Anda di halaman 1dari 16

3. Instrumen Pengumpulan Data 3.

1 Pemerhatian Semasa menjalani aktiviti PBS pada 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 di SJK(C) Kung Ming, saya telah kaedah pemerhatian dengan membuat

pemerhatian ke atas keadaan kawasan sekolah tersebut. Selain keadaan kawasan sekolah , saya juga membuat pemerhatian ke atas keadaan disiplin murid-murid di sekolah, keadaan kantin sekolah, keadaan pejabat guru, keadaan semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan dan keadaan semasa guru mengajar dalam kelas. Untuk menyempurna lagi aktiviti pemerhatian, saya juga mengambil gambar sebagai tanda bukti bahawa telah membuat

pemerhatian ke atas keadaan-keadaan tersebut yang telah disenaraikan. Instrument pengumpulan data dalam aspek pemerhatian keadaan kawasan sekolah, saya berkujung-kunjung ke kawasan sekitar sekolah dan mengambil gambar-gambar infrastruktur yang sedia ada di sekolah seperti bilik kelas, perpustakaan, kantin, tandas, makmal computer, makmal sains, padang, bilik pemulihan dan sebagainya. Selain itu, saya juga memerhatikan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pihak sekolah bagi menceriakan kawasan sekolah dan kerjasama murid bagi menjaga kebersihan kawasan sekolah. Aspek displin murid-murid pula, saya akan memerhatikan sejauh mana nilai murni dan moral yang diamalkan oleh pelajar seperti memberi salam dengan guru semasa jumpa dengan guru, cara berkomunikasi dengan guruguru dan rakan-rakannya, tanggunjawab seseorang murid tertentu sama ada

murid tersebut bertugas membersih kelas harian dan juga sahsia murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Keadaan pejabat guru, saya memerhati cara berinteraksi antara guru besar, penolong kanan dengan guru, cara mereka bertutur dengan guru-guru antara satu sama lain. Di samping itu, suasana bekerja serta cara menjalan tugas juga termasuk ke dalam pemerhatian saya. Ini adalah kaedah pemerhatian yang telah saya gunakan sepanjang melaksana tugasan PBS di SJK (C) Kung Ming, Tawau.

3.2 Senarai Semak

3.3 Temubual Temubual : Siti Norlicanti bt. Ngadenan

Tajuk/ Perkara : Peranan Kerani Kami: 1. Apakah kerja sebagai seorang kerani di sekolah? 2. Adaklah anda berasa kerja yang diterima terlalu berat? 3. Masalah yang sering dihadapi?

Kerani: 1. Membantu dalam pengurusan pentadbiran dan kewangandan pendaftaran murid tahun 1. 2. Hanya pada peringkat awal, selepas biasa dengan kerja, tidak lagi berasa beban. 3. Setakat ini, tidak menghadapi sebarang masalah yang menyusahkan.

Temubual

: Puan Chong Chuk Ping ( Guru Pemulihan )

Tajuk/ Perkara : Sahsiah Murid-murid di sekolah Kami: 1. Apakah masalah sentiasa timbul di sekolah? 2. Siapakah yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah mulia bagi seorang murid? 3. Apakah peranan seorang kaunselor di sekolah?

Puan Chong: 1. Masalah kawalan kelas timbul seperti murid yang nakal, tidak mendengar arahan, tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka tidak duduk dengan baik di tempat duduk masing- masing sepanjang p&p. 2. Ibubapa main peranan penting dalam usaha tersebut. Murid- murid lebih masa bersama dengan ibu bapa. 3. Memberi teguran yang kesan kepada murid yang bermasalah dan memberi motivasi kepada mereka supaya dapat mengubah sikap mereka.

Temubual

: Puan Lim Hoi Lun@ Helen (PK1)

Tajuk/ Perkara : Pengurusan Akademik Sekolah Kami: 1. Apakah sistem pengajaran yang digunakan sekarang? 2. Apakah strategi serta cara yang digunakan akademik pelajar.? 3. Apakah tanggungjawab PK Kurikulum dalam sebuah sekolah?

Puan Lim Hoi Lun: 1. Sejak tahun 2011,sekolah telah mula menggunakan sistem KBSR sebagai pengunaan akademik sekolah.Hanya pelajar tahun 1 dan 2 menggunakan sistem KSSR, manakalah pelajar tahun 3 ke atas masih menggunakan sistem lama iaitu KBSR. 2. Mengajar bergantung pada standard pelajar, mengadakan kelas tambahan dan kelas pemulihan yang bersesuaian.Selain itu, program LINUS juga diadakan oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar. 3. Sebagai seorang PK Kurikulum, tanggungjawab yang utama adalah berusaha dan berkeupaya untuk meningkat prestasi akademik anak murid.

Temubual

: Puan Chung Min Lee ( Guru Besar)

Tajuk/ Perkara : Pengurusan Sekolah Kami: 1. Masalah yang dihadapi dalam pengurusan sekolah dan cara mengatasinya. 2. Penilaian seorang guru besar terhadap para guru. 3. Ciri ciri yang perlu dimiliki oleh seorang guru besar.

Puan Chong: 1. Antaranya ialah perancangan operasi sekolah, jika tidak dapat dilaksanakan dengan baik, P&P akan terganggu. Selain itu, perhubungan luar juga penting. 2. Menilai guru berdasarkan sahsiah guru, keputusan peperiksaan kelas guru tersebut dan penglibatan guru tersebut dalam aktiviti kokurikulum. 3. Seorang guru besar perlu memiliki kemahiran mengurus operasi sekolah serta mampu bersosial dengan kakitangan sekolah.

Temubual

: Puan Phang Fui Tsyr (Guru Pemulihan)

Tajuk/ Perkara : Pemulihan khas Kami: 1. Apakah peranan pemulihan khas di sekolah? 2. Bilangan murid yang terlibat dalam kelas pemulihan? 3. Macam mana murid tersebut dapat kembali untuk belajar di kelas biasa? 4. Peranan guru pemulihan khas?

Puan Phang : 1. Diberikan kepada murid-murid tahaun 7-9 yang ada kekangan dalam pembelajaran BM &MT.Terdapat satu kelas khas yang dibuka bagi murid-murid ini. 2. Maksimum:15 orang murid(setakat ini,bilangan murid dalam kelas pemulihan adalah tidak banyak. 3. Sehingga murid dalam kelas ini dapat menangani kemahiran tertentu. 4. Mempunyai kasih saying dan kesabaran yang tinggi.

Temubual

: Puan Chong Yun Nan ( PK HEM )

Tajuk/ Perkara : Disiplin Sekolah Kami: 1. Masalah disiplin sekolah. 2. Bilangan guru disiplin di sekolah ini. 3. Tanggungjawab seorang guru disiplin di sekolah ini. 4. Tindakan yang perlu diambil terhadap murid yang bermasalah disiplin.

Puan Chong: 1. Terdapat segelintir kes seperti murid yang ambil barang orang lain dengan sesuka hati, malas dating sekolah pergaduhan.Terdapat juga murid yang istimewah,bersifat hiperaktif. 2. Dua orang. En. Fu Chu Ken dan Puan Chong Yun Han. 3. Memastikan setiap murid berdisiplin dan mematuhi peraturan. 4. Memberi amaran,berjumpa ibubapa jika perlu dan gantung sekolah.

Temubual

: Cik Helen Chong Siew Jin (Ketua Panitia BM)

Tajuk/ Perkara : Pengurusan P&P (Bahasa Melayu) Kami: 1. Apakah masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 2. Bagaimanakah menyelesaikan masalah tersebut? 3. Apakah tekanan yang sering dihadapi oleh seorang guru?

Cik Helen: 1. Sesetengah murid yang berbangsa cina lebih lemah dalam mata pelajar Bahasa Malaysia dan terdapat murid yang malas belajar serta murid yang tidak memberi perhatian dalam kelas. 2. Gunakan dwibahasa (BC&BM)semasa penerangan dan mengadakan kelas tambahan pada setipa isnin dan jumaat. 3. Perlu menyediakan paper work yang banyak dan berusaha mencapai permarkahan yang tinggi daripada murid murid.

3.4 Soal Selidik

3.5 Rakaman Semasa melaksanakan tugasan PBS, kami telah menjalani aktiviti membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kelas yang kami masuk ialah kelas Pendidikan Jasmani dan Bahasa Malaysia. CD di bawa ini adalah rakaman semasa proses P&P dijalankan. :

Anda mungkin juga menyukai