Anda di halaman 1dari 38

ISI KANDUNGAN

A. B. C. D. E. PENGENALAN KATA-KATA ALUAN OBJEKTIF PENDAHULUAN


Perbandingan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah

Muka surat 2 Muka surat 3 Muka surat 4 Muka surat 5


Muka surat 6

F.

AMALAN JAHILIAH MASA KINI SERTA PUNCA-PUNCA


1. POLITIK 2. KERUNTUHAN AKHLAK DAN SOSIAL 3. EKONOMI 4. PEMESONGAN AGAMA (AJARAN SESAT) 5. WUJUDNYA GOLONGAN MUNAFIK 6. AMALAN SYIRIK 7. AKADEMIK 8. MALU MENGAMALKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN 9. PEPERANGAN Muka surat 24

Muka surat 10 Muka surat 11


Muka surat 13 Muka surat 14 Muka surat 16 Muka surat 18 Muka surat 20 Muka surat 22

G.

PENYELESAIAN 10. PEMILIHAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN 11. KERAJAAN BERLANDASKAN ISLAM 12. POLITIK MENURUT ISLAM Muka surat 26 Muka surat 27 Muka surat 28

13.SISTEM EKONOMI ISLAM PENYELESAIAN MASALAH MASA KINI Muka surat 30


14. ISLAM DALAM AKADEMIK 15. PERSIAPAN AKHIRAT 16. KEYAKINAN KEPADA AGAMA ISLAM 17. SARANAN 18. KESIMPULAN 19. RUJUKAN Muka surat 33 Muka surat 34 Muka surat 35 Muka surat 36 Muka surat 37 Muka surat 38 POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 1

PENGENALAN

Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih daripada cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini. Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau yang membezakan. Siapa yang mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran, maka Islamnya tidak syumul. Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-ciri dan amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani. Di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman Tabiut Tabiin, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700 tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh. Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa- kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rosak. Ilmu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang bermaksud: Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itukepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup mereka.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

KATA-KATA ALUAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk Perbandingan Amalan Masyarakat Zaman Jahiliah Dengan Amalan Masyarakat Zaman Moden iaitu satu amalan yang sangat susah dihindari masyarakat kita. Pendekatan Islam telah meletakkan 'Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah S.WT sebagai teras utama kepada prinsip-prinsip Islam yang lain. Ia adalah sebagai satu paksi kepada pembangunan tamadun sesuatu ummah dan pendekatan untuk menyeimbangkan aspek pembangunan dan kerohanian. Keimanan merupakan kepercayaan yang meresap di dalam hati dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan dan ia akan memberi pengaruh kepada matlamat kehidupan, tingkah laku dan perbuatan seharian. Ketakwaan pula merupakan suatu kekuatan bagi menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam kehidupan, menunjukkan jalan-jalan yang sukar, memberi sinar harapan ketika menghadapi kegelapan, serta menemui kemudahan dan keberkatan Allah S.W.T sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : 'Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan). ' Surah A t- Talaaq ayat 2. Dan (Ingatlah) seslapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. Surah A t- Talaaq (4) Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), ketinggian akhlak, nilai-nilai murni dan syahsiah diri adalah teras pembangunan insan dan pengurusan sistern untuk mencapai ummah yang berkualiti dan negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Semoga dengan adanya pendekatan tugasan ini, akan dapat memberikan pembacanya kesedaran dan ciri-ciri ummah yang bekerja kuat, gigih berfikir dan tekun berusaha untuk menjadikan Malaysia maju, cemerlang, aman makmur serta diampuni Allah, dan menjauhi segala gejala pembuangan bayi, Insya Allah. Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Roshadah Binti Abu Bakar dan Puan Norni Binti Abd Wahab yang telah memberikan tunjuk ajar mengenai tugasan yang bertajuk Punca dan Langkah-langkah Mengatasi Gejala Pembuangan Bayi serta semua pihak yang terlibat di dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, wassalam.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

OBJEKTIF Dalam tugasan ini kita akan mengupas satu persatu mengenai Perbandingan Amalan Masyarakat Zaman Jahiliah Dengan Amalan Masyarakat Zaman Moden. Pada zaman ini, apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur atau ambil pusing. Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeza dengan sistem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah. Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan serta bukan sistem sosial yang menindas dan menekan, hidup nafsinafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan juga sistem pentadbiran Islam yang menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang mengagungkan ketuhanan dan bukan ideologi ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insan dan kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong, dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman. Untuk menebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini, untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang sebenar. Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan. POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 4

PENDAHULUAN Jahiliah merupakan perkataan yang berasal dari perkataan arab iaitu jahala iaini bodoh atau tidak mengetahui apa-apa. Dari segi bahasa, jahiliah bermaksud sebuah masyarakat yang jahil, pagan, tidak berakhlak, tidak mempunyai ilmu pengetahuan, rosak sistem sosial, runtuh institusi ekonomi dan politik Negara nya. Manakala dari segi istilah, jahiliah bermaksud menolak petunjuk Allah SWT, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum Allah. Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat, walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun, hampir kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman. Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. Itu sebab umat Islam sudah hilang identiti mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyainan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan. Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji. Umat Islam sudah lupa berpakaian secara Islam. mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. Mereka lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam.mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam. Dalam tugasan ini kita akan mengupas Perbandingan Amalan Masyarakat Zaman Jahiliah Dengan Amalan Masyarakat Zaman Moden satu persatu yangmana dapat membantu menyedarkan pembaca mengenai kepentingan amalan Islam dalam kehidupan.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

Perbandingan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah. Sebelum itu ada baiknya juga kita mengimbas kembali tentang cirri-ciri Masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah . Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam. Pada ketika itu Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah antaranya adalah seperti berikut : 1. Kepercayaan / Agama : a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh ) b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam. 2. Hubungan Masyarakat / Sosial : a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin. 3. Peperangan : a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun. b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi. 4. Kelas Masyarakat : a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka. 5. Kedudukan Wanita : a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki. 6. Akhlak : a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka. b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah. 7. Politik : a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah. b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah. 8. Nilai-nilai Positif : a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim. b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam. 9. Amalan Ekonomi. a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jual beli berhala adalah ekonomi yang penting dan menguntungkan.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala, dll. C. Kesimpulan : Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu daripada Allah S.W.T melalui Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada semua umat manusia sebagai pedoman dalam kehidupan.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

AMALAN JAHILIAH PADA ZAMAN MODEN

POLITIK

Amat mengecewakan bagi umat islam pada zaman kini, walaupun Negara-negara islam sudah merdeka namun mereka masih lagi tidak dapat memerdekakan diri mereka dari segi gaya pemikiran, undang-undang dan cara kehidupan. Mereka masih dibelenggu oleh bayangan penjajah barat. Setiap sistem pentadbiran Negara di pengaruhi dengan sisitem pentadbiran yang di tinggalkan oleh penjajah. Akibatnya pemerintah tidak menegakkan undang undang syariah malah mereka mengamalkan undang-undang kafir yang teleh di tinggalkan oleh para penjajah. Kesannya terdapat banyak amalan jahiliah yang dilakukan oleh umat islam.

Dari segi politik, masyarakat jahiliah mengamalkan sistem qabilah. Qabilah merupakan ketua bagi setiap puak.Mereka akan berperang satu sama lain untuk menguasai tampuk pemerintahan. Ini akan memberi kesan yang tidak stabil pada sesuatu kawasan dan banyak tumpahan darah yang berlaku atas tindakan berdasarkan hawa nafsu. Jahiliah masa kini lebih hebat daripada zaman dahalu dan orang zaman sekarang lebih banyak dosanya berbanding zaman dahalu. Pada zaman dahalu, masyarakat jahiliah tidak mengetahui mengenai islam tetapi pada zaman sekarang mereka mengetahui islam dan mengaku mereka islam tetapi mereka tidak melaksanakan segala suruhan dan larangan Allah.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

10

KERUNTUHAN AKHLAK DAN SOSIAL

Antara amalan jahiliah yang di lakukan umat islam zaman kini, ialah keruntuhan akhlak dan sosial, melakukan pelbagai jenis jenayah, berlaku pergolakan dan peperangan, muncul golongan-golongan yang memesongkan agama, amalan syirik dan lain-lain. Keruntuhan akhlak dan sosial. Antara perbuatan keruntuhan akhlak yang umat manusia lakukan masa kini adalah seks bebas, pembuangan anak luar nikah, amalan couple, anak buang ibubapa dan lain-lain. Perbuatan- perbuatan ini terjadi kerana tiadanya undang-undang syariah, kurangnya didikan agama dan terpengaruh dengan cara dan budaya hidup Negara barat. Pelbagai jenis jenayah. Pada zaman kini, terdapat banyak jenis jenayah yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti mengundang kembali jenayah-jenayah yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah dahulu kala. Antara jenayah jahiliah dahulu yang dilakukan zaman kini adalah amalan riba, rasuah, rogol, bunuh, perjudian, minum arak dan sebagainya.
Selain itu masyarakat jahiliah dahulu mengamalkan kepercayaan menyembah berhala. Mereka juga juga mempercayai anak perempuan membawa sial kepada keluarga mereka dan mereka akan membunuh anak perempuan itu. Kedudukan perempuan pada zaman itu berada cukup rendah dan dipandang hina oleh masyarakat. Mereka dijadikan sebagai tempat memberi kepuasan nafsu serakah mereka.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

11

Orang zaman sekarang juga sudah melupakan cara hidup islam sebenar atau lebih dikenali sebagai islam sekular. Mereka lebih suka mengikut budaya barat sebagai contoh berapa rami yang menutup aurat yang mengikut syariat? Sudah tentu hanya segelintir sahaja yang mengikut syariah. Kalau kita tanya mereka yang tidak mengikut syariat ini terutama orang muda, contohnya isu pemakaian yang tidak sempurna sudah tentu mereka akan menjawab "kolot" ataupon "ala ikut trend masa kini la, takkan kita nok pakai tudung labuh nampak skema la gitu". Pemikiran sebegini haruslah dibendung supaya anak-anak muda tidak hanyut dengan dunia yang fana ini.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

12

EKONOMI

Dari segi ekonominya, mereka mengamalkan sistem riba dan menindas orang yang tidak mampu. Pada ketika itu juag keadaan ekonomi masyarakat jahiliah tidak stabil akibat empangan maa'rib pecah. Selepas kejadian itu berlaku mereka mencari sumber ekonomi melalui penaklukan dan menyebabkan pergolakkan berlaku antara beberapa kerajaan pada zaman itu. Orang sekarang menyembah tuhan dalam bentuk yang lain selain daripada islam. Sebagai contoh, mereka metuhankan dunia sementara ini dengan mencari segala kekayaan didunia sehingga melupakan dunia akhirat. Meraka akan berusaha untuk mencapai impian mereka sehingga mereka melupakan perkara wajib seperti solat 5 waktu. Kita dapat lihat dalam masyarakat kita sendiri berapa ramaikah yang berjaya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, seperti mana yang berlaku pada dunia ini. Segala yang kita miliki kalau pun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi, tetapi apabila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW,Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian). Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan ditipu dengan nikmat dunia yang tiada nilainya disisi Allah SWT. Kehidupan umat Islam dunia moden kini tidak mengira hasil pendapat yang diperolahi secara halal atau haram, yang penting dapat harta dan kekayaan sehinggakan menjadi syirik disebabkan harta. Tidak kira waktu solat, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

13

PEMESONGAN AGAMA (AJARAN SESAT)

Golongan memesongkan agama. Terdapat banyak golongan memesongkan agama yang wujud pada zaman moden ini. Ini dapat dilihat melalui wujudnya banyak nabi dan para rasul yang palsu. Contoh yang paling dekat boleh di ambil adalah ajaran Kahar. Ajaran ini menyatakan bahawa pengasasnya adalah para rasul. Kahar dianggap sebagai rasul melayu. Setiap umat melayu di dunia ini adalah umat nya. Dia bertanggungjawab untuk memimpin setiap masyarakat melayu yang ada di dunia. Namun pada hakikat nya tiada nabi selepas kewafatan Rasullulah SAW. Allah SWT telah menjelaskan bahawa nabi Muhammad SAW sahaja nabi terakhir yang akan memimpin umat di akhir zaman. Tiada nabi selain Muhammad. Kemunculan ajaran kahar hanyalah sematamata ingin memesongkan akidah masyarakat melayu. Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan
POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 14

dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yanglain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapafaktor berikut:-i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannyamengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkankebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyaim unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.iv. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itutidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul,Kitab, Qadadan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yangdisebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokohtokoh agama tempatan.Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara iniadalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma sertadaya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan Tarikat Nurul Zaman ke atas balai polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam..

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

15

WUJUDNYA GOLONGAN MUNAFIK

Pada zaman ini terdapat ramai golongan munafik. Hal ini kerana ramai yang mengaku diri mereka itu Islam namun cara dan budaya kehidupanya jauh dari Islam. contoh,ramai umat islam terutama remaja mengambil mudah mengenai solat lima waktu. Kebanyakan mereka meninggalkan solat atas alasan-alasan yang tidak munasabah. Ada diantara mereka yang langsung tidak melakukan solat sehingga tempoh yang lama. Mereka menganggap sekadar mengerjakan solat sunat jumaat dan berpuasa di bulan ramadhan membuktikan mereka itu islam. Tanggapan sebegitu adalah salah sama sekali. Kerana ianya seakan-akan mempermainkan rukun islam. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haram tidak ada pada mereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agama yang diperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebut menyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil munafik. Mereka memakai baju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidak merelakannya. Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak percaya kepada agama Islam kerana mereka mempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentangan mereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepada agama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan mereka tidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka boleh menyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka boleh menentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulin. Mereka menganggapkan Islam sebagai baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan menurut keadaan yang membawa keuntungan kepada mereka. Al-Quran menceritakan keadaan puak munafik:

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

16

Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi, mereka menjawab: Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan. Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman. Mereka berkata, Apakah harus kami beriman seperti orangorang bodoh itu beriman? Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, Kami telah beriman. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman). ( Ayat 8-14 : Surah al-Baqarah )

Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu mereka tidak akan kembali. ( Ayat 18 : Surah alBaqarah )

Orang munafik sangat berbeza daripada orang kafir. Orang kafir dengan tegas menyatakan tidak beriman baik secara terang atau pun secara bersembunyi. Ancaman azab neraka dan pujukan nikmat syurga tidak menarik orang kafir kepada iman. Orang munafik pula mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah mereka dan tidak keberatan menyertai amalan ibadat bersama-sama orang Islam yang lain, tetapi ucapan dan ibadat yang dilakukan itu tidak berbekas pada hati mereka. Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat tetapi hati mereka kufur. Mereka adalah orang yang Islam pada zahir tetapi kafir pada hati. Perbuatan zahir mereka sesuai dengan perbuatan orang yang beriman kerana mereka mahu menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka. Ada kepentingan diri yang mereka mahu jaga.
POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 17

AMALAN SYIRIK

Amalan syirik. Walaupun zaman kini dikenali sebagai zaman millennium dan teknologi namun ada juga manusia yang masih mengamalkan amalan syirik ini. Sebagai contoh, amalan memuja tempat keramat, percaya bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, dan bermacam lagi.
Keghairahan teka pemenang Piala Dunia berdasar gerakan binatang boleh jejas akidah.

PAUL berenang dekat replika trofi Piala Dunia di dalam


KEJAYAAN Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan.

Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena. Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakanakan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan. Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis
POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 18

binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.Mereka beranggapan arah gerakan itu boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan nanti. Jika pergerakan itu dianggap menunjukkan alamat tidak baik, mereka akan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan. Imam al-Syafii pernah berkata: Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya. (Hadis riwayat Abu Nuaim al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya). Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan sang sotong Paul yang dinamakan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid.Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata. Firman-Nya bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah: 51). Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi keputusan-Nya. Firman Allah bermaksud: Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Surah al-Araaf: 131). Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia terjebak dengan syirik. Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. (Hadis riwayat Imam Ahmad) Daripada Abdullah Ibn Masud, Rasulullah bersabda bermaksud: Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud). Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita. Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa mereka daripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi kotak dalam akuariumnya. Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan. Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengucapkan doa: Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

19

AKADEMIK

Tanggal 30 November 2010 terpampang di muka hadapan akhbar tanah air mengenai topik 500 000 Murid Tahun Satu Sesi 2011 Diajar Pendidikan Seks. Apa jenis rasional lagi yang ingin diketengahkan bagi membendung gejala sosial, dan kancah zina ini..?. Sebelum ini dengan idea penubuhan baby hatch, Festival Fesyen Islam, pemberian kondom percuma, dan lain-lain, kesemua paradigma tersebut ternyata menjadi umpan menangguk gejala maksiat yang lebih besar. Ingin mencantas ranting, tetapi masih hilang waras untuk mencabut akar. Masih meraba-raba bayang-bayang sendiri, tetapi alpa dengan batang tubuh kepada imej bayang-bayang terbabit yang dianugerahkan Tuhan. Kembalilah kepada Allah S.W.T . Hukum Allah dipinggirkan malahan menggunakan undang-undang dan sistem daripada barat. Kenapa tidak gunakan hukum Allah S.W.T, Allah S.W.T yang menciptakan kita, Allah jugalah yang Maha Mengetahui tentang ciptaanNya Itulah jawapan tuntas bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Firman Allah S.W.T :

) 94( )05(
Maksudnya: 49. Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, agar kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). 50. (Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), Sesungguhnya Aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. Al-Dhariyat (51): 49-50 Gandingan ayat di atas memaparkan Islam sememangnya menitikberatkan persoalan sosial. Lalu dijalinkan ayat pertama di atas dengan ayat kedua bagi mengemukakan satu indikator terunggul dalam hubungan sosial manusia, iaitu kembali kepada Pencipta yang menciptakan makhluk. Menyandarkan segala-gala percaturan kepada Pencipta bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dijelmakan dengan perlaksanaan HUKUM Allah secara holistik dalam arena kehidupan manusia, lantaran Islam merupakan satu manhaj hidup yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana sistem rekaan manusia.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

20

Firman Allah s.w.t:

(47)

Maksudnya: 47. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. Al-Maidah (5): 47 Implikasi buruk begitu besar akan berlaku sekiranya dilaksanakan pendidikan seks pada hemat saya. Pendidikan seks seolah-olah mendoktrin pelajar bagaimana melakukan hubungan seksual secara selamat agar tidak melahirkan anak luar nikah. Pendidikan seks seolah-olah mendedahkan garis panduan dan strategi bahkan menggalakkan perlakuan zina menular sungguhpun pada zahir perlaksanaannya seakan tidak kelihatan. Seawal umur tujuh tahun..?? Sungguh dangkal idea-idea sebegini. Sedangkan sekiranya kita mengimbau kembali susur galur usia ketika 7 hingga 12 tahun di alam persekolahan pada era 80-90-an, kita sendiri tidak mengerti apakah seks itu. Astaghfirullah Di sini beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, yang dipetik dari akhbar BH, sebagai bukti: Enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan, Jika dilihat kepada sukatan pendidikan sekolah rendah, subjek pendidikan Islam seolah-olah dianaktirikan dan diperkecilkan skop pengajiannya. Hanya saja ia distuktur menjadi sebahagian Modul Teras Asas Tahap Satu yang terakhir selepas subjek PJ, BM, BI, BC, BT, dan Matematik. Ini berdasarkan kepada kenyataan: selain Pendidikan Kesihatan, subjek lain di bawah Modul Teras Asas murid Tahap Satu termasuk subjek Pendidikan Jasmani, Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam/Moral. Justeru, dalam isu yang membabitkan pembinaan minda murid-murid tahap satu, penerapan elemen-elemen Islam wajib didahulukan berbanding pendidikan seks. Secara lumrahnya, pendidikan seks secara tidak langsung akan dipelajari dengan sendirinya setelah merentasi usia remaja, dan hal ini merupakan suatu fasa perkembangan kognitif yang akan dilalui oleh setiap manusia. Penerapan pendidikan Islam sebagai Modul Kurikulum Bersepadu perlu dikembangkan secara menyeluruh sejak di awal usia 5 tahun lagi dan hal ini sebagai satu esensi kepada pembangunan jati diri dan prinsip Islam dalam pemikiran dan tingkah laku harian murid-murid yang masih suci dari pencemaran minda.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

21

MALU MENGAMALKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN

Berdasarkan kepada senario dunia mutakhir ini, di satu pihak yang lain, golongan yang mendokong ideologi liberal mendabik dada dengan wawasan liberal yang dicanangkan. Dogma sekularisme dan hidonisme diagungkan oleh para pengusung ideologi, sementara fikrah Islamiyyah masih tersepit bahkan dihimpit dengan pelbagai tohmahan liar. Mengapa ini berlaku? Sifirnya mudah. Sebahagian besar umat Islam yang merupakan umat kedua tersebar selepas penganut kristian itu sendiri tidak yakin dengan sistem Islam, masih tersipusipu dan merasa kerdil untuk beramal dengan amal Islami secara kaffah. Langsung tidak merasa BANGGA dengan Islam yang merupakan manhaj wahyu daripada Allah s.w.t, mengatasi segala macam ideologi manusia yang sangat terbatas. Inilah JAHILIYYAH moden yang menghantui umat Islam hari ini. Tatkala umat Islam sendiri melihat saudara seagamanya memakai jubah dan kopiah di warung atau di tempat-tempat awam, mereka merasa jengkel dan pelik dengan pemakaian sedemikian seolah-olah orang yang menuruti ajaran Islam dan sunnah Baginda s.a.w telah ketinggalan zaman. Ketika mana manusia merasa aneh dengan busana muslimah bertudung labuh dan berjubah kerana menganggap pakaian terbabit seolah-olah tidak menepati kehendak semasa, lalu memperkenalkan fesyen yang kononnya menuruti acuan Islam, berpakaian nipis, jarang, dan ketat sungguhpun bertudung, maka saat itulah jahiliyyah moden telah berputik.
Subhanallah. Semua perniagaan ditinggalkan dan semua muslimin dan muslimah berjemaah. Adakah budaya seperti ini di Malaysia?

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

22

Saya menyedari, ada juga dalam kalangan mujtama muslim merasakan kebenaran agenda yang diperjuangkan oleh gerakan Islam, tetapi mereka (masyarakat) masih berasa takut untuk menonjolkan pengamalan Islam, serta berasa rendah hati untuk menguak pemahaman Islam dalam bingkai kehidupan yang sebenar. Maka, perasaan-perasaan sebegini perlu dikikiskan, malah pemanifestasian Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna wajar diperkasakan, bagi mengatasi ideologi-ideologi lain yang kian meracuni pemikiran umat, lantaran manusia dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan Islam itu sendiri sebagai rahmatan lil `alamin. Seperti kata-kata Saidina `Umar r.a ketika membuka kota Palestin:

.
Maksudnya: Kita merupakan sebuah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mendambakan kemuliaan selain Islam, maka Allah menghinakan kita Keizzahan kita adalah pada Islam. Maka pengamalan Islam tentunya menjadi syiar keizzahan seseorang yang benar-benar bertapak dalam rangka kehidupan Islam. Memberi salam, mengucapkan takbir, melaksanakan sesuatu perkara secara berjemaah, berjabat tangan, etika berpakaian muslim, seruan azan, kesemuanya merupakan syiar Islam yang menjulang Islam sebagai suatu agama yang ideal. Realititi masa kini memaparkan bahawa umat Islam masih terpinga-pinga menyingkap kebenaran lantaran kejahilan telah menutupi sisi pandang mereka. Muhammad Qutb turut mengarang sebuah buku berjudul Jahiliah Abad 20 yang menyaksikan bentuk-bentuk jahiliah yang masih wujud bahkan terus wujud dalam era mutakhir ini. Begitu juga Ustaz Abdullah al-Qari yang telah mengarang sebuah buku berjudul 139 Amalan Jahiliah dan Perbandingan Manusia Kini yang memberikan tasawwur amalan jahiliyyah yang berlaku pada masa kini.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

23

PEPERANGAN Berlaku peperangan dan pergolakan. Lihatlah pada zaman kini, masih terdapat lagi Negara yang bertelagah dan berperang. Peperangan yang tercetus disebabkan perasaan ingin meluaskan kuasa dan keinginan hawa nafsu. Peperangan yang mereka lakukan itu tidak ubah seperti peperangan jahiliah dahulu. contoh peperangan yang berlaku sekarang adalah peperangan amerika dan Iraq. Amerika melakukan peperangan dengan Iraq kerana keinginan hawa nafsu untuk menghancurkan dan memundurkan Negara islam. Selain itu, peristiwa 11 September telah mengejutkan dunia dengan rampasan Kapal terbang dan melanggar Bangunan PWTC. Peristiwa itu telah mengaitkan nama islam sebagai pengganas disebabkan ramai nyawa-nyawa yang tidak berdosa menjaadi korban. Dalam islam turut mengajar kita walaupun dalam peperangan. Berikut adalah etika peperangan dalam islam

Etika Peperangan Dalam Islam

Islam amat mengutamakan keamanan dan keselamatan sejagat. Oleh itu, misi peperangan dalam Islam tidak sewenang-wenangnya menghancurkan dan memusnahkan pihak musuh, malah kehidupan lain dan persekitarannya juga diambil kira. Antara etika-etika peperangan dalam Islam ialah: 1. Mesti mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menyerang wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu mengajak menganut agama Islam, berdamai dan membayar jizyah atau berperang. 2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar peperangan berlaku setelah umat Islam diserang oleh musyrikin Quraisy Makkah.
POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 24

3. Dalam ekspedisi peperangan, tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang tua, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Golongan ini tidak boleh dibunuh malah dilindungi. 4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. 5. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. 6. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah seperti tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang sudah terbunuh. 7. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun syarat-syarat dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam dan berat sebelah, namun Rasulullah menerimanya kerana mempunyai misi tersendiri dan berpandangan jauh. 8. Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Mana-mana tawanan perang kafir Quraisy yang dapat mengajarkan 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis akan dibebaskan tanpa syarat. 9. Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi melalui perang bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

25

PENYELESAIAN Setelah mengenali sepintas lalu tentang masalah-masalah pokok umat Islam kini, tanpa menafikan ada banyak lagi masalah lain, dengan segala cabangnya, yang tidak disebutkan di sini kerana menjaga ruang dan masa, maka pada hemat saya, terlebih dahulu perlulah kita memahami bahawa tidak ada jalan ringkas danpendek untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi itu. Masalah-masalah itu telah lama berakar umbi dalam masyaarakat Islam, yang bermula sejak dari zaman keruntuhan Islam hingga kini. Kita hanya mewarisi masalah-masalah itu daripada orang-orang terdahulu danmenyedari akan akibatnya sekarang, dan perlu akan penyelesaian.

PEMILIHAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN Masyarakat jahiliah yang disebutkan pada permulaan tulisan ini telah menghadapi berbagai-bagai masalah yang disifatkan oleh al-Quran sebagai: Dan kamu (masyarakat jahiliah) sedang berada di tepi tebing neraka (kemusnahan) maka kamu diselamatkan (oleh Islam) daripadanya. (Ali Imran 3: 103) Ayat ini memberi suatu jalan penyelesaian kepada umat Arab ketika itu dengan memilih Islam sebagai suatu cara hidup bagi menyelesaikan semua masalah yang dihadapi. Kalau mereka telah berjaya, maka tentu juga kita boleh berjaya dengan memilih Islam sebagai suatu pilihan utama. Islam sebagai suatu pilihan untuk menyelesaikan masalah, bukan Islam yang sekerat-kerat dan mengikut selera, malah Islam yang sebenar yang disebut oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran, maksudnya: Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam keseluruhan (kesemuanya) dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata. (al -Baqarah 2: 208)

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

26

KERAJAAN BERLANDASKAN ISLAM Program utama bagi penyelesaian ini adalah dengan mengatur strategi untuk pulang kepada Islam secara yang lebih serius dan berkesan. Bukan dengan cakap dan lambang-lambang yang tidak bermakna. Langkah penerapan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan adalah suatu langkah yang baik dan perlu diberi sanjungan dan sokongan. Hal ini adalah suatu yang berguna untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa yang perlu ditambah untuk lebih mengemaskan langkah tersebut ialah dengan meletakkan matlamat jangka waktu yang akan dicapai. Tanpa jangka waktu dalam proses penerapan nilai-nilai Islam seperti sekarang ini, menyebabkan semua pihak yang terlibat tidak akan mengetahui sampai bila penerapan itu hendak digarapkan. Kerananya maka ada pihak yang belum memulakan usahanya, mungkin pada pandangannya, masa masih terlalu lama lagi. Ada yang begitu laju dan amat cergas hingga mencurigakan orang lain dan berbagai-bagai lagi. Kerana itu sasaran dan jangkamasa perlu dibuat dengan jelas. Tanpa jangka waktu tertentu, program yang tersusun sukar dilaksanakan dengan baik. Program itu juga tidak dapat disemak: Manakah yang sudah dijalankan dan apa pula yang belum? Apakah tekanan yang patut diberi dan apa pula yang mesti diatasi segera?

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

27

POLITIK MENURUT ISLAM

Politik, mengikut pengertian secara umum adalah suatu sistem pemerintahan negara yang melibatkan hubungan antara rakyat dengan institusi kekuasaan. Secara langsung ia berkait rapat dengan soal-soal seperti cara mendapatkan kuasa, kepimpinan, pengaruh, kedaulatan dan lain-lain lagi. Semuanya ini telah diakui oleh pemikir-pemikir agong politik Islam seperti Ibn. al Muqaffa, Abu Yusuf, Al Jahiz, al Farabi, al Mawardi, al Ghazali, Ibn. Taimiyyah, Ibn. Jamaah dan sebagainya. Mereka mengakui Islam sebagai agama yang syumul yang melibatkan seluruh aspek kehidupan manusia, tidak pernah sekali-kali memisahkan antara kehidupan politik dan agama. Kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat dan kukuh serta saling lengkap melengkapi. Kalau tiada salah satu daripadanya, maka akan pincanglah yang satu lagi. Sistem politik Islam adalah ibarat sistem saraf di dalam diri seseorang manusia. Jika saraf rosak maka perjalanan badan menjadi tidak betul dan tidak tepat serta boleh jadi merosakkan diri manusia itu sendiri. Demikianlah eratnya pertalian Islam dengan politik. Sistem politik dalam Islam adalah bertujuan, Pertama, untuk mengelakkan terjadi eksploitasi antara manusia, kelompok atau kelas dalam masyarakat; Kedua, untuk memelihara kebebasan (ekonomi, politik, pendidikan, agama dan lain-lain lagi); Ketiga, untuk menegakkan sistem keadilan sosial yang seimbang sebagaimana dikehendaki al Quran; Keempat, untuk membenteras setiap kejahatan dan mendorong setiap kebajikan yang dengan tegas digariskan al Quran, Kelima, menjadikan negara sebagai tempat tinggal yang aman sentosa tanpa diskriminasi dan sebagainya. Namun demikian, kita mula dilanda kebimbangan apabila munculnya fahaman yang memisahkan agama dan politik mulai mendominasi fikiran umat Islam. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh barat yang amat kuat semenjak penjajahan berlaku di negara-negara Islam. Mereka menafikan peranan agama dalam politik. Bagi mereka, tiada sandaran agama dalam urusan pemerintahan. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh gerakan yang berlaku di Eropah suatu ketika dahulu yang memisahkan gereja daripada aktiviti masyarakat. Ini dilakukan pada pertengahan kurun ke enam belas di bawah gerakan pembaharuan agama yang diketuai oleh Luther dan Calvin. Pembaharuan ini disebabkan oleh penyelewengan pihak gereja yang memeras rakyat yang akhirnya menyebabkan rakyat bangun dan menentang campurtangan gereja dalam urusan pemerintahan. Kata-kata: "Berilah hak Kaisar untuk Kaisar dan hak Tuhan untuk Tuhan" semakin mendominasi fikiran mereka ketika itu. Implikasi daripada pengasingan ini muncul akhirnya gerakan yang membebaskan fikiran manusia dari semua ikatan agama. Akhirnya berlaku sekularisma di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Dengan itu tidak hairanlah sekiranya sarjana-sarjana politik barat seperti Plato, Aristotle, Machiavelli dan sebagainya tidak mengaitkan kepentingan agama di dalam berpolitik. Gerakan dan ide-ide seperti ini amatlah bertentangan sekali dengan sistem politik Islam. Menurut Imam al Ghazali agama dan negara adalah dua yang berkembar. Agama merupakan asas dan pokok pangkal manakala pemerintah pula adalah pengawal dan sesuatu yang tidak mempunyai asas maka dengan sendirinya runtuh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal dengan sendirinya hilang dan luput.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

28

Politik adalah untuk membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka ke arah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat. Pembentukan kerajaan adalah menjadi kewajipan kepada manusia. Ini kerana, Allah tidak akan meninggalkan manusia tanpa perkara yang mesti ada buat mereka juga sesuatu yang tanpanya mereka tidak dapat hidup, dengannyalah mereka mengawal musuh, membahagikan-bahagikan hadiah, menyatukan kumpulan dan perhimpunanperhimpunan mereka serta menegah mereka yang zalim dari melakukan kezaliman terhadap yang lain. Alasan ini juga mengandungi hakikat bahawa sekiranya Tuhan tidak melantik Imam yang lurus, jujur dan pemelihara serta pendamai maka pupuslah bangsa, lenyaplah agama, berubahlah peraturan-peraturan dan undang-undang, bertambahlah di dalamnya orang-orang bidaah. Jelasnya, politik Islam amat mementing kesatuan masyarakat Islam, adanya persaudaraan yang kuat yang menghubungkan antara individu masyarakat Islam, kepatuhan kepada Islam bukan atas dasar kebangsaan, qabilah, kaum atau keluarga dan memberi kebebasan beriqtikad (mempercayai agama). Dalam kata lain, berpolitik dalam Islam adalah untuk memberi petunjuk ke arah jalan yang membawa kebaikan dan kebahagiaan insan dunia dan akhirat. Apabila politik dikaitkan dengan akhirat maka sudah pasti pemerintah yang mengetuai satu-satu sistem politik itu berhati-hati dalam setiap tindakannya. Tindakan mereka patutlah bersandarkan kepada apa yang diperintahkan oleh Allah melalui Al Quran dan utusanNya, Rasulullah s.a.w.. Tindak tanduk pemerintah haruslah berpandukan garis panduan ini. Al Quran dan as Sunnah adalah petunjuk manusia sepanjang zaman. Politik Islam mestilah berpandukan kepada rujukan asas ini dalam mencorakkan pemerintahan. Sekiranya sesuatu perkara itu tidak termaktub dalam al Quran dan as Sunnah, ketika itu adalah menjadi tanggungjawab ulamak-ulamak untuk berijtihad akan sesuatu hukum itu.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

29

SISTEM EKONOMI ISLAM PENYELESAIAN MASALAH MASA KINI

Perkara penting yang perlu kita sedari dan mengambil pelajaran daripada peristiwa kegawatan ekonomi dunia yang lepas ialah, runtuhnya dan terbongkarnya akan kelemahan sistem kapitalisma yang dicipta oleh Barat, lalu diguna pakai kebanyakan negara di dunia termasuklah negara kita Malaysia. Dari segi sejarahnya, sistem kapitalisma ini baru berumur 150 tahun dan ianya diasaskan oleh seorang Inggeris yang bernama Adam Smith. Sistem kapitalis sebenarnya penuh dengankezaliman dan penindasan. Ianya satu sistem yang cenderong untuk mengumpul kekayaan individu atau sesebuah syarikat. Prinsip mereka ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin, maka berlakulah penindasan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Jika kita renung kembali krisis subprima yang berlaku di Amerika Syarikat apabila pihak bank memberi pinjaman sewenangwenangnya kepada individu ataupun syarikat samada mereka mampu mahupun tidak mampu. Tambahan pula, peminjam dikenakan interest ataupun bunga yang tinggi, akhirnya menyebabkan si peminjam tidak dapat melunaskan hutang mereka dan pihak bank menanggung kerugian yang besar akibat daripada terlalu ramainya yang tidak dapat membayar hutang kepada bank. Bukan itu sahaja, keburukan sistem ekonomi kapiatlis yang berasakan pemikiran manusia yang tamak haloba ini jugatidak mempunyai daya tahan yang kuat sebagaimana sistem ekonomi Islam yang berasaskan wahyu Ilahi yang Maha Agung. Ianya mudah tergugat oleh berita berita angin yang pastinya tidak benar yang kita namakan sekarang dengan istilah spekulasi. Allah swt berfirman didalam Al-Qurannul Karim,

-6 -
Artinya : Wahai segala orang yang beriman, apabila datang kepada engkau berita pada orang kafir maka periksalah supaya tidak ditimpa suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan sebenarnya yang menyebabkan kamu menyesal dikemudian hari. al- hujurat ayat 6 Sistem ekonomi dunia juga berkisar dan bergantung hayat dengan Dolar Amerika yang sedia kita maklum adalah sebuah negara ibu segala kejahatan dan kerosakan. Apabila lemahnya dolar Amerika dan pasaran saham Wall Streat,maka tempiasnya pasti dirasai oleh negara-negara di dunia lain. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kembali kepada dinar wang emas yang sudah tentu mampu menghadapi sistem kapitalis yang dipenuhi oleh penyagak mata wang dan meraka yang tidak berhati perut membina kekayaan dengan memeras keringat rakyat miskin. Sistem riba misalnya, secara jelas diharamkan di dalam Islam kerana ianya ternyata menzalimi pihak peminjam. Allah swt berfirman didalam Al- Quran

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

30

572 -
Artinya orang- orang yang memakan riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan sedemikian adalah disebabkan mereka berkata, Sesunguhnya berjual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai larangan tuhan lalu terus berhenti dari mengambil riba maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan urusannya terserah kepada Allah, dan mereka yang kembali mengambil riba maka orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya. Dan salah satu sisitem kapitalisma ialah menswastakankepentingan perkara asas. Bagi rakyat jelata yang sepatutnya, perkara asas ini adalah tanggung-jawab kerajaan dalam memberi perkhidmatannya kepada masyarakat, namun telah disalah gunakan dan ianya bertukar kepada perniagaanuntuk keuntungan peribadi lalu diserahkanlah untuk menguruskannya kepada kroni- kroni mereka dan anak beranak. Perkara asas yang dimaksudkan di sini ialah seperti Air , Elektrik,Pos dan Telekom begitu juga Hospital Adalah dimaklumkan perkara asas hak rakyat dan tidak sayugianya ianya dirompak oleh mana- mana pihak . Manakala Islam pula membina asas berekonomi berlandaskan Agama, menjaga kepentingan penjual dan pembeli matlamatnya adalah untuk mendapatkan redha dan kasih sayang Allah. Aktiviti perniagaan dianggap beribadah dan ianya tidak melalaikan seorang hamba daripada mengingati pencipta yang Maha Agung. Firman Allah taala,


Artinya, Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan dan jual beli daripada menyebut Allah Taala. Kegiatan ekonomi Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa, melahirkan akhlak yang mulia ini adalah tuntutan tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis tujuannya semata mata duit, tetapi dalam ekonomi Islam, modalnya adalah taqwa. Uuntuk mencapai taqwa dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar dan memperluaskan syariat Allah. Ekonomi diangap jihad dan ibadah, oleh itu ia tidak boleh terkeluar daripada landasan syariat. Begitu jugalah ibadat khususi sepeti solat, puasa dan lainnya tidak boleh diabaikan. Hasil daripada ekonomi yang berlandaskan syarak inilah,lahirnya masyarakat berkasih sayang dan bertimbang rasa. Maka dengan itu, premis ekonomi Islam yang berasaskan taqwa adalah pusat bina insan yang cukup praktikal dan menguntungkan dunia dan akhirat. Maka wujudlah masyarakat yang saling hormat menghormati di antara pengguna dan pengeluar atau peniaga, maka lenyaplah unsur negatif seumpama zalim , POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301 31

mencekik darah, dan hasad. Natijahnya, sebagaimana firman Allah Taala,


artinya, negeri yang baik dan mendapat keampunan tuhan

Ekonomi Islam juga mewujudnya suasana kekeluargaan.Pengurus seperti ayah dan ketua keluarga, manakalapenyelia seperti abang dan kakak, manakala pekerja pula seumpama anak-anak yang semestinya dijaga hak- hak mereka. Baik berhubung perkara duniawi, mahupun ukhrawi seperti mengerjakan solat, puasa dan pendidikan Fardu Ain khusus untuk pekerja mereka. Pelangan yang berkunjung ke premis mereka seumpama tetamu yang bertandang ke rumah kita. Datangnya membawa rahmat, pulangnya menghapuskan dosa. Manakala keuntungan menurut Ekonomi Islam hendaklah dipulangkan semula sebahagiannya kepada masyarakat yang memerlukan, yang kita namakan sebagaiZakat Perniagaan. Disamping itu juga, Islam mengalakkan bagi yang dikurniakan lebihan rezeki, agar bersedekah dan berbelanja kepada ahli keluarga , masyarakat dan golongan yang memerlukan. Artinya, keuntungan yang dinikmati oleh sesebuah syarikat atau individu hendaklah dipulangkan sebahagiannya kepada masyarakat yang memerlukan agar wujud kesaksamaan dan keseimbangan dalam masyarakat. Islam menggariskan sistem ekonomi yang sangat adil dan saksama, ianya tidak sebagaimana sistem riba yang sangat menzalimi peminjam, contohnya Sistem Aqad Mudharabah , Syarikah dan Rahnu merupakan diantara sistem yang sangat terkenal pada ketika ini. Malahan keterlibatan Non Muslim dalam mengguna pakai sistem yang berasakan Islam ini lebih ramai, daripada umat Islam itu sendiri. Khususnya di negara kita Malaysia, keruntuhan ekonomi kapitalis yang diterajui Amerika mengandungi hikmah disebaliknya.Ianya memberi ruang sistem ekonomi Islam mengambil tempat dan menerajui dunia agar menggunakan sistem Islam, sekali gus mengangkat martabat Agama Islam itu sendiri sebagai Addin yang sebenar dan diredoi Allah.

Mudah mudahan dengan perlaksanaan Sistem Islam yang adil dan diuruskan pula oleh hambahambanya yang bertaqwa, kesejahteraan umat akan terjalin dan tidaklah kekayaan sesebuah Negara sahaja.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

32

ISLAM DALAM AKADEMIK Dalam memenuhi keperluan asas penerapan nilai Islam, penumpuan ke arah memahamkan Islam secara menyeluruh perlu disegerakan. Program ini hendaklah menyeluruh dan serentak keseluruh negara, melalui berbagai-bagai cara, di antaranya mengadakan kelas-kelas khusus untuk pendedahan ini secara wajib yang dimasukkan ke dalam sebahagian daripada tugas harian dalam kerjayanya. Buku-buku agama yang difikirkan sesuai hendaklah dipilih dan dijadikan buku wajib yang mesti dibekalkan dan dipergunakan setiap hari sebagai bahan bacaan dan rujukan. Untuk membolehkan program ini lebih berkesan, maka hendaklah seboleh-bolehnya persoalan-persoalan Islam dijadikan sebagai suatu persoalan penting dalam temuduga-temuduga kenaikan pangkat, di samping soalansoalan lain yang berhubung dengan kerjayanya. Kegagalan seorang Islam untuk menjawab soalan-soalan mudah mengenai Islam amatlah serius dan sepatutnya dijadikan penghalang kepadanya untuk mendaki ke jawatan yang lebih tinggi. Merujuk kepada Islam sebagai suatu penyelesaian masalah ummah, tentulah akan dirasakan terlalu umum untuk dilaksanakan dan seolah-olahnya tidak praktikal dalam bentuknya yang terlalu umum itu. Sebenarnya apabila kita merujuk kepada Islam sebagai suatu pilihan ertinya kita perlu meletakkan diri kita dan masyarakat dalam suatu keadaan yang seluruh potensi yang ada diletakkan di bawah kehendak Allah s.w.t. Meletakkan diri kita ke dalam senarai orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dengan sepenuh daya-upaya kita. Mengimani Allah s.w.t. sebagai Tuhan sebenar yang segala-galanya dirujukkan kepadaNya. Memahami diri kita sebagai insan yang tidak berdaya melainkan dengan izin Allah s.w.t. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Adil. Kita hendaklah bergantung dengan sebenar-benar pergantungan yang benar kepada Allah s.w.t. kerana kita akan mendapt pertolongan daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t., maksudnya: Dan sesiapa yang bergantung dengan Allah, maka sesungguhnya diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (Ali Imran3: 101)

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

33

PERSIAPAN AKHIRAT Penyelesaian masalah umat Islam tidak seharusnya dipandang dari sudut yang sempit dalam jangka masa yang singkat sahaja, malah perlu kepada penyelesaian yang luas dalam jangka masa yang amat panjang. Penyelesaian masalah duniawi memang perlu, kerana di dunia kita sedang berpijak dan bekerja keras untuk kembali kepada Allah s.w.t. Tetapi kalau sekadar menyelesaikan masalah dunia sahaja, secara pandangan dan penyelesaian duniawi yang tidak dihubungkaitkan dengan masalah akhirat, maka bukanlah penyelesaian sebenar yang diperlakukan oleh umat Islam. Sebaliknya kalaulah masalah keakhiratan dapat dibereskan di dunia ini, dengan berusaha untuk menempah tempat yang baik di akhirat, maka itulah yang sebenarnya suatu penyelesaian yang memberi keuntungan yang sebenar. Pada zaman Rasulullah s.a.w. banyak masalah keduniaan tidak diselesaikan dalam jangka waktu yang pendek, masalah keamanan dan penindasan serta penganiayaan masyarakat Quraish (jahiliah) terhadap umat Islam di Makkah, juga masalah sosio-ekonomi yang melanda masyarakat Islam ketika itu, tidak diambil langkah segera oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyelesaikannya. Contoh hidup yang dapat disaksikan; apabila berlaku semua yang tersebut itu ada sahabat yang datang mengadu kepada Rasulullah, meminta penyelesaian segera bagi masalah itu dengan sekurang-kurangnya berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar memberi pertolongan segera kepada mereka untuk mengatasi masalah kehidupan. Rasulullah s.a.w. bertindak mengumpulkan umat Islam yang berada di sekitarnya ketika itu dan memberi penjelasan di antara lain sabdanya: bahawa sesungguhnya orang yang sebelum daripada kamu (kerana mereka menjadi penganut Islam sebenar) mereka diseksa (oleh musuh) dengan menggunakan sikat besi sehingga tanggal daging daripada tulangnya, namun mereka tidak berganjak dari agamanya akan tetap i kamu gopoh (dengan tidak lebih banyak bersabar). Masalah-masalah yang begitu banyak yang dihadapi oleh umat Islam menjadikan mereka seperti kelumpuhan tenaga yang boleh mematikan semangat untuk lebih kuat bekerja mengatasi masalah. Berdasarkan kepada Islam, maka ada yang merasakan bahawa Islam tidak berupaya untuk menghidupkan balik keadaan yang hampir lumpuh itu. Sebenarnya Islam mampu menyelesaikan masalah ummah. Lihat firman Allah s.w.t., maksudnya: Wahai orang yang beriman, sahutilah (penuhilah) ser uan Allah dan seruan Rasul apabila diseru kamu kepada sesuatu yang akan memberi kehidupan (yang lebih sempurna kepada kamu). (al -Anfal 8: 24) Sayangnya seruan itu tidak disahut oleh umat Islam maka berlakulah masalah demi masalah.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

34

KEYAKINAN KEPADA AGAMA ISLAM Untuk kembali kepada Allah s.w.t. bagi mendapatkan penyelesaian, umat Islam perlu mempunyai keyakinan yang bulat bahawa Islam mampu menyelesaikan masalah dalaman suatu jangka yang munasabah bagi mengatasi masalah lama yang mengongkong umat Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri mengambil masa yang sesuai sebagai seorang Rasul akhir zaman bagi menyelesaikan segalanya. Begitu juga kita lebih memerlukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kehendak Allah s.w.t. dalam masyarakat yang amat memerlukan penyelesaian secara Islam. Keyakinan kepada diri dan kepada agama Islam sebagai teras penyelesaian masalah, memerlukan kepada ilmu yang cukup dan kefahaman terhadap Islam yang sebenar. Hal ini hanya akan berlaku jika Islam difahami dan dikaji dari sudut pendangan Islam itu sendiri, bukan dari sudut pandangan orang luar (yang bukan Islam) bagi mengatasi masalah kita. Sekiranya diterima penyelesaian masalah ummah dalam bentuk yang disebutkan itu, maka langkah seterusnya ialah perlunya diubahsuaikan segala kegiatan kehidupan ummah seluruhnya agar selaras dengan kehendak Islam, secara yang berkesan dan bermaslahat (berfaedah). Apa yang tidak sesuai dengan Islam perlu ditukar sedikit demi sedikit, agar tidak menjadi suatu kegemparan. Cara hidup hendaklah dibiasakan dengan cara hidup Islam, melalui perubahanm, peraturan dan falsafah hidup yang bersendikan falsaah Islam.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

35

SARANAN Islam dalam erti kata yang sebenar adalah sebenar -benar penyelesaian kepada masalah umat Islam hari ini. Oleh itu, usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk meyakinkan semua pihak bahawa Islam mampu menghadapi semua keadaan dan mampu menyelesaikan semua masalah kerana I slam berbentuk agama rabbani Usaha memperdalamkan kefahaman Islam yang tidak sahaja terbatas kepada masalah-masalah ibadat yang sempit perlu digarapkan dalam bentuk yang lebih serius bagi menyampaikan gambaran sebenar tentang ruang lingkup Islam, kepada seluruh umat Islam yang tumpuannya perlu dibuat kepada golongan yang boleh mengubah keadaan dan berkuasa pula mengubahnya. Program kefahaman Islam mestilah disusun oleh semua jabatan dalam semua sektor pentadbiran bagi memastikan sampainya seruan Islam yang lengkap kepada semua pihak dengan menggunakan al -Hikmah. Buku-buku tentang Islam yang boleh menolong mempercepatkan sampainya maklumat sebenar tentang Islam, perlu dikenal pasti oleh pihak yang berkuasa bagi tiap-tiap sektor pemerintah untuk tujuan memilih dan mencadangkan buku itu sebagai buku bacaan peribadi yang memungkinkan mereka yang lebih bodoh memahami Islam secara bersendiri di samping mengikuti program-program yang diatur. Penyelesaian masalah umat Islam bukan tertumpu kepada masalah dunia ini sahaja, tetapi perlu kepada penyelesaian yang lebih utama kepada masalah keakhiratan. Oleh itu, kemudahan-kemudahan tempat ibadat dan penyaksian tempat-tempat itu dengan kegiatan yang boleh menjaminkan kebahagiaan akhirat perlu dititikberatkan.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

36

KESIMPULAN Selagi manusia bernama manusia dan selagi dunia ini tetap dengan sifat keduniaannya maka masalah-masalah hidup manusia dan dunia tidak akan habis. Umat Islam adalah suatu rumpun daripada rumpun-rumpun bangsa yang hidup di atas dunia ini, tentu sahaja menghadapi banyak masalah. Masalah umat Islam ada yang berpunca daripada dalam diri mereka sendiri, daripada sikap beragama tetapi tidak mahu berpegang sungguh-sungguh dengan ajaran agama mereka. Di samping itu, ada pula berpunca daripada permainan musuh yang sengaja mewujudkan masalah supaya mereka hidup dalam keadaan berpecah-belah. Kalau hendakdisenaraikan umat Islam kini, maka pandangan dan penumpuan kita akan tenggelam dalam menghadapi banyaknya masalah-masalah itu. Daripada masalah kebangsaan kepada masalah antarabangsa, daripada masalah individu kepada masalah keluarga, masyarakat dan negara. Punca utama masalah itu adalah kerana umat Islam telah jauh menyimpang daripada Islam itu sendiri. Allah s.w.t. telah membayangkan: Dan sesungguhnya (agama Islam) yang Kami turunkan ini adalah jalanKu yang lurus maka hendaklah kamu ikutinya dan jangan sekali-kali kamu mengikut jalan-jalan yang lain, kelak jalan-jalan itu akan memporakporandakan kamu (menyesatkan kamu) daripada jalan (Allah) yang sebenar. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepaamu agar kamu bertaqwa. (al-Anam 6: 153) Untuk memperbaiki umat Islam yang sedang berada dalam berbagai-bagai masalah hidup, penyelesaiannya jelas daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., maksudnya: Tidak akan menjadi baik umat ini melainkan dengan mencontohi apa yang boleh menjadi baik umat yang terdahulu. Kepimpinan Rasulullah s.a.w. tetaplah menjadi tauladan. Demikian juga kepimpinan Khulafa al-Rasyidin dan para pemimpin Islam yang berpegang teguh kepada Islam. Oleh itu kepimpinan yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah adalah salah satu cara yang mengatasi masalah umat. Sebenarnya apa yang mengizinkan agar sesuatu masalah itu terjadi adalah Allah s.w.t. Perlakuan manusia hanya sebab ke arah masalah-masalah itu. Oleh itu, apa yang paling mampu menyelesaikan masalah umat itu ialah petunjuk Allah s.w.t. jua. Oleh itu, merujuk kepada Allah s.w.t. dalam menyelesaikan masalah umat adalah sesuatu yang wajar, seperti firmanNya yang bermaksud: Apakah Dia (Allah) yang menunjukkan kepada kebenaran, lebih patut (berhak) kamu ikutinya ataupun kamu hendak mengikut mereka yang tidak memiliki petunjuk, melainkan jika siberi petunjuk oleh Allah kepadanya, maka apakah kamu ini. Bagaimana kamu mambuat keputusan. (Yunus 10: 35) Islam adalah agama Allah s.w.t. yang sentiasa untuk diikuti oleh sesiapa sahaja, sentiasa bersedia memberi jalan untuk menyelesaikan masalah umat dari dahulu hingga sekarang. Kekurangan umat Islam hanyalah pada keyakinan untuk kembali kepada Islam itu sepenuhnya. Kalau sudah ada keyakinan dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan Islam sebagai penyelesai masalah, maka Allah s.w.t. akan menolong hambanya menyelesaikan masalah. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan dibukakan jalan keluar (penyelesaian masalahnya) baginya dan diberi rezeki kepadanya sehingga tidak teritung banyaknya. (al-Talaq 65: 2 3) Kalau masalah hidup sudah ada jalan penyelesaian yang sebenar dan masalah ekonomi (rezeki) pula telah diatasi dengan banyaknya anugerah Allah s.w.t., maka tercapailah penyelesaian yang dikehendaki untuk masyarakat Islam.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

37

RUJUKAN

i.

Ustaz Abdullah al-Qari - sebuah buku berjudul 139 Amalan Jahiliah dan Perbandingan Manusia Kini

ii.

http://afdhatulliman.blogspot.com/2010/11/ummah-kini-dan-jahiliah.html

iii.

http://alhafiz.net/soaljawabagama/apakah-amalan-jahiliah-dan-kesanterhadap-umat-islam/ http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-masyarakat-arabjahiliyah-vs.html http://www.scribd.com/doc/53676817/Amalan-Jahiliah-Zaman-Kini http://hairulfitri-islamicbook.blogspot.com/2011/02/perbandingan-antaraummah-wasatiyyah.html http://www.yadim.com.my/wacana_ekonomi/view.asp?Id=160

iv.

v. vi.

vii.

POLITEKNIK KOTA KINABALU | TAMADUN ISLAM AA301

38