Anda di halaman 1dari 2

CARA PERMAINAN GULI UMUM 1. Permainan ini dimainkan dalam 2 peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir.

2. Setiap pemain akan dimasukkan ke dalam mana-mana kumpulan saringan (ditentukan oleh AJK pendaftaran). 3. 2 orang pemenang dari setiap saringan akan melangkah ke peringkat akhir. 4. Permainan dimainkan secara kalah mati. 5. Keputusan hakim adalah muktamad. 6. Peserta yang melanggar peraturan akan disingkirkan.

PERINGKAT SARINGAN 1. Setiap saringan akan dimainkan oleh 6-7 orang peserta. 2. Permainan ini dimainkan secara individu. 3. Permainan dilansungkan dalam 6 pusingan. 4. Setiap pemain hanya dibekalkan dengan 10 biji guli. 5. Pemain akan memasukkan 5 biji guli taruhan ke dalam lubang yang telah dilukis. 6. Baki 5 biji guli akan digunakan oleh pemain untuk bermain. 7. Giliran pemain ditentukan dengan cara menggolekkan satu guli (yang ada di tangan pemain) ke dalam lubang induk. 8. Guli yang paling hampir dengan lubang induk adalah dikira sebagai pemain pertama memulakan permainan dan diikuti dengan pemain kedua dan seterusnya. 9. Pemain pertama akan melontarkan gulinya (satu buji guli sahaja) dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada dalam bulatan. 10. Kedudukan pemain tidak boleh melebihi garisan permulaan yang telah ditandakan (jarak 2 meter dari garisan bulatan permainan). 11. Guli taruhan yang keluar dari bulatan akan menjadi hak milik pemain tersebut. 12. Guli yang masuk dalam lubang induk tidak boleh diambil.

13. Sekiranya jentikan tidak mengena, pemain tersebut dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan dan begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli taruhan. 14. Permainan akan diteruskan sehingga selesai pusingan keenam. Jika pemain telah kehabisan guli sebelum selesai pusingan, pemain dikira mati. 15. Pemain akan mengira jumlah guli masing-masing. 16. Pemain yang mempunyai guli terbanyak dikira pemenang. 17. 2 orang pemenang bagi setiap kumpulan saringan akan melangkah ke pusingan akhir. PERINGKAT AKHIR 1. Peringkat akhir akan dimainkan oleh 8 orang pemain sahaja. 2. Cara bermain sama seperti peringkat kumpulan. 3. Pemenang peringkat antara kumpulan dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. PENALTI 1. 2. 3. 4. Jika ada keputusan seri, maka hakim akan mengadakan pusingan penalti. Peserta bermain seperti biasa tetapi dengan pusingan dikurangkan (4-3-2)sahaja. Setelah selesai pusingan tersebut, pemain akan mengira jumlah guli yang diperoleh. Pemain yang mendapat guli terbanyak dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai