Anda di halaman 1dari 6

sedikit ikan bilis/udang kering satu labu bawang besar dan seulas besar bawang putih

halia tua dua keping cili padi dan cili hijau dan merah.

rebuskan bahan bahan ini sehingga naik bau. masukkan juga sekeping assam keping.

saya memilih petula ular dan timun hijau untuk sayur... pelbagai lagi boleh digunakan mengikut kesukaan masing masing...ubi kentang, lobak merah, lobak putih dll....

rebus biar semua sayuran empuk.... apabila empuk masukkan Ikan. saya memilih ikan kembung sahaja. boleh gunakan ikan kayu dll rebus tiga minit...sahaja ikan ikan tadi. tambah air sekiranya perlu. kecilkan api. masukkan santan pekat...(1 ringgit) atau secawan. dan apabila didihan yang pertama tutup api..... perasa anda adalah garam/gula boleh juga menggantikan garam dengan fish sauce seperti orang orang di Pattani. MASAK LEMAK DARAK rebus hingga naik bau halia, bawang putih, 10ekor ikan bilis, bawang besar, assam keping dan serai. masukkan sayuran pilihan anda...petola, lobak atau timun. apabila sayur layu dan masak, masukkan ikan pilihan anda kembong, kayu atau ikan merah. terpulang. 3 minit sahaja. kecilkan api masukkan secawan santan pekat.

perasa? garam dan gula sahaja. boleh gantikan garam dengan fish sauce seperti orang orang Pattani.

COLEK MEMPELAM BELACAN. 5 Cili padi merah.... ditumbuk dalam lesung bersama 5 sudu besar gula. masukkan setengah inchi belacan (atas kamu) tumbuk kasar.... bancuh asam jawa sebesar ibujari...pekat. campur kesemuanya dalam mangkuk. 2 sudu kicap pekat manis ABC 2 sudu kicap masin kacau kesemuanya.....dan adjust rasanya....jangan pedas sangat. potong buah buah kampung dan duduk di pelantar sambil bergossip...ok?

was bored yesterday...need some food to be frozen. Daging masak kicap is the best..balik show terus panaskan makan dengan nasi... simple and easy... slice ur meat, put it on a hot pan. Let it cook till it;s tender, when the water dried put a scoop of butter...then toss in bawang besar, halia cincang and bawang putih... cilipadi if u want...let it fry and put kicap pekat manis...

KUAH KACANG MUDAH (untuk sekali makan). goreng dengan sedikit minyak satu cawan kacang tanah. sebelum di angkat masukkan 6 biji cili kering (pastikan jangan hangit). setengah inci belacan 4 sudu makan gula bancuhkan air asam jawa sebesar ibu jari. garam secukup rasa. gunakan pengisar, kisar kesemuanya..terpulang apda kamu mahu kasar atau halus. setelah dikisar masukkan dalam periuk dan masak atas api kecil. (untuk memekatkan kuah kalau cair, masukkan serbuk roti marie atau

masukkan sos cili atau bancuhan air tepung ubi sedikit) lebih baik jangan, kerana ini teknik pekedai sahaja.

CUCUR KODOK IKAN (4 ORANG MAKAN) 6 ekor ikan kembong/ikan sardine. direbus dan pastikan air jangan dibuang. 2 labu bawang besar 1 pelepah celeri 2 cawan tepung gandum 1 biji telur ayam. apabila ikan sejuk asingkan isi, tapi simpan air ikan tersebut untuk membancuh tepung, bawang, celeri. cili flakes dan telur ayam..gaulkan sampai jadi sebatian yang tidak cair dan tidak keras..... gorenglah atas api kecil sehingga menjadi kuning keemasan. selamat mencuba. TEKNIK MELEMBUTKAN CUCUR UDANG, CEKODOK SAMPAI PETANG ADALAH SEDIKIT SANTAN PEKAT YANG DI BANCUH DENGAN ADUNAN.

Anda mungkin juga menyukai