Anda di halaman 1dari 3

NAMA : MUHAMAD HAFIZ BIN HAMZAH PROGRAM : PPG NO.

K/P : 800203025415 KURSUS : PENGAJIAN MATEMATIK KUMPULAN : MT 3 NAMA PENSYARAH : CIK NELLIE GAN 1. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna. Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut. Matematik mempunyai pelbagai makna antara seperti: 1. Matematik sebuah pengkajian tentang corak / pola yang mempunyai susunan sesuatu unsur secara berulang-ulang. Perhubungan ini disebabkan untuk mengkaitkan sesuatu perkara. Selain itu ianya memberikan keyakinan yang penting untuk kita menentukan dan menjangka sesuatu perkara akan terjadi/berlaku dimasa depan. Contohnya seperti 1 = 1 11 = 121 111 = 12321 1111 = 1234321 11111 = 123454321 2. Matematik merupakan satu bahasa/simbol yang boleh digunakan untuk menghubungkan sesuatu perhubungan. Antaranya seperti memudahkan kefahaman dalam proses pemikiran manusia untuk menjadikan sesuatu operasi matematik lebih mudah, ringkas dan tepat. Dalam matematik juga mempunyai nilai-nilai bahasa yang terdiri daripada hukum-hukum, teorem-teorem serta rumus-rumus yang boleh digunakan untuk menghubungkan sesuatu simbol. Contohnya seperti Luas bulatan = j 3. Matematik juga adalah suatu alat / rekreasi dalam kehidupan seharian. Keadaan ini berlaku dimana wujudnya kehidupan yang lebih luas. Antaranya ilmu matematik wujud secara tidak disengajakan seperti adanya pertukaran wang, menentukan jarak, menentukan masa dan sebagainya. Contohnya seperti permainan sudoku.

2. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran? Dalam kehidupan seharian, setiap manusia mempunyai masalah-masalah yang perlu ditempuhi. Namun begitu untuk menyelesaikan masalahmasalah ini kita perlu mempunyai kaedah-kaedah yang sesuai dengan pemasalahan. Antaranya a. memahami pemasalahan ( mengenalpasti masalah tersebut secara terperinci) b. merancang kaedah/cara untuk selesaikan masalah (mengambil pendekatan yang betul dan tepat). c. Melaksanaan kaedah/cara yang telah dirancangkan. d. Kemudian menyemak kembali keputusan yang dibuat (memastikan keputusan yang buat adalah paling betul dan paling tepat). 3. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik. Matlamat utama dalam penyelesaian masalah matematik adalah seperti berikut: i. penyelesaian masalah ini dapat meningkatkan keupayaan dan kebijaksanaan dalam menentukan strategik yang terbaik. Walaubagaimanapun, matematik memberikan seseorang itu melakukan sesuatu kerja dengan lebih berkesan dan lebih kompleks lagi. ii. Selain itu matematik juga melatih pemikiran akal manusia supaya berfikiran secara logik dan rasional. Contohnya seperti kita membuat perbelanjaan atau kewangan secara terancang dan sistematik. iii. Namun begitu penyelesaian masalah matematik ini juga memberikan kita berpengalaman dan bersedia meneruskan kehidupan kita dengan lebih terancang lagi dan dapat menangkis halangan yang bakal ditempuhi.

4. Nyatakan kepentingan matematik kepada a. anda sebagai individu Kepentingan matematik adalah mengaitkan banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian kita secara umumnya. Pengalaman berkaitan matematik yang tinggi dapat meningkatkan kebolehan seseorang itu mempunyai keupayaan untuk membaca secara kritikan, mengenalpasti punca kesalahan, mencari jalan alternatif dan sebagainya untuk mencapai kejayaan. b. masyarakat anda Kepentingan matematik juga mendedahkan pola dan corak yang tersembunyi untuk membantu kita dan masyarakat memahami dunia di sekitar. Dalam matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin berkaitan data, pengukuran dan pengalaman dari ilmu sains. Kajian demi kajian telah dijalankan antaranya model matematik dari perspektif fenomena alam yang berkait rapat tentang perilaku manusia dan masyarakat. c. Negara anda Kepentingan matematik untuk negara adalah lebih kepada infrastruktur, pembangunan dan perhubungan antarabangsa amnya. Dengan ini penguasaan matematik dapat menjana kearah negara maju seperti wawasan 2020. Selain itu bentuk-bentuk bangunan yang menjadi kemegahan dapat didirikan dengan gabungan ilmu matematik.

Anda mungkin juga menyukai