Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.
KESELAMATAN BENGKEL MELIPUTI ASPEK YANG BERIKUT:(i) Keselamatan umum (ii) Keselamatan diri dan rakan (iii) Keselamatan alatan dan bahan
KESELAMATAN AM
Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. Rambut mestilah pendek dan kemas. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.
KESELAMATAN DIRI DAN RAKAN Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. Bagi murid yang memakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika bekerja.
Bagi murid-murid perempuan,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH.
Amalan sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.
Tudung dimasukkan ke dalam apron dan diikat kemas. Lengan baju panjang hendaklah dilipat.
rambut hendaklah
Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.
Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.
Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur serta selamat.
ii. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi
2. Menyusun Atur
Guna alat mengikut kegunaannya. Simpan alat di tempat yang betul. Menilai Diri dan Tempat Kerja. Pencahayaan yang cukup. Peredaran udara yang baik. Lantai kering dan tak berminyak. Mendisiplin. Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
4. Mendisiplin
Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja. Etika kerja termasuk i. menepati masa ii. bertanggungjawab iii. amanah iv. patuh
Menepati masa Murid perlu menghadiri kelas dan menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Bertanggungjawab
Amanah
Budaya kerja
Bermaksud peradaban yang menjadi amalan