Anda di halaman 1dari 2

PERANAN KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita yang berkait rapat dengan kemalangan jalan raya sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan.Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut diimplementasikan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini? Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya kerana setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah. Tamsilnya, pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi dan kemalangan jalan raya dapat diatasi. Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Peranan kerajaan yang lain adalah dengan menggiatkan kempen keselamatan jalan raya yang menyeluruh dan berkesan dalam kalangan masyarakat. Kempen ini disasarkan bukan sahaja kepada para pemandu, tetapi segenap lapisan masyarakat yang menggunakan jalan raya. Kesesuaian kempen keselamatan dijalankan berdasarkan hakikat bahawa kebanyakan kejadian kecelakaan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya sendiri. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hampir 50 peratus kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. Oleh itu, kempen keselamatan diri jalan sendiri raya dan haruslah digiatkan untuk mengikis raya sikap yang mementingkan melahirkan pengguna jalan

bertanggungjawab.

Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti meningkatkan tahap umur untuk memiliki lessen memandu terutamanya bagi golongan remaja supaya pengguna jalan raya yang lebih matang dapat dilahirkan. Pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan tidak memandu mengikut hawa nafsu sebaliknya memandu dalam keadaan yang waras. Yakinlah bahawa inisiatif kerajaan ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku. Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlu mengambil kira faktor fizikal dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya. Jalan tanah merah atau jalan yang tidak berturap haruslah diperbaiki atau diturap. Kerosakan jalan seperti permukaan yang berlubang-lubang atau berlopak akan menyulitkan pengguna jalan raya dan mengancam keselamatan mereka terutamanya selepas turunnya hujan. Menerusi langkah ini, kerja-kerja pembaikan jalan raya perlu dijalankan dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah keadaan jalan raya wajar diambil kira oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Konklusinya, langkah-langkah atau cara-cara meningkatkan tahap

keselamatan jalan raya boleh dilaksanakan oleh kerajaan. Menyedari hakikat ini, segenap lapisan masyarakat haruslah menggemblengkan tenaga bagi memastikan sistem rangkaian jalan raya di negara kita selamat untuk digunakan. Walaupun kejadian kemalangan jalan raya mustahil untuk dielakkan sepenuhnya, kadar kemalangan jalan raya masih dapat dikurangkan. Sikapberwaspada dan berhemat di jalan raya harus ada pada semua pengguna jalan raya. Mesej ini jelas berdasarkan slogan Pandu Cermat, Jiwa Selamat.