Anda di halaman 1dari 5

NORHIDAYU BT. ABD.

RAZAK 25 JUN 2013

1.0

Kod Etika Guru

Pada zaman yang mencabar ini, guru yang beretika akan sentiasa menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Jika seseorang guru itu berjaya menghayati dan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya dengan sempurna pasti ianya dapat membantu guru tersebut menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Etika seseorang guru yang dimaksudkan itu ialah:

Tanggungjawab Terhadap Profesion

Seorang guru handaklah menjaga nama baik dan tidak mencemarkan sifat profesionnya yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Dia juga tidaklah harus bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. Dia juga haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru juga haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Selain itu, guru harus mengesan dan

menerima

perbezaan

individu

di

kalangan

pelajar

dan

memandu

mereka

memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Seseorang guru hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. Mereka juga harus bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. Seterusnya seorang guru hendaklah menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Guru juga seharusnya membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. Selain itu, guru hendaklah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

Seseorang guru hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Guru juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru hendaklah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Guru seharusnya sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruannya.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Guru hendaklah mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. Selain itu, gurumestilah memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orangorang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Guru juga hendaklah menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Seterusnya guru sentiasa menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Guru hendaklah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Akhirnya guru seharusnya berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Seseorang guru semestinya menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Guru menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru juga seharusnya memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Guru hendaklah mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Selain itu guru juga hendaklah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

2.0

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

3.0

Rumusan

Dengan

dapat

memahami sebenar.

prinsip

akauntabiliti

,guru

dapat

memahami dihayati

tanggungjawabnya

yang

Penghayatan

akauntabiliti haruslah

sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan

tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguhsungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka

tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Anda mungkin juga menyukai