Anda di halaman 1dari 105
BAB3 KERANGKA TEORITIS KESANTUNAN Dalam bab ini akan dibincangkan konsep kesantunan yang diasaskan daripada konsep muka menurut pandangan beberapa tokoh. Bab ini juga akan membineangkan konsep muka dalam Islam yang berkait rapat dengan konsep hati dan nfat bagi menjelaskan pembinaan model kajian ini. Beberapa model kesantunan turut dimuatkan di sini bagi memaparkan kekuatan dan kekurangan model. Seterusnya perbincangan akan menyentuh pembinaan model yang akan digunakan dalam analisis data kajian ini, 31 Konsep Sebelum membina model kajian kesantunan, beberapa konsep yang menjadi tunjang pembinaan model kesantunan perlu diberi perhatian, Pemahaman terhadap konsep-konsep tersebut mendorong pembinaan model kesantunan yang lebih telitt dan bersesuaian bagi masyarakat-masyarakat tertentu. Ini adalah perlu memandangkan setiap masyarakat dikawal oleh sistem nilai dan norma yang berbeza. Perbezaan tersebut mendorong ke arah pembinaan pelbagai model kesantunan yang mungkin sesuai dengan kelompok masyarakat tertentu tetapi tidak sesuai pula dengan kelompok masyarakat yang lain, n 3.1.1 Konsep Kesantunan Lakoff (1975:64) menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981:96), kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang Konflik, Leech (1983:104) pula menyatakan bahawa Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam scsuatu interaksi sosial. Beliau seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan sckadar bermaksud berbaik-buik sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik. Dua tokoh bahasa yang terkenal dengan pandangan mereka terhadap fenomena kesantunan, iaitu Brown dan Levinson (Selepas ini disebut B & L) pula mengeitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar (1987:62). Pada mereka, setiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat. Sehubungan itu, sewaktu berlaku komunikasi, penutur perlu mengurangkan aneaman terhadap muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan, Kesantunan juga dikatakan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar Held (1992:133). 8 Watts et. al (1992:43) pula berpendapat bahawa kesantunan ialah perlakwan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial. Walau bagaimanapun, Watts menycmpitkan konsep kesantunan menjadi istilah yang lebih terperinci, iaitu Konsep Perlakuan Politik Verbal. Beliau menganggap, keupayaan untuk mengelakkan konflik bergantung kepada sosiobudaya sesuatu masyarakat, Di samping itu juga, cara berbahasa itu banyak bergantung kepada peristiwa bahasa, aktiviti sosial dan darjah perkongsian tethadap set-set jangkaan budaya di kalangan mereka yang terlibat dalam sesuatu percakapan, Konsep Perlakuan Politik Verbal oleh Watts merujuk Teori Relevan (Sperber & Wilson, 1986) yang menegaskan bahawa apa yang ditekankan dalam sesuatu ujaran ialah kerelevanannya dan bukan kebenaran harfiahnya, Watts merujuk Teori Relevan dalam menguturakan konsep Perlakuan Politik Verbal kerana berpendapat bahawa perlakuan yang santun itu bergantung kepada sifat interaksi, Sescorang yang terlibat dalam interaksi perlu menyesuaikan ujarannya dengan suasana, Keupayaan dan kebolehan penutur menggunakan kemahirannya dalam berbahasa yang sesuai dengan suasana interaksi merupakan perlakuan yang bijak dan disebut sebagai Perlakuan Politik Verbal. Aspek kesantunan berbahasa juga pemah diutarakan oleh Asmah Haji Omar (2000:88). Menurutnya kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Asmah menjelaskan bahawa penjagaan air muka di kalangan orang, Melayu bukan setakat menjaga air muka sendiri malahan turut meliputi air muka 9

Anda mungkin juga menyukai