Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Induktif Kaedah induktif digunakan untuk mendapatkan rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa

a contoh matematik yang khusus. Kaedah ini memerlukan murid-murid mengkaji contoh-contoh matematik, membuat perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusannya. Mengkaji, membanding dan menganalisa contoh-contoh untuk membuat generalisasi Membuat rumusan Mendapat fakta matematik Mendapat konsep matematik Mendapat hukum matematik Proses pembelajaran melalui kaedah induktif Banyak hukum dan rumus matematik dapat dipelajari dengan menggunakan kaedah induktif. Dalam proses pembelajaran, murid-murid dikehendaki mengunakan pengetahuan sedia ada untuk mencungkil ciri-ciri yang sama daripada contoh-contoh matematik yang diberikan. Contohnya, untuk mendapatkan hukum tukar tertib dalam operasi darab: - murid-murid diberikan beberapa pasangan contoh operasi darab yang berkaitan, - Kemudian murid-murid membuat generalisasi daripada contoh-contoh itu sehingga mendapat hukum tukar tertib dalam operasi darab - Rajah berikut menunjukkan suatu proses pembelajaran menggunakan kaedah induktif untuk mendapat hukum a x b = b x a

Contoh-contoh matematik khusus yang mengandungi rumusan yang sama

4x2=8 2x4=8 5 x 3 = 15 3 x 5 = 15 4x2=2x4 5x3=3x5 6x5=5x6

axb=bxa

6 x 5 = 30 5 x 6 = 30

Kaedah Deduktif Kaedah deduktif boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru. Kaedah lebih kompleks kerana memerlukan murid-murid yang mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem matematik baru.

Rumus, hukum atau teorem matematik yang telah diketahui

Kaedah deduktif

Rumus, hukum atau teorem matematik yang baru diperolehi

Proses pembelajaran matematik melalui kaedah deduktif Contohnya: Untuk mendapatkan rumus luas segitiga. - Murid-murid harus mengetahui rumus luas segiempat terlebih dahulu - Kemudian mereka dibimbing untuk membahagikan segiempat tepat kepada dua segitiga bersudut tegak yang sama - Seterusnya murid mendapat rumus luas segitiga dengan membahagi rumus luas segiempat tepat dengan 2

Rumus luas segiempat tepat yang diketahui

Bahagikan luas segiempat tepat kepada dua bahagian yang sama

Rumus luas segitiga bersudut tegak Luas =

pxl I p

pxl 2
p I

pxl 2

p Pengajaran luas segitiga bersudut tegak melalui kaedah deduktif

Anda mungkin juga menyukai