Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi Antara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini adalah: - peraturan mengenai kelakuan - tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib - prosedur dan tatacara tindakan tatatertib - hukuman tatatertib - peruntukan pelbagai yang berkaitan

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

Satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan

Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab Meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri Menjaga imej perkhidmatan Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan

Perlu sentiasa memelihara, mempertahankan kedaulatan dan maruah pada negara


Contoh kesalahan adalah seperti: - Bersubahat dengan musuh negara - Membocorkan rahsia negara - Memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan - Berlakon dalam filem yang memburukkanburukkan negara

Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi Tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam. (perlu bertanggungjawab ke atas tugasnya sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah) Seorang pegawai tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri

Perlu menjaga nama baik profesion. (Tidak boleh mencemarkan nama baik profesion) Perlu cekap atau sentiasa berusaha. Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab Tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberi tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan Mestilah melaksanakan apa yang diperintahkan serta perlu tekun

Anda mungkin juga menyukai