Anda di halaman 1dari 2

(A) Tajuk :

Program Rekreasi Luar

(B) Kelab yang mengemukakan

Kelab Rekreasi, Sekolah Rendah Kebangsaan Indah Permai, Kota Kinabalu, Sabah.

(C) 1. Rasional :
Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus dijadikan teras ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Justeru itu, Program Rekreasi Luar dapat dijadikan media untuk memurnikan hasrat berkenaan. Ini berdasarkan kepada fakta menyemai ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga rasa kesyukuran dan keprihatinan tehadap isu-isu alam sekitar. Program Rekreasi Luar ialah satu komponen kurikulum bagi Kelab Rekreasi Sekolah Rendah Kebangsaan Indah Permai. Murid sekolah tahap 2 haruslah lulus dalam penilaian untuk kokurikulum. Adalah diharapkan program yang dirancangkan ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang bermakna, di samping membantu pelajar membentuk serta membina ciri-ciri insan yang terdapat dalam visi dan misi sekolah.

2. Matlamat :
Program Rekreasi Luar ini membekalkan pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran, di samping mengamati, menikmati, dan menghargai serta mensyukuri alam ciptaan Ilahi. Ia juga akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran menyeluruh di samping memperkayakan kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Selain itu juga, Program Rereasi Luar ini akan dapat mengembangkan potensi insan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

3. Objektif :
3.1 Domain Kognitif 3.1.1 Menambahkan pengetahuan sedia ada dapat mempelajari aspek-aspek yang baru dari segi teori dan praktikal. 3.1.2 Mengenalpasti dengan lebih mendalam ciri-ciri adaptasi flora dan fauna serta mengkaji bagaimana manusia dan alam semula jadi bargantung antara satu sama lain. 3.1.3 Memberi peluang untuk melatih dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa.

3.2 Domain Psikomotor 3.2.1 Mempelajari kemahiran baru bagi memantapkan diri dengan pelbagai kebolehan untuk menjadikan pelajar yang berwibawa seperti kemahiran dalam servis dan spike permainan bola tampar. 3.2.2 Melatih diri untuk menjadi lebih mahir berkeyakinan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti Rekreasi Luar seperti sukan rekreasi.

3.3 Domain Afektif 3.3.1 Menambahkan nilai-nilai murni seperti patuh kepada arahan, bertanggungjawab, bekerjasama,dan saling mempercayai antara Satu sama lain. 3.3.2 Memupuk kualiti diri yang positif seperti berkeyakinan, bertimbang rasa, Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berktrampilan dan sebagainya. 3.3.3 Memperlihatkan peranan pelajar sebagai insan yang boleh diteladani dan sebagai agen penggerak masyarakat.