olahragawati 2012 disandang oleh Aji Manang dan Kumang. Acara ini tamat pada pukul 11.00 pagi setelah ucapan penutup disampaikan oleh guru besar sekolah.

Disediakan oleh,

12 NOVEMBER 2012

Igat dom
(IGAT DOM) Setiausaha, Penyelaras Sukan Tahunan 2012

Persatuan Tunas Puteri telah melawat ke Rumah Seri Kenangan, Sibu.Sebagai setiausaha persatuan, sediakan laporan lawatan itu.

Laporan Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan, Sibu Pada 25 September 2012, Persatuan Tunas Puteri Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Sibu. Seramai 20 orang murid dan tiga orang guru menyertai lawatan tersebut. Sesampainya kami di sana, kami mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah tersebut. Ada yang menyapu, ada yang mengelap tingkap da nada juga yang membersihkan longkang. Kami juga berkesempatan untuk menghias bilik-bilik di rumah tersebut.Kami telah membeli permaidani baharu dan juga meletakkan jambangan bunga untuk menyerikan suasana. Kami juga melayan penghuni rumah itu dengan membacakan surat khabar, menyisir rambut mereka dan memasak untuk makan tengah hari. Kami menjamu selera bersama-sama mereka. Sebelum pulang, kami memberikan hadiah kepada semua penghuni Rumah Seri Kenangan, Sibu.Mereka berasa sangat gembira apabila menerima hadiah daripada kami. Semua ahli rombongan berasa amat seronok dan bercadang untuk meneruskan aktiviti ini pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Suluwathy Kirak (SULUWATHY KIRAK) Setiausaha Persatuan Tunas Puteri

25 SEPTEMBER 2012

KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN 1. Jenis karangan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu: a. Berformat b. Tidak berformat 2. Jenis berformat adalah untuk soalan berbentuk begini: Anda selaku pencadang dalam sebuah pertandingan perbahasan yang bertajuk Belajar di Dalam Negara Lebih Baik daripada Belajar di Luar Negara. a. Untuk jenis karangan berformat mulakan dengan kata alu-aluan. b. Nyatakan sama ada kamu sebagai pencadang atau pembangkang seperti yang dikehendaki oleh soalan. c. Sebelum mengakhiri karangan, berikan isyarat bahawa kamu akan berhenti untuk berhujah, contohnya seperti: Sebelum saya mengundurkan diri. d. Ucapan terima kasih. 3. Jenis perbahasan yang tidak berformat ialah soalan berbentuk begini: Remaja hari ini lebih bermasalah berbanding remaja zaman dahulu.Bahaskan. **Untuk karangan jenis ini, kamu perlu memilih untuk menyokong atau membangkang. Setiap isi mestilah menunjukkan bahawa kamu menyokong atau membangkang; tidak boleh menunjukkan kedua-duanya sekali.

PERBAHASAN BERFORMAT Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan perbahasan.Tajuk perbahasan tersebut ialah Belajar dengan Kawan-kawan Lebih Baik daripada Belajar Secara Sendirian.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pembangkang, dan hadirin sekalian.Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu Belajar dengan Kawan-kawan Lebih Baik daripada Belajar Secara Sendirian. Setiap murid mempunyai cara tersendiri semasa mengulang kaji pelajaran. Ada yang suka belajar sendirian dan ada yang suka belajar dengan kawan-kawan.Belajar dengan kawan-kawan banyak memberikan peluang untuk memahami sesuatu isu pelajaran.Hal ini demikian kerana mereka dapat berbincang dan bersoal jawab tentang perkara yang tidak difahami. Hadirin sekalian, Dalam masa yang sama, murid-murid dapat bertukar-tukar nota dan pendapat tentang sesuatu isi pelajaran. Cara ini dapat melatih mereka mengeluarkan pendapat yang bernas dan dapat membina keyakinan diri juga. Selain itu, belajar dengan kawan-kawan dapat mengekalkan murid-murid berasa jemu dan mengantuk.Mereka tidak berasa jemu atau mengantuk kerana adanya komunikasi banyak hala dengan rakan-rakan. Apabila bersama-sama dengan rakan-rakan, murid berasa lebih bersemangat dan lebih seronok mengulang kaji pelajaran.Mereka dapat menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan guru bersama-sama. Dengan cara ini, mereka belajar bergaul dan belajar tentang erti persahabatan. Jadi, dengan berdasarkan hujah dan contoh yang saya sebutkan tadi, jelaslah bahawa belajar dengan kawan-kawan lebih baik daripada belajar secara sendirian. Sekian, terima kasih.

PERBAHASAN TIDAK BERFORMAT Belajar dengan Kawan-kawan Lebih Baik daripada Belajar Secara Sendirian.Bahaskan.

Setiap murid mempunyai cara tersendiri semasa mengulang kaji pelajaran. Ada yang suka belajar sendirian dan ada yang suka belajar dengan kawan-kawan.Pada era informasi yang mencabar ini, muridmurid perlu mencari cara yang paling berkesan dan cepat untuk menelaah pelajaran. Hal ini dapat dicapai dengan belajar bersama kawan-kawan. Belajar dengan kawan-kawan banyak memberikan peluang untuk memahami sesuatu isu pelajaran.Hal ini demikian kerana mereka dapat berbincang dan bersoal jawab tentang perkara yang tidak difahami. Dalam masa yang sama, murid-murid dapat bertukar-tukar nota dan pendapat tentang sesuatu isi pelajaran. Cara ini dapat melatih mereka mengeluarkan pendapat yang bernas dan dapat membina keyakinan diri juga. Selain itu, belajar dengan kawan-kawan dapat mengekalkan murid-murid berasa jemu dan mengantuk.Mereka tidak berasa jemu atau mengantuk kerana adanya komunikasi banyak hala dengan rakan-rakan. Apabila bersama-sama dengan rakan-rakan, murid berasa lebih bersemangat dan lebih seronok mengulang kaji pelajaran.Mereka dapat menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan guru bersama-sama. Dengan cara ini, mereka belajar bergaul dan belajar tentang erti persahabatan. Jadi, dengan berdasarkan hujah dan contoh yang saya sebutkan tadi, jelaslah bahawa belajar dengan kawan-kawan lebih baik daripada belajar secara sendirian.

KARANGAN BERFORMAT BERITA 1. Karangan jenis berita yang popular adalah mengenai: a. Banjir b. Bencana c. Kemalangan d. Kebakaran e. Lawatan 2. Berpandukan contoh, sila lihat format yang perlu dipatuhi. a. Mulakan karangan dengan tajuk yang ditulis di sebelah kiri paling atas dan dalam huruf besar. b. Kemudian tulis tempat peristiwa berlaku. Tulis dengan huruf besar. c. Diikuti dengan tarikh dan sempang. d. Kemudian tulislah berita yang ingin disampaikan. 3. Gunakan bahasa yang mudah dan tidak berbunga.

Tulis sebuah berita tentang kebakaran di sebuah kampong.

KEBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI BARONG SIBU, 26 Ogos Dianggarkan kira-kira 330 orang penduduk Kampung Sungai Barong kehilangan tempat tinggal mereka dalam kebakaran yang berlaku tengah malam semalam. Menurut ahli Rukun Tetangga yang bertugas pada hari kejadian, Encik Kalum Bara, kebakaran ini disedari pada pukul 1.45 pagi semasa rondaan dijalankan. Pasukan Bomba dan Penyelamat Sibu tiba 15 minit kemudian setelah seorang penduduk membuat panggilan. Namun, api yang telah merebak semakin marak dan terus membakar deretan rumah berdekatan. Encik Lingkau Agang, wakil penduduk Kampung Sungai Barong, 53 tahun menganggarkan kerugian sebanyak RM500 ribu. Namun, menurut beliau sehingga kini punca sebenar kebakaran itu belum diketahui. Beliau kemudiannya memberitahu nasib penduduk akan ditentukan dalam Mesyuarat Perbandaran Sibu tengah hari nanti. Sementara itu, semua mangsa ditempatkan di dewan orang ramai kampong tersebut. Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk menentukan punca kebakaran tersebut.

Andaikan bahawa sekolah anda telah menganjurkan Hari Kantin.Sebagai wartawan majalah sekolah, anda telah ditugaskan untuk menulis berita tentang program tersebut.Tulis berita tentang program tersebut selengkapnya. PELANCARAN PROGRAM HARI KANTIN KAPIT, 8 Jun- Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit menganjurkan Hari Kantin di sini, hari ini. Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat wakil rakyat, Dato Sri Dr. James Jemut Masing.Antara tetamu yang hadir termasuklah Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Jamit Ajok. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Methodist, Kapit Encik Layang Ugek berkata, tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengutip derma bagi menampung kos pembinaan dewan sekolah. Menurut beliau, sebanyak 20 buah gerai telah disediakan kepada para pengunjung.Gerai-gerai ini menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.Antaranya termasuk makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, kuih-muih, dan sebagainya.Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan.Kira-kira 1000 keping kupon yang berharga RM2, RM5 dan RM 10 telah habis dijual, kata beliau lagi. Sehubungan dengan itu, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran program berkenaan.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa, para guru, dan murid-murid yang telah bersungguh-sungguh menjayakan program tersebut. Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu tertentu serta syarikat swasta yang telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan tajaan barangan.

CATATAN: Isi berita MESTI mempunyai lima perkara: 1. 2. 3. 4. 5. Di mana Bila Siapa Mengapa Bagaimana - tempat berlaku kejadian - tarikh, tempoh atau hari kejadian berlaku - orang yang terlibat dalam kejadian - punca-punca kejadian itu berlaku - cara sesuatu kejadian berlaku dan kesudahannya

KARANGAN BERFORMAT SURAT KIRIMAN RASMI 1. Contoh surat kiriman rasmi ialah: a. Surat permohonan b. Surat bantahan c. Surat rayuan d. Surat pesanan e. Surat perniagaan 2. Format: a. Alamat pengirim ditulis di sebelah kiri. b. Diikuti dengan garisan pemisah. c. Alamat penerima. d. Tarikh dalam huruf besar dan sebaris dengan baris terakhir di dalam alamat. e. Panggilan hormat penerima. f. Diikuti dengan perkara yang ditulis dengan huruf besar bagi setiap permulaan perkataan dan digaris. g. Pendahuluan (tujuan surat). h. Isi seterus surat dan dinomborkan mulai dengan nombor 2. i. Penutup (sekian, terima kasih). j. Tandatangan di sebelah kiri, diikuti dengan nama penuh dalam huruf besar di bawahnya dan di sebelah bawah nama tulis jawatan pengirim.

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Bapa kamu telah menulis surat kepada guru kelas untuk memberitahu sebab-sebab ketidakhadiran kamu.

No. 25, Malatai 1, Jalan Selirik, 96800 Kapit, Sarawak.

Puan Diana Mijim, Guru Kelas Tahun 2 Biru, Sekolah Kebangsaan Methodist, 96800 Kapit, Sarawak. 24 JANUARI 2013

Cikgu,

Tidak Hadir ke Sekolah Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa anak saya, Lanchun Arie tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam campak. 2 Anak saya telah menerima rawatan daripada doktor. Doktor menasihati anak saya agar berehat di rumah selama 10 hari sehingga dia benar-benar sembuh. 3 Bersama-sama ini saya sertakan surat akuan daripada doktor untuk makluman cikgu. Anak saya akan kembali ke sekolah seperti biasa pada hari Isnin, 3 Februari 2013 ini. Saya berharap agar cikgu akan membantu anak saya dalam pelajarannya yang telah tertinggal. 4 Saya juga berjanji akan memastikan anak saya menyiapkan segala kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu-cikgu apabila bersekolah semula. Sekian untuk makluman cikgu dan saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

Georgesphy Josh
(GEORGESPHY JOSH)

Andaikan kamu Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan. Tulis sepucuk surat kepada guru besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke sekitar tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak.

Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Methodist, 96800 Kapit, Sarawak.

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist, 96800 Kapit, Sarawak. 2 FEBRUARI 2013

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Merujuk perkara di atas, salah satu aktiviti Persatuan Kajian Tempatan pada tahun ini ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Muzium Negeri, Pantai Damai dan Kampung Budaya. Persatuan juga bercadang untuk melawat ke Petrajaya. 2 Lawatan tersebut akan diadakan pada 26 hingga 28 Februari 2013. Seramai 36 orang murid akan diiringi oleh dua orang guru penasihat, iaitu Cikgu Norazlinda dan Cikgu Aminuddin. 3 Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan, di samping mengurangkan tekanan murid-murid selepas menduduki peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan UPSR. 4 Saya berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan secepat mungkin. Kerjasama daripada tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

Ann Annatasia Benji


(ANN ANNATASIA BENJI) Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan

KARANGAN BERFORMAT

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1. Contoh-contoh surat kiriman tidak rasmi ialah; a. Bertanya khabar b. Ucapan tahniah/takziah c. Jemputan ke majlis 2. Mulakan menulis surat dengan bertanya khabar dan menyatakan kesihatan diri dan keluarga. 3. Gunakan kata panggilan yang sesuai dan pastikan bahasa yang digunakan difahami oleh penerima. 4. Akhiri surat dengan salam, penghargaan dan ucapan terima kasih. 5. Format: a. Alamat pengirim ditulis di sudut sebelah kanan b. Tarikh surat ditulis di bawah alamat pengirim setelah selang sebaris. c. Pembuka kata. d. Isi. e. Penutup. f. Tandatangan di sebelah kanan.

Kamu belajar di sekolah berasrama penuh. Tulis surat kepada sahabat kamu di kampung untuk menceritakan keadaan kehidupan kamu di asrama.

Pungga anak Aji, Sekolah Kebangsaan Methodist, Peti Surat 9, Jalan Mamora, 96807 Kapit, Sarawak.

10 Januari 2011.

Menemui saudara Masam anak Taboh yang kini berada di Miri, Sarawak, dengan harapan semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu. Saudara, Apa khabar saudara di sana? Saya di sini sihat-sihat sahaja meskipun tinggal berjauhan daripada ibu bapa .Untuk makluman saudara, kehidupan di asrama tidaklah bebas seperti tinggal di rumah sendiri.Kehidupan di sini penuh dengan disiplin.Pada setiap pagi, kami terpaksa bangun awal supaya tidak perlu berebut untuk menggunakan bilik air. Pada pukul 7.00 pagi, kami sudah berada di dewan makan untuk bersarapan.Selepas itu, kami pergi ke sekolah sehingga jam 1.00 petang.Kami makan pada pukul 1.30 petang dan selepas itu kami dibenarkan berehat selama sejam sebelum masuk ke kelas tambahan.Setiap penghuni asrama diwajibkan mengikut kelas tersebut. Kami minum petang pada pukul 3.40 manakala pada pukul 4.00 petang kami diwajibkan turun ke padang untuk bersukan sehingga pukul 5.00 petang. Pada sebelah malam, kami terpaksa berada di dewan atau di bilik bacaan untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran.Kami masuk tidur pada pukul 9.30 malam.Begitulah keadaan rutin kehidupan saya di asrama. Bagaimanakah pula dengan saudara?Saudara tentu seronok tinggal bersama dengan keluarga.Saya rasa cukup setakat ini untuk sementara waktu. Jika ada kelapangan nanti, saya akan mengutus surat kepada saudara lagi. Sambutlah salam persaudaraan daripada saya. Sekian.Terima kasih.

Sahabatmu,

Pungga